Monday, July 8, 2013

Apa yang aku pinta semalam hari ini Tuhan kabulkan...aku minta semoga Tuhan mempertemukan aku dengan si dia dan ternyata hari ini aku dipertemukan dengan si dia...syukur alhamdulillah kerana pertemuan ini tidak menghadirkan sebarang rasa dalam hati aku ini...tiada lagi rasa debaran dan getaran yang aku rasakan suatu masa dulu..ternyata Tuhan tahu siapa yang terbaik untuk aku...dan dia bukanlah insan yang terbaik untuk aku...

Hari ini aku jumpa dengan si dia bersama dengan seorang awek...cantik dan seksi awek tu..sesuai dengan cita rasa si dia...rupa-rupanya gadis macam tu yang si dia inginkan selama ini...orang yang macam aku ni mana la si dia nak pandangkan...dah la rupa tak ada seksi apatah lagi...langsung tak tergolong la...tapi tak apa janji aku tak tambahkan dosa pada bahu ayah aku nanti...syukur alhamdulillah...dan aku pasti awek itu adalah girlfriend si dia...dari cara dia orang bercakap dan berkepit tiada siapa yang dapat menyangkalkannya lagi...memang si dia tengah di lamun cinta...

Aku senang sekarang nie sebab apa yang aku rasakan terhadap si dia dulu serta merta mati begitu saja...Tuhan telah mematikan perasaan aku terhadap si dia dan aku berjanji bermula hari ini perasaan yang pernah aku rasakan dulu tidak akan sesekali hadir lagi dalam hidup aku ini untuk si dia..biarkanlah si dia berbahagia dengan insan yang si dia pilih dan aku bahagia dengan hidup aku sekarang ini...mungkin inilah dia hikmahnyer bila berbulan-bulan aku tidak menemuinya...even dalam hati aku teringin sangat nak berjumpa dengan si dia tapi hari ini perasaan itu telah hilang serta merta...kehadiran si dia dengan perempuan itu telah menyedarkan diri ini dari terus berharap pada yang tak sudi...

Terima kasih Ya Tuhan kerana Kau telah bukakan pintu hati aku untuk tidak terus berharap pada si dia dan terima kasih jugak aku ucapkan kepada Engkau kerana telah mematikan semua rasa kasih dan sayang aku terhadap si dia...hari ini aku sedar siapa aku di sisi si dia...aku tak mahu berharap lagi...hari ini Engkau tunjukkan kepada aku semua itu...mulai saat ini aku berjanji Ya Tuhan...aku tidak akan sesekali mengubah hati aku ini untuk jatuh cinta kepada si dia lagi...cukuplah hanya setakat ini...the moment aku tengok si dia dengan perempuan lain serta merta aku letakkan penghadang di pintu hati aku ini untuk si dia...

Teguran si dia tadi hanya aku sapa dengan aggukan kepala sahaja...aku dah tak ada mood untuk berbual or beramah mesra lagi dengan si dia...cukuplah setakat dekat annexe hari tu kita orang beramah mesra kerana time tu perasaan aku terhadap si dia makin lagi menebal tetapi tidak kini....aku sudah menghapuskan semuanyer dalam hati aku dan kini aku cukup tenang kerana mampu melepaskannya pergi...aku tak jelez ataupun kecewa dengan apa yang aku lihat hari ini malah aku lebih bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan sebab telah menunjukkan kepada aku siapa si dia sebenarnyer...hari ini dengan rasminya aku lepaskan si dia dari hati aku..pergilah kau mencari ketenangan dan kebahagiaan mu sendiri...

May be selepas ini blog ini akan sunyi kerana tiada lagi cerita-cerita si dia yang mampu aku kongsikan
kat sini...insyaAllah..kalau Tuhan mengizinkan aku untuk jatuh cinta sekali lagi dengan insan yang betul-betul mencintai aku...blog ini akan bernafas kembali dengan nafas yang baru dengan cerita yang baru dengan luahan rasa cinta yang luhur...semuanyer akan terlakar di sini suatu masa nanti...insyaAllah...doakan kejayaan aku dalam mencari cinta....amin...

Saturday, June 8, 2013

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan sekarang ini melainkan kekecewaan dan terasa hati dengan segelintir manusia yang aku gelarkan diri mereka sahabat aku...memang aku cukup-cukup terasa hati dan kecewa yang amat...sepanjang perkenalan aku dengan mereka inilah kali pertama aku merasakan perasaan ini sehingga menusuk terus ke jantung hati aku sehingga membuatkan air mata aku mengalir tanpa aku sedari....

Kenapa mereka sanggup membohongi aku? salahkah kalau mereka berterus terang dengan aku? aku tak kisah kalau mereka berterus terang dengan aku dari awal lagi...tak ada la aku nak rasa sakit macam nie sekali...serius bila aku tahu dari mulut orang lain pasal ni semua aku rasa macam nak nangis jer kat situ tapi aku terpaksa sabarkan hati kerana aku tak nak mereka tahu yang aku cukup-cukup terasa...kawan yang aku anggap kawan selama ini rupa-rupanya suka menipu aku dalam diam...layakkah lagi aku gelarkan dia kawan aku....

Korang memang cukup kejamkan dengan aku...korang tahu tak apa perasaan aku tika ini...aku terasa sangat kecewa dan terasa hati dengan perangai kalian semua...korang semua telah tipu aku dalam diam...korang tahu kan yang aku nak sangat attend wedding tu tapi korang semua tak pernah nak amik tahu kan..biler aku tanya sorang-sorang semua kata tak nak pergi and tak tahu lagi...tapi biler sampai masanya korang pergi jugak kan...korang memang sengajakan cakap macam tu sebab takut aku nak tumpang korang...kejamnya diri korang semua...aku tak ada kereta korang..kalau aku ada kereta memang aku akan pergi jugak tanpa tumpang korang semua tapi aku tak ada kereta..aku nak tumpang korang sebab aku nak attend sangat wedding tu tapi korang semua tipu aku..tak pernah sorang pun bercakap jujur dengan aku..semuanyer tipu aku...

Aku tak akan menyusahkan orang lain kalau aku tak susah...tapi sekarang ni aku susah sebab aku tak ada kenderaan nak pi sana...kenapa korang tak boleh nak faham keadaan aku sekarang nie...kejamnya diri korang buat aku macam nie kan...apa selama ni memang aku menyusahkan korang semua ker? tak per la kalau macam tu...walau sesusah macam mana sekalipun aku pada masa akan datang aku tak akan menyusahkan korang lagi..aku sedar aku ni siapa..memang tak layak untuk aku berkawan dengan korang semua...kini baru aku sedar...terima kasih sebab sedarkan aku dari awal lagi...jangan salahkan aku kalau aku tak seperti dulu lagi kerana korang yang mengajar aku menjadi aku seperti sekarang ini...aku bukan berdendam dengan korang tapi aku terpaksa jauhkan diri dari korang sebab aku tak nak suatu masa nanti aku akan merasakan sakit ini sekali lagi...

Apa yang perlu aku buat sekarang ni korang semua...hati aku sakit sangat sekarang nie...air mata aku asyik mengalir jer memikirkan semua ini...apa yang perlu aku buat korang..aku nak hapuskan sakit ini sekaligus menghapuskan air mata ini...kalau korang nak kata aku ni manja sekalipun aku tak kisah sebab air mata ini mengalir dari rasa sakit yang mencucuk dalam hati aku ini...kerana hati terluka air mata mengalir keluar kerana luka di hati tak siapa yang nampak...hanya air mata yang menggambarkannya betapa hati aku kini terluka habis...kenapa nasib aku begitu malang dalam persahabatan...tak pernah sorang pun sahabat aku yang tak pernah nak menyakitkan hati aku...semuanyer pernah melukakan hati aku...

Aku perlukan sahabat yang betul-betul memahami aku...yang boleh tumpang bila aku susah atau senang tapi tak semudah itu rupanya dalam mencari sahabat....benarlah kata orang..temang tika kita senang begitu mudah untuk dicari tapi teman tika kita susah begitu payah untuk didapati...kini baru aku mengerti pepatah itu...semuanyer benar belaka kerana tika aku susah tiada sorang pun teman yang sanggup menemani aku atau berkongsi kesusahan dengan aku....

Ya Allah..aku tak nak berdendam dengan mereka semua Ya Allah tapi sakit di hati aku ini membuatkan aku ingin berdendam dengan mereka...aku tak sanggup nak memusuhi mereka Ya Allah kerana mereka sahabat aku tapi kerana sakit ini jugaklah membuatkan aku ingin memusuhi mereka Ya Allah....kenapa perlu kau hadirkan rasa ini dalam hati aku Ya Allah? Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Ya Allah...hilangkanlah rasa sakit ini dalam dada aku kerana aku tak sanggup untuk mendendami atau memusuhi mereka Ya Allah....kerana mereka sahabat aku dunia akhirat...Ya Allah...sakitnya hati aku tika dan saat ini Ya Allah...hanya air mata yang menjadi peneman aku tika ini...hilang rasa sakit ini Ya Allah kerana aku tak mahu lagi air mata aku mengalir kerana sorang sahabat....

Monday, May 27, 2013

GEMOK!!!!!...Yessssssssssssssss....perkataan itulah yang paling wanita benci...benci sangat dengan perkataan gemok tu..sama jugak la dengan aku...aku pun benci dengan perkataan gemok tu tapi apakan daya aku kalau Tuhan dah mentakdirkan aku untuk dilahirkan gemok di atas muka bumi nie...walau macam mana sekalipun aku cuba untuk kuruskan badan aku nie aku tetap tak akan berjaya jugak kalau dah keturunan...kadangkala terfikir gak aku..kenapa aku susah-susah nak kuruskan badan aku ni sedangkan Tuhan mempunyai sebab tersendiri kenapa Dia ciptakan aku menjadi gemuk...tapi la kan manusia...tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang telah diciptakan untuk kita...sama la jugak dengan aku...tak pernah nak berpuas hati dengan keadaan aku sekarang nie...tapi biler aku tengok orang lain yang jauh lebih gemok dari aku tiba-tiba aku jadi sedar....bersyukur sesangat yang tubuh badan aku tak sebesar orang lain...tapi tu sekejap jer la..biler nampak orang kurus mula la fikir benda lain...

Tak salahkan kalau kita gemok...bukan kita yang mintak untuk jadi gemok...kadang-kadang terasa sakit hati gak biler orang asyik kata kita gemok jer...tak pernah terfikir ker yang benda ni semua bukan kita yang mintak...dah kalau sejak lahir lagi kita gemok nak buat macam mana kan...kau diet la cam ner skalipun dah kalau Tuhan tetapkan untuk kau menjadi gemok sampai bila-bila tak ada gunanya jugak...nak salahkan takdir tak boleh jugak...aku rasakan siapa yang ada keinginan untuk kurus plus dengan usaha yang dia lakukan bagi menurunkan berat badannya....aku pasti suatu hari nanti dia pasti mampu melakukannya...even mengambil masa yang lama tapi kalau result berbaloi apa salahnya kan...berusaha selagi kita mampu dan berhenti setelah kita yakin yang kita tidak mampu...

Pada aku plak...aku bukan tak nak kurus...aku nak sangat kurus...aku dah bosan hidup dalam dunia kegemukkan ini...aku nak jugak kurus walau macam mana sekalipun....dengan usaha yang jitu dan semangat yang kental akhirnya aku mampu menurunkan berat badan aku sebanyak 10kg dalam masa setahun...tersangat awesome bagi aku kerana aku tak pernah terfikir yang berat aku mampu untuk begitu banyak sekali...even makan masa setahun at least aku mampu menguranginya...aku mampu pakai baju yang bersaiz XL...kalau dulu semuanyer baju-baju aku bersaiz 2XL dan berseluar saiz 42 tapi tidak kini...kini aku mampu memakai seluar jeans bersaiz 32...itu dulu la...itu untuk ukuran tahun lepas tapi untuk tahun ni aku tak tahu mana silap aku berat badan aku naik kembali...seluar yang bersaiz 32 dah tak muat lagi untuk aku dan terpaksa memakai seluar bersaiz 34...setiap kali aku timbang berat aku rasa nak jer aku meraung sebab tengok berat dah makin naik tapi aku nak buat cam ner kan...memang silap aku pun kalau berat aku naik..aku sekarang makan non-stop...aku pun tak tahu kenapa aku leh jadi cam tu..nak kata aku ni putus cinta tak logik la plak sebab pakwe pun aku xder...cam ner nak putus cinta...waaaaaaaaaaaaa...aku benci dengan berat aku sekarang nie..aku nak kembali macam berat aku dulu...huhuhuhuhu..:(


Nak tau tak kenapa dulu aku leh turunkan berat badan aku sampai 10kg...sebab aku nak buktikan kat pak sedara aku yang aku jugak mampu untuk kurus...setiap kali raya or setiap kali dia datang bertandang kat rumah tak pernah dia tak cakap yang aku ni gemok...setiap kali berjumpa mesti dia akan cakap yang aku nie gemok...kadangkala sakit hati gak...nak jer aku melawan cakap dia tapi nak buat cam ner kan..dia pak sedara aku so aku terpaksa la telan itu semua dengan hati yang panas...aku bukan apa weiiiiii...kadang-kadang aku menyampah gak pak sedara aku nie...kalau aku dia nampak jer akan kegemukkan aku ni tapi kalau anak dia or menantu dia tak pernah plak dia nak nampak...aku bukan nak mengumpat tapi itulah kenyataannya...aku dia selalu jer tegur akan kegemukkan aku ni tapi aku tak pernah plak nampak dia tegur anak menantu dia...sedangkan anak menantu dia tu lebih besar lagi kut dari aku...semuan menantu perempuan dia semuanyer besar-besar belaka...terlebih saiz dari aku sebenarnyer tapi nak gak dia kata aku ni gemok...kalau ikut mulut lancang aku nie nak jer aku sembur suh tengok menantu dia tu tapi tak sampai ati la plak aku nak buat cam tu...per2 hal pun dia abang ayah aku..nak tak nak aku kena la hormat dia...terpaksa la telan semua kata-kata dia tu dengan senyuman plastik yang menghiasi bibir...

Aku pun heran la...kenapa orang ni optimistik sangat dengan orang yang berbadan gempal or dengan kata lain gemok...nampak jer yang berbadan besar mesti akan di panggil gemok..siap ejek-ejek lagi tu...apa orang yang berbadan besar ni tak layak ker nak hidup atas muka bumi nie...nak yang cantik-cantik jer ker tuk idup atas muka bumi ni...kalau muka cantek tapi perangai ke laut baik tak payah la...baik lagi muka huduh tapi perangai terjaga elok...sampai biler kita nak mempertahankan kecantikkan kita itu..suatu masa nanti Tuhan pasti akan mengambilnya kembali..sedarlah wahai semua yang semua yang ada pada kita hari ini hanyalah pinjaman semata-mata...suatu masa nanti Dia pasti akan mengambilnya...so tak payah la nak berbangga sangat dengan kecantikan yang tak akan kekal lama itu...mati pun tetap jugak kubur menjadi tempatnya...cantik atau tak kubur menjadi rumah kedua kita nanti...cuma yang membezakannya nanti adalah amalan kita nanti...banyak amalan baik yang kita lakukan besar ganjaran yang Tuhan berikan untuk kita nanti...di padang mahsyar nanti semuanyer akan kelihatan sama...tiada yang cantek tiada yang hodoh...

So kepada wanita kat luar sana...janganlah bersedih kalau diri anda gemok macam saya jugak...tak salah untuk kita jadi gemok asalkan kita tak pernah nak menyusahkan orang lain..berbanggalah dengan apa yang Tuhan berikan kepada kita kerana setiap pemberiannya ada maksud yang tersendiri...hanya Dia saja yang mengetahui akan semua ini...dan hanya Dia saja yang bakal menentukan siapa kita di sana nanti...janganlah terlalu bersusah hati...yakinlah dengan semua kejadian ini...ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini...

Sunday, May 19, 2013

28 tahun dahulu pada tarikh 19 Mei 1985 lahirlah seorang putera di atas muka bumi ini dengan keizinan Allah...sehinggakan ke hari ini putera tersebut masih lagi bernafas di atas muka bumi ini...putera yang dimaksudkan adalah si dia, orang yang aku minat dan suka dalam diam...terima kasih Ya Tuhan kerana meminjamkan si dia di atas muka bumi ini dan terima kasih jugak aku ucapkan kerana memberi peluang untuk aku bertemu dengannya....terima kasih yang tak terhingga jugak aku ucapkan kepada ibu beliau kerana sanggup mengandung dan melahirkan si dia di atas muka bumi ini...terima kasih mak cik kerana sanggup melahirkan dan mendidik si dia sehingga menjadikan si dia sekarang ini...

HEPI BESDAY awak!!!!...tahun ni saya terpaksa wishkan besday awak dalam blog ni jer...tu pun hanya saya saja yang tahu...kalau tahun dulu bila tibanya besday awak saya tak segan nak msg or skype awak untuk wishkan besday awak tapi untuk tahun ini saya dah tak boleh nak buat semua tu...saya tak berani nak skype awak sebab kita memang dah lama tak berskype dan saya lagi la tak berani nak msg awak sebab banyak khabar angin yang saya dengan yang awak dah kahwin...kalau benar awak dah kahwin rasanya tak elokkan untuk saya msg awak...nanti apa pula pandangan wife awak bila tengok msg saya tu...dan saya pun tak pasti sama ada awak masih lagi simpan atau tak no phone saya...kalau awak dah tak simpan tak per la saya tak kisah tapi satu jer saya nak awak tahu yang no phone dan msg2 yang pernah awak hantar dulu kat saya masih lagi saya simpan...sebagai kenangan yang kita pernah kenal....

Awak....terima kasih kerana membesar dengan baik sehingga menjadi diri awak sekarang ini dan terima kasih jugak sebab awak pernah muncul dalam hidup saya...mengenali awak adalah suatu kenangan yang cukup indah dalam hidup saya...walaupun usia perkenalan kita teramatlah singkat tapi saya bersyukur yang saya tetap dapat mengenali awak...terima kasih kerana bekerja di tempat yang sama dengan saya, terima kasih jugak saya ucapkan kerana pernah membantu saya time saya dalam kesusahan dan terima kasih jugak saya ucapkan kerana sanggup menemani saya buat kerja sampai lewat malam di ofis...dan terima kasih tak terhingga kerana sanggup menumpangkan saya...semua itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya sepanjang saya mengenali awak...

Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup...dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki serta di beri kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa hidup di dalam lindungan Allah S.W.T....semoga berbahagia dengan insan yang tersayang...saya juga benar-benar berharap agar tahun depan saya masih lagi diberi kesempatan untuk mengucapkan hepi besday kat awak...saya tak salahkan awak kalau awak tak pernah nak wishkan besday saya sebab saya tahu awak tak akan ambil tahu pasal saya kan...tapi xper la awak janji besday awak saya ingat...semoga tahun depan kita berjumpa lagi dan saya berharap tahun depan saya berani untuk wishkan secara terang-terangan depan awak itupun kalau diri awak masih belum dimiliki oleh sesiapa...besar harapan saya time tu....see you next year awak...sekali kali lagi...HEPI BESDAY AWAK..!!!!

Ni jer kek yang saya mampu bagi kat awak...tu pun gambar jer melalui blog plak tu...confirm la awak tak tahu kan....kalau nak bagi secara kek yang betul dan secara real rasanyer sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi saya mampu untuk melakukannya....dah rasa cam stalker pun ada nie...nasib la badan coz meminati dan menyukai lelaki yang tak pernah sedar dan pandang akan kewujudan diri ini...

gambar ihsan dari google

 Dan ini plak kata-kata yang tak berapa nak romantis yang saya sempat copy and paste dari pak cik google...even awak tak dapat membacanya cukuplah bagi saya yang membacanya..sekurang-kurangnya saya tahu yang saya pernah wish besday kat awak...almaklumlah...saya ni kan pencinta dalam diam awak...

gambar ihsan dari google

Wednesday, May 15, 2013

Syukur alhamdulillah....tak terucap rasa syukurnya aku kepada Mu Ya Tuhanku kerana Engkau telah memakbulkan doa hamba Mu yang kerdil ini hari ini...semalam aku berdoa kepada Mu agar mempertemukan aku dengan insan yang aku suka dan ternyata hari ini doa aku termakbulkan...Engkau telah mempertemukan kami...even bukan secara berdepan tapi kami tetap terserempak hari ini...itu pun sudah cukup mengembirakan hati aku hari ini...setelah bekerja seharian bertungkus lumus menghadap user bila terpandangkan wajah dia segala penat lelah itu hilang...gila kan aku nie..terlalu taksub dengan kehadiran dia dalam hidup aku...

Awak...awak sedar tak yang hari ni kita terserempak secara tak sengaja...mesti awak tak perasankan...iya lah saper la saya ni untuk awak perasankan kewujudannya kan...tapi tak apa lah awak janji saya perasan kewujudan awak....cekap jer mata saya menangkap kelibat awak tadi...awak tengah turun dari escalator menghala ke News dan saya plak berjalan melalui escalator yang awak naik tu menghala ke kedai sebelah News tu...time tu awak tau tak apa perasaan saya bila terlihat akan kelibat awak kat sana...berdebar yang amat...nasib baik la saya tak masuk News jugak time tu...kalaulah saya masuk kedai yang sama dengan awak masuk tu confirm saya akan jadi macam patung tak bernyawa kat sana...berdiri tegak seperti tiang letrik...entahkan cukup entahkan tidak nanti oksigen yang akan saya sedut...hahahahhaha

Tapi cantikkan percaturan Tuhan...semalam bermohon kepada Dia semoga di pertemukan dengan awak sebab saya nak sangat tengok awak lately ni....tak tahu kenapa nak sangat tengok awak...dan alhamdulillah tadi Tuhan dah hadirkan awak depan mata saya...even sekejap saja tapi berbaloi....

Sunday, May 12, 2013

Waaahhhhhhh....ari ni aku dapat kad undangan majlis perkahwinan one of my friends kat TM nie...teruja yang teramat kut dapat kad undangan dari beliau...rasa cam tak sabar nak pi majlis dia...even agak lewat dia kawen tapi alhamdulillah jodoh dia dah sampai...dia dah aku anggap macam akak aku dah kat sini tu yang tak sabar aku nak pi majlis dia tu....apa-apa pun tahniah akak...semoga perkahwinan akak kekal hingga ke akhir hayat...

InsyaAllah...kalau tak ada aral sampailah saya umah akak nanti...memang dah niat kalau akak buat majlis saya akan pergi even cam ner sekalipun...tak sabar nak tengok akak naik pelamin...akhirnya akak bertemu jua dengan insan yang telah diciptakan untuk akak...walaupun agak lambat tapi akak kawen gak...tahniah skali lagi kak...jangan lupa doakan jodoh untuk saya jugak tau...

Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan ajal maut semuanye di tangan Tuhan...kalau sudah ada jodoh kita atas muka bumi ni...even lambat macam mana sekalipun kita tetap jugak akan berkahwin kerana semuanya telah ditetapkan untuk kita...laluanya telah pun Tuhan tetapkan untuk kita cuma sekarang ni tinggal kita untuk melaluinya sama ada dengan cara yang baik atau buruk...

Jodoh akak dah sampai dan mungkin jua suatu hari nanti jodoh saya akan sampai jua...InsyaAllah dengan izinNya suatu hari nanti saya pulak yang akan memberi kad undangan saya kepada akak...dengan insan yang telah diciptakan untuk saya....doakan saya pada hari bahagia akak nanti...

TAHNIAH KAK DINA....

thanks cik google

Wednesday, May 8, 2013

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini aku rasakan yang hidup aku ni cukup membosankan...kerja yang di assignkan untuk aku banyak tapi rasa bosan itu tetap jugak bertapak dalam hati aku ini...mungkin bukan kerja yang membuatkan aku berasa cepat bosan tapi environment ofis aku yang membuatkan aku cepat bosan....dulu aku ada ramai teman tapi tidak kini...semua teman-teman aku sudah berubah 360 darjah...semuanyer telah berubah...aku benci dengan keadaan sekarang nie...

Setiap hari aku datang kerja mengadap laptop jer memanjang..aku tak ada teman untuk berbual...aku tak ada teman untuk bergelak sakan...aku tak ada teman untuk bergosip...semua itu membuatkan aku bertambah bosan untuk masuk ofis...dulu aku ada seorang teman yang sanggup berkongsi segala susah senang dengan aku tapi kini tidak lagi...teman aku itu pun jugak telah berubah 360 darjah...tapi tak apa..aku sedar yang kita nie manusia....manusia pasti akan berubah mengikut peredaran masa...kini aku terpaksa keseorangan...kemana saja kaki aku melangkah aku akan melangkah keseorangan..tiada teman yang sanggup menemani langkah aku ini...beginilah nasib kalau diri dah tak diperlukan lagi...aku akan di cari biler diri dia dalam kesusahan atau dia perlukan sesuatu dari aku dan biler semua tu dah dapat aku ditinggalkan...:(

Biler aku keseorangan macam ini mulalah aku berfikir yang bukan-bukan...sampai satu tahap aku berfikir alangkah indahnya kalau aku dapat transfer balik ke kg aku sendiri....kerja dekat dengan rumah kat kg...sampai macam tu sekali aku berfikir tapi biler akal waras aku datang aku tak sanggup untuk melepaskan semua kawan-kawan aku kat sini...aku sayang untuk tinggalkan mereka semua tapi jika beginilah yang aku rasa tika ini...baik aku transfer balik ke kg halaman aku sendiri...hidup berdekatan dengan family yang sememangnya tak akan mendatangkan kebosanan dalam hidup aku....kasih sayang dari family lebih agung dari kasih sayang dari insan yang bergelar sahabat...hilangnya keluarga tiada galang gantinya tapi hilangnya sahabat akan ada galang gantinya kerana sahabat boleh datang dan pergi dalam hidup kita...tidak family kita...


Tuesday, April 23, 2013

Last week kan kita terserempak dengan awak...terserempak secara tak sengaja...kita bukan plan pun nak terserempak dengan awak tau...kita tak rancang pun semua tu...kita ingatkan kita dah tak akan bertemu dengan awak dah selepas ni tapi tu la kan...dah jodoh untuk kita terserempak dengan awak last week...tapi kan...satu jer kita terkilan dengan awak...even awak dah nampak kita tapi awak still buat tak kenal kita kan...sedih tau awak...dah la lama kita tak jumpa awak pastu biler dah terserempak cam tu awak plak buat tak kenal kita....awak dah benci dengan kita ker awak?? naper awak buat tak kenal kita time tu...atau awak memang dah betul-betul lupakan kita...kalau benar awak dah lupakan kita alangkah sedihnya hati ni awak...huhuhuhu :(

Awak tahu tak...time kita terserempak dengan awak last week kan...hati kita rasa nak terkeluar jer dari tubuh nie...rasa debarnyer kuat gila awak...kita dah cuba nak buang perasaan itu kat awak tapi kita tak berjaya awak...biler nampak jer wajah awak hati kita ni pasti melantun-lantun nak keluar dari tubuh kita nie...hari tu pun biler kita terserempak dengan awak pun kita dah gabra gila...sedang elok kita tengah cakap ngan member kita dan biler nampak jer awak muncul depan kita...apa yang kita nak cakap ngan member kita tu semuanyer hilang...kita dah tak ingat dah apa yang kita nak cakap ngan member kita tu sampaikan member kita tu tegur kita...malukan awak...tapi nak buat cam ner kan...lumrah itu yang terjadi biler mana kita terserempak dengan awak...kita rasa lebih elok kita jumpa or terserempak dengan awak secara bersendirian dari berteman coz kalau berteman kita tak pandai nak sembunyikan air muka kita yang nerves tu kat member kita...

Last kita jumpa awak ari tu time kita ada UAT kat ting 18...tu pun nasib jer kita terserempak lepas tu dah tak terserempak dah...dan last week plak kita terserempak tapi tu la...hanya seketika cuma tapi time tu awak buat tak kenal pun kita...awak sekarang dah makin sombong ngan kita....kita tak harap pun awak tegur kita tapi at least awak tengok la kita...ni tak awak tengok kita terus awak jalan menunduk...tak ada niat pun awak nak tegur kita kan sedangkan time tu kita nak sangat dengar awak tegur kita...even tak banyak benda awak nak tegur just say hi pun dah cukup untu kita tau...at least kita dapat jugak dengan suara awak...tapi xper la..benda dah lepaskan...kita tahu awak dah lupakan kita kan...awak dah tak nak tengok pun muka kita kan...kita sedar saper la diri kita nie...kita tak cantik cam perempuan yang sedang awak dampingi sekarang nie...kita tak layak pun nak compare diri kita dengan dia...xper la awak..janji kita dapat tengok awak dari jauh pun dah cukup awak....maaf erk awak sebab tengok awak tanpa izin awak....kita takut kalau kita mintak dari awak yang kita nak tengok awak mesti awak tak benarkan kan? Disebabkan tu lah kita nak tengok awak dari jauh or dalam diam...janji kita leh tengok muka awak...

Awak nak tahu satu benda tak...hari-hari saya mintak ngan Tuhan mogo pertemukan saya dengan awak tapi tu la...time saya mintak Tuhan tak pernah nak hadirkan awak depan kita tau...tapi biler saya tak mintak untuk dipertemukan dengan awak time tu jugaklah Tuhan pertemukan kita tau....tapi tu la...kita bukan nak salahkan Tuhan pun..maybe ada sebab musabab kenapa Tuhan buat cam tu kan..apa2 pun kita bersyukur walaupun dalam tak ready sekalipun kita tetap bertemu jugak...walaupun hanya sekejap cuma tapi ianyer dah cukup memadai untuk kita tau...

Awak tahu tak kenapa kita tak boleh nak lupakan awak...ni bukti kenapa kita tak boleh nak lupakan awak walau sesaat....



Cer awak tengok nama saper yang selalu naik kat skype kita...nama awak sentiasa naik tau...so cuba awak cakap ngan kita cam ner kita nak lupakan awak kalau dah nama awak sentiasa jer kuar dari skype kita...kita ada 1 jer jalan penyelesaian tuk hilangkan pop up tu kuar...kita kena delete awak dari friend kita tapi kita tak nak...kalau kita delete awak lepas ni kita dah tak boleh nak contact awak...biar kita ada no phone awak sekalipun tapi kita tak pernah nak call or message awak sebab kita tau kalau kita call or message awak mesti awak tak layan kita kan...saper la kita ni tuk awak layan :( ....awak jangan mintak kita tuk lupakan awak tau..even awak dah lupakan kita tapi kita tak nak lupakan awak...kita nak kenang awak sampai bila-bila...

Wednesday, March 27, 2013

Alhamdulillah....sekali lagi pertembungan secara tak sengaja antara aku dengan si dia terjadi hari ini....aku tak pernah membayangkan yang aku akan terserempak dengan si dia ketika tunggu lif...setelah sekian lama aku tak jumpa si dia hari ini aku jumpa kembali dengan si dia...mungkin ada hikmah jugak pertembungan aku hari ini...at least aku dapat menguji hati aku untuk kali ini....

Benarlah yang member aku cakap...kalau dalam hati kita ini masih lagi ada perasaan kasih dan sayang terhadap dia, hati kita akan berasa berdebar pabila melihat dia...tak kiralah dari jarak jauh mahupun jarak dekat...dan bila hati kita sudah kosong dengan perasaan kasih sayang terhadap dia, even dekat macam mana sekalipun kita berdiri di sebelah dia, debaran itu tak akan terasa....dan itulah yang aku alami hari ini...even si dia berdiri terlalu hampir dengan aku di dalam lif tadi, hati aku masih lagi bergerak secara normal...tiada langsung debaran yang melanda...alhamdulillah...mungkin perasaan kasih dan sayang aku terhadap si dia telah hilang sepenuhnyer....syukur Ya Allah....

Pagi tadi pun aku terserempak secara tak sengaja dengan si dia di depan lif...destinasi kami sama...first aku memang tak perasaan yang si dia pun ada kat sana jugak...aku biasa la kalau jalan tu tak pernah nak mendongak ke langit...kadang-kadang aku jalan menunduk ke bumi...bila tiba jer depan lif tu aku perasan ada orang yang menghalang laluan aku...time tu aku still lagi tak pandang atas...aku assume orang tu bukan sengaja nak menghalang laluan aku...so aku malas nak berexcuse me aku amik jer la jalan lain...biler aku bergerak ke kiri untuk memberi ruang kepada orang dia, kaki tersebut bergerak ke kiri gak, biler aku ke kanan dia pun ke kanan gak...time tu aku still lagi menunduk..malas la aku nak layan orang cam nie...tapi kalau dah banyak kali main kanan kiri kanan kiri akhirnya aku mendongak ke atas...nak gak tengok muka orang yang halang laluan aku nie...dah la time tu aku nak cepat sebab aku ada UAT...biler jer aku dongak terkejut bukan kepalang aku...kaki yang menghalang laluan aku tadi rupa-rupanya si dia...aku tak rasa yang si dia tak sengaja menghalang aku...si dia sengaja menghalang laluan aku supaya si dia nak aku sedar akan kewujudan si dia kat situ...

Biler jer aku tengok si dia...ayat pertama yang kuar dari mulut aku "Oh...", tu jer yang mampu terkeluar dari mulut aku...kelu seribu bahasa biler berdepan dengan si dia...nak mengelakkan rasa canggung itu akhirnya aku bersuara...aku just tanya sama ada lif yang pintu dah terbuka depan aku itu sampai ke tak ke ting 18...lama aku tunggu dia punyer jawapan...aku dah dalam dua dah, nak masuk ke tak nak sebab aku takut nanti lif tu tak sampai...biler jer kaki dia melangkah masuk lif baru jer dia cakap sampai...aku per lagi..kelam kabut la masuk jugak...dalam hati menyumpah gak...xkan la si dia tak dengan yang aku tanya tadi..bukan main lama nak jawab tu...siot betul la..masuk dalam lif plak boleh dia suh aku tekan...biler jer aku tekan button 18 dia terus diam...owhhhh...rupa-rupanya si dia pun nak pergi ke level 18 gak...nasib baik la time tu lif tak ramai orang...

Biler pintu lif dah tertutup aku terus berundur ke belakang...rapat ke dinding lif belakang...saja jer sebab nak bagi laluan untuk orang yang nak keluar nanti memandangkan aku yang paling tinggi sekali naik...dan tak ku sangka yang si dia pun berundur sekali ke belakang...dan yang menghairankan aku la kan...naper si dia berdiri terlalu hampir dengan aku sampai kan aku dapat rasakan yang bahu kami berlanggar antara satu sama lain...biler aku jauhkan sikit bahu aku dari terus bersentuhan dengan si dia makin si dia dekatkan dengan aku sehinggakan aku rasa yang tiada lagi space untuk aku bergarak....akhirnyer aku terhimpit antara si dia dengan dinding lif...nak menambahkan lagi kehairanan itu la kan...lif yang kami naik tu bukannyer ada ramai orang sangat sehinggakan memaksa si dia untuk berdiri terlalu hampir dengan aku...kalau ramai boleh la aku consider sikit tapi memang tak ada orang...kalau dia berdiri kat dinding sebelah lagi aku rasa muat lagi kut...nak jugak berhimpit dengan aku...tak paham..serius aku tak paham dengan keadaan tadi tu...dan2 jer aku terperasan sendiri time tu tapi aku cepat-cepat sedar la yang si dia bakal berkahwin or dah berkahwin...so angan2 yang aku pasang time tu terus aku hancurkan...cukuplah sekali aku kecewa dengan angan-angan yang aku cipta dulu...kini aku dah tak sanggup nak menghadapi kekecewaan sekali lagi...sakit tau menanggung kecewa tu...saper-saper yang pernah kecewa mesti dia tahu cam ner sakitnya benda tu...

Dalam lif tu aku diam jer...aku tak banyak bercakap pun dengan si dia tapi ya ampun...si dia asyik tanya aku macam-macam....ada jer benda yang kuar dari mulut dia yang membutuhkan aku untuk menjawabnya...tak nak jawabkan takut si dia terasa ati..nak tak nak aku layankan jer la si dia tu...memandangkan lif yang kita orang naik tu asyik berhenti jer..so aku rasakan macam jauh la plak perjalanan nak sampai ke level 18...lepas satu soalan satu soalan si dia tanya...sampailah lif terbuka pun si dia asyik menyoal jer kerja si dia...hai tak kan la dah rindukan suara aku kut...hehehehehehe...tapi aku tak lepaskan peluang ini...dah alang-alang aku jumpa dengan si dia dan debaran itu dah tak terasa so aku layankan jer la...untuk hari ini saja apa salahnya kalau aku layan si dia bercakap kan...nanti kemudian hari confirm aku dah tak jumpa dengan si dia dah....walau sekuat mana sekalipun kita berdoa tapi biler Tuhan dah katakan tidak bermakna kita tak akan dapat berjumpa dengan dia...tapi Alhamdulillah...dari pertemuan ini aku yakin yang perasaan aku terhadap si dia memang betul-betul kosong...syukur yang amat kerana perasaan itu sudah tiada...sudah tiba masanyer aku mencari insan yang betul2 ditakdirkan untuk aku....Alhamdulillah

Friday, March 8, 2013

Adakah ianya merupakan suratan untuk aku atau adakah ianya sekadar kebetulan untuk aku....semalam time aku nak balik kerja aku terjumpa dengan si dia...suratankah itu? or kebetulan? hati aku kuat mengatakan ianya hanyalah kebetulan...iyaaa...memang kebetulan semalam yang aku akan terjumpa dengan si dia...aku tak pernah nak mengharapkan pertemuan ini lagi setelah aku mengetahui yang si dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya...aku ingin membuang jauh bayangan si dia dalam hidup aku...aku ingin buang segala perasaan aku terhadap dia yang sekain lama bermukim dalam hati aku ini...kenapa bila mana aku dah mampu untuk melupakannya, si dia muncul kembali di depan aku...apa motif sebenarnya...

Semalam time aku on the way nak balik dari kerja aku tengok ada seorang lelaki yang sedang berdiri di kaki lima ruang legar TMCC...dari cara dia berdiri aku sudah dapat meneka yang itu adalah si dia...even lelaki tersebut membelakangkan aku tapi aku yakin yang itu adalah si dia...hati aku kuat mengatakan yang lelaki tersebut adalah si dia..selalunyer hati aku tak pernah silap meneka kalau melibatkan si dia...debaran yang aku rasakan di dada menyakinkan aku lagi bahawa lelaki tersebut adalah si dia...dan memang benar itu adalah si dia bila mana si dia berpaling muka...debaran yang aku rasakan sebelum ini kembali berirama dalam hati aku....

Semakin dekat nak menghampiri kawasan tempat si dia berdiri semakin kuat aku rasakan debaran di dalam hati aku ini...aku benci akan perasaan ini..kenapa setiap kali aku terserempak or ternampak or terjumpa dengan si dia hati aku sentiasa berdebar...kadangkala aku dapat rasakan debaran itu bila mana aku meletakkan tangan aku di dada...kadangkala jugak aku jadi tidak menentu bila debaran itu menghentak jantung hati ku...aku ingatkan setelah sekian lama aku tidak berjumpa or bersua muka dengan si dia aku tidak lagi merasakan debaran itu tetapi ternyata aku silap...debaran itu sentiasa ada dalam hati aku untuk si dia...

Ya Allah...sampai bila aku nak menanggung debaran ini....kenapa setiap kali aku terpandang si dia jangtung hati aku sentiasa berdetak...sekiranya bukan si dia yang Kau jodohkan untuk aku kenapa perasaan itu muncul dalam hati aku...adakah di sebabkan dulu aku pernah menyimpan perasaan terhadap si dia..so bila mana setiap kali aku terjumpa dengan si dia aku akan tetap merasakan debaran itu...bukan aku tak suka merasakan debaran itu dalam hati aku, aku suka sebenarnya tapi biarlah pada orang yang betul-betul akan menjadi suami ku nanti...bukan pada si dia yang bakal bergelar suami kepada orang lain...

Betapa kuatnyer debaran yang menghentak jantung hati aku semalam sampaikan aku berasa sakit sangat....aku lekapkan tangan aku di dada dan aku dapat rasakan debaran tu...dup dap dup dap...hentakan itu mampu aku rasakan di telapak tangan aku...masyaAllah...betapa kuat perasaan itu....aku ingatkan aku mampu untuk melupakan si dia tetapi ternyata aku silap...aku tak mampu untuk melupakan si dia...selagi aku bekerja di tempat yang sama ada nya si dia selagi itulah perasaan aku ini sentiasa untuk beliau....

Ya Allah...jika benar bukan si dia yang kau hadirkan untuk aku, aku bermohon kepadaMu Ya Allah...aku bermohon kepadaMu supaya hilangkan perasaan kasih dan sayang yang ada dalam hati aku ini untuk si dia...Kau buangkanlah ia jauh-jauh dari hidup aku...jangan biarkan ia hadir walau sekelumit cuma sekalipun...izinkan aku untuk menyemai perasaan kasih dan sayang ini kepada orang lain bukan kepada si dia..berikan aku kekuatan untuk terus melupakan si dia...aku dah tak sanggup untuk terus mengingati si dia kerana si dia bukan untuk aku...biarlah si dia menjadi kenangan dalam hidup aku...nama si dia tetap menghuni hati aku tapi sebagai kenangan yang aku pernah mengenali si dia....yang aku pernah menyayangi si dia dalam diam tanpa si dia mengetahuinya...jadikanlah si dia kenangan untuk aku dah hadirkanlah seseorang untuk aku anggapkan dia sebagai masa depan ku nanti...selagi tiada insan yang berjaya menghuni hati aku selagi itulah nama si dia akan berada di situ...bukan sebagai kenangan tetapi sebagai masa depan aku...

Bantulah aku Ya Tuhan dalam mencari pasangan hidup yang sempurna...aku tahu tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini tapi aku mengharapkan lelaki yang benar-benar akan menyempurnakan hidup aku nanti...lelaki yang mampu menyayangi aku...lelaki yang tidak pernah lupa untuk sujud kepadaMu...hadirkan dia Ya Allah...

Aku suka sangat ayat ini...kata-katanya ibarat menggambarkan hidup aku kini
"Single? I don't even care about my status because I know Allah is saving me for someone special.You need to put your faith in the One who created you. Don’t waste your time searching and wishing. One day someone's gonna walk into your life and make you realize why it never worked out with anyone else! Grow, be patient and be ready, you’ll see Allah(God) will give you a love story far better than you could ever dream of."


Wednesday, February 20, 2013

20 Feb 2013... It's My Birthday....

Waaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuu.....I'm 26 years old now....to old for someone whose still don't have a partner in their life...same with...I'm still single and available...masa makin lama makin mencemburui aku tapi aku still lagi berada di tahap yang sama....setiap tahun biler sampainya tarikh 20 Feb angka pada umur aku akan bertambah...semakin lama semakin meningkat tapi aku still lagi di tahap yang lama...aku still lagi berseorangan...tiada siapa yang mahu menjadi imam untuk aku yang membolehkan aku berjalan ke Syurga Allah dengan langkah yang sempurna...aku masih lagi di dalam kesamaran...masih lagi tercari-cari jalan untuk aku langkahi untuk mencari sedikit cahaya di sebalik kegelapan hidup aku ini...

Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun aku bermohon kepda Tuhan agar pertemukan aku dengan jodoh aku...bernohon dengan Tuhan agar mempercepatkan urusan jodoh untuk aku di atas muka bumi ini...tiap2 solat yang aku kerjakan tidak pernah sekelumit pun aku tinggalkan doa tersebut...aku sentiasa bermohon kepada Tuhan supaya memakbulkan doa aku itu...even bukan untuk tahun ini maybe untuk tahun depan...walaupun jodoh aku still lagi tak sampai aku tetap akan setia berdoa kepada Tuhan agar pertemukan kami...mungkin akan ada hikmah disebalik setiap kejadian yang di aturkan oleh Dia...aku berserah kepadaNya...

Mungkin pelik bagi orang lain biler umur mencecah angka 26 still lagi tak ada pakwe or suami tapi bagi aku semua itu tak pelik...bagi aku apa yang Tuhan aturkan untuk hidup aku sudah cukup sempurna...mungkin Dia sengaja melewatkan jodoh untuk aku...untuk melihat sejauh mana kesabaran yang aku miliki...dan mungkin jugak Dia mahu aku berbakti kepada kedua-dua orang tua aku dulu sebelum aku berbakti kepada suamiku...semuanya ada hikmah...aku tak pernah menyesal dengan semua ini...

Tipu kalau aku katakan yang hati aku tak terguris or tak terusik biler mana melihat orang lain bahagia bersama suami tersayang...di kelilingi dengan anak-anak...memang aku inginkan semua itu tapi apakan daya aku seandainya Tuhan telah menetapkan itu semua untuk aku...aku terima dengan rela hati...

Kat bawah ni ada picture besday celebration aku yang berlangsung kat ofis...tak plan pun nak celebrate...tapi sebab member-member aku semua bersemangat nak sambut so terbeli la sebiji kek di Secret Recipe...thanks to all my friends coz sudi sambut besday saya...terharu sesangat coz tak pernah sambut pun besday sebelum nie...huhuhu :(

20 Feb 2013 - at Level 40 Menara TM

Tuesday, February 12, 2013

Awak....awak tahu tak yang saya benar-benar rindukan awak...awak tahu tak dalam diam saya mencintai awak...saya cuba nak halang perasaan ini dari bertamu di hati saya wak tapi saya tak mampu...perasaan itu makin kuat biler mana awak sentiasa dekat dengan saya..kenapa dulu awak baik hati sangat dan selalu berada dekat dengan saya...alangkah indahnya dulu kalau awak tak dekat dengan saya...tak adalah saya jadi macam nie wak...awak tahu tak..setiap malam sebelum saya tidur saya selalu bermohon kepada Tuhan supaya hadirkan awak dalam mimpi saya...saya dah tak dapat nak tengok awak secara live so saya mohon kepada Tuhan agar hadirkan awak dalam mimpi saya...even dalam mimpi saya tak kisah janji saya leh tengok wajah awak...saya benar-benar rindukan wajah awak...saya nak sangat tengok awak tapi saya tahu itu semua mustahilkan...sudah tentu awak tak akan pandang orang macam saya nie kan...saya sedar saper saya nak dibandingkan dengan awak..saya tahu mana tempat saya di sisi awak...maafkan saya wak sebab saya mimpikan awak tanpa minta izin dari awak...maafkan saya jugak wak sebab mencintai, menyayangi dan menyukai awak dalam diam tanpa pengetahuan awak...

Awak...saya dengar yang tak lama lagi awak nak kawen...betul ker wak? Kalau betul alangkah sedihnya saya wak...dalam diam saya menyimpan cinta ini untuk awak tapi akhirnya saya kecundang sebelum sempat saya luahkan kepada awak...saya yang terlambat atau awak yang tercepat...mungkin saya yang terlambat kan awak...sebab saya tahu awak tak mungkin akan tunggu saya kan..macam mana awak nak tunggu saya kan sedangkan awak tak tahu pun akan hati dan perasaan saya terhadap awak...kalau la awak tahu hati dan perasaan saya terhadap awak, awak sanggup ke nak terima saya nie...sanggup ker awak amik saya jadi teman sehidup semati awak...saya tahu taste awak macam mana dan saya memang sedar yang saya tak memenuhi taste yang awak inginkan pada seorang wanita yang akan menjadi teman hidup awak...

Benar la awak bagai orang kata yang lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan rapat kerana nanti salah seorang pasti akan timbul perasaan suka terhadap kawan tersebut tak kira sama ada lelaki atau perempuan...disebabkan kita berkawan rapat dulu la saya dah TERjatuh suka dengan awak...even singkat masa perkenalan kita tapi perasaan itu sempat jugak menjengahnya...saya dah halang wak tapi semakin saya halang semakin kuat dia datang wak...nak tak nak saya biarkan jer lah perasaan itu menapak dalam hati saya...tapi awak jangan risau...perasaan saya pandailah saya handle dia nanti...

Awak nak tahu satu benda tak...saya dah cuba untuk tak nak menangis di saat mengingati awak, tapi tak tahu kenapa tiba-tiba air mata saya jatuh juga...saya dah cuba menghalangnya tapi makin lama makin lebat setiap kali saya mengingati awak...saya cuba buang bayangan wajah awak tapi saya tak boleh..terlalu sukar untuk saya melupakan awak...macam mana ni wak? saya tak mampu nak erase or delete awak dari fikiran saya...bantulah saya awak....bantu saya untuk melupakan awak...bolehkan awak bantu saya? Awak tahu tak, kadang-kadang sekeras manapun kita berusaha untuk melupakan seseorang, namun kita pasti akan mengingati setiap kata-kata yang pernah dia ucapkan...saya masih mengingati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut awak dulu...semuanyer masih lagi kemas tersimpan dalam fikiran ini...saya tak akan hilangkannya kerana ianya sebuah kenangan terindah antara saya dengan awak...Alangkah indahnya wak kalau dapat kita fahami bahawa setiap inci ujian yang kita alami adalah sentuhan kasih sayang dari Allah....tidak pernah sekalipun ujian datang untuk menjauhkan hamba dari Tuannya, bahkan untuk menjadikan manusia ingat dan dekat kepada Pencipta...saya terima semua ini dengan redha awak...saya tahu kita memang bukan di ciptakan untuk saling melengkapi...

Awak jangan risau tau....disebalik air mata yang saya alirkan ini pasti akan datang senyuman di bibir saya suatu masa nanti...disebalik luka yang awak hadiahkan dulu pasti akan datang penyembuhnya kelak...disebalik kesabaran saya menghadapi semua ini saya pasti akan ada kebahagiaan untuk saya kelak..dan di sebalik kesulitan yang saya hadapi kini pasti akan ada kemudahan untuk saya kelak...semuanya Dia telah tentukan untuk saya...awak jangan risau tau...saya kalungkan jutaan tahniah untuk awak kerana bakal bergelar raja sehari tak lama lagi...dengan siapa pun calon awak saya doakan semoga jodoh awak dengan dia akan kekal hingga ke akhir hayat...semoga rumah tangga kalian berdua makin berseri dengan kehadiran anak-anak kalian nanti....InsyaAllah kalau dijemput saya akan hadir ke majlis kalian berdua...terima kasih awak sebab pernah mengajar saya erti sebuah percintaan...saya kini tahu bagaimana rasa mencintai seseorang...saya jugak kini tahu bagaimana rasa sakitnyer biler kita kecewa...terima kasih untuk segala-galanya awak...mencintai tak bermakna memiliki...untuk melihat orang yang kita sayang kita harus merelakan dia pergi mencari kebahagiaannya...bahagianya awak bahagia la saya...pergilah awak..pergilah mencari kebahagiaan awak sendiri..saya tak mampu lagi nak menyimpan awak dalam hati saya...saya tak nak buat awak terseksa dan saya tak nak menyeksa lagi hati saya...sama-sama la kita melepaskan dia pergi....

Thursday, February 7, 2013

Sudah tersurat kini yang si dia bukan jodoh yang ditetapkan untuk aku....benarlah kata orang tua dulu-dulu....kalau si dia sudah jodoh kita, jauh macam mana sekalipun kita lari, kuat macam mana sekalipun kita hindarkan si dia tetap akan menjadi milik kita tetapi kalau si dia bukan jodoh kita, sekuat mana sekalipun kita berusaha untuk menjadikannya milik kita, kita tak mampu mencapainya kerana si dia milik Allah...dah hanya Allah sahaja yang menentukan siapa yang terbaik untuk si dia...dan ternyata kini bahawa jodoh aku bukan dengan si dia...aku harus terima kenyataan ini dengan hati yang redha...

Pernah jugak orang cakap, kalau kita nak tahu benar kah si dia jodoh kita, rasakan debaran didada biler mana setiap kali kita berjumpa dengan si dia....yaaaaaa....itu yang aku rasakan dulu....setiap kali aku berjumpa dengan si dia even secara sengaja ataupun tak hati aku berdebar-debar tetapi kenapa tidak kini...aku tak rasa lagi debaran yang menghentam dada ku ini...

Hari ini aku terserempak dengan si dia...terserempak ker??? betul ker aku gelarkan ia nyer sebagai terserempak sedangkan aku yang pergi ofis si dia...niat aku kesana bukan untuk berjumpa or untuk terserempak dengan si dia...niat aku kesana hanyalah semata-mata untuk berjumpa dengan kawan aku...dah call banyak kali tak angkat, sms plak tak reply, skype pun tak jawab...so nak tak nak terpaksa la aku naik cari kawan aku tu sampai ke ofis dia...tapi nasib la kan sebab kawan aku tu satu ofis dengan si dia...sebenarnya berat hati aku nak pergi ke sana tapi memandangkan kami dah janji nak lunch together terpaksa jugaklah aku naik kesana...dalam hati aku berdoa semoga aku tak akan berjumpa or terserempak dengan si dia...tapi ternyata aku silap...

Aku sepatutnyer sedar yang kemungkinan untuk aku terserempak dengan si dia sangat tinggi tapi tu la kan...gatal sangat nak kesana so aku terpaksa la aku terima kenyataan ini...memang benar yang aku terjumpa dengan si dia...biler aku bukak jer pintu ofis tu dari jauh aku dah terpandangkan akan si dia...dalam hati berharap agar si dia tak terperasan yang aku berada di sana...dan Alhamdulillah...si dia memang tak perasan aku ada kat sana...aku tak pasti sama ada si dia perasan ke tak tapi yang pasti biler mana si dia lalu depan aku si dia langsung tak pandang or tegur aku...aku harapkan yang si dia memang tak perasan aku kat sana....

Aku nampak si dia berjalan menuju ke arah pintu yang berada di belakang aku time tu...untuk tidak mahu menegur or melihat wajah si dia aku larikan pandangan mata aku ke belakang...aku membelakangkannya...aku hanya mendengar suara si dia saja...makin lama makin kuat...itu menandakan yang si dia berada dekat di belakang ku...biler biasan bayangan si dia terpapar di lantai aku terus palingkan muka ku kembali ke depan...aku tak nak tengok si dia dan aku tak nak si dia tengok or tegur aku...Alhamdulillah...semua itu tak terjadi...terima kasih Ya Allah kerana Kau palingkan wajah aku dari terus menatap wajahnya...dan terima kasih jugak Ya Allah kerana Kau berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengannya...syukur aku ucapkan kepadaMu kerana tidak menghadirkan debaran dalam dada aku pada tika itu...Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanya...setiap perancangan yang Engkau rancangkan amat sempurna sekali...

Kini aku sudah mampu bernafas dengan lega sekali...aku dapat rasakan yang dada ku kini mampu mengepam oksigen yang cukup untuk aku bernafas even aku berdepan dengan si dia...kalau dulu setiap kali aku terserempak dengan si dia hati aku akan berdebar tapi tidak kini...syukur Ya Allah...benarlah kata orang...mencintai seseorang itu tak bermaksud kita memilikinya...kini baru aku sedar semua itu...kalau kita mencintai seseorang itu kita harus melepaskan si dia untuk mencari kebahagiaannya...bahagia mereka bahagialah kita...mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...insyaAllah..kalau Tuhan inginkan aku hidup berpasangan di atas muka bumi ini aku akan berjumpa dengan seseorang yang mencintai aku melebihi aku mencintai dirinya...seseorang yang mampu menyayangi aku hingga ke hujung nyawanya...yang mampu menjaga aku hingga ke akhir hayatnya...yang mampu menemani hidup aku hingga ke syurga...

Mungkin kini aku merasakan akan sakitnya kekecewaan itu tetapi aku percaya suatu hari nanti aku akan menemui kebahagiaan itu...walaupun bukan dengan si dia yang aku harapkan tapi aku yakin suatu hari nanti bahagia itu menjadi milik aku...InsyaAllah...semuanyer Dia yang tentukan...

Aku dedikasikan kata-kata ini untuk dirimu yang kini makin jauh dari hidup ku...

Cinta sejati akan selalu datang dan tak akan pernah pergi selamanya, kerana cinta sejati selalu hadir untuk memberi bukan untuk meminta

Cinta sejati tak pernah menuntut bukti berupa pelukan dan ciuman tapi cinta sejati akan selalu membuktikan dengan pengorbanan dan pengertian

Menangis kerana cinta adalah wajar tetapi bersedih kerana cinta adalah kurang ajar. Cinta sejati hanyalah untuk Allah kerana cinta dariNya tak akan pernah pudar

Cinta itu tak pernah buta - cinta itu mempunyai seribu mata
Cinta penerangan dalam kegelapan - Janganlah buta kerana cinta

Friday, February 1, 2013

Susah rupanya untuk mencari secebis keselesaan dan ketenangan hidup di atas muka bumi ini...even sebesar zarah sekalipun aku tak pernah berjaya mencarinya....biler mana diri aku mula ingin merasakan keselesaan dan ketenangan itu sekali lagi aku diuji...diuji oleh sahabat aku sendiri...sahabat yang aku kenal sejak belajar lagi...Ya Tuhan...begitu berat rupanya ujian yang Kau berikan kepada aku semata-mata ingin mencari sedikit keselesaan dan ketenangan hidup...tapi Ya Allah...aku tak pernah menyesal dengan ujian yang Engkau berikan ini kerana aku tahu Kau begitu menyayangiku...

Kenapa setiap kali orang lain buat hal aku yang menjadi mangsanya...jahat sangatkah diri aku ini hinggakan selalu menjadi mangsa kepada kawan-kawan yang tak berhati perut...tak ada ke secebis belas kasihan mereka kepada aku sehingga sanggup memperlakukan aku sebegini rupa...aku tak mintak banyak pun dari dia orang...aku hanya meminta secebis belas kasihan...susah sangatkah untuk menghulurkan secebis belas kasihan tu...bukannyer kena bayar pun kalau hulurkan belas kasihan tu...aku hanya mintak secebis bukan segunung...

Kawan??? Ya aku punyai kawan..tapi kawan aku ni tak sama dengan kawan aku yang lain...kawan yang dah aku anggap sedara sendiri sanggup buat aku macam nie...layakkah lagi diri dia aku gelarkan sebagai kawan? Kau tahu tak betapa hancurnya perasaan aku tika ini...perasaan benci dan meluat aku terhadap kau makin bertambah kawan...aku sudah tak mampu untuk membendungnya lagi...hati aku sakit sangat-sangat...sakit yang amat...kalau kau rasa kau kawan aku kau tak akan buat aku macam nie kan...ternyata aku ni bukan kawan kau...hanya aku jer yang anggap kau kawan tapi kau anggap aku sebagai lawan...

Kejam giler cara yang kau buatkan kepada aku ini...dulu kau selalu cakap yang aku ni kejam tapi sedar tak kau yang perkataan kejam itu lebih layak ditujukan kepada diri kau sendiri...kau selalu cakap yang aku ni tak berhati perut tapi rasanyer kau lebih tak berhari perut...kau selalu ungkit benda-benda yang lepas...kau selalu ungkit yang kau sentiasa menangis setiap malam semata-mata aku tak nak bercakap dengan kau...kau selalu cakap yang kau terpaksa makan dalam bilik semata-mata aku tak nak layan kau...aku pun heran..kenapa kau perlu nak menangis kalau aku tak bercakap dengan kau? kau takut jadi bisu ker kalau aku tak bercakap dengan kau...dan kenapa kau makan dalam bilik kalau aku tak nak layan kau? seluas-luas ruang tamu kat rumah tu kenapa bilik jugak yang kau pilih...kalau kau nak makan kau makan la kenapa nak bersusah payah dengan aku plak...ker kau nak aku suapkan ke mulut kau..kau nak aku layan kau macam permaisuri ke baru kau akan stop ungkit benda-benda lepas...kalau kau nak orang layan kau macam permaisuri lebih baik kau cari orang lain...aku tak akan menghambakan diri aku untuk kau...

Yang aku paling tak paham biler kau tuduh aku tak jaga hati dan perasaan kau...tak paham keadaan dan situasi kau...kau nak suruh aku jaga hati dan perasaan kau tapi ada ker kau jaga hati dan perasaan aku...kau suruh aku faham akan keadaan dan situasi kau tapi ada ker kau cuba faham akan keadaan dan situasi aku plak? Tak ada kan? So kalau kau tak ada jaga hati dan perasaan aku dan tak nak faham keadaan dan situasi aku kenapa perlu aku buat semua itu semata-mata untuk kesenangan kau...kalau aku nak jaga hati dan perasaan kau siapa pulak nak jaga hati dan perasaan aku...kau tahu tak aku dah cukup penat untuk jaga hati dan perasaan orang lain sehinggakan aku sanggup abaikan hati dan perasaan aku sendiri semata-mata kerana sahabat...aku tak sanggup tengok orang lain terguris hati tapi aku sanggup guriskan hati aku sendiri kerana seorang sahabat...

Mungkin kau tak sedarkan semua tu...macam mana kau nak sedarkan kalau dah diri kau diulit dengan kebahagiaan...hanya orang yang menanggung kesengsaraan jer yang faham semua itu...kau selalu cakap dengan aku yang kau bersendirian hidup di ibu kota ini...sedarkah kau yang kau dah bersuami...apa fungsi suami disisi kau kalau dia tak mampu nak melindungi kau dari marabahaya...lainlah aku ni...aku bersendirian di ibu kota ini semata-mata ingin mencari sesuap rezeki untuk aku dan keluarga aku di kampung...aku tak ada orang nak jaga kalau bahaya datang menimpa..aku hanya mampu bermohon kepada Tuhan supaya melindungi setiap langkah aku dari marabahaya...hanya kepada Dia aku bermohon....

Kau pernah cakap dengan aku yang kita akan kekal menjadi sahabat walaupun aku dah keluar dari rumah tu...jujur aku katakan yang aku tak mampu nak tunaikan permintaan kau untuk kekal sebagai sahabat kau...dengan apa yang kau dah buat kat aku berani kau cakap yang kau nak kita kekal sebagai sahabat? agak-agak kau la kan..kalau kau berada kat tempat aku, kau sanggup ker nak anggap orang tu sahabat kau lagi? dah macam benda yang menyusahkan dia berikan kepada kau, kau still lagi nak anggap dia kawan? kalau kau jenis berhati lembut maybe kau boleh anggap dia kawan kau tapi jujur aku katakan yang aku tak mempunyai hati selembut itu...time-time aku boleh jadi lembut tapi time-time hati aku akan jadi keras sekeras batu...maaf aku tak mampu nak tunaikan permintaan itu...aku harap lepas ni tiada apa lagi yang menghubungkan kita...kau cara kau aku cara aku...bahagia atau duka yang kau atau aku alami lepas ini tiada kaitan lagi antara satu sama lain...maaf...aku terpaksa menjadi orang yang keras hati...sudah sampai masanya aku jaga hati dan perasaan aku sendiri plak...kalau asyik aku jaga hati dan perasaan orang lain jer tak ada orang nak jaga hati dan perasaan aku...terima kasih sebab pernah menjadi sahabat yang menyusahkan hidup aku...




Tuesday, January 22, 2013

"Ya Allah"...itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila mana aku dengar yang si dia bakal melangsungkan perkahwinannya...dan yang pasti bukan aku pengantin perempuannya...kalau aku pengantin perempuannya mesti ungkapan "Alhamdulillah" yang akan kuar dari mulut aku tapi kini aku hanya mampu mengungkapkan "Ya Allah"..betapa hati aku menangis hiba bila dengar perkhabaran ini...tak ku sangka dan tak ku duga...rupa-rupanya benarlah si dia bukan insan yang Tuhan ciptakan untuk aku melengkapi tulang rusuknya...mungkin ada insan lain untuk aku lengkapi tulang rusuknya...aku pasrah dengan ketentuanMu Tuhan...

Setelah setahun lebih aku menyulam rasa indah dalam hati ini untuk si dia akhirnya aku kecewa jua...even hanya bertepuk sebelah tangan tapi aku bahagia tapi kini kebahagiaan itu telah diragut pergi hanya dengan sepotong ayat yang "si dia bakal berkahwin"...itulah padahnya yang terpaksa aku terima kerana berani menyimpan perasaan kasih sayang dan cinta terhadap si dia dalam diam....padah menyintai seseorang dalam diam tanpa izin dari tuan badan sendiri...aku redha dengan semua ini...mungkin bukan jodoh antara aku dengan si dia...tiap-tiap malam air mata aku mengalir membasahi pipi bila aku tahu akan kebenarannya...terlalu sakit dan perit sehinggakan aku tak mampu untuk menanggungnya...alangkah baiknya kalau aku ada keberanian untuk meluahkan apa yang aku rasa kepada si dia...sekarang semuanya telah terlambat...kini si dia bakal bergelar suami kepada seorang wanita yang si dia cintai...wanita yang mungkin aku tak kenali langsung....

Seandainya suatu masa nanti kad perkahwinan mereka sampai ke tangan aku...sanggupkah aku untuk melihat kad tersebut...kad di mana tersulamnya nama si dia dengan bakal pengantinnya yang di hiasai dengan kata-kata yang romantis dan yang berlatarbelakangkan love? sanggupkah aku untuk menghadiri majlis mereka nanti...seandainya aku pergi maybe aku akan menjadi orang yang paling kejam...kejam kepada hati aku sendiri...sanggupkah aku untuk melihat si dia duduk tersenyum riang di atas pelamin bersama dengan wanita lain...wanita yang telah sah menjadi isteri si dia...Ya Allah..seandainya tiba hari tersebut, Kau kuatkanlah hati aku untuk menghadapi itu semua Ya Allah...Kau pinjamkanlah aku kekuatan untuk aku melihatnya untuk kali yang terakhir...janganlah Kau menitiskan air mata aku pada hari kebahagiaannya nanti Ya Allah...jauhkanlah aku dari sebarang kekecewaan pada hari tersebut nanti...

Tiada lain yang aku mintak selain dari kekuatan dan ketabahan dariMu Ya Allah...pasrahkanlah aku dengan takdirMu Ya Allah...mungkin benar bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku...mungkin benar akan ada orang lain yang akan mengisi kekosongan hati aku ini...begitu indah percaturan hidup dariMu Ya Allah...aku pasrah dan aku redha...yang Kau yang menjadi kekuatan untuk aku kini...berikan aku kesabaran yang tinggi untuk aku menghadapi semua ini...terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah bukakan mata hati aku untuk mencari yang lain...Engkau telah menyedarkan aku untuk berpijak di bumi yang nyata...selama ini aku khilaf dalam mencari erti cinta...sekarang aku hanya mampu berdoa kepadaMu agar mengurniakan aku seorang insan yang betul-betul mencintai aku...yang betul-betul boleh menerima diri aku ini seadanya...hanya kepadaMu sahaja aku bermohon dan berserah...

Wednesday, January 16, 2013

Akhirnya...setelah berminggu-minggu aku menantikan jawapan kepada persoalan yang dah berminggu-minggu jugak bermain dalam fikiran aku ini akhirnya dapat jua....tetapi yang paling menyakitkan hati aku yang jawapan itu tidak berpihak kepada aku...ternyata apa yang aku angankan selama ini hanya angan-angan belaka...satu pun tak pernah nak berpihak kepada aku...dan aku redha dengan semua ini...

Sampai hati erk kau buat aku macam ini...kenapa dulu aku nak keluar kau suruh aku stay sebab kau yang nak kuar dari umah tu tapi kenapa kini kau cakap yang kau tak kuar...kenapa baru sekarang cakap dan kenapa tidak pada awal bulan dulu...macam orang bodoh aku tunggu tuk kau keluar tapi kau tetap juga tak keluar malah aku yang terpaksa keluar...menanti terus menanti tapi akhirnya aku yang kena...kelakar kan...rasa cam memperbodohkan diri sendiri plak...lepas aku dapat mesej dari kau ahad lepas dan sampai sekarang aku cuba untuk fahamkan apa masalah akak tu sekarang ini...apa kaitan akak tu dalam perpindahan ini...adakah disebabkan dia yang mencari umah tu maknanya dia tak nak bagi aku stay kat sana...HELLO akak...akak yang tolong carikan jer bukan akak yang tolong bayar sewa untuk aku...sepanjang tak sampai 5 bulan duk kat sana dan every month aku bayar sewa umah tu dengan hasil titik peluh aku bekerja dengan TM...satu sen pun aku tak harapkan duit dari akak untuk bayar sewa umah tu tapi kenapa perlu akak buat macam tu...serius aku cakap yang aku tak paham apa yang akak tu pikir...kenapa perlu dia berfikiran cam tu...dia tak pikir ker yang member aku ni dah kawen dan supposedly dia kena paham la kan...orang kawen mesti la kena cari umah baru dan aku akan cari penganti untuk bilik tu...every month sewa tetap aku bayar...singkat sangat rupanya pemikiran akak tu...tak padan dengan umur yang dah beranak pinak tapi pemikiran still lagi ditahap keanak-anakan...kalau la boleh aku tanya akak tu...nak jer aku cakap apa perasaan orang dia kalau benda ni terjadi kat anak dia...tu jer aku nak tanya...tolonglah akak...akak dah dewasa kan dah menjadi mak budak tapi tak kan itu jer tahap pemikiran akak...terlalu singkat gaya pemikiran akak rupanya...

Dan kau...tak kan la akak tu sorang jer kau ofis yang jadi kawan kau...tak kan seluas-luas kat tempat kerja tu hanya ada kau ngan akak tu jer...kalau yer pun kau nak bagi alasan tak kuar bagi la yang logik sikit...jangan bagi benda yang orang boleh fikir out of the box...iyeeee...memang aku akui yang dulu kau rapat dengan akak tu sebab akak tu sanggup amik dan hantar kau balik kerja tapi sekarang ni lepas suami kau ada aku rasa akak tu dah tak datang kan...sebab apa..sebab kau dah ada suami dan suami kau leh jer hantar dan amik kau dari kerja...tak kisah sampai pukul berapa kau kena stay suami kau tetap ada untuk pergi amik kau....jangan la dijadikan akak tu sebagai alasan untuk kau tak nak kuar dari umah tu...dah kalau betul-betul kau tak nak kuar cakap jer tak payah nak gunakan nama orang lain...dulu kau cakap dengan aku umah yang kau cari tu mahal dan kosong...aku rasakan kalau kau boleh berfikiran panjang kan mesti kau dah mintak nak peti tu dan semua perkakas memasak dalam umah tu tuk bawak pergi sana....aku tak kisah kalau kau nak semua benda tu tapi kau kena la bayar balik kat aku semua benda yang kita share dulu....hanya disebabkan sebuah rumah yang kau tengok kosong dan mahal terus kau kata tak ada rumah nak duduk...kenapa cepat sangat kau berputus asa...betul kata orang tua-tua..nak seribu daya tak nak seribu dalih...dan aku klasifikasikan kau dalam kategori tak nak sebab seribu dalih kau bagi kat aku semata-mata tak nak kuar dari umah tu...dengan aku kau cakap umah tu mahal tapi dengan mak cik sebelah umah tu kau cakap owner tu tarik last minute...yang mana satu aku nak pakai kira nie...kenapa perlu ada 2 percanggahan permbohongan kau kat sini...kalau betul kau nak menipu tolong la mencipta satu fakta yang sama...yang bolak balikkan cerita....hebat betul pembohongan yang kau ciptakan sampai akhirnya kau terkantoi dengan aku...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Kau nak tau satu benda tak...aku benci biler kau message kat aku yang kau kesiankan aku biler kau buat aku macam tu...kau kesiankan aku tapi kau still gak buat aku aku macam nie...kalau kesian kau tu hanya sekadar di mulut jer tapi tak sampai kat hati busuk kau tu baik tak payah ungkap la..kau simpan jer perasaan tu sampai reput dalam hati kau...aku pernah cakap dulu ngan kau yang umah tu kau cari cari dan orang yang selayaknya keluar dari umah tu adalah aku tapi kau cakap kau ada suami dan senang nak cari umah tapi sekarang apa jadi...kenapa kau tak ajak jer suami kau tu tuk cari umah...kalau kau bertapa jer dalam bilik 24 jam dan keluar merewang-rewang tak tentu hala of course la umah yang kau nak tu tak akan ada...umah tu tak akan datang dengan sendiri kalau kau tak cari...masalahnya sekarang ni kau tak cari langsung umah tu dan of course la kau tak jumpa...perasaan belas tu kau simpankanlah untuk diri sendiri...bukan aku yang selayaknyer dapat perasaan itu tapi diri kau sendiri...dalam kesian kan aku kau tetap lakukan jugak...syabas tuk kau aku ucapkan...perasaan kesian kau ucapkan itu aku amik tapi bukan untuk diletakkan di hati aku tetapi aku letakkan ia di tapak kaki aku...kalau kau kata aku kejam kau lebih lagi kejam dari aku...aku keseorang hidup kat sini tapi kau ada suami...sakit pening kau suami ada nak tolong tenggokkan...susah senang kau suami ada tuk bantu tapi aku...aku hanya sendirian...tak ada saper pun nak amik tahu pasal sakit pening aku...pasal susah senang aku...semuanyer aku perlu lakukan dengan sendiri...tak ada tempat untuk bergantung harap...

Kau tak bagi aku pindah...kau nak suh aku stay kat sana...kau dah hilang akal ke apa...kau tau tak apa hubungan aku dengan suami kau tu...adakah aku ni adik dia or adik ipar dia...dia bukan muhrim aku dan aku dengan dia dibolehkan untuk berkahwin seandainya perkara buruk berlaku terhadap aku dan dia...kau kena paham satu benda...dosa yang aku lakukan still lagi aku tanggung tapi dosa yang kau buat suami kau yang tanggung....aku tak kisah kau nak bebankan banyak mana dosa kau kepada suami kau tapi aku tak sanggup nak membebankan hidup ayah aku dengan dosa aku....kau memang cakap kau tak kisah tapi ada kau pikir akan privacy kau dan keselesaan aku ni...kau nak terperap jer dalam bilik tu 24 jam sedangkan umah yang kita duk tu ada living room...buat apa kita sewa satu rumah kalau dah semua nak terperap dalam bilik jer kan...baik sewa bilik jer tak payah sewa umah...memang kau tak kisah tapi aku kisah...aku dah tak sanggup nak hidup macam tu lagi....setiap hari aku kena berhati-hati buat kerja takut terserempak dengan kau...nak kuar bilik pun kena pakai tudung....tak kan time masak pun aku nak kena pakai tudung gak...kau kena la paham sikit semua tu...jangan la kau fikirkan sebelah kau saja...kau memang tak kisah sebab dia suami kau dan apa saja cara pemakaian kau dalam umah tu tak mengharamkan tapi aku tak...apa yang aku pakai perlu tertutup...aku jugak perlukan kebebasan dalam umah tu...aku tak nak jadi macam katak yang hidup bawah tempurung....kalau kau perasan every weekend aku selalu keluar...kau tahu kenapa sebab kalau aku tak keluar aku boleh jadi giler duk dalam bilik tu...

Dalam message kau cakap dengan aku yang apa-apa hal kita tetap kawan...buat masa ni yes kita memang akan jadi kawan tapi tidak selepas aku dah keluar dari umah tu...pernah aku cakap dulu biler mana kaki aku melangkah keluar dari umah tu kau dan aku dan tak akan jadi kawan lagi...cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini dan aku dah tak sanggup lagi nak berkawan dengan orang yang membuatkan hidup aku susah...dulu aku pernah hilang sorang kawan disebabkan perkara ini dan kini aku bakal kehilangan sorang lagi kawan tapi aku tak kisah....aku tak kisah kehilangan kau sebab aku ada ramai lagi kawan aku kat ofis yang sudi berkawan dengan aku...tak ralat dalam hati aku untuk kehilangan kau malah aku bersyukur sebab selepas ini tak ada apa-apa hubungan lagi antara kita walau sekadar kawan sekalipun...maaf aku ucapkan sebab kau memang tak layak untuk menjadi kawan aku...aku tahu berdosa besar jika aku memutuskan hubungan silaturrahim ini tetapi kalau dengan memutuskannya aku akan mendapat balik kebahagiaan aku dulu aku sanggup...

Kau tahu tak yang aku betul-betul berkecil hati dengan kau dan suami kau...kau selalu salahkan aku biler mana aku tak bercakap dan layan kau...kau selalu cari kesalahan aku tapi kesalahan diri yang kau buat kau tak tahu kan....kau tau tak yang mak ayah aku berkecil hati dengan keadaan kau...mereka berkunjung kerumah untuk kenal orang yang tinggal dengan aku tapi kau layan family aku acuh tak acuh saja gayanya...kau terperap dalam bilik 24 jam dengan suami kau...aku boleh terima keadaan kau tapi aku tak boleh nak terima keadaan suami kau...kau sanggup layan family aku macam tu...biler mak ayah aku tanya aku tak tahu nak jawab apa...jawapan yang pasti aku diam jer...apa perlu aku cakap dengan dia orang yang kau orang tak keluar berbual-bual dengan dia orang? kau orang malu ker? kenapa time family kau datang aku leh jer layan dia orang cam keluarga aku sendiri...tak pernah dalam sehari aku tak layan family kau tapi kau...sehari jer family aku duk kat sana kau dah tunjukkan perangai kau...nasib baik family aku stay sekejap jer kat sana kalau lah family aku duk lama kat sana rasanyer berulat kau orang dalam bilik tu...sampai kau nak masuk tandas pun kau boleh massage aku...aku dulu keluar kut dari bilik tu nak intai ada orang ke tak dalam toilet...memang kau buatkan aku terasa ati dan tak salahkan kalau aku dah tak anggap kau kawan aku lagi lepas ini...mak aku jugak cakap yang korang ni payah nak diminta tolong...kawan yang tak boleh nak diharapkan...aku hanya diam jer biler mak ayah aku complaint pasal kau...time mak kau datang every night aku keluar dari bilik berborak ngan mak kau sebab aku kesian tengok kat dia keseorangan kat luar tu sedangkan kau dengan suami kau sedap-sedap duk dalam bilik...kau tinggal mak kau kat keluar dan aku terpaksa untuk keluar dari bilik aku berborak-borak dengan mak kau...even aku penat tapi aku still lagi keluar berborak dengan dia orang tapi kau....kau langsung tak buat apa yang aku buat kat family kau...memang aku terasa hati sangat-sangat...seharian kau sanggup lari dari umah tu semata-mata tak nak duk sekali ngan family aku...kejam giler perbuatan kau terhadap family aku tapi aku diam jer...

Kau sanggup berbaik dengan aku setelah sekian lama kita tak bertegur sapa...sebab apa...sebab kau nak tunjuk kat family kau tu yang kita ni bahagia duk dalam umah tu...depan mak kau semua benda kau bual dengan aku time biler sampai time family aku kau diam membisu...untuk bertemu muka lagi la...jauh panggang dari api...aku boleh jaga hati dan perasaan family kau tapi kenapa kau tak boleh nak jaga hati dan perasaan family sampaikan family aku dah tak sanggup nak stay kat umah tu tuk malam ke-2....aku terpaksa bawak family aku bermalam kat umah cousin aku kat bangi sedangkan keesokkannya kita orang nak bertolak ke Penang....bangi nak keluar ke Penang jauh tapi disebabkan onar yang kau buat aku sanggup menempuh perjalanan yang jauh itu dari melayan kerenah kau dan pertanyaan dari family aku...cukuplah setakat itu saja aku jaga hati dan perasaan kau satu family...mungkin di lain hari aku dah tak akan jadi seperti dulu...dan mungkin jugak selepas ini kita dah tak akan berjumpa untuk selama-lamanya...cukuplah dengan apa yang dah kau buat kat aku dan keluarga aku...kalau benda ni berlaku kepada aku sorang saja mungkin aku boleh maafkan kau lagi tapi tidak kalau benda ini berlaku kepada keluarga aku...tidak sesekali aku maafkan kau...