Monday, September 26, 2011

Ya Allah...perasaan apakah yang aku alami sekarang ni Ya Allah...setiap kali aku melihat si dia hati aku rasa berdebar jer...setiap kali aku lihat si dia chat ngan member aku hati aku rasa sakit sangat...rasa macam nak marah jer biler lihat si dia bergurau senda dengan member aku...apa perasaan ini semua...kenapa perlu aku rasa berdebar biler berdepan dengan dia dan kenapa perlu aku nak cemburu biler tengok dia chat ngan orang lain...saper aku nak rasa semua itu...apa hubungan aku dengan dia sehinggakan aku rasa sebegini rupa....

Seriusly aku cakap, setiap kali aku tengok dia berchit chat dan bergurau senda dalam ym @ skype aku rasa sakit hati sangat...tiba-tiba jer perasaan marah aku keluar dan tiba-tiba jugak aku tak mahu bercakap dengan member aku tu...aku tahu itu bukan salah dan silap dia tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku harus berperasaan seperti itu...yang ni aku bukan reka cerita tetapi semuanya benar belaka...apa yang aku luahkan di sini itu lah yang aku rasa...kenapa si dia boleh bergurau senda dengan orang lain sedangkan dengan aku tidak..adakah disebabkan ini yang membuatkan aku berasa sangat sakit hati dengan si dia...ikhlas aku cakap biler aku ingin bergurau senda dengan si dia melalui ym @ skype...si dia tak pernah nak layan gurau senda aku itu tetapi si dia boleh layan gurau senda member aku...adakah disebabkan aku tidak pandai nak speaking so si dia malas nak layan aku...sius aku cakap yang aku tak berapa pandai untuk speaking tambah-tambah plak si dia orang melayu..lagi la aku segan nak speaking dengan si dia....maybe disebabkan inilah yang membuatkan si dia tak nak layan aku....aku tak kisah semua itu coz sekarang ni aku rasakan yang perasaan suka aku terhadap si dia dah semakin pudar dari hari ke hari...aku pun tak tahu kenapa...kalau dulu pantang aku nampak si dia hati aku akan rasa berdebar tetapi kini sudah tidak ada lagi perasaan itu...maybe bukan si dia yang Tuhan ciptakan untuk aku...bukan si dia calon yang sesuai untuk aku...aku terima dengan seadanya...kerana itu semua Dia telah tetapkan...hanya Dia yang mengetahui baik buruk semua kejadian ini...mungkin benar orang cakap yang lelaki baik hanya untuk wanita yang baik sahaja...

Aku tak mintak untuk berperasaan seperti ini...perasaan yang hadir tanpa aku sedar..aku sedar biler aku terasa hati aku sangat sakit...sakit kerana dipermainkan...tidak layakkah aku untuk si dia..tidak layakkah untuk aku mendampingi si dia sehingga sanggup si dia buat aku cam nie...aku juga ada hati dan perasaan...aku juga ada keinginan untuk merasakan bagaimana perasaan biler diri disayangi dan menyayangi...aku nak rasa semua itu tetapi aku tahu yang aku mungkin tak akan dapat merasainya...kenapa semua orang yang aku suka..suka sangat mainkan hati dan perasaan aku..suka sangat membuatkan aku rasa sakit hati...kenapa la semua ini aku yang kena tanggung sedangkan aku tak pernah pun masuk ke alam percintaan....aku tak tahu bagaimana rasa biler disayangi..tak pernah rasa biler dicintai...tak pernah rasa bagaimana biler dikecewakan...semua itu tak pernah aku rasa...

Aku benci dengan perasaan aku sekarang ini....aku tak suka biler hati aku sakit biler aku tengok si dia bermesra berchit chat dengan member aku sedangkan si dia tak pernah nak bermesra seperti itu dengan aku...aku sedar siapa diri aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain...maybe kerana keadaan aku ini yang membuatkan si dia malu untuk bermesra dengan aku...tak apa la kalau cam tu gak..aku terima dengan hati yang ikhlas...aku harap semoga si dia akan menemui seseorang yang benar-benar memenuhi citarasa si dia...maybe aku bukan salah satu tulang rusuk dia dan maybe aku telah diciptakan untuk orang lain bukan untuk si dia...aku sedar...sejauh mana dan sekuat mana pun aku cuba untuk memilikinya...kalau sudah bukan itu yang Tuhan tetapkan untuk aku...aku akan kehilangan si dia jugak..InsyaAllah aku boleh menerima semua ini..aku pasrah dan redha dalam mencari pasangan hidup aku...

Biler aku dengar balik lagu Berdua Bersatu dan cuba menghayati lirik dia...aku rasakan yang lirik tersebut benar-benar sama dengan apa yang aku rasa kan saat ini...cubalah hayati lirik lagu ini...cukup mengusik jiwa dan raga dan cukup jugak membuatkan aku mengalir air mata..

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Sunday, September 25, 2011

Aku dah tak tahu nak bercerita dengan siapa lagi benda nie..makin lama aku pendamkan benda ni makin sakit aku rasakan...aku dah tak tahu siapa yang perlu aku berkongsi masalah ini...aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam sakit hati dan cepat terasa kalau ada orang buat benda yang tidak menyenangkan mata aku untuk memandangnya...PMK lah satu-satunya tempat yang aku rasakan sangat sesuai untuk aku meluahkannya....


Sekarang ini aku rasa aku dah tak mampu lagi dah nak mengadap muka dia...kadang-kadang aku rasa macam nak jer lari dari umah nie..nak jer aku pindah keluar dari umah nie...kalau la aku ni jenis orang yang tak ada hati dan perasaan sudah tentu aku akan melakukannya...aku tak kisah walaupun aku terpaksa bersusah payah janji aku dapat hidup dengan tenang dan aman...serius aku cakap dulu aku sangat-sangat menghormati dia kerana dia telah aku anggap seperti kakak aku sendiri tetapi kini...hari berganti hari dan masa berganti masa...aku rasakan yang perasaan hormat aku terhadap dia dahulu semakin berkurangan dan sekarang aku sudah semakin berani melawan cakap dia...bukan aku tak nak hormat dia tetapi aku rasa orang yang macam ini tak perlu nak dihormatkan sangat...apa gunanya aku hormat kepada dia sedangkan dia tidak pernah sekelumit pun nak hormat aku...apa perlu aku menghormatinya??? Aku akan hormat orang itu sekiranya dia jugak hormat akan aku...kalau setakat nak mengharapkan orang hormat kat kita jer baik tak payah la...dan orang seperti ini aku tak akan hormat...lantak kau lah nak kata aku apa pun tapi biler aku dah kata yang aku tak akan hormat kau lagi aku tak akan hormat...tu kata-kata aku....


Biler difikirkan balik benda ini rasa macam tak percaya yang aku selama ini menghormati orang yang salah....menghormati orang yang tidak pernah ingin menghormati kita sebagaimana kita menghormati diri mereka...biler kita bagi peluang sekali untuk dia berbuat sedemikian rupa tak bermakna dia boleh melakukannya berulang kali...cukuplah sekali itu...kini biler aku pandang saja muka dia hati aku rasa macam bergelora...rasa macam darah aku mendidih jer....nak jer aku keluarkan benda yang tak elok tetapi disebabkan rasa hormat itu masih lagi ada dalam hati ini...aku diam jer...tapi....tu tak bermakna diam aku diam membisu...diam aku diam berisi...dah isi itu akan aku keluarkan biler ianya dah cukup masak untuk dikeluarkan...jangan cuba untuk menguji kesabaran aku...selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar dan seandainya tahap kesabaran aku sudah mencapai tahap yang kritikal...jangan salahkan aku nanti...cuba renung dan tanya diri sendiri salah dan silap yang telah kau lakukan sehingga kau mampu menguji kesabaran aku..aku juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan....yang akan rasa sedih biler dikecewakan dan akan rasa marah biler dipermainkan....aku tahu yang manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan tetapi kalau boleh...cuba lah elakkan benda itu dari berlaku kepada kita seandainya kita berusaha...


Serius aku cakap yang aku dah cukup penat sangat-sangat...penat dalam menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan perasaan aku sendiri terabai...kerana ingin menjaga hati dan perasaan orang lain aku sanggup menepikan hati dan perasaan aku...sampai biler aku nak jadi seperti ni....selalu sangat ingin menjaga hati dan perasaan orang lain sampaikan aku tidak sedar yang dalam diam aku telah melukakan hati dan perasaan aku sekali...ingin memberi kegembiraan kepada orang lain sedangkan kesedihan yang kita dapat....aku juga punya hati dan perasaan, aku bukannya komputer yang boleh save dan delete semua data yang berlaku dalam hidup aku...aku manusia biasa...just a HUMAN....

Saturday, September 17, 2011

Aku rasakan makin lama aku pikirkan benda ni makin naik giler aku jadinyer...cukuplah setakat ni jer..aku dah tak mahu lagi pikirkan semua benda nie..aku dah cukup penat untuk memikirkannya...aku ingin melupakan bayangan si dia dalam hidup aku..sejak si dia kembali semula bersama kami, setiap hari aku akan memikirkan tentang si dia...aku akan terfikirkan apa kata-kata dan tindakan yang telah si dia lakukan untuk hari-hari tersebut...setiap kata-kata dan tindakan si dia aku dapat mengingatinya satu-satu..makin lama aku fikirkan benda ni makin membuatkan aku rasa macam nak giler..aku rasakan yang aku gila bayang..gila kepada seseorang yang tak pernah sedar akan kewujudan aku...kenapa la aku boleh jadi seteruk ini....

Aku dah tak nak semua ini berlaku lagi...aku nak cuba lupakan si dia..even si dia selalu datang jumpa kami tapi aku yakin yang aku mampu untuk melupakan si dia...aku dah cukup penat untuk menanggung perasaan ini..perasaan yang tidak tahu akan penghujungnya...terlalu penat untuk aku memikirkan semua ini..aku berserah kepada takdir..seandainya si dia yang telah Dia ciptakan untuk aku..kemana saja aku lari pasti akan ada jodoh kami dan seandainya si dia bukan yang Dia ciptakan untuk aku...sekuat mana aku mencuba untuk memilikinya aku tak akan berjaya..kerana si dia bukan ditakdirkan untuk aku...aku terima semuanya...sekarang aku hanya mampu berserah dan berdoa sahaja...

Benar apa yang dikatakan oleh housemate ku..kalau kita dah berusaha mencari tetapi masih belum lagi temui...sekarang sudah tiba masanya kita berdoa dan berserah kepadaNya kerana hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui semua yang berlaku ini....aku masih lagi muda..kenapa perlu aku tergesa- gesa nak mengejar sesuatu benda yang belum pasti lagi akan menjadi milik aku....semua itu telah ditetapkan oleh Dia..cuma cepat atau lambat saja yang membezakannya...insyaAllah...kalau umur aku panjang dan kalau ditetapkan oleh Dia yang aku akan pergi setelah aku berkahwin dengan orang yang aku sayang...aku akan berkahwin jugak cuma masa yang menentukan segala-galanya kini....aku tak kisah sama ada benda ni awal atau lambat kerana aku tahu Dia telah menetapkan semuanya...aku hanya mampu menunggu dan berdoa...buat apa aku nak terkejar-kejar kalau suatu hari nanti aku tak bahagia...aku tak mahu semua itu berlaku kepada aku..aku rela lambat kahwin asalkan aku bahagia dengan orang yang aku sayang..itu jer yang aku mahukan sekarang ini...

Sekarang ini aku ingin berhenti berharap terhadap si dia...aku dah tak nak fikirkan semua itu lagi...buat masa sekarang ni apa yang aku mahu aku ingin completekan kerja yang telah di assignkan kat aku jer...aku ingin menjalankan kewajipan aku sebagai seorang pekerja....aku akan cuba untuk bersikap professional biler aku berdepan dengan si dia nanti...aku ingin buangkan perasaan aku itu terhadap si dia...cukuplah aku dengan si dia kenal sebagai rakan kerja sahaja...aku tidak inginkan perhubungan yang lebih dari itu dengan si dia kerana aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan...biarlah aku mengundur diri dari terus meminati si dia...aku sudah cukup bersedia..jiwa dan raga aku pun juga sudah cukup bersedia dengan semua ini...aku dah cukup-cukup penat menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi milik aku....aku tak nak berharap sangat coz aku takut suatu hari nanti yang aku akan kecewa...lebih baik undurkan diri dari sekarang sebelum aku dikecewakan....

Cukuplah untuk setakat ini sahaja....aku telah didik hati dan jiwa aku untuk menerima semua ini dengan sabar even dia amat menyakitkan....tipu kalau aku katakan yang sekarang ni aku tak rasa apa-apa....aku rasa sakit sangat hati ini...rasa macam ada belati yang menghiris hati aku ini tapi aku terpaksa...aku terpaksa buat semua ini kerana aku tak mahu di kecewakan di kemudian hari...sakit hati ini hanya Tuhan saja yang tahu..saper yang tak merasa sedih kalau terpaksa untuk melupakan seseorang yang kita sayang..seseorang yang telah berjaya menakluki hati kita...semua akan merasa sedih kerana kita akan kehilangan mereka tetapi apa daya aku nak halang semua ini....aku hanyalah insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan...yang akan berasa sakit biler dikecewakan dan akan berasa sedih biler ditinggalkan...aku tak nak semua itu berlaku kepada aku suatu hari nanti kerana aku tahu yang aku tak mampu untuk menghadapinya...Ya Allah..sakitnya hati aku ini untuk membuat keputusan ini tetapi Ya Allah...aku pasrah dan redha dengan ketentuan yang telah Kau tetapkan untuk aku kerana hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala-galanya...mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini...mungkin aku tidak baik untuk si dia kerana lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...

Ya Allah....aku bermohon kepadaMu Ya Allah...seandainya ini lah dugaan yang Kau turunkan untuk aku di atas muka bumi ini...aku terimanya Ya Allah...aku terima dengan hati yang ikhlas....Ya Allah...kau bantulah aku dalam menyelesaikan kemelut yang melanda hati aku kini....aku sudah tidak mampun untuk menyelesaikannya seorang diri..aku bermohon bantuan daripadaMu Ya Allah...Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini...berikanlah aku semangat serta dan tiupkanlah aku dengan sedikit keyakinan untuk aku menghadapi semua ini...hanya kepadaMu sahaja aku bermohon dan merayu....cukuplah dengan mainan perasaan yang aku ciptakan sendiri untuk aku sampai membuatkan aku tidak mampu untuk bernafas lagi...aku berjanji denganMu Ya Allah...aku berjanji yang aku akan cuba untuk melupakan si dia dan untuk tidak menaruh hati kepada si dia lagi...aku juag berjanji yang aku akan cuba untuk mengelak dari bertemu dengan si dia...aku sanggup tidak bertemu dengan si dia dari aku terpaksa menahan sabar melihat si dia...aku benar-benar bermohon kepadaMu Ya Allah....kau jauhilah aku dari si dia seandainya si dia bukan Kau ciptakan untuk aku...aku benar-benar sudah sedia untuk menghadapinya...

Thursday, September 15, 2011

Ya Allah...apa yang dah terjadi dengan aku ini..kenapa perasaan aku jadi tidak menentu sejak akhir-akhir nie..adakah kerana si dia yang kerap kali datang menemui kami semua kat bawah...adakah itu yang menjadi punca kepada ketidakmenentuan hati aku ini...kenapa perlu aku yang menghadapinya...bukan aku tak mahu menerimanyer tetapi aku masih belum lagi bersedia nak menghadapi ini semua...

Aku pun tak tahu kenapa perlu aku berperasaan seperti ini terhadap si dia...kenapa perlu si dia yang menghuni hati ini..kenapa perlu si dia yang aku suka dan sayang...kenapa perlu si dia yang aku cinta...kenapa perlu dia yang aku jumpa...kenapa semua ini terjadi kepada aku..sesungguhnyer aku benar-benar menyayanginyer Ya Allah....aku cuba untuk buangkan perasaan sayang dan cinta ini terhadap si dia tetapi aku tak mampu...semakin lama ianyer semakin menebal....semakin kerap aku berjumpa dengan si dia semakin tidak menentu perasaan aku ini...

Hari ini joke yang dia mainkan dengan member aku tu membuatkan jantung aku berhenti berdenyut...he's said that he's already married nag having 3 kids...biler aku dengar jer yang dia kata dia dah married terus perasaan aku down...betul-betul meng spoil kan mood aku hari nie...dan-dan jer aku rasa aku dah malas nak jumpa dan cakap dengan dia...kerja aku pun dah tak jalan biler aku dengan perkataan tu yang kuar dari mulut dia...i'm not sure whether he's serious or just joking...i hope he's joking about that...seandainyer apa yang dia cakap dengan my frenz tu adalah benar-benar semuanyer aku rasa akulah orang yang paling kecewa sekali dalam hidup aku macam tu...itu lah yang membuatkan aku tak  berani nak menaruh harapan yang tinggi terhadap si dia...dia jugak cakap yang dia tak ada gf coz terlampau busy untuk mencari gf...buleh tak kalau aku nak masuk jarum time2 cam nie...tak kisah la dai busy ker tak janji aku dapat jadi dia punyer gf....

Kat ofis ari nie just tinggal aku dengan dia jer...time tu semua orang dah balik kut tetapi aku still lagi kat ofis coz kerja aku tak dapat disettelkan lagi...first tu takut la jugak coz takut kena tangkap basah....nanti tak pasal2 kena kawen free....xnak la aku....kita orang bergelak sakan semua bagai...aku rasakan yang diri aku dengan si dia sangat rapat time tu...rasa debaran didada semakin kuat menghentak kut...time tu aku tengok si dia cute sangat..aku suka style dia sekarang...apa yang aku dapat concludekan sepanjang kita orang bersama tadi ialah aku terperasankan yang si dia akan bercakap dengan melihat kedalam mata kita...itu yang aku perasaan coz biler si dia bercakap dengan aku si dia akan pandang wajah aku....aku tak tahu la apa yang si dia pandang tetapi dari cara si dia pandang aku itu membuatkan hati aku berdebar dan membuatkan aku kelu untuk berkata-kata...begitu sekali aura yang ada pada si dia sehinggakan si dia mampu membuatkan aku syok sendiri....hari ini jugak aku sempat candid gambar dia setelah berusaha 2 hari untuk capture gambar dia secara diam-diam dan hari ini jugak...si dia mintak no phone aku...aku bangga sangat time dia mintak no phone aku itu....aku harapkan yang akan ada lagi step seterusnyer setelah kita orang bertukar no phone...suka sangat....at least aku dah ada gambar dan no phone dia dalam simpanan aku...

Betul ker apa yang aku buat nie...aku minat dia secara diam...aku bercerita tentang dia dengan member2 aku...aku terjatuh sayang dan cinta kepada dia...aku candid gambar dia secara diam dan sekarang ni aku ada no phone dia....betul ker semua ini...aku rasakan yang ini semua mengarut sahaja....kerana terlalu obses dengan dia aku sanggup buat apa sahaja....adakah ini yang dinamakan jodoh antara kami...?? hopefully dia lah jodoh untuk aku....Ya Allah..seandainyer ini semua benar aku bermohon kepadaMu Ya Allah

Wednesday, September 14, 2011

Kenapa la aku rasakan malam nie aku cukup-cukup touching sangat sehinggakan aku mengalir air mata tika aku berdoa selepas solat isyak...aku benar-benar rasa sedih sangat malam nie..aku pun tak tahu kenapa perasaan itu hadir pada malam ini sedangkan sebelum ini aku ok jer...doa yang aku baca malam ni dengan malam-malam yang sebelum ini sama jer cuma malam ni aku mampu mengalirkan air mata..aku tak tahu sama ada ianyer air mata gembira atau air mata yang menggambarkan kesedihan...apa yang aku tahu malam ni aku bermohon kepada Tuhan supaya tetapkan jodoh aku dengan si dia kerana aku terlampau menyayangi si dia...segenap ruang dalam hati aku kini telah terisi dengan nama si dia..aku pun tak tahu sejak biler benda ini terjadi..sedar-sedar seluruh ruang hati aku sudah ada nama si dia..si dia telah menduduki tempat yang paling istimewa dalam hati ini...tempat yang aku kosongkan untuk seseorang yang bakal menjadi suami aku suatu hari nanti...adakah si dia bakal suami aku suatu hari nanti..alangkah indahnyer kalau ianyer benar-benar menjadi kenyataan...sekarang ini aku hanya mampu membina kenyataan tetapi untuk menunaikannyer adalah suatu perkara yang agak mustahil sekali bagi diri aku ini...

Seriusly aku cakap...aku cuba untuk melupakan si dia dahulu dalam hidup dan ianyer mampu untuk aku lakukan benda tu tetapi kini..si dia kembali semula dan membuatkan perasaan yang aku cuba kuburkan untuk si dia kembali bertunas...aku tak suka dengan perasaan yang aku rasai untuk tika dan saat ini...kenapa perlu ianyer bertunas kembali??? Adakah itu petanda yang dia memang telah diciptakan untuk aku..?? Terlalu susah untuk menyatakannya...tidak segan dan silu mengatakan yang aku kini sudah jatuh sayang kepada si dia..kasih sayang yang tak mampu aku halang dari hadir dalam hati aku ini untuk si dia...adakah si dia jugak rasa apa yang aku rasai sekarang ini...?? Benar-benar berharap yang apa yang aku rasai tika ini si dia jugak merasainya..aku cukup-cukup rindu kepada si dia..rasa tak tertanggung perasaan ini...

Tapi...aku sedar..siapa aku jika hendak dibandingkan dengan si dia kan...bagai merak dengan gagak...jauh benar perbezaan antara kami....salahkah kalau aku seekor gagak ingin berkawan dengan seekor merak..?? salahkah kalau gagak ini sudah jatuh sayang dan cinta kepada si merak..?? bukan salah kami untuk menghadirkan perasaan itu kerana perasaan itu Tuhan yang kurniakan untuk kita...Dia ingin kita merasai apa yang telah Dia kurniakan untuk kita...aku sentiasa sedar yang aku dengan dia memang tidak setanding..tidak kisah la dengan siapa-siapa pun..aku memang tidak setanding dengan dia orang...apa yang dia orang nak pandang pada aku ni??..kalau nak pandang pada kecantikan...aku bukan seorang yang cantik tapi aku bersyukur dengan kurniaan dari Yang Maha Esa...aku redha dengam semua ini...

Satu jer yang aku nak tahu..salahkah kalau aku nak bercinta..?? salahkah kalau aku ingin memiliki orang yang aku sayang itu..?? salahkah kalau aku ingin menyayangi diri dia...?? salahkah aku nie..?? Tak layak ker untuk aku mencari cinta untuk diri aku ini...aku pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan di mana perasaan untuk rasa disayangi dan menyayangi...tak layak ker untuk aku terima semua itu..?? Kenapa perlu hati dan perasaan aku dipermainkan...hina sangat ker aku nie..adakah disebabkan fizikal aku yang gemuk dan tak cantik ini so aku tak layah untuk bercinta...tak layak untuk mendampingi lelaki yang aku suka...adakah itu salah satu penyebabnyer...kalau itu yang menjadi punca masalah kenapa korang selalu mainkan hati dan perasaan aku...no comment yang mampu aku jawab..aku tak pernah mintak untuk lahir ke dunia dalam keadaan begini tapi aku bersyukur coz aku ada family...family yang menjaga aku sejak aku merah sampai la aku menjadi aku yang sekarang ini...

Kenapa setiap kali aku cuba untuk menghampiri someone yang aku suka banyak sangat halangan dan rintangan yang perlu aku lalui...kenapa tidak pernah sekali pun aku mampu menghampiri orang yang aku suka...kenapa perlu aku yang menjadi mangsa kepada semua ini..aku hanya inginkan sekelumit jer perasaan kasih dan sayang dari seorang lelaki yang bergelar kekasih...adakah aku tidak akan berkesempatan untuk merasai semua ini sepanjang hidup aku..kenapa tiada seorang pun yang sudi menghulurkan aku secebis cinta mereka untuk aku rasa...tak banyak yang aku mintak..cukuplah hanya secebis cinta untuk aku rasai ketika hayat aku masih lagi dikandung badan...hanya secebis...aku tahu memang sukar untuk memberikan yang secebis itu kan kerana cinta yang ada dalam hati masing-masing sudah diserahkan semuanya kepada orang yang lebih berhak...aku pun ingin jugak merasai itu semua...aku tak ada orang yang sudi memberi cinta untuk aku..aku nak rasai semua tu..aku nak rasa macam mana diri ini biler ada orang yang sayang dan cinta kepada kita...aku nak rasa biler orang yang sayang tinggalkan kita..aku nak rasa semua perasaan itu..bagilah aku peluang untuk merasainyer...

Sekarang ini, hanya kepada si dia sahaja aku bergantung harap untuk merasai cinta itu...sekiranya dengan si dia jugak aku tidak dapat merasainya...aku akan tutup pintu hati aku untuk selama-lamanya buat mereka yang bergelar lelaki...hanya si dia yang menjadi harapan aku tika dan saat ini...cukuplah kalau untuk sehari aku merasainyer...sudah cukup bagi aku semua tu janji aku dapat merasainya....adakah si dia jugak memandang kepada kecantikan...bagaimana plak dengan nasib orang yang tidak cantik seperti aku ini...confirm tak akan ada yang sudi memandang kan..?? semuanyer pandang dengan pandangan yang cukup sinis dan menjengkelkan...seburuk dan sehina itukah aku di pandangan dia orang semua...

Ya Allah...seandainyer si dia yang Kau ciptakan untuk aku..Kau satukanlah hati kami berdua menjadi satu hati dan satu perasaan..kau wujudkanlah perasaan kasih sayang dan cinta antara kami berdua agar kami mampu mendirikan masjid dengan cinta kami Ya Allah...aku bermohon kepadaMu Ya Allah...kau tetapkanlah jodoh antara kami Ya Allah kerana sekarang ini aku terlalu menyayangi diri si dia...setiap genap ruang dalam hati aku ini telah aku pahatkan nama si dia sebagai teman istimewa ku Ya Allah...seandainyer si dia jugaklah yang kau ciptakan untuk aku...Kau pertemukanlah kami dengan pertemuan yang cukup-cukup membahagiakan...DAN seandainya bukan si dia yang kau ciptakan utuk aku...kau jauhilah si dia dari hidup aku..janganlah Engkau datangkan si dia didepan mata aku kerana aku tak mampu untuk menaggung kesakitan dan kesedihan..aku tak mampu nak menghadapi ini semua...janganlah Engkau wujudkan sebarang perasaan antara kami berdua Ya Allah.

Perlu ke benda ini terjadi kepada aku..kenapa ia nyer perlu terjadi kepada aku?? aku belum cukup bersedia lagi untuk menghadapi ini semua..semua kawan-kawan aku cakap aku dah angau...aku pun tak tahu whether ini dinamakan angau ataupun hanya mainan perasaan aku sahaja..kalau tanya aku...aku akan jawab yang ianyer bukan angau tetapi more kepada mainan perasaan aku sahaja coz aku terlalu mengikut perasaan atau terlalu obses dengan someone...tu yang aku leh jawab...kalau angau...jauh sekali dari jangkaun aku...

Aku pun tak tahu kenapa perlu berperasaan seperti ini kepada si dia...kenapa perasaan ini hadir hanya untuk dia sahaja..kenapa tidak hadir untuk orang lain....Ya Allah..mainan apakah yang kau turunkan untuk hambaMu ini Ya Allah...kenapa perlu melibatkan hati dan perasaan Ya Allah...aku tak mampu nak menghadapinya kerana aku hanya insan yang lemah Ya  Allah...

Hari ini aku cuba untuk melarikan diri aku dari bersua muka dengan si dia...aku cuba untuk menghindarkan diri aku jauh dari pandangan si dia kerana aku tak mahu menaruh sebarang harapan lagi terhadap si dia...aku tak mahu untuk dikecewakan...sejauh mana aku mampu untuk lari dari si dia kerana si dia tetap kejar aku...bukan kejar kerana cinta tetapi kejar kerana KERJA....selagi aku bekerja dengan si dia selagi itulah perasaan aku tak akan tenang...entah biler perasaan aku akan menjadi tenang pun aku tak tahu...setiap kali aku terpandangkan wajah si dia hati aku akan berdebar-debar serta merta..susah untuk mengawal debaran yang melanda hati aku tika itu...

Aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan aku akhir-akhir ini...aku terlampau obses dengan kehadiran si dia di sisi aku...aku terlampau ingin melihat wajah si dia dan mendengar suara si dia membebel..even bukan dengan aku si dia bercakap tetapi aku cukup puas coz dapat lihat wajah dan dengar suara si dia...semunyer aku rasakan cukup indah sekali...adakah ini yang dinamakan angau...aku tak nak angau dengan si dia coz aku tahu angau aku tak akan membawa apa-apa erti pun kepada aku...aku akan angau sorang diri dan benda itu lagi menyakitkan hati aku ini...sakit kerana setiap saat dan minit aku mengingatinya sampai terbawa-bawa kedalam mimpi aku...itukah yang dinamakan angau??kalau itulah yang dinamakan angau, berilah aku ubat atau something yang boleh buatkan angau aku itu hilang..

Friday, September 9, 2011

Semalam sekali lagi aku jumpa dengan si dia...sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku jumpa dengan si dia dan setiap kali perjumpaan itu berlangsung hati aku cukup berdebar-debar...sekarang ni tak kira waktu si dia akan turun cari kita orang...even untuk kerja si dia cari kita orang tetapi aku suka coz dengan cara ini jer aku dan si dia dapat bercakap semula..dan dapat jumpa dengan si dia secara dekat..kalau tak ada kerja confirm aku tak akan bercakap dengan si dia dan tak akan jumpa si dia dengan dekat begini...aku suka saat-saat ini..

Pagi semalam awal lagi si dia datang cari kita orang dan tanya sal progress kerja yang kita orang buat...first tu aku tak perasan akan kehadiran si dia kat tempat kita orang tetapi biler dengan jer suara si dia di belakang aku secara automatik aku berpaling ke belakang tengok si dia...Ya Allah...time tu hanya Tuhan jer yang tau betapa berdebarnyer hati aku..even si dia datang bukan untuk menemui diri aku tetapi aku tak tahu kenapa hati aku berdebar tak menentu...ia membuatkan aku tidak senang duduk...aku nekad untuk menjauhkan diri aku dari si dia untuk sekejapan kerana aku tak dapat mengawal debaran itu...seriusly memang hati aku berdebar-debar..rasa macam nak pecah dada ini menanggung debaran itu...apakah semua ini..kenapa setiap kali aku berdepan dengan dia hati aku merasakan debaran yang cukup menggila...adakah ini yang dikatakan aku dilamun cinta...mungkin tidak kut...ianyer hanya mainan perasaan aku jer kut...agak lama jugak aku ke tandas tuk menghilangkan debaran di dada ini...biler debaran di dada ini dah semakin berkurangan aku kembali semula kat tempat aku dan aku tengok si dia duduk kat meja aku...dengan perlahan aku hampiri si dia coz aku tak nak ganggu discussion si dia dengan member aku itu tetapi si dia terperasankan kelibat aku dan terus si dia bangun untuk bagi peluang tuk aku duduk...

Kenapa la ini harus terjadi...si dia datang dengan jarak yang dekat..every time si dia datang mesti dalam jarak yang dekat dengan aku...apa semua ni...permainan apa yang cuba si dia mainkan dengan aku nie...if si dia nak jumpa member aku...meja sebelah member aku itu pun still lagi kosong dan kenapa si dia tak jer duduk di sana..kenapa perlu si dia duduk di tengah-tengah antara aku dengan member aku tu sedangkan discussion tu berlangsung antara si dia ngan member aku tu jer...every time si dia datang mesti si dia akan duduk di tengah-tengah antara kami...dengan kedudukan itu membuatkan kedudukan kami lebih dekat lagi...seriusly aku cakap yang aku suka dengan keadaan itu tetapi setiap kali kami berdekatan....hati aku nie dilanda debaran yang cukup menggila..aku tak nak si dia dengar degupan jantung aku nie...aku cuba tuk melarikan diri dari si dia tetapi ternyata aku tak boleh nak melarikan diri lagi....

Semalam disebabkan hendak melarikan diri aku dari si dia aku naik ke tingkat atas jumpa kawan aku...aku tak nak si dia berada di tengah-tengah antara kami lagi...at least kalau aku tak ada kat bawah si dia akan duduk kat tempat aku dan akan berdiscussion dengan member aku tu...dan aku tak payah la nak menanggung debaran di dada lagi...tetapi apa yang terjadi semalam tidak sama dengan apa yang aku harapkan...si dia still jugak datang mencari aku even kemana saja aku pergi...si dia diibaratkan macam banyang-banyang aku yang sentiasa mengekori kemana saja langkah aku...aku ingatkan si dia tak akan mencari aku lagi tetapi ternyata aku silap...si dia datang bersama kawannya berjumpa dengan aku tentang status kerja sekarang nie..si dia mintak aku buat kerja yang member aku tengah buat coz dia cakap yang member aku confius nak buat semua itu..kenapa plak aku yang menjadi mangsa....member si dia cakap yang aku boleh dapatkan guide dari someone kalau aku tak tahu macam mana nak buat benda tu semua...

Aku ingatkan cukuplah sampai disitu saja perjumpaan kami pada hari itu..tetapi ternyata sekali lagi aku silap...si dia still lagi datang mencari aku untuk status kerja yang dia assignkan kat aku...dan terus terang aku cakap yang aku tak boleh nak buat kerja tu sekiranyer dia orang tak fixkan something yang penting tuk aku completekan kerja tu...rupa-rupanya si dia jugak tak tahu benda tu semua...kalau tak tahu kenapa susah-susah nak test benda tu kan...biler aku explain kan balik benda tu kat si dia baru lah si dia mula faham...tapi aku tak tahu apa action yang si dia nak buat lepas aku explainkan semua tu kat si dia...biler si dia datang mencari aku..sekali lagi kami berada dalam kedudukan yang dekat...kenapa suka sangat si dia duduk dalam jarak yang cukup dekat sekali...tak kira la dengan aku ker atau dengan saper-saper yang bekerja dengan si dia..confirm si dia akan duduk dalam keadaan yang cukup dekat sekali...aku bukan apa...biler berada dalam keadaan begitu...aku tak mampu untuk berkata-kata coz biler aku nak bercakap aku mesti pandang wajah si dia..so kalau dia berada dalam jarak yang dekat...maka makin dekat lagi la wajah aku dengan wajah si dia...aku tak suka biler aku cakap orang pandang muka aku...paling aku tak suka coz aku malu...biler aku malu mula la aku nak palingkan wajah aku ke lain dan perkara itu cukup-cukup tidak sopan..tapi nak buat macam mana..perasaan malu itu menebal dalam hati aku...

Aku tak kisah la kalau orang kata aku ni syok sendiri tapi tu la yang aku rasa...aku rasa makin lama aku kenal si dia makin susah untuk aku melupakan nama dan wajah si dia dalam fikiran aku nie...kadang-kadang biler aku duduk bersantai aku sempat lagi memikirkan tentang si dia...memikirkan benda-benda yang terjadi antara aku dengan si dia pada hari-hari yang lalu...masih lagi terngiang-ngiang lagi kata-kata yang dia tuturkan untuk aku...tak kisah la sama ada pasal kerja atau pasal sembang kosong...masih melekat lagi kata-kata si dia dalam fikiran ini...

Kehadiran si dia dalam hidup aku minggu ini cukup-cukup mengharu birukan perasaan aku...perasaan yang cuba aku lupakan untuk si dia dahulu kembali bertunas dalam hati ini...tak sempat untuk aku membuangnyer dalam hidup aku kini dia kembali semula menjelma...kenapa perlu semua ini berlaku...aku tak nak letakkan sebarang harapan coz aku tak nak dikecewakan..disebabkan itulah aku cuba membuang perasaan aku terhadap si dia dahulu kerana aku tahu kemana hala tuju perasaan aku ini...aku tahu yang suatu hari nanti aku jugak yang akan kecewa...so dari aku dikecewakan di kemudian hari better dari sekarang aku mengundur diri..biarlah aku mengalah kepada perasaan aku ini...seandainyer si dia memang dijodohkan untuk aku...InsyaAllah dengan izin Dia aku akan bersatu jua dengan si dia...kerana ianyer telah ditetapkan sejak azali lagi oleh Yang Maha Esa...jodoh pertemuan dan ajal maut semuanyer ditentukan oleh Dia...hanya Dia yang mengetahui semuanyer tentang kita kerana dia Maha Mengetahui...kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang akan menentukan segala-galanyer...aku terima ketentuan dari Dia...aku sudah bersedia untuk menerima hakikat akan kehidupan ini...hakikat yang aku akan kehilangan si dia...tak kisah la kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja...coz aku tidak boleh nak control perasaan si dia terhadap aku...aku tak boleh nak paksa si dia untuk menyukai aku....apa yang si dia rasa hanya si dia saja yang mengetahuinyer.....aku pasrah dalam meniti kehidupan seharian aku...kata orang..terimalah orang yang menyayangi diri kita bukan kita yang menyayangi dirinyer...kalau kita sayangkan seseorang kita biarkan dia bahagia dengan kehidupan dia...biler dia bahagia kita pun akan bahagia jugak even hati kita merintih hiba...doakan kebahagiaan orang yang kita sayang...itulah yang aku lakukan sekarang ini...aku doakan kebahagian si dia dengan wanita yang si dia sayang...kebahagiaan si dia kebahagiaan aku jugak...biarlah hanya aku saja yang tahu rahsia hati aku ini...

Thursday, September 8, 2011

Hari ini....hati aku sekali lagi dilanda debaran yang cukup kuat coz hari ini sekali lagi aku berjumpa dengan si dia...semalam dah jumpa dan hari ini aku still lagi jumpa dengan si dia...benda yang aku cuba nak elakkan ternyata aku tak mampu untuk mengelakkannyer..hari ini awal pagi lagi si dia dah datang serang tempat aku dengan member aku tu...motif si dia serang kita orang pagi nie coz nak tahu apa update status tuk execution yang kami buat tuk drop 2...maybe disebabkan kavitha tak ada kat ofis so si dia yang terpaksa amik part tuk tanya update status dari kita orang...kedatangan si dia kat tmpt kita orang pagi tadi memang tidak aku jangkakan...

Dengan selumbernyer si dia datang duduk ditengah-tengah antara aku dengan member aku itu...benda yang aku memang tak jangkakan...dengan kehadiran dia kat tengah-tengah antara kami membuatkan kedudukan kami agak rapat sekali....aku terpaksa alihkan sedikit kerusi aku dari si dia agar kedudukan kami tidak serapat yang mungkin...si dia banyak membelakangkan aku coz dia banyak berurusan dengan member aku tu...aku tak ikisah semua tu janji aku dapat tengok si dia dari  jarak dekat dan duduk dekat dengan si dia...dengan macam tu pun sudah memadai buat diri aku...sejak kehadiran si dia di antara kami..aku rasakan degupan jantung aku tak berhenti berdegup malah makin galak memukul dada ini sehingga membuatkan aku berhenti melakukan kerja yang tengah aku buat tika itu...hati aku cukup berdebar..serasa baru lepas membuat pecutan 100 meter...

Aku cuba untuk melakukan kerja tanpa menghiraukan debaran yang aku rasa tika itu tetapi ternyata aku tak mampu...aku tak mampu nak meneruskan kerja aku time tu kerana hati apabila hati aku berdebar sexara automatik tangan aku akan menggigil...aku tak mampu nak tekan mouse dan keyboard dan sebagainyer...aku terpaksa hentikan sekejap kerja yang aku buat itu untuk menghilangkan debaran ini agar tidak nampak sangat di mata si dia...aku tekapkan tangan aku kedada untuk menghilangkan rasa itu..semakin dia hampir dengan aku semakin kuat degupan jantung aku berlagu...cukup menyeksakan sekali aku rasa tika dan saat itu..rasanyer nak jer aku lari jauh dari si dia tetapi kaki aku memakukan diri aku untuk terus stay kat situ dekat dengan si dia...apabila aku rasakan yang debaran itu makin berkurangan..barulah aku mampu untuk menyambung kerja yang tergendala tadi...semakin lama debaran itu semakin hilang...aku mampu mengharunginyer.....

Sekali sekala aku menyampuk jugak dalam perbincangan mereka...kadang2 aku rasakan yang lengan dan bahu kami bersentuhan...betapa rapatnyer kedudukan kami ketika itu sehinggakan bahu kami boleh bersentuhan...aku yakin yang ketika itu si dia tidak sedar akan keadaan itu...alangkah indahnyer kalau si dia menyedari keadaan itu dan hanya membiarkannya sahaja...aku rasakan akulah orang yang paling happy sekali dan alangkah indahnya kalau time tu si dia yang menjadi pakwe aku...mesti bertuah kan aku...apa yang tak dapat aku lupakan tadi biler si dia bercakap dengan aku...disebabkan si dia berada ditengah-tengah antara kami dan kedudukan si dia dengan aku agak rapat...tanpa aku sedari jarak antara wajah kami terlalu dekat apabila si dia dengan slumbernyer menoleh ke arah aku biler aku bersuara..memang benda yang tidak pernah aku jangkakan dan tidak pernah aku bayangkan yang aku dengan si dia boleh berada dalam keadaan yang terlalu dekat sekali...

Disebabkan terlalu dekatlah membuatkan lidah aku menjadi kelu untuk menutur kata sehinggakan aku lupa apa yang ingin aku katakan kepada si dia..biler aku bercakap dengan automatically aku akan terpandang wajah dan mata si dia....dan biler aku bercakap secara automatically si dia akan pandang wajah aku dan pandang mata aku...itu yang membuatkan aku menjadi bertambah segan dan debaran di dada bertambah kencang...nasib baik la aku mampu lagi mengawal suara aku biler bercakap dengan si dia...indahnya saat itu time tu...aku rasakan ingin jer aku hentikan waktu time tu agar aku dapat rasakan lagi kerapatan kami bersama...ingin jer aku hentikan masa agar semua itu tak akan berlalu begitu sahaja ...siapalah aku untuk menghalang itu semua...aku hanya membiarkan debaran di dada berkumandangan dan berlalu begitu sahaja...

Aku ingatkan episode kami hanya habis setakat itu sahaja untuk hari ini tetapi ternyata sekali lagi aku silap dalam penilaian aku...sekali lagi dia turun menemui aku ngan remi dan sekali lagi jugaklah hati aku dipikul debaran yang maha asyik...sekali lagi dan sekali lagi sehinggakan aku rasakan yang dada aku semakin dihimpit dengan debaran yang tak menentu...terasa sesak nafas aku sekejap kerana terlalu kerap aku berjumpa dengan si dia hari ini...alangkah indahnyer aku rasakan hari aku pada hari ini..aku diberi peluang sekali lagi untuk berada berdekatan dengan si dia setelah sekian lama benda ini tidak berlaku....

Kenapa semua ini harus berlaku kembali setelah sekian lama aku cuba untuk melupakan dia dalam fikiran aku...ternyata aku mampu melupakan si dia tika ini tetapi ingatan itu kembali kuat biler hari selasa si dia datang menemui aku...wajah yang aku cuba hindarkan kini bermain-main di ruang mata ini...macam mana aku ingin lupakan dia semula coz sekarang nie aku rasa kan kami akan sentiasa berjumpa lagi..memang tidak di jangkakan...syukur sangat2...

Ya Allah....debaran apakah yang aku rasakan tika itu Ya Allah...adakah debaran itu menandakan si dia sememangnya orang yang kau ciptakan untuk aku...sekiranya benarlah si dia yang kau ciptakan untuk aku...kau kurniakanlah kami perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain...terbitkanlah perasaan kasih di hati kami untuk orang yang kami sayang...dan sekiranya debaran yang aku rasa kan hati hanya mainan perasaan aku dan seandainyer bukan dia yang kau tetapkan untuk aku..Ya Allah aku bermohon kepada aku Ya Allah..Kau temukanlah aku dengan pasangan aku yang telah Kau ciptakan untuk aku....janganlah Engkau biarkan perasaan kasih dan sayang itu tumbuh dalam hati kami kerana aku tidak sanggup untuk dikecewakan...

Tuesday, September 6, 2011

Selamat pagi semua...lately nie aku rasa macam aku ni cukup rajin plak nak update blog nie..xtahu naper tapi rasanyer banyak citer yang aku nak kongsikan kat cnie..citer2 yang berlaku dalam kehidupan seharian aku...semalam aku tak sangka yang aku akan jumpa dia kembali setelah sekian lama aku dengan dia tak berjumpa...buat pertama kalinyer dia datang berjumpa dengan aku..gembira hati hanya Tuhan saja yang tahu...cukup-cukup gembira sekali coz dia datang mencari aku..at least rasa yang pendam selama nie terhurai jugak dengan hadirnya dia semalam menemui aku...


First aku tengok dia hati dah jadi tak menentu...time tu apa yang ada dalam kepala aku ialah bukan aku yang dia cari..mesti dia akan cari someone bukannyer aku...aku orang pertama yang dia tegur dengan ucapan "Hi" dan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"...semua kata-katanya aku reply...nyata yang lebih memeranjatkan aku lagi biler dia dengan senangnyer duduk di kerusi kosong yang terdapat disebelah aku..benda ini cukup-cukup memeranjatkan aku...aku ingatkan bukan aku yang dia cari ternyata aku tersilap tafsir...akulah orang yang dia cari...dia cari aku semata-mata hanya kerja..kerja yang diamanahkan oleh dia untuk aku dan kawan aku sebelum cuti raya hari tu...time tu kelu lidah aku untuk berkata-kata sampai aku tersasul membahasakan diri aku "I" dengan dia...perkara yang tak pernah aku buat sebelum ini ketika berhadapan dengan dia..selalunyer aku membahasakan diri aku "IRA" atau "SAYA"..tu jer tetapi semalam aku membahasakan diri aku "I"...terasa kekok untuk memulakan bicara biler perkataan I tu keluar dari mulut aku...biler tersedar yang aku membahasakan diri aku "I" dengan dia..terus aku stop cakap ngan dia...cuma mencari balik ayat yang aku guna sebelum ni tuk membahasakan diri aku...aku ubah balik perkataan I tu kepada SAYA...


Lama jugaklah kami bersembang...lepas gak ***** kat dia...even bercakap sal kerja pun xper la janji dapat cakap dan jumpa dengan dia secara face to face...dah lama ingin jumpa dia cam tu tapi xtahu reason apa nak buat tuk jumpa ngan dia...tapi kan..semalam dia hensem sangat..i like dengan penampilan dia semalam..cukup mempesonakan la...aku suka tengok dia pakai spec..nampak macam orang cerdik jer..memang dia cerdik pun...kalau tak cerdik xkan la leh belajar sampai luar negara kut...aku suka tengok dia time tu...hensemmmmmmmmm...dia nampak manis jer kalau pakai spec cam tu...apa yang boleh aku cakap..aku suka la tengok dia semalam...dan ari nie aku jumpa dia lagi dengan spec yang sama jugak...tak tahu la kenapa jadi cam nie..dah macam angau jer aku dekat dia nie tapi aku rasa itu semua hanya palsu jer...aku hanya bertepuk sebelah tangan jer..


Kenapa la dia harus muncul ketika aku ingin cuba untuk melupakan dia...kenapa perlu rapatkan lagi hubungan yang dulu saat ini...saat ini aku tak ingin merapatkan lagi hubungan aku dengan dia coz aku takut suatu hari nanti aku akan kecewa seperti mana aku kecewa ketika ini...hati aku sekarang  nie dilanda badai kerana telah dikecewakan oleh seseorang yang aku suka dalam diam...cukuplah hanya setakat itu saja hubungan kami..Ya Allah...seandainyer bukan dia yang Kau ciptakan untuk aku..janganlah Engkau terbitkan sebarang perasaan kasih dan sayang antara aku dengan dia...cukuplah hanya perasaan kasih sebagai seorang sahabat...aku mohon kepadaMu...

Monday, September 5, 2011

Seriously aku cakap...aku tak tahu nak buat apa sekarang nie...nak tegur atau nak ignore jer benda nie..buat benda ni tak pernah berlaku depan mata aku tapi macam mana aku nak ignore kan benda nie...semuanyer berlaku depan mata aku...perlu ker aku nak respect orang cam nie..perlu ker??? aku rasa orang cam ni memang tak layak nak respect langsung..apa yang keluar dari mulut dia tak sama dengan apa yang dia lakukan...tu lah orang tua2 kata "cakap tak serupa bikin"...cam tu la gamaknyer....tergamak dia buat cam tu kan...tak terpikir ker nanti apa yang akan orang kata kalau dia buat cam tu...kut yer pun tak malu dengan aku tapi please la...tolonglah malu dengan Tuhan yang satu...kita tak ada apa2 ikatan lagi kan..perlu ke nak buat semua tu..jaga la batas-batas pergaulan kita...kut yer pun sayang sangat tak kan la sampai sanggup tido satu bilik kut...memang la tak der benda2 yang tak elok berlaku tapi tak manis dipandang orang...

Aku tak paham ngan perangai dia orang...si lelaki ni malu nak mandi kat umah sampai sanggup nak mandi kat masjid tapi tido sekali satu bilik tak der plak nak malu...lebih malu mandi lagi dari malu tido sekali...mana yang dosa paling tinggi sebenarnyer...seriously aku memang tak paham...si perempuan plak kata dia xkan buang tudung kalau sekali ngan lelaki tu tapi skrg nie apa yang jadi...tudung ntah kemana..sanggup duk berdua-duaan kat umah...sanggup tak g ofis semata-mata nak jaga yang laki tu...apa ikatan yang kalian ada sampai sanggup korang berdua-duaan dalam umah cam tu...korang belum ada ikatan yang sah lagi tuk buat semua tu..sayang tu memang la sayang tapi xkan la sampai cam tu sekali sanggup berkorban...nasib baik la bukan duk di tempat orang yang suka jaga tepi kain orang lain..nasib baik umah kita bersebelahan dengan umah orang warga asing..kalau ada yang melayu pun dia orang tak suka jaga tepi kain orang...kalau la kita duduk di area orang yang suka jaga tepi kain orang...rasanya kalian dah lama kena...

Naper la kalian tak nak pikir dosa pahala benda yang korang buat tu...aku tak kisah kalu kalian nak berdua-duaan ker nak apa ker..tapi at least tolong jangan buat dalam umah tu...dah gatai sangat nak tido dua kalian pi la sewa mana-mana hotel pastu kalian tido la dua...confirma orang tak akan mengata...naper la kalian tak pernah nak pikir benda nie...kalian bukannyer ada ikatan yang sah sampai sanggup nak tido berdua-duaan dalam satu bilik...korang di kira bukan muhrim lagi..tolonglah...tolong hormat hubungan itu...kalau korang tak nak hormat hubungan tu..at least hormat la aku nie..aku nie perempuan...ada perasaan malu...umah tu tuk anak dara..semuanyer perempuan..naper la korang tak nak pikir benda tu semua..kemana perginyer pemikiran kalian semua sampai sanggup buat benda tu semua....pikir la kalian semua wei...aku ni bukannyer ada kaitan ngan kalian semua..aku bukannyer adik kepada kalian semua...kalau aku adik kalian semua aku tak kisah tapi aku nie kawan kalian...just a friend not ur sublings...mana kata-kata yang kau cakap dulu...tak ada sesiapa pun boleh bawak masuk orang lelaki dalam umah kita melainkan dia adik kita tapi itu pun perlukan permission dari orang-orang lain jugak..tapi apa yang dah kau buat sekarang nie? kau tak tunaikan apa yang kau cakap dulu..kau langgar kata-kata yang kau cakap dulu...

Macam tu orang yang perlu aku hormat...part mana yang dia ada yang perlu aku hormat dia..perlu ker aku hormay dia sebab dia lebih tua dari aku..perlu ke sebab tu jer nak aku hormat dia..aku tak kan hormat orang semata-mata sebab umur jer...aku akan hormat orang tu lerama perangai dia dan umur dia...kalau perangai dah tak elok aku rasa tak perlu aku nak hormat kan...buat per hormat orang cam tu..bukan leh jadi contoh tuk kita pun kan...aku tak tahu la nak kata apa lagi...xtahu nak mengadu kat saper dan blog nie la menjadi mangsa aku tuk aku luahkan semuanyer...aku rasa kurang ckit sakit ati aku nie coz aku dah luahkan semuanyer cnie...aku rasa malas jer nak balik ke rumah kalau still lagi ada laki tu..malas jer nak jejak kaki ke rumah tapi kalu aku tak balik aku nak pi mana..aku dah tak ada tempat yang nak aku tuju kalau aku tak balik ke umah...kalau la sepupu aku ada dekat ngan aku...dah confirm umah dia aku akan serang...tak payah nak sakit kan mata dan panaskan ati tengok benda yang tak sepatutnyer aku tengok...at least ati aku akan tenang dan tak banyak la dosa yang aku terpaksa tanggung disebabkan dia orang semua...hopefully biler aku balik ari nie laki tu dah tak ada kat umah...aku harap sangat2 benda ni akan terjadi..aku dah tak sanggup nak bersubahat cam nie...dosa yang kalian buat akan dapat kat aku jugak coz aku dikira bersubahat dengan kalian jugak..bukan niat aku nak bersubahat tetapi aku dah tak ada tempat yang nak aku tuju...hanya tu jer tempat berlindung tuk aku buat masa sekarang nie...please...GET OUT FROM MY HOUSE even ur girfriend stay here but u can't simply ct masuk umah tu cam tu jer...respect me as ur girfriend housemate..i'm a girls and please respect me as well....