Tuesday, January 18, 2011

Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer fikirkan tentang perasaan orang lain sedangkan orang lain tak pernah nak fikirkan tentang perasaan kita..Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer nak jaga hati orang lain sedangkan orang lain tak pernah nak jaga hati kita..Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer mendahulukan orang lain sedangkan orang lain tak pernah pun terfikir nak mendahulukan kita..Kenapa erk??


Persoalan itulah yang berlegar-legar dalam fikiran aku sekarang nie..betapa banyaknyer persoalan untuk kenapa sampaikan nak mencari jawapannyer pun aku tak mampu...aku cuba untuk mencari jawapan kepada semua persoalan kenapa itu tapi aku still jugak tak dapat jawapan yang sebenar-benarnyer jawapan yang aku inginkan..macam soalan kenapa ini dah diciptakan untuk tak ada jawapan yang specific buatnyer...aku tak tahu sama ada persoalan ini memang diciptakan untuk tidak ada jawapan atau pun aku yang hanya mampu berfikir dalam kotak fikiran aku jer..aku tak mampu nak berfikir luar dari kotak fikiran...kalau itulah puncanyer nampak gaya aku yang mempunyai skop pemikiran yang terlalu sempit..


Tapi kan selfish ker aku atau hypocrite ker aku sekiranyer aku fikirkan orang lain dahulu berbanding diri aku sendiri...jawapan "YA" sekiranyer aku untuk diri aku sendiri dan jawapan "TIDAK" sekiranyer untuk orang lain...dikira selfish lagi ker aku nie kalau semua benda yang nak aku lakukan aku fikirkan tentang mereka dahulu..hypocrite lagi ker aku??..aku sendiri tak tahu dimana aku tergolong sebenarnyer di mata mereka semua...sama ada aku masuk dalam selfish person or hypocrite person..


Dari dulu sampai la sekarang aku sentiasa dahulukan orang lain berbanding dengan diri aku sendiri...itulah diri aku yang sebenarnyer dimana aku akan pentingkan orang lain dahulu sebelum diri aku walaupun aku tahu yang suatu masa nanti aku akan terluka...dan kini aku sedang alaminyer...sekecil-kecil luka yang dulu kini sudah menjadi sebesar-besar luka yang ada sampai tak mampu untuk aku menanggungnyer..tapi aku terpaksa jugak menanggungnyer coz aku yang membuatkannyer bertambah parah..aku akan cuba menanggungnyer selagi aku mampu tetapi seandainyer suatu masa nanti aku tak mampu nak menanggungnyer mungkin aku akan sembuh kan luka tersebut dengan cara aku sendiri dan mungkin time tu aku akan kehilangan semua yang aku ada selama ini...


Dan pada saat itu jugak lah aku akan bangkit semula menjadi seorang manusia yang akan mementingkan diri sendiri sebelum mementingkan orang lain...time tu aku akan mencari balik setiap benda yang aku hilang dulu tetapi mencari dalam versi yang baru...aku akan bangkit menjadi manusia yang berguna nanti...dan tak akan ada lagi aku yang kini pada masa akan datang....terkubur sudah diri aku yang dulu bersama dengan semua kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah aku lalui dulu...

Thursday, January 13, 2011

Aku cuba mencari makna disebalik perkataan SAHABAT dan SAHABAT SEJATI...sahabat time kita senang dan gembira sekejap jer nak dapat dan yang paling best sekali kita tak perlu bersusah payah nak cari dia orang malah dia orang akan datang dengan senang hati kat kita....sahabat time kita susah dan sedih susah sangat nak cari malah yang sahabat yang ada time senang dulu sekarang mula perlahan-lahan mengundurkan diri dan menjauhkan diri dari kita...kalau buleh mereka ingin jer lari jauh-jauh agar tak terkena tempias kesusahan dan kesedihan yang kita alami ini...itu ker yang dinamakan sahabat sejati??? Kalau itulah yang dinamakan sahabat sejati maknanyer aku sudah menjumpai nyer dan layaklah mereka aku gelarkan sahabat sejati aku...


Suatu masa dulu ma aku pernah citer kat aku yang dia start dari dia kanak-kanak sampai la sekarang nie dia tak pernah ada sorang pun sahabat sejati dalam hidup dia..dia cuma ada sahabat jer dan tak pernah ada yang sejati...biler jer dengar dia cakap macam tu terpikir jugak la aku apa bezanyer sahabat dengan sahabat sejati...bagi aku semuanyer sama kut...time tu pemikiran aku nie mentah lagi tak tahu maksud sebenar sahabat dengan sahabat sejati...apa yang aku tahu time tu aku ada sahabat yang boleh di ajak bermain masak-masak, main panjat pokok, mandi sungai, main sorok-sorok dan macam-macam lagi la...dia orang la yang aku anggap sahabat sejati aku dulu tapi kini semuanyer telah hilang...untuk tak nak membebankan sangat kepala aku nie, aku pun tanya la ma aku apa bezanyer sahabat dengan sahabat sejati...inilah definisi yang dia bagi tuk kedua-dua tu...

SABAHAT
Mereka yang sanggup berkongsi segala kesenangan mahupun kegembiraan dengan kita bukannyer sanggup berkongsi kesedihan mahupun kesusahan dengan kita...itulah yang dinamakan sahabat...sahabat jugak banyak yang suka tikam sahabat dari belakang...tak semua sahabat yang kita ada baik di mata kita tapi di hati tak ada orang yang tahu...sahabat biler dah makan sahabat mereka tak pernah nak kisah akan perasaan kita lagi janji apa yang mereka nak semuanyer menjadi realiti...itu satu lagi definisi tuk sahabat...ma aku jugak pernah pesan kat aku supaya jangan treat sahabat kita tu macam kita trear family kita coz mereka akan tinggalkan kita suatu hari nanti seandainyer mereka sudah jumpa dengan apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka selama ini...mereka akan pergi meninggalkan kita dan akan melupakan kita seandainyer mendapat benda yang baru tapi family...family tidak akan sama sekali akan meninggalkan kita walau sesedih dan sepayah mana sekali pun kehidupan yang kita lalui...family akan sentiasa di sisi kita tuk selama-lamanyer coz kasih sayang keluarga tak ada tolak bandingannyer kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang seorang sahabat...seandainyer kita treat mereka as a family, one day nanti kita akan merasa kecewa sangat-sangat...untuk tak nak merasa kecewa nanti kita anggap jer mereka sebagai sahabat dan bukannyer sahabat sejati...itulah yang didefinasikan oleh ma aku untuk perkataan SAHABAT...

SAHABAT SEJATI
Dan ini plak definasi tuk perkataan sahabat sejati...mereka yang sanggup mengharungi semua suka dan duka bersama kita dalam melalui liku-liku kehidupan atas muka bumi...mereka yang sanggup berkongsi apa saja, mereka yang sanggup mendengar rintihan tika kita suka ataupun duka....itulah yang dinamakan sahabat sejati...walau sesenang dan sesusahnyer jalan yang kita lalui mereka akan sentiasa berdiri di belakang kita untuk menyokong kita...mereka tak akan sesekali meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kegelapan...mereka akan datang dengan menyuluhkan cahaya persahabatan kepada kita untuk menerangkan jalan kepada kita agar kita senang untuk melaluinyer sampai ke penghujungnyer...itulah maksud sebenar perkataan sahabat sejati...tapi...susah untuk mendapatkannyer di atas muka bumi ini...tak akan ada saper-saper yang sudi melakukan itu semua...kalau ada yang sudi betapa besarnyer pengorbanan yang terpaksa mereka lalui untuk kita...kalau yang ini ada atas dunia ini pasti perkataan sahabat tu tak akan ada dalam perhubungan ini...

Dan kini aku mengerti apa yang dimaksudkan oleh ma aku dulu....baru aku mula memahami apa yang cuba disampaikan oleh ma aku kepada aku suatu masa dulu...memang susah untuk mencari kawan sejati di atas muka bumi ini...yang ada cuma sahabat sahaja...apa yang ma aku cerita kan dulu kini aku alaminyer...aku alaminyer dalam menjalinkan sebuah perhubungan berdasarkan persahabatan...aku kini mula sedar yang selama ini aku hanya mempunyai sahabat sahaja bukan sahabat sejati...itulah yang aku ada dari dulu sampai sekarang...tak tahu biler la perkataan sahabat tu akan bertukar menjadi sahabat sejati...maybe tak akan bertukar untuk selama-lamanyer...dan disebabkan itulah aku rasakan yang semakin lama aku semakin hilang sahabat...rupa-rupanyer mereka hanya singgah sekejap jer dalam hidup aku...macam pantai yang berubah apabila dihempas ombak...begitulah hubungan aku dengan mereka sekarang nie...

Now...apa yang nak aku lakukan ialah aku akan cuba pertahankan persahabatan ini dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk membawa hubungan sahabat ini kepada sahabat sejati...itu yang akan aku cuba lakukan selagi aku mampu...seandainyer suatu masa nanti aku tak mampu untuk melakukan semua itu maybe aku akan mengaku kalah dan aku akan melepaskan mereka pergi dari hidup aku untuk selama-lamanyer...maybe time tu aku dah cukup bersedia akan semua ini dan aku akan cuba keraskan hati aku dari menangisi pemergian ini...aku akan cuba lakukan sedaya yang mampu...

Tuesday, January 11, 2011

"Baru rasa kan..??" itulah ayat yang dia bagi kat aku setelah dia tengok aku sibuk duk create acct...biler dengar tu rasa cam pelik gak..apa yang aku baru rasa pun aku tak tahu...aku tanya la plak apa yang baru aku rasa kat dia dan dia jawab "baru awak rasakan cam ner susahnyer nak crate account"...la...selama nie pun aku create account jugak kut..bukannyer aku lepas tangan cam tu jer..even aku duk dalam journaling tapi aku still gak tolong dia orang create account...perlu ke cakap cam tu...cara dia cakap tu macam aku nie tak pernah create account...eksume me ok...i pernah create account cuma u jer yang tak tahu coz i tak pernah nak hebohkan kat serata alam yang i create account...hanya orang yang terdekat dengan i jer yang tahu i create ke tak account tu...so kalau tak tahu dari hujung pangkal jangan main nak smash jer orang....selidik dulu la...


Satu hal lagi yang buat aku sakit hati sangat dalam bilik meeting tadi...dan2 jer dia smash aku ngan remi depan semua orang...memang la dia tak mention nama aku ngan remi tapi aku tahu ayat yang dia cipta tu sebenarnyer more kepada aku dan remi actually...perlu ker nak lepaskan semua tu dalam bilik meeting depan semua orang cam tu...aku rasa semua orang kat ctu tak bodoh la nak pikir apa yang dia cakap...mesti orang dah cop yang aku ngan remi nie mengata dia dari belakang...actually kita orang bukan nak mengata ok..kita orang cuma luahkan apa yang kita orang rasa tak puas hati jer...tu pun antara kita orang berdua jer xder la sampai beramai-ramai...kita orang ni tak bodoh lagi la sampai nak ceritakan benda nie kat semua orang...even aku rasa tak puas hati sekalipun dengan dia tapi aku tak pernah nak bangkitkan benda ni dalam bilik meeting tapi ari nie...ari nie semua benda dia bangkitkan kat dalam bilik meeting...xtahu la...maybe dia dah tak sabar kut nak smash kita orang...

Ayat yang aku tak boleh nak lupa biler dia cakap ngan aku dan remi "sekarang u boleh rasa apa yang i rasa dulu...cam ner ornag benci kat u sekarang ni u akan dapat rasa semua tu.."..ayat yang di ulang sampai berkali-kali depan kita orang semua...yer aku mengaku yang aku pernah mengata pernah mengutuk kau tika kau menjadi seorang lead tapi aku tak kata depan-depan semua orang...kut yer pun kalau dah benci sangat jangan la sampai annoucement kan kat semua orang...ingat aku ngan remi ni apa...tunggul? pokok?...xder hati dan perasaan ker...

Blog ni adalah blog rahsia aku sebenarnyer dan seandainyer ada yang membaca blog nie dan tahu saper yang aku maksudkan aku tak kisah sekiranyer kalian semua nak menceritakan balik cerita ini kepada dia yang aku maksudkan...buat masa sekarang nie aku dah tak ada hati dan perasaan dah sekarang nie...hati dan perasaan aku dah jadi beku macam ais dah sekarang nie...aku tak kisah kalau korang nak mengata ker nak mengutuk ker aku dah tak kisah sekarang nie...yang aku tahu sekarang nie apa yang aku rasa tika ini aku nak coretkan semua kat cnie agar aku berasa tenang....

Untuk "dia" yang menghidupkan blog aku ini, aku mintak maaf ngan kau seandainyer selama nie kau ada terasa hati ngan aku....memang aku akui yang aku banyak mengata dan mengutuk kau dari belakang....aku tak salahkan kau seandainyer kau nak smash aku biler-biler masa yang kau nak...aku anggap ia sebagai pengajaran untuk aku coz pernah mengata dan mengutuk kau dari belakang...dan selagi aku mampu untuk bertahan dari kata-kata sindiran kau itu aku akan bertahan tetapi seandainyer suatu masa nanti aku tak dapat nak menahannyer aku harap kau maafkan lah aku erk....aku tak dapat nak mengagak apa yang akan berlaku kelak..soriiii.....

Sunday, January 9, 2011

Hari nie tiba-tiba jer moody....macam awan yang kat luar bangunan nie la...aku ingatkan kat luar jer nampak mendung dalam bangunan pun sama jugak erk mendungyer dengan yang kat luar...dahsyat tu...tak tahu la sebab apa moody ari nie..salah gapo tak tau la sapa moody tak kena tempat...aku pun tak tahu saper hok moody sebenarnyer nie..awan tu ko atau aku hok moody....errrrmmmmmm....


Nak salahkan orang lain tak leh jugak kan coz maybe ada jugak salah yang kita buat sampai kita tak sedar apa yang telah kita lakukan kat dia orang...xkan la nak salahkan dia orang cam tu jer kan...so sebelum nak tuduh dia orang better la kita selidik dulu apa salah yang kita dah buat sampai orang buat kita cam nie...kalau dah salah tu datang dari kita so tak der sebab tuk kita salahkan dia orang kan dan seandainyer tak der salah dan silap yang kita buat kat dia orang tapi alih-alih dia orang buat kita cam nie...yang tu boleh la kalau nak salahkan dia orang...tapi sejauh mana kita nak salahkan orang gak...alih-alih kita jugak la yang dipersalahkan...so daripada memburukkan lagi keadaan baik kita diam jer...sama ada kita salah atau tak kita diam jer...berdiam diri tak bermaknanyer kita salah dan bertegang urat tak semestinyer kita betul...kadang kala berdiam diri lebih baik dari bertegang urat...


Seriously aku kata, seandainyer aku dapat kerja kat tempat lain aku akan quit dari kerja kat cnie...aku tak kisah sama ada aku nie permanent atau pun kontrak janji aku buleh kuar dari cnie...tapi apa kan daya, peluang pekerjaan yang lain tak datang tuk aku...nak tak nak aku terpaksa la bekerja kat cnie even sakit sekali pun....aku rasa maybe kalu aku kerja kat tempat lain mungkin benda ni tak jadi kan...at least jauh dari mata tapi dekat di hati...tak macam sekarang nie...dekat di mata tapi jauh di hati...semakin lama kami bersama rasanyer hubungan kami semakin jauh...jauh sampai tangan dah tak tercapai nak menggapainyer...


Aku tak boleh nak cerita detail sangat kat cnie coz aku takut aku punyer blog ni di view oleh orang yang tak sepaptutnyer coz dalam nie blog semua perihal peribadi ku tercatat kat cnie...semua yang berkaitan dengan kami semua aku paparkan kat cnie...everything yang terjadi sejak dulu sampai la sekarang semuanyer aku posting kat cnie...yang nie la secret blog aku...xder saper2 pun yang tahu...kat cnie la aku postkan semua perasaan aku...dari apa yang aku rasa sampai la apa yang aku tak rasa....dari rasa gembira sampai la sesedih perasaan yang aku alami...separah mana ia terluka dan sedalam mana kesan yang ditinggalkan semuanyer aku ceriatak di sini..tak pernah pun aku miss menceritakan itu semua coz dengan cara ini sajalah aku mampu merawat hati yang luka....aku mampu menenangkan perasaan aku...aku mampu mencurahkan semua isi hati aku kat cnie...walaupun ia hanya semua laman web tapi ia sedikit sebanyak membantu aku dalam mencurah kan isi hati aku...

Tengok tajuk pun dah rasa cam menyampahkan (jangan muntak k)...dang-dang jer entry kali nie berkaitan dengan kesunyian dan kesepian...apa yang sunyi dan apa yang sepi pun aku sendiri tak tahu...tapi yang pasti perasaan tu memang ada dalam hati aku sekarang nie...dari sehari ke sehari aku rasa yang dunia aku nie macam sunyi dan sepi jer...macam tak ada orang yang hidup di sekeliling aku nie...macam hanya aku jer yang hidup atas muka bumi nie...hidup yang dikelilingi oleh objek-objek yang tak bernyawa...itulah yang aku rasa tiap-tiap hari...


Sejak seminggu dua nie aku rasa perasaan aku nie macam tak happy jer...rasa macam semua perasaan bercampur...kadang-kadang ada terbit rasa marah, terbit gak rasa sedih, kadang-kadang termoody pun ada jugak dan semua la...semuanyer terbit menjadi satu adunan yang tak lengkap sampai aku tak tahu apa perasaan aku sekarang nie...aku cuba untuk nak menceriakan aku punyer hati nie tapi tak boleh...walau sekuat mana aku paksa sekali pun tapi ia tetap tak berhasil..hati aku tetap rasa sunyi dan sepi...kenapa erk ngan aku nie?symptom apa plak yang aku alami kali nie...tak kan la kesan dari ubat yang aku makan tu kut sedangkan ubat tu dah banyak kali dah aku makan...


Maybe ada benda lain lagi kut yang menganggu minda aku sekarang nie tapi aku tak pasti apa benda yang menganggunyer...harap-harap tak der la yang worst sangat yang boleh menjejaskan aku punyer kesihatan...hari-hari aku datang kerja tapi hati aku tetap rasa sunyi dan sepi...hari-hari aku borak ngan member aku tapi aku rasa still lagi sunyi dan sepi...hari-hari aku gelak ngan dia orang walaupun gelak yang cuba aku pamerkan terpaksa tapi aku still lagi sunyi dan sepi...kenapa la hidup aku sekarang nie mudah sangat terasa sunyi dan sepi...perasaan itu cepat sangat bertandang dalam diri ini dari sehari ke sehari...bagaimana aku nak buangkan perasaan itu agar ia jangan menguasai perasaan aku ini...


"Ya Allah...apakah ini semua Ya Allah...kenapa kau membiarkan aku berperasaan seperti ini Ya Allah...kenapa kau membiarkan perasaan ini bermaharajalela dalam hati aku Ya Allah...aku cuba untuk menghindarkannyer tapi aku tak mampu Ya Allah...apakah yang cuba KAU sampaikan kepada aku Ya Allah...sesungguhnyer aku menerima apa yang telah ENGKAU tetapkan untuk aku...mungkin inilah ujian yang KAU berikan kepadaku sebagai hambaMU dia atas muka bumi ini...aku terima dengan hati yang redha segala ujian yang KAU berikan kepada aku Ya Allah...Amin...Amin...Ya Rabbalalamin..."



Thursday, January 6, 2011

LEADER...oh nooooooooooooooo....aku nak kena jadi lead tuk next release..cam tak cayer jer aku yang nak kena jadi lead tuk B2C...bos aku ni buta ker apa nie...tak pasal2 aku plak yang kena jadi lead tuk next release..aku dah cakap ngan dia yang aku tak nak jadi lead ni coz aku tahu tanggungjawab besar kalau galas jawatan sebagai lead nie..aku tak nak itu semua...aku tak kisah kalau kerja kena ikut arahan orang lain tapi aku tak suka kalau aku yang bagi arahan kat orang lain tuk buat kerja....yang tu aku betul-betul tak suka...


Semalam bos aku ada panggil sorang-sorang tuk cakap pasal release yang baru...dia tanya sorang-sorang sama ada still lagi nak kekal dalam domain yang sama ataupun nak keluar dari domain sekarang nie...dia tak paksa tapi kalau boleh dia nak semua still lagi duk dalam domain yang sama cuma untuk yang next release akan ada penambahan satu lagi group yang dipanggil group CR..saper-saper yang nak masuk dalam group CR ok jer cuma limited la...ada la dalam 5 @ 6 orang yang dia nak tuk group CR ni dan yang selebihnyer duk dalam domain yang sedia ada...


Lepas sorang-sorang dia panggil dan akhirnyer sampai la turn aku plak...aku punyer turn lepas yanie...sebelum tu kak nani dah cakap ngan aku yang untuk next release akan ada lead yang baru tuk B2C...ada 3 pencalonan iaitu aku, kak nani dan remi...remi dan kak nani dah tolak so tinggal aku jer yang belum di panggil lagi...biler jer turn aku sampai aku dah rasa semacam jer nie...rasa seram sejuk jer sekarang nie coz zku takut aku yang akan ambil alih tuk jadi lead nanti....dan tepat seperti apa yang aku jangkakan...aku di ambil menjadi lead tuk control next release nanti...terkejut giler aku time tu hingga tak terkata....aku belum lagi bersuara tapi dia dah cakap yang dia dah plan tuk aku so aku xleh la nak ubahnyer kerana ni la yang dia plan tuk aku...biler dia citer jer satu2 pasal next release masuk la pasal new lead tuk next release...dia cakap yang aku akan jadi lead tuk next release nanti...memang benda tu dia dah plan awal2 lagi tuk aku...aku xboleh nak tolak atau bantah sekalipun dia punyer keputusan coz keputusan dia dah muktamad...


Aku sangat-sangat tak puas hati dengan keputusan nie...orang lain buleh jer senang-senang nak tukar masuk domain lain tapi aku plak tak boleh...orang lain dia orang buleh buat keputusan sendiri tapi aku.....aku tak boleh nak buat keputusan sendiri..segala keputusan tuk aku telah dibuat oleh bos aku sendiri dan aku tak ada pilihan yang lain selain dari menerima tugas yang dia berikan kat aku nanti tuk menggantikan aina sebagai lead tuk next release...apa yang membuatkan aku tak puas hati ialah biler dia kata dia kesian tengok aina macam tension jer handle B2C tuk R3 nie...so dia tak nak la menambahkan lagi ketensionan aina tu terus dia ambik aina tuk buat CR dengan yang lain2...sekarang nie yang terpaksa berdepan dengan ketensionan itu nanti plak ada lah aku...disebabkan tak nak bagi aina tension so dia serahkan kepada aku plak untuk tension...adil ker cam tu...aina baru jer jadi lead tuk 1 release jer kut sedangkan kak yan dah menjadi lead tuk berapa release entah tapi xder plak nampak kak yan setension aina dan tak der plak dia nak tukar orang lain tuk ganti kak yan...satu lagi alasan yang dia bagi kat aku ialah dia tak nak bagi yang kontrak punyer orang jadi lead coz dia takut suatu masa nanti seandainyer dia orang dapat tawaran yang lebih baik dia orang akan tinggalkan sini dan susah untuk dia arrange kan balik saper yang perlu menjadi lead...last reason yang dia bagi tahu kat aku ialah ini merupakan release yang terakhir so lepas nie kita orang dah tak ada projek...so dia nak aku ambik peluang nie tuk rasa macam mana menjadi seorang leader...semua alasan yang dia bagi semuanyer tak munasabah bagi aku...semuanyer tak masuk di akal dan apa yang dia bagi tahu aku semalam langsung aku tak ambil kisah...apa yang aku kisah sekarang nie macam mana workload aku biler aku menjadi lead dan perlu menghandlekan semua member-member aku untuk buat kerja...seriusly aku cakap yang aku tak mampu nak menjadi seorang leader yang sempurna...


Last sekali dia tanya decision aku sama ada aku terima menjadi lead atau tak?Aku cakap kalau aku tak terima sekalipun decision dah dibuatkan...so macam mana lagi aku nak tolak kalau semua keputusan dia dah buat...sebelum tuk terang-terangan dah aku cakap dengan dia yang aku tak mampu nak menjadi seorang leader coz aku tahu aku tak mampu nak menggalas tanggungjawab itu...tanggungjawab yang cukup besar tuk aku...aku bukan tak nak terima apa yang dia suggest cuma aku tak berani nak memikulnyer...tanggungjawab seorang leader cukup besar sekali dan aku rasa aku tak mampu untuk memikulnyer...aku tak se EXPERT aina...even dia tak tahu sangat pasal journal ni tapi dia tahu buat banyak benda...dia tahu buat invoice, payment, deposit, adjustment and usage...semua tu dia tahu buat tapi aku....aku hanya tahu macam mana nak extract journal dan generate report jer....ada lah ckit pengalaman aku dalam run bill time aku buat R2.1 dulu...tu jer yang aku tahu...pengetahuan aku dalam billing tak seluas pengetahuan aina dalam billing...aina tahu semua benda tapi aku...aku tak tahu tu semua so macam mana aku nak tolong backup mereka nanti dalam UAT nanti...aku tak mampu nak menghadapinyer....aku tak kisah kena kerja ikut arahan orang lain tapi aku tak suka memberi arahan kepada orang lain tuk buat kerja...aku tak sanggup even mereka kawan aku sendiri...


So apa lagi yang perlu aku buat...aku tak der pilihan lain dah sekarang nie melainkan aku terima saja decision yang dia buat...segala-galanyer mustahil tuk aku melakukannyer...


LEADER is not for me...it's not suitable for me to be a leader because i know i can't be a perfect leader for them...

Monday, January 3, 2011

Semalam aku janji ngan budak umah aku nak suh dia temankan aku pi umah cousin aku kat Kepong nak pi ambik pisang yang ma aku kirim dari kampung kat cousin aku ari tu...petang tu dia dah janji ngan aku yang dia nak pi pasar malam sekali ngan aku tapi aku keluar lewat semalam dari ofis so lewat la aku sampai sana...dia pukul 6 lebih dah ada kat lrt wangsa maju tapi aku pukul 6 lebih tu baru on the way kuar dari ofis..alih2 aku suh dia pi dulu xpayah nak tunggu aku...aku bukan apa...member aku yang 2 orang nie xsuka sangat tunggu orang tapi kalau buat orang lain tunggu dia, dia suka sangat....yang nie aku tak boleh blah...bab nunggu menunggu nie masalah ckit...so disebabkan dia tak suka menunggu orang nie aku pun suh la dia pergi dulu...

Aku sampai wangsa maju pun dah kul 6.45 ptg, dia orang cakap kalau sempat jumpa kat sana la dan aku pasti confirm aku tak kan jumpa ngan dia orang...on the way nak cari barang tu aku terperasan dia orang so aku alihkan kaki aku menghala ke arah lain..aku tak nak terserempak dengan dia orang time tu...entah naper tiba2 aku rasa macam nak marah jer...satu hal lagi aku rasa cukup terguris ngan dia orang nie...tak pernah nak tunggu aku walau selewat mana sekali pun aku sampai...disebabkan itulah aku berdoa biar aku tak terserempak ngan dia orang time tu tapi sebesar mana gak pasar malam tu...alih2 aku jumpa jugak dengan dia orang tapi aku buat tak perasan jer...alih2 dia orang yang tegur aku...lepas tu dia orang mintak nak balik dulu dan aku cakap OK la...ingatkan nak pelawa dia balik ngan aku tapi aku nie kan tak suka nak menyusahkan orang lain tuk tunggu aku beli barang so aku biarkan lah dia orang balik dulu....

Dah lepas beli tu aku ada mesej tanya dia orang sama ada dia orang dah balik ke tak tapi tiada response dari dia orang...ingat kan kalau tak balik lagi nak la ajak dia orang balik sekali ngan aku tapi diam jer...alih2 aku yang call dia orang nak tanya dah balik ke belum...kadang2 fedup jugak la tapi nak buat cam ner kan...dia orang kan kawan aku so terpaksa la bersabar...biler dia orang cakap dia orang dah balik aku pun terus balik umah...sampai jer kat umah dia orang tengah makan tapi aku tak tahu kenapa la time tu aku rasa cam nak marah jer...adakah nie disebabkan aku makan ubat pada pagi tu dan akan impact sampai ke umah...tapi biler dia orang tanya aku jawab jer tapi maybe sound time tu jawab apa yang dia orang tanya bunyi lain ckit kut..time tu aku kawal sangat2 perasaan marah aku tu biar tak keluar tapi aku tak boleh kawalnyer lagi...dari cara percakapan aku pun dah bunyi lain macam jer..aku pun tak tahu la kenapa dengan aku...

Member aku tu ada jugak tanya aku pukul berapa nak pergi pastu aku jawab la lepas sembahyang isyak...aku cakap jugak ngan dia yang kalau dia tak nak pergi tak per la pastu dia jawab yang malam nie dia xder buat apa2 pun...aku dapat rasakan yang dia sememangnyer malas nak ikut aku malam2 macam tu coz takut aku balik lambat dan esok nak kerja...aku dapat rasakan yang dia betul2 tak nak ikut aku tapi disebabkan nak jaga hati aku dia sanggup...kawan-kawanku...aku tak paksa kau orang ikut aku sekiranyer kau orang tak nak ikut...janganlah di paksakan diri kau orang semata-mata nak jaga perasaan aku nie...aku tak kisah kawan-kawanku....aku nak biarlah korang ikhlas menemani aku bukan kerana paksaan...aku tak pernah nak paksa korang semua tuk menemani aku...sesekali tak pernah...aku bukan orang yang suka memaksa orang lain..aku tak suka nak menyusahkan orang lain tapi aku tak kisah kalau orang lain nak menyusahkan aku...

Apa yang aku buat selama nie untuk korang semua tu aku ikhlas....ikhlas dari lubuk hati aku coz korang la kawan aku dunia dan akhirat...tanpa korang aku akan rasa sunyi atas dunia nie...korang la penghibur bagi aku suka dan duka...and for the honest one, sebagai manusia kita tak kan mampu lari dari segala perasaan yang ada kan..kadang2 aku rasa hepi kadang2 aku terasa sedih dan kadang2 jugak aku buleh nangis...semua tu aku rasa dalam hari-hari yang aku lalui bersama korang semua...segalanyer akan jadi kenangan sampai akhir hayat aku nanti...