Wednesday, October 27, 2010

Blog2 yang aku post kat bawah tu sebenarnya luahan perasaan aku dalam blog aku yang satu lagi tu...aku terpaksa delete dalam blog tu coz si dia dah pun mengfollow up kan aku punyer blog...aku tak boleh nak post directly coz dia akan tahu siapa yang aku maksudkan...so di blog ni la nnt aku akan luahkan segala perasaan aku yang bersangkut paut dengan dia...blog yang satu lagi tu aku akan update untuk persekitaran aku jer bukan luahan hati ku..

Tak tahu la apa lagi salah aku dengan dia...sejak dari semalam (12/7/2010-Isnin) lagi dengan aku tak cakap sepatah perkataan pun..kalau bukan kerana aku mula tegur dia semalam rasanyer seharian tak cakap dengan aku...angin apa yang datang melanda dia pun aku tak tahu la...

Semalam buleh bilang berapa patah jah aku cakap dengan dia...nampak gayanyer mood dia tak berapa nak comel...sekarang ni kan aku dah malas nak ambik peduli dah la dengan dia...lantak dia la nak cakap ngan aku ke tak...aku dah tak heran dah semua tu...dulu ada la jugak aku kisah coz duduk satu rumah tapi sekarang aku dah tak kisah langsung...lantak dia la nak tegur aku ke tak...kalau tak tegur pun tak rugi...bukannyer dia sorang jah kawan aku nyer...

Ari ni (13/7/2010-Selasa), sepatah perkataan pun tak keluar lagi dari mulut dia...aku dah malas nak start tegur orang nie...kalu orang tak nak cakap ngan kita baik kita diam jer kan...buat apa nak habiskan air liur tuk tegur orang yang belum tentu akan jawab apa yang kita tanya kan...buat malu jer...so keputusan aku untuk ari nie aku nak diamkan diri jer...dah malas nak tegur dia...kalu dia tegur aku jawab dan kalu dia tak tegur aku untuk hari nie aku diam jer la...

Dulu aku selalu mengalah dengan dia tapi sekarang nie aku dah tak nak mengalah...biarlah mengambil masa yang agak lama untuk kembali normal tapi aku dah tak akan mengalah lagi...everytime kalau jadi cam ni aku jer yang kena mengalah...kenapa bukan sekali sekala dia plak yang mengalah...

Kali aku ni aku dah tak dapat bajet apa masalah dia sekarang nie...balik jer kerja terus xnak tegur kita orang semua...memang la penat kalau kerja lebih masa kan..saper yang tak penat kalau kena kerja sampai malam sedangkan ofis hours start on 8.30am dan finish at 5.30pm...lebih dari kul 5.30 actually kita orang dah boleh balik tapi disebabkan tuntutan kerja yang perlu kita orang selesaikan segera terpaksa la stay kat ofis sampai pagi...itulah yang aku alami sekarang nie sedangkan dia just baru jer beberapa hari kena kerja sampai kul 9 dah penat badan dah mula la xnak cakap ngan orang...xtahu la aku perangai apa yang ada dalam diri dia tu...

Aku pernah kena kerja sampai kul 3am tapi xder la aku bermasam muka dengan dia...at least even aku penat cam ner pun aku still lagi boleh bersembang ngan member umah aku tu...xder la bila balik kerja masuk bilik terus dengan alasan penat dah nak tengok movie sedangkan time tu dia cube nak elakkan dari bertemu dengan kita orang..

Aku ingatkan benda ni dah tak kan jadi dah kepada aku memandangkan masa yang tinggal untuk aku dengan dia duduk satu rumah sudah semakin singkat rupa2nyer aku silap...silap dalam menilai perangai seseorang...aku tak nak semua ni terjadi dalam perhubungan ini...aku inginkan sebuah ikatan persahabatan yang mampu aku kagumi yang mampu aku banggakan depan kawan2 ku yang lain..aku inginkan sebuah ikatan persahabatan yang mampu aku bawa sampai mati...yang mampu aku kenangkan sepanjang hayat aku..itulah yang aku inginkan dalam sebuah persahabatan..aku tak nak kerana masalah yang kecil ikatan ini terlerai di tengah jalan...

Sahabat...
kekankanlah perhubungan ini sampai akhir hayat mu wahai sahabat kerana kaulah satu2nyer sahabat yang aku ada yang aku bersama aku dalam tempoh yang agak panjang...hanya kau yang sentiasa disisi aku selama ini..apa yang kita buat semuanyer bersama sampai la kita dapat kerja dibawah satu bumbung...

sejak kita kenal antara satu sama lain kita tak pernah berpisah..start dari diploma sampai la kita dapat sambung ke degree dan sampailah kita dapat kerja kat TM...semuanyer kita lakukan berdua...mungkin antara kita ada chemistry yang cukup kuat sehinggakan apa yang kita lakukan mesti berdua..banyak kenangan manis yang telah kita ciptakan bersama...

hanya satu yang aku pinta dari mu wahai sahabat...janganlah kau buang aku dari hidupmu...sematkanlah ikatan persahabatan kita ini dalam jiwa mu...berikanlah sedikir ruang untuk ikatan ini dalah hati mu..jangan lah kau buang kan ia dalam hati mu itu wahai sahabat...seandainyer kau membuangnyer dari hatimu itu bermakna kau juga telah membuangkan aku dalam hidupmu...

sematkanlah ia sebagai sebuah kenangan yang cukup manis yang kita ciptakan sepanjang perkenalan kita...jadikanlah ia kenangan terindah yang abadi..salam sebuah persahabatan yang sejati untukmu....('',)

Aku tak tahu naper ari nie dia nampak macam moody jer...aku nak tegur pun takut la bila tengok muka dia cam moody jer...semalam ok lagi tapi lepas dia balik kerja semalam aku dah nampak muka dia cam tengah pendamkan perasaan jer...apa aku ada buat salah ker dengan dia?

Aku risau seandainya aku ada buat salah ngan dia tanpa aku sedari...seandainya betul aku mintak maaf frenz...maybe aku xsedar apa yang aku lakukan itu merupakan satu kesalahan yang boleh membebankan kau sahabatku...

Satu jer aku pinta wahai sahabat...seboleh2nya sebelum kau melangkah keluar dari rumah itu aku ingin mengabdikan segala kenangan manis bersamamu...aku tidak ingin kau melangkah keluar dari rumah itu dengan membawa kenangan yang pahit...seandainya kenangan itu yang kau bawa aku pasti suatu hari nanti kita tidak akan menjadi sahabat sejati lagi...aku tidak mahu itu semua terjadi kerana aku amat menyayangi dirimu sahabat...

Aku sanggup bertahan walaupun terlalu banyak halangana yang merentasi hubungan kita...aku cuba tuk redahi jugak kerana aku ingin pertahankan hubungan ini...janganlah kau rungkaikan  ikatan ini wahai sahabat kerana aku tidak mampu untuk mengikatnya kembali..

Hari nie aku ada citer baru yang aku nak post kat aku punya online diari aku nie...citer ni pasal semalam la...

Semalam aku tak balik sekali ngan yanie coz yanie nak balik dengan dia punya tunang...so aku balik la dengan kak liza dan aina...sebenarnya aku tak der kunci umah coz akak umah aku pinjam tuk duplicate...so kalau aku tak balik sekali dengan yanie akuk tak boleh nak masuk umah...that's why la semalam aku kol kak zie dan kak ina kut2 time aku sampai tu dia orang dah ada kat umah...

Call punya call dia orang tak angkat so aku decide tuk pulang la jugak...maybe aku sampai tu dia orang dah ada kat umah...dalam tren aku mesej kak zie tanya dia duk kat ner...dia cakap ngan aku yang dia sekarang tengah tunggu bas depan ofis...aku ingatkan nak balik sekali dengan dia jer coz aku malas nak naik teksi sorang2...dia cakap ok jer tapi bila aku sampai aku tengok dia dah xder kat bawah...ok la maybe dia dah balik kut time tu coz maybe aku ambil masa yang lama tuk sampai di wangsa maju sedangkan time aku msej kat dia aku dah ada kat jelatek...

So bila tengok dia dah xder aku pun decide tunggu bas jer la..time aku sampai tu dalam kul 6.40 ptg so maybe dalam kul 7 nanti bas akan datang la...akuk pun tunggu jer bas U24 datang...tunggu punya tunggu bas tak jugak muncul..dalam setengah jam tu aku buleh la lagi menunggu tanpa merungut tapi bila dah masuk satu jam tunggu bas tak jugak muncul ni yang buat aku panas hati nie...kesabaran aku makin lama makin hilang..macam2 benda yang keluar dari mulut aku...punya la lama bas nak datang...

Aku malas la nak ambik teksi time tu coz aku takut menyesal plak..mana la tahu bila aku naik jer teksi alih2 bas sampai...dah banyak kali benda tu terjadi...tu yang buat aku fed up tu...makin lama aku tunggu makin tipis aku punya kesabaran aku tapi aku still lagi la tunggu...dalam kul 8.10 mlm bas pun sampai...yang aku panas hatinya bila 3 buah sekali gus bas U24 datang..ni la yang buat aku panas hati...kalau aku tak tunggu mesti cepat jer bas lalu tapi bila aku tunggu nak datang satu buah pun payah...

Aku tahu la jalan jem time tu tapi agak2 la kan...tak kan la stuck dalam jem sampai 3 buah sekali gus sampai kat wangsa maju kut...dalam keadaan marah aku naik jugak la bas tu...nasib baik la aku time tu ABC...kalau tak dah memang burn la...hati aku dah panas time tu...naik tangga umah pun macam nak tak nak jer...sampai jer kat depan pintu umah tunggu plak orang bukak pintu umah...penat gila hanya DIA ajer yang tahu...time tu muka aku dah masam la tapi aku cuba jugak maniskannya coz xnak la show kat dia orang...nampak jer akak umah aku tu open pintu aku cuba la tuk senyum tapi aku rasakan la time tu senyum aku confirm tak jadi la...

Masuk jer umah bila tengok kak zie aku rasa macam nak meletup jer tapi cuba jugak tahankan hati dan perasaan...segala msg dan kol yang dia orang buat semua aku tak endahkan...alasan aku tak baca and angkat kol dia orang aku punya handphone dalam beg dan tak perasan sedangkan time tu phn kat tangan...habis aku delete mesej yang dia orang hantar...

Bila dia orang tanya aku just jawab macam tu jer...dia orang buat lawak aku gelak tapi dalam keterpaksaan la..bukan ikhlas pun..lepas siap jer mandi aku terus masuk bilik dan baca novel..lepas tu aku dah tak kuar lagi dalam bilik...kerana terlampau panas hati semalam plan nak masak maggie terus tergendala...aku rela berlapar semalam..tapi disebabkan dah tak tahan lapar aku keluar gak bilik buat nestum lepas tu aku trs masuk bilik dan tak kuar2...malas rasanya nak layan orang semalam...pagi tadi dah ok la ckit...semua tu aku dah buang jauh la...biar jer la...

So tuk entry kali nie tu jer yang aku nak masukkan...malas nak ingatkan lagi citer semalam...yang semalam biarlah ia menjadi kenangan tuk aku..




Ya Allah...tensionnya aku...nak baut cam ner nie..xkan nak tinggalkan kut...aklau aku ikut sekali confirm aku akan terkebelakangan dan kalau aku tak ikut dia pulak buat muka dengan aku...ni yang buat aku arsa serba salah nie...kalau keluar sekali confirm aku yang akan ditinggalkan...macam aku jalan sorang2 jer..better tak payah ikut kan kalau jalan sorang2 gak..baik aku balik terus...

Tapi tulah semua yang perlu aku lalui..aku tak sampai hati nak tolak permintaan orang lain...aku just ikut jer apa yang orang lain katakan macam aku tak punya pendirian...susah sangat nak tolak pelawaan orang lain...aku bukan apa...aku jaga hati dan perasaan dia orang..kalau aku buat macam tu nanti apa yang dia orang kata kan...tapi bila part aku plak dia orang tak pernah nak fikirkan perasaan aku...buat aku ni macam benda yang tak wujud..selalu buat tanpa fikir pasal perasaan aku..


Apa yang aku lakukan selalu sangat aku fikirkan pasal perasaan orang...nak buat jer semua benda mesti fikir perasaan dia sedangkan dia tak pernah nak fikirkan perasaan aku walau seinci pun..susah kan kalau cam tu..selalu sangat fikir pasal orang lain alih2 diri sendiri tak betul..kenapa la aku ni susah sangat nak ikut kata hati sendiri...selalu sangat ikut kata orang lain..kenapa tak aku fikir jer tentang perasaan aku dahulu sebelum fikirkan perasaan orang lain..yang aku kena jaga perasaan aku bukan perasaan orang lain..lantaklah orang lain nak kata apa2 pun janji kita tahu apa yang kita buat..

Selalu sangat fikir pasal orang lain hinggakan diri sendiri terabai...aku pun tak tahu la kenapa aku jadi cam nie...sejak dari dulu lagi aku selalu sangat ikut kata orang..selalu sangat fikirkan perasaan orang lain berbanding diri sendiri...adakah ini sifat semulajadi aku yang Tuhan anugerahkan kepada aku...sifat seorang kawan yang tidak mementingkan diri sendiri...sifat seorang kawan yang suka mengambil berat akan kawan yang lain...seorang kawan yang suka menjaga perasaan sahabat sendiri berbanding diri sendiri..kalau inilah sifat yang DIA kurniakan kepada aku..aku bersyukur sangat..sekurang2nya aku tidaklah mementingkan diri sendiri hingga mengabaikan perasaan seorang sahabat..

Tapi disebabkan sifat ini jugaklah aku selalu menangis mengenangkan nasib aku...selalu bersedih hanya kerana seseorang yang bergelar sahabat...segala pahit manis yang aku alami sampai sekarang hanyalah kerana seseorang yang bergelar sahabat...hanya kerana sahabat aku mampu mengalirkan air mata sama ada suka mahupun duka...

Ini la merupakan diari aku selama ini...segalanya aku coretkan kat cni..luahan hati aku yang sedih sampai la yang paling happy aku coretkan disini...aku nak coretkan dalam buku diari tapi rasanya tak elok la...selalunya kalau aku coret mesti tak pendek aku punya coretan..

Aku tak tahu la kenapa semenjak dua menjak nie aku rasa hati aku macam kesepian jer...aku rasa sangat sepi sekali...akuk sendiri pun tak tahu kenapa..kerana disebabkan kesepian ini lah aku makin menjarakkan hubungan aku dengan kawan baik aku tu...bukan aku sengaja tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa jadi macam nie...

Aku jugak perasan benda nie...kawan aku tu semakin menjauhkan diri dia dari aku...may be ni jugak merupakan salah satu faktor kenapa hati aku menjadi sepi...dulu aku tak macam nie even dia ada buat hal tapi sekarang aku terasa sangat..terasa kesepian dan kehilangan...adakah aku bakal kehilangan dia nanti?Seandainya itu akan berlaku aku pasrah..

Semua kawan aku tanya aku kenapa sekarang nie aku suka sangat menyendiri dan membawa haluan aku sendiri....aku nampak macam tak happy jer...macam mana aku nak happy kalau hati aku sekarang dilanda kesepian...aku cuba untuk menghiburkan hati aku tapi aku tak dapat...aku tak mampu tuk buat semua tu buat masa sekarang nie...aku sendiri pun tak tahu kenapa...

Mungkin juga aku rasa sepi setelah kawan aku tu tidak lagi sama seperti dulu lagi...aku benar2 rasa kehilangan...aku bukan hendak menghalang dia dari berkawan dengan sesiapa pun tapi sekrang-kurangnya hargai la aku yang dah lama dah kawan ngan dia nie...ke aku ni tak layak nak join dia sekali..kalau benar aku tak layak cakap la awal2 biar aku undur diri dari group nie...

Sekarang nie, apa yang dia buat dia langsung dah tak bagi tahu aku ah...nak kemana pun sekarang nie dah tak info kat aku...macam mana aku tak rasa tersingkir...apa2 semuanya dengan kawan baru dia tu...kenapa semua ni kau lakukan kepada aku wahai sahabat...teruk sangat ke aku sampai kau dah tak nak cakap dengan aku...apa salah dan silap yang telah aku lakukan sampai macam nie sepkali hubungan kita...adakah nie petanda bahawa yang erphubungan kita tak kan mampu bertahan lagi tuk selamanya...

Kau merupakan kawan aku yang paling rapat sekalil...apa2 yang kita lakukan dahulu semuanya sekali...sejak dari diploma lagi semua yang kau buat mesti ada kaitan dengan aku...kita berkawan dari diploma lagi sahabat....semuanya pasal diri kau aku tahu...apa yang kita dapat ari nie semuanya berdua..dari diploma kita satu kelas, duduk plak asrama yang sama cuma berlainan bilik jer n bila sampai degree pun kita still lagi bersama....satu kelas, satu course,satu team,satu hostel n satu bilik...apa yang memelikkannya yang kita dapat tempat praktikal satu tempat dan still lagi tinggal satu umah...habis jer praktikal kita mengganggur jap pastu datang KL nak cari kerja...kita dapat tempat kerja pun sama lagi n still lagi umah sewa yang sama...kita plak didalam dalam team yang sama....semua yang berlaku kepada kita semuanya berdua sampai ada member kita cakap yang kita nie kembar..susah nak pisahkan kerana dimana ada kau pasti ada aku..tapi..............


Sekarang nie kau banyak berubah kawan...makin lama aku rasa aku sedah tak mampu lagi nak memahami kau...kenapa semua nie terjadi kawan...semakin hari semakin sukar aku nak faham perangai dan sikap kau pada aku kawan...adakah aku telah melakukan kesalahan yang cukup besar sehinggakan kau menghukum aku dengan cara tak nak berbual dengan aku...akuk dapat rasakan yang kau dah perlukan lagi aku duduk disisi kau dan kerana itulah bila time balik jer dari kerja aku jalan terkedepan dari kau atau terkebelakang dari kau...aku tahu yang aku akan disisihkan seandainya aku berjalan sekali dengan dirimu dan sahabat mu yang baru...

Mana salah aku....cakap la agar aku mampu membaiki segala salah dan silap aku selama ini terhadap kau...seandainya besar kesalahan yang aku lakukan aku mohon maaf dari mu sahabat...




Happynya aku...sekarang ni aku tengah menghitung hari jer nak habiskan aku punya praktikal ni...bestnya la..dah tak sabar rasanya...nasib baik aku kira hari buatnya aku kira jam, minit n saat tak ke naya...

Tinggal 3 ari jah lagi aku nak chow dari cni...rasa sayang tu ada la jugok tp nak wak agu mana kan...rindu ko family aku lagi banyak dari sayang aku nak tinggal company ni...aku nak kelik jupo ngan family aku...rindu sgt aku ko masakkan ma aku..puah dah aku make masakkan ore lain n nak la plak make masakkan ma aku...tu yg buat aku xsabar nak kelik tu...happy hingga tak terkata la...(tengah senyum ni..)

Satu lagi perkara yang buatkan aku hepi sangat nak blah dari cni ialah kerana si dia (paham2 jer la ek..)..dah tak sanggup aku nak ngadap muko dia dah...asyik duk masam muko jah ari2...xtehe aku aku..tu yg aku nak blah cepat tu...harap2 la nnt aku ngan dia xkan kijo satu company lagi...satu company buleh tehe lagi jangan satu umah dah...tal sanggup dah aku nak ngadap dia..bukan benci tapi bosan...kadang2 buleh buat aku sedih ada kalu aku duk lama2 ngan dia..

Nasib baik la cuma 3 bulan jah aku duk sekali ngan dia time praktikal ni...kalu 6 bulan mungkin jadi bisu trs aku..

HAPPYNYA!!!!!!!! (jangan jeles...)

SELAMAT TINGGAL OJT N COMPANY.....

Aku tak tahu la saper patut aku mengadu hal ni...semalam aku dapat task baru dari big boss aku (mmg big pun boss aku tu)...dia suh aku n member akku tu buat dokumentari pasal TSUNAMI yang berlaku 5 tahun lalu...aku nka car kat ner info tu...mmg la dlm internet ada tp dia ckp xnak yang dlm internet...dia suh cr dari sumber yang boleh dipercayai la...

Aku tak tahu la saper patut aku mengadu hal ni...semalam aku dapat task baru dari big boss aku (mmg big pun boss aku tu)...dia suh aku n member akku tu buat dokumentari pasal TSUNAMI yang berlaku 5 tahun lalu...aku nka car kat ner info tu...mmg la dlm internet ada tp dia ckp xnak yang dlm internet...dia suh cr dari sumber yang boleh dipercayai la...

Tinggal 2 minggu jer lagi aku nak habiskan aku punya ojt n last2 dapat plak projek besar ni...bos aku cakap kalau tak siap aku punya projek ni result tuk aku punya ojt failed...gila apa...senang2 jer dia nak gagalkan aku punya result..kalau tahu cam tu baik aku xpayah ojt kat cni..kalau tahu awal2 lagi nak gagal baik aku tak payah datangkan...

Xpaham la aku ngan bos aku ni...dah la nak suh deal ngan orang yang terlibat dalam hal ni...aku aku kena pi interview beberapa orang yang ada kaitan dengan tsunami ni..dia nak semua fakta tu menarik...nak dokumentari tu biar menggemparkan..agak2 la kalau dia yang kena buat buleh ker dia siapkan benda ni dalam masa 2 minggu...aku rasa tak buleh jugak kan...lgpun dia mana pandai multimedia..

Bos aku ni pun satu hal..xkan xtengok di aku punya resume tu...aku kan bekas student IT xkan la nak buat yang multimedia ni plak..igt senang ker nak buat semua tu..aku terpaksa belajar sendiri tuk mahirkan aku punya skill dalam aku punya flash ni...nasib baik la dapat catch up dengan cepat..kalau tak memang ketinggalan ke belakang la aku jawabnya..

ISH...!!!!geramnya aku...aku skrg tension macam orang gila ni..xtahu nak buat cam ner..memang la aku ada partner group tp partner aku tu suka sangat buat benda tanpa discuss dl ngan aku..saper yang tak tension kan..rasa nak meraung jer bila dapat task ni..aku nak biar la ada kerjasama dalam hal ni...jangan biar aku buat sorang dia buat sorang...dah namanya grouping kan so kena la buat dalam bentuk group..sekurang2nya discuss la ngan aku nak buat cam ner..fedup betul aku kalau cam ni gak..buat dia jer yang pandai..


FEDUP...!!!!!!

Wau...cowok aku udah dapat kerja sih...aku pun tak tahu cowok aku tu kerja di mana sih...yang aku tahu dia udah dapat kerja...it's ok la kan janji dia kerja..jgn tak kerja udah...tapi aku belum lagi ada peluang tuk ketemu sama aku punya cowok..cowok aku itu bukan main gantang lagi sih..tapi yang aku tak tahan cowok aku itu panas baran sih...enggak buleh salah sikit pasti aku dimarahinya...enggak apa2 sih janji aku sayang dia.

Dari dulu sehingga sekarang aku tak pernah merasakan alam percintaan dala hidup ku...aku banyak hidup bersendirian dari hidup berdua...tak pernah sekelumit perasaan cinta datang dalam hidup aku...tak pernah seorang pun yang datang bertandang di dalam hati aku...yang datang just untuk berkawan...aku pasrah dengan semua itu...setiap manusia pasti inginkan seseorang yang mampu berkongsi segala suka dan duka selain dari keluarga...menempuhi saat cemberu mencemburui dalam hidup...melalui saat perpisahan...melalui saat pergaduhan...melalui saat pujuk memujuk....aku ingin rasakan itu semua dalam hidup aku...aku inginkan seorang teman dalam hidupku yang mampu berkkongsi semua itu...teman yang dipanggil KEKASIH....itu yang aku inginkan sekarang memandangkan umur ku sudah layak untuk menempuhi semua itu...aku rela menempuhi semua saat suka dan duka dalam perjalanan hidupku bersama seorang KEKASIH....YA ALLAH YA TUHANKU....dimanakah jodohku yang telah kau tetapkan itu....tunjukkanlah ia depanku sekiranya jodohku di dunia ini dan seandainya jodoh aku di akhirat nanti aku pasrah...jodoh di akhirat lebih kekal bahagia dari jodoh di dunia...aku pasrah seandainya jodoh aku di sana nanti....TUHANKU tunjukkanlah dia kepada ku...

Ari ni ada member aku sorang yang bad mood...nak ckp dia cuti tak la plak..yg cutinya aku...aku heran gak...tanya banyak patah tapi dijawabnya hanya sepatah...entah la...apa nak jadi entah la...mungkin dia dah nak habis kut tu yang jadi cam tu...hubungan aku ngan dia dah di kira OK....ari ni kita orang boleh berinteraksi dengan baik...kiranya segalanya dikira ON la ari ni...Alhamdullillah la...itu yang aku harap2kan selalu...mungkin ada hikmah aku tak follow dia hujung minggu ari tu...mungkin TUHAN beri petunjuk kepada aku hari itu...Terima kasih Tuhan kerana mangembalikan kawan aku kepada ku kembali...

Aku tak tahu nak coret kat mana n ceritakan kepada siapa...aku xder siapa yang boleh mendengar rintihan hati aku ini...bukan semalam tapi sudah lama aku terasa hati dengan dia...yang paling aku terasa hati semalam sepanjang minggu ini...semalam aku still lagi fasting...dia tak pernah pun cakap ngan aku nak makan ker nak apa ker...dia just decide dia 2 orang jer...semalam lepas jer kerja kau igtkan dia just trn hantar kunci tapi aku tak jangka plak yang dia orang sampai ke *.....* pi cari makan tanpa sepatah perkataan pun tanya aku...apa salah kalau tanya kan...memang dia ada call aku tapi time tu aku dalam bilik air...mana sempat nak angkat....lepas tu dia diam....so terpaksa ar aku pi kesana sorang2 tuk cari barang aku nak amask...nak kesana sorang tu aku xder hal la tapi skrg2nya cakap la nak pi makan...sekarang ni semua hal dia dah xkongsi ngan aku lagi...aku tak kisah semua tu...dia buat la apa yang dia suka janji dia bahagia..tapi jangan nanti bila aku terasa hati sesangat aku tinggalkan dia dah....aku harap nanti bila aku habis praktikal nanti aku dah tak bersama dia lagi...bukan tuk putuskannya tapi biralah kami berjauhan dari kami berada dekat and always bermasam muka...aku nak lari jauh dari pandangannya...jauh sesangat...cukup la sekadar berhubung melalui phone...cukup tuk 4 tahun ni aku memahami setiap perangai dan tingkah lakunya...biarlah aku pergi...aku rela berjauhan dari dia dari berdekatan ngan dia...sekarang aku akan ikut apa kata hati aku...aku dah tak larat nak ikut kata orang lagi dengan mengabaikan aku punya perasaan...biarlah perasaan aku kali ini bebas tuk seketika....

Tidak segan aku mengakui yang diri aku ini cukup2 bodoh la...aku suka sangat ikut apa kata orang tanpa mempedulikan perasaan aku sendiri padahal jiwa aku jugak yang terseksa....memang betul cakap member aku...sekarang time kerja so xboleh la ikut kata orang lagi...do what do u things that it's true for u...don't follow anyone even they are your best friends...because of that aku tercampak kesini kerana ikut kata orang...nak berkawan sangat kan...so terima seadanya...aku tak mampu untuk menghalangnya...sometimes aku terfikir gak, kenapa aku jadi cam ni...aku selalu sangat tak boleh menolak permintaannya...aku pun tak tahu kenapa....mungkin sikap ku begibi membuatkan dia besar kepala....semua tu aku tak kisah...buat jerla apa pun janji benda ni aku tak buat kat dia...aku terima apapun yang dia lakukan kepada aku...walau sakit macam mana sekalipun aku redha dengan ketentuan TUHAN yang Maha Kaya...kerana DIA aku bernafas atas bumi ini...

Genaplah satu minggu aku dan dia jarang bercakap...aku pun tak tahu kenapa dan apa sebabnya...mungkin masalah ini berpunca dari aku kut...itu pun aku tak tahu...all the things that i have do ada jer yang tak kena...i don't know why this situations happen to me...kalau ikutkan hati dah lama rasanya break....tapi nak buat macam mana kan....dah namanya kawan...so makan hati la yer...sabor jer la...aku mulai perasan bila ada jer orang ketiga antara kami mesti hal ini akan terjadi...dulu dengan member yang lain and sekarang with another person...bukan aku iri hati tapi aku rasa dipinggirkan...iye la...nnt bila xder yang ketiga aku jugak yang dicari...nak buat macam mana kan...kalau nak punggut kalau xnak buang jer...senang kan...dan yang dibuang inilah suatu hari nanti akan dipunggut balik..hari2 yang aku lalui selama seminggu ini memang hari yang paling membosankan....aku terima diri ini seadanya...mungkin dah nasib diri aku kan...nak buat macam mana...