Thursday, June 9, 2011

Aku rasa bahagia sangat-sangat hari nie..nak tau kenapa aku bahagia...coz ari nie aku jumpa dia face to face lagi...happy sangat2 tau...ingatkan dah tak berpeluang nak berface to face dan duk dekat-dekat..rupa-rupanyer ada lagi peluang tu...serius aku cakap biler nak panggil jer dia tolong aku tadi....hati aku nie rasa berdebar-debar jer...rasa nebes semacam jer tapi terpaksa di kontrolkan coz takut dia nampak ke nebesan aku tu...so terpaksa la berselindung disebalik senyuman dan gurauan...serius aku cakap..memang berdebar-debar hati aku tadi...macam orang yang baru lepas habis buat pecutan 100 meter..macam tu la tadi aku rasakan....

Actually aku dah niat dalam hati yang aku dah tak berurusan dengan dia lagi walau sehari pun...aku nak cuba mengelakkan diri dari berurusan dengan dia...aku ingatkan aku  mampu nak mengelakkan diri tetapi ternyata tidak mampu..semalam aku ingat aku berjaya melakukannyer tetapi ternyata aku silap coz semalam first time dia yang sapa aku terlebih dahulu...selalunyer aku yang tegur dia dahulu tetapi semalam dia yang masuk terlebih dahulu..so niat aku dah tak menjadi semalam...ingatkan nak sambung niat tu tuk ari nie tetapi ternyata tak boleh jugak...kenapa mesti bergantung kepada dia sedangkan ramai lagi kut yang boleh mintak tolong...aku bukan apa mintak tolong..senang ckit coz dia nie dari billing team kut..sepatutnyer dia lebih memahami la kan error yang berkaitan dengan bill...so dialah orang yang aku cari...aku terpaksa hari nie cari dia coz hari nie memang kritikal sangat-sangat...so terpaksa mintak tolong dari dia sedangkan dalam hati nie hanya Tuhan jer yang tahu betapa berdebarnyer hati ini...aku kalau boleh nak jer hidarkan dari semua ini tetapi aku tak mampu la...setiap kali aku lihat dia hati aku nie berdebar semacam...aku pun tak tahu kenapa dengan hati aku nie...janganlah kau katakan yang aku kini dilamun cinta dan dialah jodoh yang telah ditetapkan untuk aku....itu semua mustahil dan angan-angan aku semata-mata...

Pernah la jugak kami bersentuhan secara tak sengaja ketika sedang buat kerja...bukan sengaja nak sentuh sana sini tetapi benda yang terjadi secara spontan...tapi xper..dia selalu jer say "sorry" kalau dia tersentuh atau terlanggar aku...baiknyer dia..sampai say "sorry" lagi tu...tak berdosakan kalau bersentuhan secara tak sengaja...bukan sengaja kut tuk kami tersentuh antara satu sama lain...benda yang terjadi di luar jangkaan kita dan diluar kawalan kita...nak buat cam ner kan...tapi aku tak amalkan selalu la coz aku takut nanti aku plak yang terperasan lebih...tapi kan tadi aku tengok dia selalu jer main ngan phone dia..nampak sangat yang dia xleh nak berenggang langsung ngan phone dia...aku agak dia memang dah ada awek la...iyer la...kalau nak dibandingkan aku dengan awek dia confirm la bagai langit dan bumi tu...aku ni apalah yang ada...nak kata cantik jauh sesangat la...diri aku nie xder taste orang lelaki nak tengok...dengan gemuk gedempol cam nie..dengan rupa yang tak cantik...mana ada orang nak kat aku nie tuk buat awek dia...confirm la dia nak orang yang betul-betul perfect kan...untung la saper yang jadi awek dia...tahniah la aku ucapkan....

Aku tak pernah nak meletakkan sebarang pengharapan pun tuk hubungan ini...tak pernah terlintas di fikiran aku untuk menjadikannyer sebagai pakwe aku..semuanyer tak pernah terbayang dia minda aku...aku terima seadanyer kalau bukan dia untuk ku...

Wednesday, June 8, 2011

Adakah ini yang dinamakan cinta...??

Aku tak tahu itu semua coz sepanjang aku hidup aku tak pernah kenal apa erti bercinta dan dicintai..aku tak pernah alami itu semua..biarpun semua member-member yang seangkatan dengan aku dah ada boyfriend tapi tidak aku...aku tak tahu kenapa begitu susah sekali untuk aku mencari pasangan hidup aku...bukan aku tak pernah cuba mencarinyer...sudah berapa kali aku mencuba untuk mencari pasangan hisup aku sendiri tapi aku tak berjaya menemuinyer...betul la kata pepatah..kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya...aku hanya mampu merancang untuk mencari pasangan hidup tetapi Tuhan telah tentukan untuk aku siapa pasangan hidup aku...kerana Dia yang Maha Mengetahui dari aku..

Tipu la aku katakan sepanjang aku dewasa ini aku tak pernah suka akan lelaki..setiap orang akan melalui semua tu cuma yang membezakannyer ialah bersambut atau tidak..itu jer...dan yang nyata apa yang aku rasa tak sama dengan apa yang dia rasa...dia telah aku letakkan di tempat yang istimewa dalam hati aku tetapi tidak bagi dia...dia hanya meletakkan aku sebagai seoarng kawan dan tak lebih dari itu..aku terima semua tu dengan hati yang ikhlas..aku singkirkan dia dari hati aku setelah mengetahui yang dia dan aku hanya mampu berkawan..sampai sekarang aku dan dia still lagi berkawan...memang dia bukan diciptakan untuk aku..dia hanya diciptakan untuk menjadi sahabat buat ku..dia merupakan college mate aku dulu time aku belajar diploma..

Orang ke-2 yang aku suka jugak merupakan college mate aku jugak tapi time nie ketika aku sambung belajar ke peringkat degree...time ni aku dah mula berkawan dengan lelaki...kalau dulu susah untuk aku berkawan dengan lelaki tambah lagi dengan yang aku tak kenal sangat tapi time nie even baru kenal tapi aku boleh masuk dengan dia orang...maybe disebabkan kami berasal dari negeri yang sama kut...aku pernah la suka kat dia time tu coz dia macam memberikan aku harapan untuk menyukai dia...tetapi yang nyata aku sekali lagi hanya bertepuk sebelah tangan jugak..harapan yang dia bagi itu semuanyer dusta belaka...hanya perangkap semata-mata untuk mengenakan aku...aku pernah berangan untuk kuar date ngan dia satu hari nanti tetapi biler aku mengetahui keadaan yang sebenar...aku pasrah...aku memang tak layak untuk dia..aku sedar aku nie siapa kalau nak dibandingkan dengan perempuan yang lain....sampai sekarang kita orang still lagi jadi kawan even dah tak berapa rapat seperti dulu lagi...

Orang yang ke-3 aku suka ialah office mate aku...nak kata suka sangat tu xder la tapi as a secret admire leh la...aku tak meletakkan harapan yang tinggi coz aku tahu yang aku akan tewas sebelum bertanding dan apa yang aku sangkakan itu memang benar-benar terjadi...dia dan aku hanya mampu berkawan saja..hubungan kami hanya diciptakan untuk menjadi seorang kawan jer dan tak lebih daripada itu...dan disebabkan itulah aku tidah meletakkan apa-apa harapan pada hubungan kami ini...aku sedar siapa diri aku kalau nak dibandingkan dengan dia..jauh panggang dari api..ibarat langit dengan bumi..betapa jauhnyer perbezaan kami tetapi aku bersyukur coz aku still lagi jadi kawan dia...orang seperti dia tidak akan memilih orang seperti aku untuk dijadikan teman hidup...of course la dia nak yang setanding dengannyer..sampai sekarang kami still lagi berkawan dan still lagi bertegur sapa...kira ok la coz leh jadi kawan kepada orang seperti dia..terlalu sempurna makhluk ciptaanNya...

Yang ni last orang yang aku suka...aku tak tahu la sejak biler aku mula menaruh minat terhadap dia...dalam diam-diam aku meminati dia...aku pun xtahu kenapa aku boleh meminati dia..apa tarikannyer pun aku tak tahu la...tapi yang nyata nama dia aku tak boleh nak padamkan dalam ingatan aku nie...selalu jer nama dia bermain di kepala nie..buat la apa sekali pun nama dia tetap terpahat dalam kepala nie dan setiap kali nama dia menjadi bualan, dada aku berasa berdebar-debar...tiba-tiba jantung aku berdegup dengan kencang lagi..tu baru jer dengar nama tak lagi bersua muka dengan tuannyer sendiri...dalam diam dia menjadi secret admirer aku sekarang nie..aku tak tahu la sama ada dia perasan ke tak tapi aku rasa dia tak perasan kut...harap-harap janganlah dia perasan semua itu...apa yang pasti..perasaan ini muncul selepas aku bekerjasama dengan dia hari itu tuk selesaikan satu error nie...lepas tu aku mula menaruh minat kat dia...aku bukan apa..aku suka biler dia solve kan masalah aku dia duk dekat ngan aku...aku suka sangat environment yang macam tu..mula-mula tu aku rasa segan la jugak tapi lama kelamaan aku menjadi suka..aku rasa sangat rapat dengan dia...setiap kali ada masalah dialah orang yang pertama aku cari..bukan xder orang lain tapi bagi aku, aku rela mencari dia dari orang lain even at the end error tu aku kena liaise ngan orang lain..aku tak kisah janji dia orang yang pertama tengok error aku dan berada dekat dengan aku...sampai sekarang aku still lagi ushar dia...bukan nak menggatai tapi aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nie..xkan la ini yang dikatakan cinta coz aku tengok dia macam tak ada perasaan pun kat aku...ternyata la aku hanya bertepuk sebelah tangan jer kut...aku pernah berangan..alangkah indahnyer kalau aku dengan dia menjadi couple..tapi aku tau semua itu hanyalah dream semata-mata...tapi kan..setiap kali nak berhadapan dengan dia hati aku rasa berdebar-debar..rasa cam tak menentu jer biler nak jumpa dengan dia...biler dah jumpa mula la semua ayat tak terkeluar dari mulut aku...orang kata kalau hati kita berdebar-debar jumpa ngan lelaki..itu maknanyer dia jodoh kita...alahaiiii...xkan la dia jodoh aku kut...cam tak percaya jer kalau dia jodoh aku...aku jugak tak letakkan apa harapan kat dia coz aku tak mengenali dia dengan lebih dekat lagi...nak letak harapan yang tinggi takut aku jugak yang kecewa nanti..buatnyer dia dah ada gf tak ke naya aku..kalau gf tu ok la lagi tapi kalau wife...xtahu la nak cakap la...tapi seandainyer dia yang di jodohkan untuk aku..aku terima dengan seada-adanyer...dan seandainyer kalau bukan dia jodoh aku..aku pasrah..aku akan menanti jodoh yang telah Dia tetapkan untuk aku..maybe ada lagi orang yang paling layak untuk aku selain dari dia...setiap hari kalau boleh aku rasa macam nak jer tengok muka dia tapi aku tak boleh buat cam tu..aku takut nanti aku terperangkap sendiri...kalau nak tengok gak terpaksa la curi-curi...tapi kalau aku nak sangat berbual dengan dia..aku akan ganggu dia melalui YM...kat ctu aku akan tanya sal kerja..cukup la kalau hanya sepatah perkataan pun janji aku dengan dia bercakap...tak salahkan kalau aku meminati dia dalam diam kan...aku tak minta untuk dia meminati aku jugak..cukuplah aku sorang jer yang meminati dia dalam diam..aku tak kisah semua itu...

Semua orang yang aku minat kat atas mempunyai taste masing-masing..semuanyer inginkan kecantikkan dan kesempurnaan...orang macam aku ini hanya mampu dijadikan sahabat jer bukan untuk dijadikan gf ataupun wife dia orang...aku sedar siapa diri aku nie...xlayakkah untuk aku bercinta dan dicintai...hodoh sangat ker aku nie..hina sangat ker aku nie sampaikan kalian semua tak pernah nak biarkan perasaan cinta itu masuk dalam diri kalian semua...hina sangat ker...aku di ibaratkan melukut ditepi gantang...cuba mengemis kasih dari seorang lelaki untuk mengenali erti cinta dan dicintai..untuk merasai perasaan ketika diri ini bercinta dan dicintai...semua itu aku ingin rasakan tetapi tiada seorang pun yang sudi memberi aku itu semua...apa yang korang mampu beri ialah perasaan sebagai seorang sahabat...aku redha seandainyer ini yang telah ditetapkan untuk aku...aku pun xtahu sampai biler baru jodoh aku akan datang...kini aku mula merasa bosan untuk mencari cinta seorang lelaki...aku dah cukup penat merentasi masa mencari lelaki yang betul-betul ikhlas menerima diri aku seadanyer...

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...sesungguhnyer aku bermohon kepada mu Ya Allah...kau percepatkanlah jodoh ku Ya Allah...seandainyer dia yang telah kau tetapkan untuk aku...kau pertemukannlah kami..kau satukanlah hati kami dengan ikatan kasih sayang yang suci dari Mu...kau berikanlah kebahagiaan kepada kami agar kami mampu berbahagia hingga ke akhir hayat kami..hanya kepadaMu saja aku bermohon dan merayu...aku hanya mampu merancang Ya Tuhan ku kerana aku tahu Kau yang menentukan segala-galanya...kerana kau Maha Mengetahui Ya Tuhanku...kau berikanlah aku seorang suami yang mampu membingbing aku ke jalan yang benar dan lurus Ya Allah...seandainyer bukan dia yang Kau ciptakan untuk aku..janganlah Engkau pertemukan kami...janganlah Kau benarkan perasaan kasih dan sayang itu wujud dalam diri kami kerana kelak kami akan terpisah akhirnyer..."