Wednesday, October 31, 2012

Ya Allah...aku benar-benar kematian idea tentang semua ini...dah tak tahu nak buat apa lagi...aku akui silap aku jugak sebab tak berterus terang dengan dia akan ketidakselesaan aku bila mana husband dia tinggal kat rumah tu...aku bukan tak nak berterus terang dengan dia tapi aku tak sampai hati dan tak tahu macam mana nak berterus terang dengan dia...aku tak nak nanti bila aku dah berterus terang benda yang kecil akan jadi besar...aku tak nak pisang berbuah dua kali biler berlaku nyer terus terang ini....aku tak nak apa yang pernah terjadi beberapa bulan yang lalu kembali berlaku dalam hidup aku...aku dah malas untuk berhadapan dengan situasi macam tu..dah penat badan dan fikiran untuk hal-hal yang sedemikian rupa...

Biler orang suruh aku berterus terang dengan dia aku jadi kelu...bukan aku tak nak berterus terang tapi kenyataan nyer aku takut...aku takut untuk berterus terang..takut nanti aku akan mengguriskan hati orang lain...aku dah tak nak di anggap jahat kerana mengguriskan hati orang lain...orang cakap memang la senang sebab orang tak duduk kat tempat aku...cuba letakkan diri korang kat tempat aku dan rasa apa yang aku rasa...macam mana beratnyer mulut aku untuk berterus terang dengan dia...macam mana tak sampainyer hati aku nak berterus terang dengan dia...dia kawan aku...even bukan kawan rapat tapi dia tetap kawan aku...nama dia ada dalam list friend fb aku dan nama dia jugak ada dalam list contact phone aku...so cam ner aku nak berterus terang kalau dah nama dia tercatat dalam dua benda tu...itu sudah cukup menandakan yang dia kawan aku...kerana kawan la aku tak sanggup untuk berterus terang...aku kenal dia bukan 5 saat atau 5 minit atau 5 jam atau 5 hari atau 5 minggu atau 5 bulan lepas tapi aku kenal dia 5 tahun yang lepas...jangka masa yang agak panjang untuk aku menganggap dia sebagai kawan...

Hati aku akan tenang bila mana aku berada kat kg jer...tu la satu-satunyer tempat yang boleh menenangkan hati dan perasaan aku...kalau la kg aku dengan tempat aku kerja sekarang ni dekat tiap-tiap minggu aku balik...ofis pun mampu menenangkan hati dan perasaan aku tapi bukan dalam jangka masa yang gaka panjang sebab bila mana dah pukul 5.30pm aku perlu balik ke rumah...biler sampai time tu hati dan perasaan aku mula berserabut kembali memikirkan tentang dia laki bini...fikir apa yang perlu aku buat dulu sementara dia orang tak balik lagi..nak iron baju ker nak mandi dulu ker dan macam-macam lagi la...naik berserabut kepala aku dengan memikirkan semua benda nie...kalau tak nak fikirkan terpaksa kena fikirkan jugak sebab melibatkan diri aku...tapi kepala aku makin berserabut biler aku fikirkan akan kunjungnya weekend...kalau dulu aku suka weekend tapi kini sejak husband dia tinggal sekali aku dah jadi tak suka akan weekend...selalunyer kalau weekend aku akan terperap dekat rumah tapi kini aku tak pasti sama ada aku boleh ke tak lagi terperap kat rumah kalau weekend kunjung tiba....

Biler tiba jer hari Jumaat kepala aku mula cergas berfikir...berfikir kemana hendak aku larikan diri biler tibanya weekend...aku tak selesa nak tinggal kat rumah tu...kalau la aku ada cousin yang duduk dekat-dekat dengan rumah aku confirm tiap-tiap minggu aku akan hilang...aku rela hidup menumpang dirumah orang lain dari aku balik ke rumah dan terpaksa tinggal bersama dengan dia orang...kadang kala aku terfikir jugak akan kebodohan aku ni..kenapa perlu aku larikan diri aku sedangkan rumah tu aku yang bayar sewa...aku bukan menumpang rumah orang lain..rumah tu every month aku bayar tapi kenapa aku perlu lari..kalau aku tak tinggal kat rumah tu even weekend sekalipun buat apa aku bayar mahal-mahal kan..membazir jer kalau bayar tapi tak duduk kat rumah...tapi tu la...kerana ketidakselesaan itulah memaksa aku untuk keluar dari rumah itu dan memaksa aku untuk menjadi seorang pembazir...yang paling aku risaukan sekali biler mana wife kena kerha dan husband tinggal kat rumah...yang tu paling aku takut sekali...kalau dulu aku leh cuti sesuka hati tapi kini untuk aku amik cuti amat payah sekali...aku takut nanti aku akan tinggal berdua-duaan dengan husband dia...siapa kita nak menghalang takdir kalau benda yang tak elok terjadi kan...selagi dapat elakkan aku akan pastikan yang aku jauh dari semua itu....tapi andai masa suatu hari nanti benda yang tak elok jugak berlaku antara aku dengan dia jangan salahkan aku kalau aku bertindak jauh lebih dari itu semua...time tu aku dah tak amik kisah sama ada dia kawan or dia lawan aku nanti...aku sanggup hilang kawan dari aku kehilangan maruah dan harga diri aku...kawan boleh di cari tapi maruah dan harga diri tak boleh dicari..sekali ianyer musnah akan musnah selama-lamanya....

Kawan...
Aku tahu korang dah lama tak jumpa sebab dipisahkan oleh laut china selatan tapi perlu ke korang buat aku macam nie..saper aku dalam rumah tu sampai korang tak amik peduli akan perasaan aku ni...tunggul kayu ke aku kat umah tu...aku jugak ada perasaan..hormatlah jugak perasaan aku sebagaimana aku hormat akan perasaan korang berdua...sampai biler nak jadi cam nie...korang kena la paham akan kedudukan aku...aku masih lagi anak dara dan tak sepatutnyer kau biarkan husband kau tu tinggal lama-lama kat rumah tu...tak manis di pandang orang...benda yang tak elok sekejap jer nak jadi kalau dah di izinkan oleh Dia yang Maha Berkuasa...kalau boleh aku nak elakkan dari semua itu terjadi...aku tak tahu apa status kedudukan korang sekarang nie..sama ada korang akan pindah ke kuarters atau korang akan duduk menyewa kat tempat lain atau korang memang plan nak duduk kat sana untuk selama-lamanya...kalau pilihan terakhir yang korang amik aku mintak tolong la..tolong bagitahu aku awal-awal...aku sanggup keluar dari rumah itu asalkan aku tak hidup sekali dengan korang berdua...aku rasakan kehidupan aku kini seperti seorang penjenayah...yang hidup dalam tahanan..bezanyer mereka di tahan di dalam lokap tapi aku di tahan di dalam bilik dan rumah aku sendiri...lebih kejam dari banduan...

Aku mintak sesangat dari kau kawan...tolong fikirkan perasaan aku boleh tak..untuk sekali ni jer aku mintak dengan kau...aku tahu kau mesti faham akan hukum agama kan biler mana seorang anak dara tinggal sekali dengan lelaki bukan muhrimnyer...segala kemungkinan boleh berlaku...aku bukan nak kata aku ni alim tapi aku bukan jugak seorang yang jahil sehingga tidak tahu akan hukum hakam agama...jangan lah kau banyakkan lagi dosa yang aku ada ni...cukuplah dengan apa yang aku buat dan jangan kau sesekali cuba untuk menambahnyer lagi...dosa kau kini terletak di atas bahu kau tapi dosa aku masih lagi di tanggung olah orang tua aku kat kg terutama sekali ayah aku...bukan neraka yang aku ingin aku tempatkan ayah aku nanti...syurga menjadi pilihan utama..so aku merayu kepada kau...tolong jangan ditambahkan lagi dosa aku yang dah sedia ada ini...yang ni pun dah tak mampu aku nak tanggung...please kawan...aku merayu kepada kau...

Hanya kat sini saja jer aku mampu luahkan segala-galanya kerana aku tak mampu untuk bersua muka dengan kau...aku takut nanti biler aku berterus terang nanti kita akan terputus hubungan terus...apa yang terjadi aku dengan kak zie dulu disebabkan berterus terang pasal ini lah...adakah ini nasib aku..selalu mendapat kawan yang selalu mementingkan diri sendiri...dulu biler kak zie dah pindah dari rumah tu aku dah berasa tenang..aku igtkan ketenangan itu akan berterusan sehingga aku berkahwin tapi ternyata aku silap...aku selalu silap memilih kawan dan teman serumah...mungkin itu takdir aku...aku tak tahu sampai biler benda ini akan berlarutan...aku berdoa semoga aku cepat dipertemukan jodoh agar aku dapat keluar dari permasalahan ini...aku dah tak larat nak fikirkan akan semua ini...sekurang-kurangnya kalau aku dah kawin aku akan keluar dari rumah itu....berat hati aku mengatakan yang selepas ini kita mungkin dah tak akan jadi seperti dulu...tak kira la saper yang melangkah keluar dulu aku pasti yang lepas ni kita akan lost contact untuk selama-lamanya....maafkan aku kalau kita dah tak contact seperti selalu....

Tuesday, October 16, 2012

Pentingkan diri sendiri...kalau dengar dari perkataan tu memang la tak elokkan tapi nak buat cam ner kan...manusia ni suka sangat pentingkan diri sendiri tanpa fikirkan perasaan orang lain...best sangat ker dapat pentingkan diri sendiri nie...kalau best aku pun nak buat jugak la..asyik orang jer pentingkan diri sendiri tapi aku still lagi lembutkan hati...dah kalau macam tu gayanyer nampaknyer aku kena apply jugak la jadi orang yang pentingkan diri nie...

Aku bukan apa tau...ada la sorang member aku nie...tak tahu la nak describe dia tu sebagai selfish person ke tak...nak kata tak kadang-kadang macam yer dan nak kata yer kadang-kadang nampak cam tak...tapi bagi aku la kan aku nampak cam dia ada la sifat 'jual ikan' tu....sejak dua menjak ni makin terserlah tambah-tambah lagi biler husband dia dah ada kat sini...makin lancar la bisness 'jual ikan' dia tu...aku bukan nak jelez ke nak apa kan tapi bagi aku la kan..even nak 'jual ikan' tu cari la tempat yang elok sikit kan...

Lately ni aku tak tahu kenapa aku rasa cam nak balik umah pun malas..bukan apa tau..sekarang ni dalam umah tu dah ada orang laki tau..husband housemate aku tu...aku bukan nak kata per tapi kalau aku la kan jadi dia...aku tak kan biarkan husband aku duk lama-lama dalam umah tu skali ngan anak dara yang lain kan...bayangkanlah kita yang anak dara ni...of course la kita nak privacy jugak kan...dah kalau ada orang laki dalam umah tu mana perginyer privacy yang kita nak tu...of course la dah xder kan...nak buat sesuatu benda pun dah jadi macam pencuri..semua dibuat dalam keadaan senyap tanpa jejak...rasa rimas pun ada la jugak...iyer aku faham yang korang dah lama tak jumpa dan tambah-tambah lagi husband ko nak pindah sini kan...dah tahu la kan yang kita dapat pindah ke sini kenapa la tak apply kuarters tu awal-awal...kalau sekarang baru nak apply confirm la akan dapat lambat...biler dah lambat lagi nak dapatkan kuarters makin lama la ko akan duk kat umah tu kan....so kalau ko dah lama duk kat umah tu aku plak cam ner...kena tahan cam tu jer ker...

Sekarang nie aku dah tak sabar nak tunggu tuk weekend sebab biler weekend aku leh pi umah cousin aku...kalau nak pergi ari kerja pun buleh tapi malas la nak menyusahkan cousin aku tu tuk hantar aku ke sini..nak datang ngan komuter plak umah dia susah nak dapatkan teksi apatah lagi bas..so nak tak nak kena jugaklah duk umah sendiri...tu la sekarang nie..biler tiba jer weekend aku banyak habiskan masa aku kat luar...memang la kalau keluar duit banyak habis kan tapi aku nak buat cam ner...kalau aku duk dalam umah tu lagi la aku tension ngan dia orang semua...at least kalau aku keluar aku rasa cam free jer...even kaki lenguh nak melangkah tapi aku sanggup dari aku duk kat umah..biler dah penat jalan aku balik la sebab biler dah penat jalan badan pun dah letih...so balik umah nanti biler dah siap mandi solat semua bagai leh la aku tido...so xder la aku nak jumpa ngan dia sekelamin tu...

Jujur aku kata bukan aku nak jelez sebab ko dah ada husband tapi aku nak ko hormat la jugak aku sebagai teman serumah ko ni...aku ni still lagi anak dara...even ko duk dalam bilik jer memanjang tapi aku rasa tak selesa jugak..aku bukan apa..aku takut nanti terserempak dengan husband ko dalam keadaan yang tak bersedia...buat masa sekarang nie leh la lagi nak elak tapi sampai biler nak elakkan diri ni...suatu masa nanti pasti akan terserempak jugak even cara sengaja ataupun tak...aku tahu yang ko dah lama tak jumpa husband ko tapi itu bukannyer tiket nak bagi ko ngan husband ko tu tinggal dalam umah tu dalam masa yang panjang...tak kan la selama-lamanyer ko nak simpan husband ko dalam bilik jer...of course la husband ko nak kuar jugak kan dari bilik tu..so biler aku dah ada confirm la dia tak kan kuar..ko selesa ke duk terperap jer dalam bilik cam tu..lagi aku yang tinggal sorang ni pun tak selesa nak duk selalu dalam bilik apatah lagi ko yang duk berdua...tapi tak tahu la kut2 ko memang sengaja tak nak bagi husband ko keluar dalam bilik tu kan...

Jadi aku berharap sangat-sangat...kalau ko nak pentingkan diri sendiri pun leh tak ko fikirkan perasaan aku jugak...boleh tak fikir macam mana ketidakselesaan aku nanti biler tinggal di rumah sendiri dan setiap hujung minggu aku terpaksa lari kan diri semata-mata tak nak jumpa ngan korang...adil ke cam tu..umah sendiri dah jadi cam hotel plak...kuar pagi malam baru balik...ko tahu tak yang aku ni penat buat semua tu...penat kaki penat badan penat minda dan penat duit...aku rayu ngan ko...tolonglah...tolong fikirkan perasaan aku...tu jer yang aku mahu ko lakukan sekarang nie...tapi kalau ko mintak aku pindah dari umah tu sorry to say la erk..aku dah tak akan pindah dari umah tu melainkan kalau aku kawen nanti...baru aku akan pindah dan selagi aku still solo aku tak kan kuar dari umah tu..so aku mohon jasa ko...suh la husband ko tu apply kuarters dan tinggal di sana...ko xper la dah ada husband..dah ada orang yang tolong take care kan ko tapi aku xder...aku still lagi sendirian so kalau nak kemana-mana terpaksa menyusahkan diri sendiri jer...please...think about it my friend...

Monday, October 15, 2012

Benar kata orang tua-tua, kalau dia bukan diciptakan untuk kita suatu hari nanti dia akan pergi jua dari hidup kita...dulu aku tak percayakan itu semua tapi kini aku mula mempercayainya...ternyata yang si dia benar-benar bukan diciptakan untuk melengkapi hidup aku...pernah dulu aku cakap yang aku tak nak tinggalkan ofis aku ini sebab aku nak sentiasa dekat dengan si dia tapi hari ini aku ingin tarik balik perkataan itu...aku nak pindah dari sini...tak kisah la berapa lama pun aku kat sana janji aku pindah...

Maybe ni merupakan jalan terbaik untuk aku...jalan terbaik untuk aku melupakan kembali si dia dan aku berharap semoga kali ni dah tak ada lagi pertemuan antara aku dengan si dia...cukuplah untuk kali ni saja...dan biarkanlah kali ini merupakan kali terakhir aku jumpa dengan si dia even secara sengaja atau pun tak...berharap sesangat...aku dah cukup penat bermain ngan perasaan ini dan kali ini aku redha...redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk aku...mungkin aku dengan si dia bukan diciptakan antara satu sama lain untuk melengkapi hidup ini...mungkin ada lagi insan yang lebih sempurna yang sedang menanti aku di luar sana cuma belum tiba masanyer lagi untuk kami bertemu sebagai pasangan...insyaAllah akan ada jodoh aku di atas muka bumi ini...semuanyer atas kehendak Dia kerana Dia yang maha mengetahui segala-galanya untuk hambanya ini...

Aku harus tahu dan sedar yang inilah kesudahannya cerita aku dengan si dia...aku harus terima qada' dan qadar...dia bukan tercipta untuk aku sejak di azali lagi...aku terpaksa menerimanyer dengan hati yang ikhlas...harap-harap selepas ini biler mana aku diberi peluang untuk berjumpa dengan si dia sekali lagi aku berharap semoga perasaan itu dah tak akan ada lagi untuk si dia...berharap yang time tu aku hanya boleh menganggap si dia sebagai seorang sahabat bukan sebagai seorang insan teristimewa yang aku sayang...

Biler mana aku dengar lagu Sesaat Kau Datang nyanyian Ramlah Ram featuring Sleeq, aku rasakan yang lagu itu memang sepadan dengan nasib aku...disebabkan itulah lagu tu merupakan salah satu lagu yang aku suka...even dah lama tapi ianyer tetap menjadi favourite song aku...biler aku menghayati lirik disebalik lagu tersebut aku dapat rasakan seolah-olah lagu itu ditujukan untuk aku...

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..
*hanya sesaat kau muncul di depan aku dan kini kau kembali menghilang...hilangnyer kau bukan sekejap cuma tapi hilangnya kau untuk selama-lamanya kerana antara kita tidak diciptakan untuk melengkapi hidup masing-masing...*

Verse 2
Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….
*kau datang kepada aku biler mana kau perlukan aku..biler apa yang kau dapat kau pergi meninggalkan aku...kau bagi aku harapan tapi akhirnya kau hancurkan harapan itu..sebagaimana kau hancurkan hati aku ini menjadi kepingan kaca yang beribu yang susah untuk dicantumkan kembali...kau campakkan aku ke tempat yang paling jauh dalam hati mu...*


Verse 3
(Alif)

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
*yeahhhh...i love you but i cant tell you about my feeling...to let go all the goods times that we already share together it's the most difficult things that i can do..i will keep it in my heart for all the rest of my life...*

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go
*but i know, someday i need to let you go from my heart...i want you happy coz when u're happy im also happy for you...if we love them we need to let them go to find the real happiness for them...*

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…
*aku tak salahkan diri kau sebab kau tak tahu yang aku mencintai kau dalam diam...kau tak kejam tapi aku yang kejam..kejam kerana mencintai diri kau tanpa minta permission dari kau dulu...memang kau dah hancurkan harapan yang aku anyamkan untuk bersama dengan kau tapi kau tak remukkan cinta yang aku bina untuk kau...aku sendiri yang meremukkannya kerana aku tahu kau bukan untuk aku dan aku menanggung kesakitannya kini...aku rela*

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..
*seandainya kau sudah mempunyai kekasih hati aku akan putuskan kau terus dari hati aku...sejujurnyer aku katakan yang aku tak rela untuk melepaskan mu kerana aku tak mahu menanggung kesakitan itu kerana aku masih lagi mencintaimu...tetapi kerana inginkan kau bahagia aku ikhlas melepaskan kau pergi dari hati aku kerana aku hanyalah manusia biasa yang tiada kuasa untuk menghalang hati mu dari mencintai insan lain..*

Verse 4
(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5
Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu
*dirimu memang tidak bersalah tetapi aku yang bersalah...bersalah kerana mencintai dirimu dalam diam tanpa pengetahuan dirimu...kerana mencintaimu dalam diam tu lah membuatkan aku sengsara dan kecewa...*


Sunday, October 14, 2012

Yesssssssssssss....akhirnya tercapai sudah niat aku untuk beli phone baru...tak tahu la kenapa hati ni lembut sangat nak beli phone baru...sebelum ni bukan main susah lagi kut nak beli phone...apa orang cakap aku buat bodoh jer tapi last week aku tak tahu kenapa aku nak jugak beli phone baru....nak kata aku ni xder duit nak tukar phone baru tak jugak sebab every month and every bonus yang aku dapat aku akan simpan..so banyak la jugak duit yang aku simpan dalam bank tu...niat di hati biler dapat gaji or bonus aku nak tukar phone tapi tak tukar2 jugak...dah lepas berapa kali bonus dan gaji dah pun tapi phone still phone yang sama...

Aku ni ada sejenis penyakit tau...penyakit sayangkan duit...duit saper tak sayangkan...aku time ada duit aku simpan as a savings aku dan biler aku tengok dari semasa ke semasa savings aku makin banyak...aku mula sayang nak kuarkan duit aku dari savings tu...sebab tu la phone aku tak pernah bertukar ganti...aku sayang nak kuarkan duit aku tu..sebab kalau aku kuarkan duit tu confirm lepas ni belum tentu aku leh kumpulkan sebanyak tu lagi....tapi last week aku terpaksa jugak kuarkan duit dari savings aku tu...aku pun tak tahu kenapa last week hati aku lembut nak kuarkan duit tu...tak terfikir pun duit aku akan susut dari savings tu janji aku dapat beli phone baru...

Kadangkala aku segan jugak ngan member-member aku yang lain sebab dia orang semua pakai phone yang canggih-canggih sedangkan aku pakai yang cikai jer....rasa malu la jugak nak kuarkan phone tu biler mana tengok semua phone orang lain lebih canggih dari aku...kadang kala aku tengok budak sekolah pun pakai phone yang lebih canggih dari aku kut...sekolah lagi tu sedangkan aku ni dah kerja pun tak mampu nak pakai...kerja plak bukannyer kerja biasa...Assistant Manager tu...tak pun dalam bahasa melayu Penolong Pengurus....xkan la kerja as AM still lagi xleh nak pakai phone yang canggih kut....disebabkan perasaan malu tu ada so terpaksa la jugak aku korbankan duit savings aku tu...tapi xper la...tu pun tuk kepentingan aku jugak..lagipun duit yang aku simpan tu untuk kegunaan aku jugak dan aku dah berapa kali niat aku simpan duit tuk beli phone...nasib baik la aku tak bernazar..kalau tak harus aku kena bayar nazar coz selalu jer skip nazar aku tu...hahahhahaa

So last week dengan bertemankan member aku sorang ni aku pun pergi Low Yat tuk cari phone baru...even phone ni tak canggih cam orang lain tapi bagi aku ianyer dah cukup canggih kut...tu pun dah harga lebih dari RM 1000...nasib baik tak over then my bajet sebab aku bajet dalam RM 1500...phone aku beli ni actually mahal lagi dari apa yang aku dapat tapi disebabkan aku lah first client dia orang so aku dapat best price la...tu yang boleh dapat dala RM 1000 tu...kalau tak jangan harap la nak dapat dengan harga tu...nak dapatkan harga tu aku terpaksa korbankan tidur aku pagi Sabtu tu *mcm la tak biasa bangun pagi*...dalam kul 10 pagi aku dah ada kat sana..time tu orang baru bukak kedai...orang cina ni kepercayaan dia tinggi tau untuk luck dia orang...kalau saper dapat first customer pagi tu confirm luck dia akan lebih lepas tu...tapi betul jugak la kan sebab tempat yang aku pi tu sentiasa penuh ngan orang biler mana aku lepas beli phone nie...memang luck betul la dia orang...kiranya aku ni pembuka rezeki untuk dia orang la...lagipun service kat tempat tu memang tip top la...mesra alam gitu....

Ni kalau tak ada member aku tu confirm aku tak tukar phone la minggu nie...nak harapkan aku pi beli sorang sorry tu say la..confirm aku tak pi...aku bukannyer tahu sangat sal-sal phone ni dah yang pasti aku sendiri tak tahu phone yang mana aku suka...kalau pi ngan dia leh tanya pendapat dia...mana dia cakap ok aku amik jer la janji tak over dari bajet aku...so last choice aku amik Sony Xperia...nak yang latest punyer tapi still lagi mahal...yang ni pun dah kira ok la..janji leh kol and msg jer...tu jer penting buat aku...but little bit upset la sebab phone aku ni xder radio tapi xper la...kalau ada duit lebih lagi nanti aku tukar yang baru dan yang ni aku bagi kat abah aku or adik aku yang lain...insyaAllah kalau ada rezeki...

Biler di fikirkan balik la kan...slalunyer aku akan rasa menyesal kalau beli satu-satu benda tu tapi phone ni aku tak menyesal plak...hati aku tak terasa berat pun nak beli phone ni...aku pun heran kenapa hati aku merelakannyer jer...maybe dah sampai masanyer tuk aku tukar phone baru..kadangkala aku terfikir gak...aku bekerja keras tuk dapatkan gaji tapi aku tak beli kan apa-apa pun tuk diri aku selain dari pakaian dan makanan...xder benda yang berharga langsung pun tuk diri aku nie..tu yang aku beli phone tu...even mahal pun xper janji aku nampak barang yang aku beli dengan duit gaji aku sendiri...

Nak tgk tak phone baru aku....phone aku tak canggih cam orang lain pun..janji dapat call and message mak ayah aku kat kg jadi la...

Tu la phone yang aku beli...phone ni aku tak habis explore lagi tau...still lagi tercari-cari cam ner nak masukkan lagu dalam phone...sebab dah banyak kali aku buat tapi still tak berjaya la...almaklumlah kali pertama guna phone canggih...hahahhaha...tapi xper nanti kalau aku dah penat nak meng explore kan dia aku akan bagi kat adik aku plak tuk explore...janji apa yang aku nak tu ada la...paling tak berjaya gak aku bawak pergi balik kat tempat aku beli tu...huhuhuhu...ok chow dulu..byeeeeeeeeeee...*sambil lambai tangan*

Friday, October 12, 2012

KURUS....itulah perkataan yang aku sematkan dalam minda aku sekarang nie...aku nak KURUS...aku nak nampak cantik pada pandangan mata si dia....dah macam-macam cara aku buat dah macam-macam produk aku makan tapi aku tetap jugak tidak kurus...berat aku memang la drop tapi xder la banyak sangat pun darop kalau nak compare ngan berat asal...berapa kg jer kut yang turun...aku kalau boleh nak capai BMI tubuh aku nie....buat masa sekarang nie aku still lagi dalam keadaan gemuk..aku nak jadi macam orang lain yang mempunyai bentuk badan yang cantik...teringin nak pakai baju-baju yang cantik-cantik....

Last ubat yang aku makan ialah Acaiberry....sekarang ni aku dah stop makan ubat tu sebab baru-baru ni aku ada terbaca tentang kesan sampingan akibat dari pengambilan ubat ini....biler baca jer kesan sampingan tu aku jadi rasa takut sangat nak teruskan...so terpaksa la membazir....xper la membazir pun janji aku sihat....duit boleh dicari tapi nyawa tiada galang gantinya...kalau hilang nyawa duit berjuta yang ada pun tak guna lagi....nyawa tidak boleh dibeli....

Baru-baru ni ada member FB aku suggest kan kat aku tuk amik herbalife...actually dah lama aku fikir nak amik produk ni tapi tu la...aku berasa jugak was-was nak amiknyer...bukan was-was ngan produk tersebut tapi was-was ngan diri aku nie...aku takut aku tak mampu nak mengikut jadual pemakananyer nanti...aku ni dah la suka makan...mana tak besarnyer body ni kalau dah 24 jam duk makan jer kerja....member aku cakap kalau minum herbalife nie berat leh turun...dalam masa 1 bulan berat kita leh turun jadi 5kg...tu pun depend pada cara kita minum dan jugak cara pemakanan kita seharian...nak minum herbalife ni jugak ada pantang larangnyer jugak..

Untuk permulaan aku amik yang basic jer sebab aku takut nanti aku tak boleh nak minum...nanti membazir la plak kalau dah tak minum....beli ngan harga mahal giler tapi kita senang-senang ati nak buang...aku sayang duit weiiiiiii....tu yang aku tak buang even tak sedap pun....herbalife ni pun member FB aku tu lah yang perkenalkan aku dengan herbalife nie....sepanjang aku minum herbalife ni aku rasa macam tak ada apa-apa perubahan pun sedangkan dinner aku memang dah lama aku skip....

Last Saturday, aku ada jumpa group herbalife kat perkarangan tempat aku slalu joging...aku igtkan dia nak bagi advice ke apa tapi alih2 dia amik measurement body kita...biler dah siap timbang tu semua aku terkejut ngan berat aku sendiri...bukan main banyak dia naik erkkkk....biler jer dia tengok aku berat than normal size aku terus dia recommend kan aku ngan group dia...aku bukan tak nak tapi biler difikirkan balik memang banyak giler tu....dah la nak kena jadi ahli benda tu aku kena bayar dalam RM 600++...

Sekarang ni aku dalam dilemma...dilemma untuk membuat keputusan...kalau tengok pada harga memang la mahal tapi ramai orang kata even benda ni mahal tapi ianyer cukup-cukup menjadi...disebabkan itulah aku cuba jugak untuk try benda ni...first time minum benda ni rasa cam jakun kejap...selama 2 minggu aku minum benda alah ni tapi berat aku still lagi tak drop2...aku kalau boleh aku nak jer amik ngan kak zie tu...bukan apa weiii...kalau jadi ahli under kak zie maknanyer nanti dia akan coach kita nanti...coach dari awal sampai la dah capai target yang kita nak...coach ni amat membantu kut...so for the sake of, I don't want to eat anymore...i want to control myself from taking unhealthy meal...so if im using this herbalife in 2 or 3 weeks maybe i can get the normal measure body.

Monday, October 1, 2012

"Dia bukan untuk aku"...itulah kata-kata yang aku sematkan dalam hati aku sekarang ni bila aku melihat akan si dia...kata-kata itu jugaklah yang bos aku cakap sekiranya kita terpandang akan orang yang kita sayang...hendaklah itu yang diucapkan...jangan takut untuk mengungkapkannya kerana kalau benar jodoh kita dengan dia kita pasti akan bersatu dan andai benar bukan dia jodoh untuk kita, haruslah kita menerimanya dengan redha kerana Tuhan lebih tahu akan hakikatnya...

Ternyata kata-kata itu benar...si dia bukan diciptakan untuk aku...setelah seminggu si dia munculkan diri di depan aku kini sekali lagi si dia menghilangkan diri...kali ini aku tak tahu berapa lama lagi si dia akan menghilangkan diri...terasa sekejap saja si dia hadir dalam hidup aku...adakah kata-kata itu benar? Seandainyer kata-kata itu benar akulah orang yang paling menyesal sekali di atas muka bumi ini kerana mengungkapkannya...kerana ungkapan itu aku tidak lagi bertemu dengan si dia...alangkah sedihnyer hati aku...

Kemunculan si dia hanya sekejap cuma tapi kehilangan si dia mengambil masa yang agak lama...setelah hampir setengah tahun aku tak bersua muka dengan si dia dan hanya seminggu saja Tuhan berikan aku kesempatan untuk melihat si dia sebelum aku kehilangan si dia untuk selama-lamanyer...alangkah sedihnyer hati ini...sedih kerana orang yang aku harap-harapkan untuk menjadi pasangan dunia akhirat aku bukannya si dia...

Itulah yang dipanggil takdir...Dia telah menetapkan takdir untuk aku bukan bersama dengan si dia....dulu dia yang aku gilakan tetapi jodoh kami tak panjang sebab aku jugak yang menarik diri kerana faktor fizikal tubuh aku...dulu aku tak yakin untuk terima dia...dan sekarang ni si dia plak yang hadir dalam hidup aku...hadirnyer si dia yang kini tak sama dengan hadirnya dia yang dulu....si dia banyak membuatkan jantung aku berdegup kencang kalau nak di bandingkan dengan dia...mungkin dulu aku hanya sukakan dia jer...tak ada perasaan kasih sayang apatah lagi cinta terhadap dia tapi dengan si dia...si dia mampu membuatkan hidup aku tak tenang...si dia mampu membuatkan tidur malamku hanya bermimpikan dirinya...si dia jugak mampu membuatkan air mataku mengalir dan si dia jugaklah mampu membuatkan hati aku gembira dan terharu...terlalu banyak yang si dia lakukan berbanding dengan dia..dan yang paling penting sekali kepada aku...kerana si dia lah aku mula mengenal erti cinta, kasih dan sayang....kerana si dia jugak aku mengenali erti kecewa dan sakit hati serta cemburu...semuanyer kerana si dia...

Entah kenapa tiba-tiba malam ini aku teringatkan tentang seseorang yang suatu masa dulu pernah menghuni hati ku ini....aku tak tahu kenapa aku boleh mengingatinyer kembali setelah hampir 3 tahun kami terputus hubungan....dia yang dulu pernah melafazkan kata sayang terhadap diri aku ini tetapi kerana tiada keyakinan aku menolak sayangnya itu...setelah berusaha dengan sedaya upaya akhirnya dia mengalah jua...dia pergi meninggalkan aku....dulu aku rasakan cemburu dia hanyalah mainan sahaja tapi tidak ku sangka yang dia benar-benar cemburu biler mana melihat aku dengan lelaki lain...maafkan aku kerana tidak pernah nak memahami diri kau terlebih dahulu..bukan aku tak nak menerima kasih dan sayang kau itu tapi aku tak yakin dengan diri aku sendiri...dengan fizikal badan aku time tu aku yakin yang aku tak layak untuk berada dekat dengan kau...

Semenjak kau pergi dari hidup aku, aku mula merasakan kehilangan...benar kata orang...selagi benda yang kita sayang tak hilang depan mata kita selagi itulah kita tak akan sedar akan pentingnya benda itu dalam hidup aku...kerana kebodohan aku menolak sayang mu itulah menyebabkan aku sehingga kini masih lagi tak berteman...alangkah indahnya kalau masa boleh diputarkan kembali...time tu walaupun kau tak melamar aku sekalipun pasti aku yang akan mula kannya dulu...tapi kini semuanyer telah berlalu...masa tak dapat diundurkan kembali....aku harus menerimanya dengan redha

Malam ini tangan aku tergerak untuk membuka facebooknya...bukan niat untuk melihatnya tapi terklik akan namanyer...kini dia nampak sangat berubah...dia dulu dan kini amat jauh sekali perbezaannya...dulu dia kurus tapi kini dia mempunya tubuh badan yang solid, yang sedap mata memandang...kini dia kelihatan makin handsome dengan memakai cermin mata....terasa sesal dahulu kerana pernah menolak sayang yang dihulurkan olehnya...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi...nasi sudah menjadi bubur...tiada apa yang dapat aku kesali sekarang ini...aku harus terima dengan hati yang redha...