Saturday, June 8, 2013

Tiada apa yang dapat aku ungkapkan sekarang ini melainkan kekecewaan dan terasa hati dengan segelintir manusia yang aku gelarkan diri mereka sahabat aku...memang aku cukup-cukup terasa hati dan kecewa yang amat...sepanjang perkenalan aku dengan mereka inilah kali pertama aku merasakan perasaan ini sehingga menusuk terus ke jantung hati aku sehingga membuatkan air mata aku mengalir tanpa aku sedari....

Kenapa mereka sanggup membohongi aku? salahkah kalau mereka berterus terang dengan aku? aku tak kisah kalau mereka berterus terang dengan aku dari awal lagi...tak ada la aku nak rasa sakit macam nie sekali...serius bila aku tahu dari mulut orang lain pasal ni semua aku rasa macam nak nangis jer kat situ tapi aku terpaksa sabarkan hati kerana aku tak nak mereka tahu yang aku cukup-cukup terasa...kawan yang aku anggap kawan selama ini rupa-rupanya suka menipu aku dalam diam...layakkah lagi aku gelarkan dia kawan aku....

Korang memang cukup kejamkan dengan aku...korang tahu tak apa perasaan aku tika ini...aku terasa sangat kecewa dan terasa hati dengan perangai kalian semua...korang semua telah tipu aku dalam diam...korang tahu kan yang aku nak sangat attend wedding tu tapi korang semua tak pernah nak amik tahu kan..biler aku tanya sorang-sorang semua kata tak nak pergi and tak tahu lagi...tapi biler sampai masanya korang pergi jugak kan...korang memang sengajakan cakap macam tu sebab takut aku nak tumpang korang...kejamnya diri korang semua...aku tak ada kereta korang..kalau aku ada kereta memang aku akan pergi jugak tanpa tumpang korang semua tapi aku tak ada kereta..aku nak tumpang korang sebab aku nak attend sangat wedding tu tapi korang semua tipu aku..tak pernah sorang pun bercakap jujur dengan aku..semuanyer tipu aku...

Aku tak akan menyusahkan orang lain kalau aku tak susah...tapi sekarang ni aku susah sebab aku tak ada kenderaan nak pi sana...kenapa korang tak boleh nak faham keadaan aku sekarang nie...kejamnya diri korang buat aku macam nie kan...apa selama ni memang aku menyusahkan korang semua ker? tak per la kalau macam tu...walau sesusah macam mana sekalipun aku pada masa akan datang aku tak akan menyusahkan korang lagi..aku sedar aku ni siapa..memang tak layak untuk aku berkawan dengan korang semua...kini baru aku sedar...terima kasih sebab sedarkan aku dari awal lagi...jangan salahkan aku kalau aku tak seperti dulu lagi kerana korang yang mengajar aku menjadi aku seperti sekarang ini...aku bukan berdendam dengan korang tapi aku terpaksa jauhkan diri dari korang sebab aku tak nak suatu masa nanti aku akan merasakan sakit ini sekali lagi...

Apa yang perlu aku buat sekarang ni korang semua...hati aku sakit sangat sekarang nie...air mata aku asyik mengalir jer memikirkan semua ini...apa yang perlu aku buat korang..aku nak hapuskan sakit ini sekaligus menghapuskan air mata ini...kalau korang nak kata aku ni manja sekalipun aku tak kisah sebab air mata ini mengalir dari rasa sakit yang mencucuk dalam hati aku ini...kerana hati terluka air mata mengalir keluar kerana luka di hati tak siapa yang nampak...hanya air mata yang menggambarkannya betapa hati aku kini terluka habis...kenapa nasib aku begitu malang dalam persahabatan...tak pernah sorang pun sahabat aku yang tak pernah nak menyakitkan hati aku...semuanyer pernah melukakan hati aku...

Aku perlukan sahabat yang betul-betul memahami aku...yang boleh tumpang bila aku susah atau senang tapi tak semudah itu rupanya dalam mencari sahabat....benarlah kata orang..temang tika kita senang begitu mudah untuk dicari tapi teman tika kita susah begitu payah untuk didapati...kini baru aku mengerti pepatah itu...semuanyer benar belaka kerana tika aku susah tiada sorang pun teman yang sanggup menemani aku atau berkongsi kesusahan dengan aku....

Ya Allah..aku tak nak berdendam dengan mereka semua Ya Allah tapi sakit di hati aku ini membuatkan aku ingin berdendam dengan mereka...aku tak sanggup nak memusuhi mereka Ya Allah kerana mereka sahabat aku tapi kerana sakit ini jugaklah membuatkan aku ingin memusuhi mereka Ya Allah....kenapa perlu kau hadirkan rasa ini dalam hati aku Ya Allah? Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Ya Allah...hilangkanlah rasa sakit ini dalam dada aku kerana aku tak sanggup untuk mendendami atau memusuhi mereka Ya Allah....kerana mereka sahabat aku dunia akhirat...Ya Allah...sakitnya hati aku tika dan saat ini Ya Allah...hanya air mata yang menjadi peneman aku tika ini...hilang rasa sakit ini Ya Allah kerana aku tak mahu lagi air mata aku mengalir kerana sorang sahabat....