Monday, May 27, 2013

GEMOK!!!!!...Yessssssssssssssss....perkataan itulah yang paling wanita benci...benci sangat dengan perkataan gemok tu..sama jugak la dengan aku...aku pun benci dengan perkataan gemok tu tapi apakan daya aku kalau Tuhan dah mentakdirkan aku untuk dilahirkan gemok di atas muka bumi nie...walau macam mana sekalipun aku cuba untuk kuruskan badan aku nie aku tetap tak akan berjaya jugak kalau dah keturunan...kadangkala terfikir gak aku..kenapa aku susah-susah nak kuruskan badan aku ni sedangkan Tuhan mempunyai sebab tersendiri kenapa Dia ciptakan aku menjadi gemuk...tapi la kan manusia...tak pernah nak berpuas hati dengan apa yang telah diciptakan untuk kita...sama la jugak dengan aku...tak pernah nak berpuas hati dengan keadaan aku sekarang nie...tapi biler aku tengok orang lain yang jauh lebih gemok dari aku tiba-tiba aku jadi sedar....bersyukur sesangat yang tubuh badan aku tak sebesar orang lain...tapi tu sekejap jer la..biler nampak orang kurus mula la fikir benda lain...

Tak salahkan kalau kita gemok...bukan kita yang mintak untuk jadi gemok...kadang-kadang terasa sakit hati gak biler orang asyik kata kita gemok jer...tak pernah terfikir ker yang benda ni semua bukan kita yang mintak...dah kalau sejak lahir lagi kita gemok nak buat macam mana kan...kau diet la cam ner skalipun dah kalau Tuhan tetapkan untuk kau menjadi gemok sampai bila-bila tak ada gunanya jugak...nak salahkan takdir tak boleh jugak...aku rasakan siapa yang ada keinginan untuk kurus plus dengan usaha yang dia lakukan bagi menurunkan berat badannya....aku pasti suatu hari nanti dia pasti mampu melakukannya...even mengambil masa yang lama tapi kalau result berbaloi apa salahnya kan...berusaha selagi kita mampu dan berhenti setelah kita yakin yang kita tidak mampu...

Pada aku plak...aku bukan tak nak kurus...aku nak sangat kurus...aku dah bosan hidup dalam dunia kegemukkan ini...aku nak jugak kurus walau macam mana sekalipun....dengan usaha yang jitu dan semangat yang kental akhirnya aku mampu menurunkan berat badan aku sebanyak 10kg dalam masa setahun...tersangat awesome bagi aku kerana aku tak pernah terfikir yang berat aku mampu untuk begitu banyak sekali...even makan masa setahun at least aku mampu menguranginya...aku mampu pakai baju yang bersaiz XL...kalau dulu semuanyer baju-baju aku bersaiz 2XL dan berseluar saiz 42 tapi tidak kini...kini aku mampu memakai seluar jeans bersaiz 32...itu dulu la...itu untuk ukuran tahun lepas tapi untuk tahun ni aku tak tahu mana silap aku berat badan aku naik kembali...seluar yang bersaiz 32 dah tak muat lagi untuk aku dan terpaksa memakai seluar bersaiz 34...setiap kali aku timbang berat aku rasa nak jer aku meraung sebab tengok berat dah makin naik tapi aku nak buat cam ner kan...memang silap aku pun kalau berat aku naik..aku sekarang makan non-stop...aku pun tak tahu kenapa aku leh jadi cam tu..nak kata aku ni putus cinta tak logik la plak sebab pakwe pun aku xder...cam ner nak putus cinta...waaaaaaaaaaaaa...aku benci dengan berat aku sekarang nie..aku nak kembali macam berat aku dulu...huhuhuhuhu..:(


Nak tau tak kenapa dulu aku leh turunkan berat badan aku sampai 10kg...sebab aku nak buktikan kat pak sedara aku yang aku jugak mampu untuk kurus...setiap kali raya or setiap kali dia datang bertandang kat rumah tak pernah dia tak cakap yang aku ni gemok...setiap kali berjumpa mesti dia akan cakap yang aku nie gemok...kadangkala sakit hati gak...nak jer aku melawan cakap dia tapi nak buat cam ner kan..dia pak sedara aku so aku terpaksa la telan itu semua dengan hati yang panas...aku bukan apa weiiiiii...kadang-kadang aku menyampah gak pak sedara aku nie...kalau aku dia nampak jer akan kegemukkan aku ni tapi kalau anak dia or menantu dia tak pernah plak dia nak nampak...aku bukan nak mengumpat tapi itulah kenyataannya...aku dia selalu jer tegur akan kegemukkan aku ni tapi aku tak pernah plak nampak dia tegur anak menantu dia...sedangkan anak menantu dia tu lebih besar lagi kut dari aku...semuan menantu perempuan dia semuanyer besar-besar belaka...terlebih saiz dari aku sebenarnyer tapi nak gak dia kata aku ni gemok...kalau ikut mulut lancang aku nie nak jer aku sembur suh tengok menantu dia tu tapi tak sampai ati la plak aku nak buat cam tu...per2 hal pun dia abang ayah aku..nak tak nak aku kena la hormat dia...terpaksa la telan semua kata-kata dia tu dengan senyuman plastik yang menghiasi bibir...

Aku pun heran la...kenapa orang ni optimistik sangat dengan orang yang berbadan gempal or dengan kata lain gemok...nampak jer yang berbadan besar mesti akan di panggil gemok..siap ejek-ejek lagi tu...apa orang yang berbadan besar ni tak layak ker nak hidup atas muka bumi nie...nak yang cantik-cantik jer ker tuk idup atas muka bumi ni...kalau muka cantek tapi perangai ke laut baik tak payah la...baik lagi muka huduh tapi perangai terjaga elok...sampai biler kita nak mempertahankan kecantikkan kita itu..suatu masa nanti Tuhan pasti akan mengambilnya kembali..sedarlah wahai semua yang semua yang ada pada kita hari ini hanyalah pinjaman semata-mata...suatu masa nanti Dia pasti akan mengambilnya...so tak payah la nak berbangga sangat dengan kecantikan yang tak akan kekal lama itu...mati pun tetap jugak kubur menjadi tempatnya...cantik atau tak kubur menjadi rumah kedua kita nanti...cuma yang membezakannya nanti adalah amalan kita nanti...banyak amalan baik yang kita lakukan besar ganjaran yang Tuhan berikan untuk kita nanti...di padang mahsyar nanti semuanyer akan kelihatan sama...tiada yang cantek tiada yang hodoh...

So kepada wanita kat luar sana...janganlah bersedih kalau diri anda gemok macam saya jugak...tak salah untuk kita jadi gemok asalkan kita tak pernah nak menyusahkan orang lain..berbanggalah dengan apa yang Tuhan berikan kepada kita kerana setiap pemberiannya ada maksud yang tersendiri...hanya Dia saja yang mengetahui akan semua ini...dan hanya Dia saja yang bakal menentukan siapa kita di sana nanti...janganlah terlalu bersusah hati...yakinlah dengan semua kejadian ini...ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini...

Sunday, May 19, 2013

28 tahun dahulu pada tarikh 19 Mei 1985 lahirlah seorang putera di atas muka bumi ini dengan keizinan Allah...sehinggakan ke hari ini putera tersebut masih lagi bernafas di atas muka bumi ini...putera yang dimaksudkan adalah si dia, orang yang aku minat dan suka dalam diam...terima kasih Ya Tuhan kerana meminjamkan si dia di atas muka bumi ini dan terima kasih jugak aku ucapkan kerana memberi peluang untuk aku bertemu dengannya....terima kasih yang tak terhingga jugak aku ucapkan kepada ibu beliau kerana sanggup mengandung dan melahirkan si dia di atas muka bumi ini...terima kasih mak cik kerana sanggup melahirkan dan mendidik si dia sehingga menjadikan si dia sekarang ini...

HEPI BESDAY awak!!!!...tahun ni saya terpaksa wishkan besday awak dalam blog ni jer...tu pun hanya saya saja yang tahu...kalau tahun dulu bila tibanya besday awak saya tak segan nak msg or skype awak untuk wishkan besday awak tapi untuk tahun ini saya dah tak boleh nak buat semua tu...saya tak berani nak skype awak sebab kita memang dah lama tak berskype dan saya lagi la tak berani nak msg awak sebab banyak khabar angin yang saya dengan yang awak dah kahwin...kalau benar awak dah kahwin rasanya tak elokkan untuk saya msg awak...nanti apa pula pandangan wife awak bila tengok msg saya tu...dan saya pun tak pasti sama ada awak masih lagi simpan atau tak no phone saya...kalau awak dah tak simpan tak per la saya tak kisah tapi satu jer saya nak awak tahu yang no phone dan msg2 yang pernah awak hantar dulu kat saya masih lagi saya simpan...sebagai kenangan yang kita pernah kenal....

Awak....terima kasih kerana membesar dengan baik sehingga menjadi diri awak sekarang ini dan terima kasih jugak sebab awak pernah muncul dalam hidup saya...mengenali awak adalah suatu kenangan yang cukup indah dalam hidup saya...walaupun usia perkenalan kita teramatlah singkat tapi saya bersyukur yang saya tetap dapat mengenali awak...terima kasih kerana bekerja di tempat yang sama dengan saya, terima kasih jugak saya ucapkan kerana pernah membantu saya time saya dalam kesusahan dan terima kasih jugak saya ucapkan kerana sanggup menemani saya buat kerja sampai lewat malam di ofis...dan terima kasih tak terhingga kerana sanggup menumpangkan saya...semua itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya sepanjang saya mengenali awak...

Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup...dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki serta di beri kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa hidup di dalam lindungan Allah S.W.T....semoga berbahagia dengan insan yang tersayang...saya juga benar-benar berharap agar tahun depan saya masih lagi diberi kesempatan untuk mengucapkan hepi besday kat awak...saya tak salahkan awak kalau awak tak pernah nak wishkan besday saya sebab saya tahu awak tak akan ambil tahu pasal saya kan...tapi xper la awak janji besday awak saya ingat...semoga tahun depan kita berjumpa lagi dan saya berharap tahun depan saya berani untuk wishkan secara terang-terangan depan awak itupun kalau diri awak masih belum dimiliki oleh sesiapa...besar harapan saya time tu....see you next year awak...sekali kali lagi...HEPI BESDAY AWAK..!!!!

Ni jer kek yang saya mampu bagi kat awak...tu pun gambar jer melalui blog plak tu...confirm la awak tak tahu kan....kalau nak bagi secara kek yang betul dan secara real rasanyer sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi saya mampu untuk melakukannya....dah rasa cam stalker pun ada nie...nasib la badan coz meminati dan menyukai lelaki yang tak pernah sedar dan pandang akan kewujudan diri ini...

gambar ihsan dari google

 Dan ini plak kata-kata yang tak berapa nak romantis yang saya sempat copy and paste dari pak cik google...even awak tak dapat membacanya cukuplah bagi saya yang membacanya..sekurang-kurangnya saya tahu yang saya pernah wish besday kat awak...almaklumlah...saya ni kan pencinta dalam diam awak...

gambar ihsan dari google

Wednesday, May 15, 2013

Syukur alhamdulillah....tak terucap rasa syukurnya aku kepada Mu Ya Tuhanku kerana Engkau telah memakbulkan doa hamba Mu yang kerdil ini hari ini...semalam aku berdoa kepada Mu agar mempertemukan aku dengan insan yang aku suka dan ternyata hari ini doa aku termakbulkan...Engkau telah mempertemukan kami...even bukan secara berdepan tapi kami tetap terserempak hari ini...itu pun sudah cukup mengembirakan hati aku hari ini...setelah bekerja seharian bertungkus lumus menghadap user bila terpandangkan wajah dia segala penat lelah itu hilang...gila kan aku nie..terlalu taksub dengan kehadiran dia dalam hidup aku...

Awak...awak sedar tak yang hari ni kita terserempak secara tak sengaja...mesti awak tak perasankan...iya lah saper la saya ni untuk awak perasankan kewujudannya kan...tapi tak apa lah awak janji saya perasan kewujudan awak....cekap jer mata saya menangkap kelibat awak tadi...awak tengah turun dari escalator menghala ke News dan saya plak berjalan melalui escalator yang awak naik tu menghala ke kedai sebelah News tu...time tu awak tau tak apa perasaan saya bila terlihat akan kelibat awak kat sana...berdebar yang amat...nasib baik la saya tak masuk News jugak time tu...kalaulah saya masuk kedai yang sama dengan awak masuk tu confirm saya akan jadi macam patung tak bernyawa kat sana...berdiri tegak seperti tiang letrik...entahkan cukup entahkan tidak nanti oksigen yang akan saya sedut...hahahahhaha

Tapi cantikkan percaturan Tuhan...semalam bermohon kepada Dia semoga di pertemukan dengan awak sebab saya nak sangat tengok awak lately ni....tak tahu kenapa nak sangat tengok awak...dan alhamdulillah tadi Tuhan dah hadirkan awak depan mata saya...even sekejap saja tapi berbaloi....

Sunday, May 12, 2013

Waaahhhhhhh....ari ni aku dapat kad undangan majlis perkahwinan one of my friends kat TM nie...teruja yang teramat kut dapat kad undangan dari beliau...rasa cam tak sabar nak pi majlis dia...even agak lewat dia kawen tapi alhamdulillah jodoh dia dah sampai...dia dah aku anggap macam akak aku dah kat sini tu yang tak sabar aku nak pi majlis dia tu....apa-apa pun tahniah akak...semoga perkahwinan akak kekal hingga ke akhir hayat...

InsyaAllah...kalau tak ada aral sampailah saya umah akak nanti...memang dah niat kalau akak buat majlis saya akan pergi even cam ner sekalipun...tak sabar nak tengok akak naik pelamin...akhirnya akak bertemu jua dengan insan yang telah diciptakan untuk akak...walaupun agak lambat tapi akak kawen gak...tahniah skali lagi kak...jangan lupa doakan jodoh untuk saya jugak tau...

Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan ajal maut semuanye di tangan Tuhan...kalau sudah ada jodoh kita atas muka bumi ni...even lambat macam mana sekalipun kita tetap jugak akan berkahwin kerana semuanya telah ditetapkan untuk kita...laluanya telah pun Tuhan tetapkan untuk kita cuma sekarang ni tinggal kita untuk melaluinya sama ada dengan cara yang baik atau buruk...

Jodoh akak dah sampai dan mungkin jua suatu hari nanti jodoh saya akan sampai jua...InsyaAllah dengan izinNya suatu hari nanti saya pulak yang akan memberi kad undangan saya kepada akak...dengan insan yang telah diciptakan untuk saya....doakan saya pada hari bahagia akak nanti...

TAHNIAH KAK DINA....

thanks cik google

Wednesday, May 8, 2013

Aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini aku rasakan yang hidup aku ni cukup membosankan...kerja yang di assignkan untuk aku banyak tapi rasa bosan itu tetap jugak bertapak dalam hati aku ini...mungkin bukan kerja yang membuatkan aku berasa cepat bosan tapi environment ofis aku yang membuatkan aku cepat bosan....dulu aku ada ramai teman tapi tidak kini...semua teman-teman aku sudah berubah 360 darjah...semuanyer telah berubah...aku benci dengan keadaan sekarang nie...

Setiap hari aku datang kerja mengadap laptop jer memanjang..aku tak ada teman untuk berbual...aku tak ada teman untuk bergelak sakan...aku tak ada teman untuk bergosip...semua itu membuatkan aku bertambah bosan untuk masuk ofis...dulu aku ada seorang teman yang sanggup berkongsi segala susah senang dengan aku tapi kini tidak lagi...teman aku itu pun jugak telah berubah 360 darjah...tapi tak apa..aku sedar yang kita nie manusia....manusia pasti akan berubah mengikut peredaran masa...kini aku terpaksa keseorangan...kemana saja kaki aku melangkah aku akan melangkah keseorangan..tiada teman yang sanggup menemani langkah aku ini...beginilah nasib kalau diri dah tak diperlukan lagi...aku akan di cari biler diri dia dalam kesusahan atau dia perlukan sesuatu dari aku dan biler semua tu dah dapat aku ditinggalkan...:(

Biler aku keseorangan macam ini mulalah aku berfikir yang bukan-bukan...sampai satu tahap aku berfikir alangkah indahnya kalau aku dapat transfer balik ke kg aku sendiri....kerja dekat dengan rumah kat kg...sampai macam tu sekali aku berfikir tapi biler akal waras aku datang aku tak sanggup untuk melepaskan semua kawan-kawan aku kat sini...aku sayang untuk tinggalkan mereka semua tapi jika beginilah yang aku rasa tika ini...baik aku transfer balik ke kg halaman aku sendiri...hidup berdekatan dengan family yang sememangnya tak akan mendatangkan kebosanan dalam hidup aku....kasih sayang dari family lebih agung dari kasih sayang dari insan yang bergelar sahabat...hilangnya keluarga tiada galang gantinya tapi hilangnya sahabat akan ada galang gantinya kerana sahabat boleh datang dan pergi dalam hidup kita...tidak family kita...