Sunday, May 19, 2013

28 tahun dahulu pada tarikh 19 Mei 1985 lahirlah seorang putera di atas muka bumi ini dengan keizinan Allah...sehinggakan ke hari ini putera tersebut masih lagi bernafas di atas muka bumi ini...putera yang dimaksudkan adalah si dia, orang yang aku minat dan suka dalam diam...terima kasih Ya Tuhan kerana meminjamkan si dia di atas muka bumi ini dan terima kasih jugak aku ucapkan kerana memberi peluang untuk aku bertemu dengannya....terima kasih yang tak terhingga jugak aku ucapkan kepada ibu beliau kerana sanggup mengandung dan melahirkan si dia di atas muka bumi ini...terima kasih mak cik kerana sanggup melahirkan dan mendidik si dia sehingga menjadikan si dia sekarang ini...

HEPI BESDAY awak!!!!...tahun ni saya terpaksa wishkan besday awak dalam blog ni jer...tu pun hanya saya saja yang tahu...kalau tahun dulu bila tibanya besday awak saya tak segan nak msg or skype awak untuk wishkan besday awak tapi untuk tahun ini saya dah tak boleh nak buat semua tu...saya tak berani nak skype awak sebab kita memang dah lama tak berskype dan saya lagi la tak berani nak msg awak sebab banyak khabar angin yang saya dengan yang awak dah kahwin...kalau benar awak dah kahwin rasanya tak elokkan untuk saya msg awak...nanti apa pula pandangan wife awak bila tengok msg saya tu...dan saya pun tak pasti sama ada awak masih lagi simpan atau tak no phone saya...kalau awak dah tak simpan tak per la saya tak kisah tapi satu jer saya nak awak tahu yang no phone dan msg2 yang pernah awak hantar dulu kat saya masih lagi saya simpan...sebagai kenangan yang kita pernah kenal....

Awak....terima kasih kerana membesar dengan baik sehingga menjadi diri awak sekarang ini dan terima kasih jugak sebab awak pernah muncul dalam hidup saya...mengenali awak adalah suatu kenangan yang cukup indah dalam hidup saya...walaupun usia perkenalan kita teramatlah singkat tapi saya bersyukur yang saya tetap dapat mengenali awak...terima kasih kerana bekerja di tempat yang sama dengan saya, terima kasih jugak saya ucapkan kerana pernah membantu saya time saya dalam kesusahan dan terima kasih jugak saya ucapkan kerana sanggup menemani saya buat kerja sampai lewat malam di ofis...dan terima kasih tak terhingga kerana sanggup menumpangkan saya...semua itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup saya sepanjang saya mengenali awak...

Saya doakan semoga awak berjaya dalam hidup...dipanjangkan umur dan dimurahkan lagi rezeki serta di beri kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa hidup di dalam lindungan Allah S.W.T....semoga berbahagia dengan insan yang tersayang...saya juga benar-benar berharap agar tahun depan saya masih lagi diberi kesempatan untuk mengucapkan hepi besday kat awak...saya tak salahkan awak kalau awak tak pernah nak wishkan besday saya sebab saya tahu awak tak akan ambil tahu pasal saya kan...tapi xper la awak janji besday awak saya ingat...semoga tahun depan kita berjumpa lagi dan saya berharap tahun depan saya berani untuk wishkan secara terang-terangan depan awak itupun kalau diri awak masih belum dimiliki oleh sesiapa...besar harapan saya time tu....see you next year awak...sekali kali lagi...HEPI BESDAY AWAK..!!!!

Ni jer kek yang saya mampu bagi kat awak...tu pun gambar jer melalui blog plak tu...confirm la awak tak tahu kan....kalau nak bagi secara kek yang betul dan secara real rasanyer sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi saya mampu untuk melakukannya....dah rasa cam stalker pun ada nie...nasib la badan coz meminati dan menyukai lelaki yang tak pernah sedar dan pandang akan kewujudan diri ini...

gambar ihsan dari google

 Dan ini plak kata-kata yang tak berapa nak romantis yang saya sempat copy and paste dari pak cik google...even awak tak dapat membacanya cukuplah bagi saya yang membacanya..sekurang-kurangnya saya tahu yang saya pernah wish besday kat awak...almaklumlah...saya ni kan pencinta dalam diam awak...

gambar ihsan dari google

0 Comments:

Post a Comment