Thursday, December 20, 2012

Bagi aku semalam merupakan hari yang paling indah untuk aku...nak tahu kenapa...semalam aku jumpa dengan si dia...jumpa tanpa di pinta dan tanpa di jangka...setelah hampir 3 bulan aku tak bersua muka dengan si dia semalam akhirnyer buat pertama kali aku melihat si dia...even dari jarak yang jauh aku sudah cukup berpuas hati...setiap pagi biler aku berjalan dari lrt nak ke ofis aku selalu bermohon kepada Tuhan agar pertemukan aku dengan si dia..dari jarak jauh pun aku tak kisah janji aku dapat jumpa dengan si dia...begitu jugak ketika aku nak balik...everyday aku akan bermohon kepada Tuhan benda yang sama...sepanjang berjalan tak putus-putus aku mohon kepadaNya untuk mempertemukan aku dengan si dia...tapi semalam...time nak balik semalam aku tak sempat nak bermohon si dia dah muncul depan mata...even aku dapat lihat si dia dari jarak yang jauh aku tetap rasa bersyukur...akhirnya Tuhan makbulkan jugak doa aku selama ini...terima kasih Ya Allah....

Nak tahu tak apa perasaan aku biler mana kali pertama aku tengok si dia semalam...nampak jer si dia berjalan menuju ke arah yang sama dengan aku hati aku dah berdegup kencang...rentak irama sudah kembali tak menentu...puas aku menahan hati ini dari bergerak dengan laju tapi tak di endahkannya...semakin si dia hampir semakin kuat hati aku ini berdegup...nak tak nak aku paksa kan diri aku menjauhi si dia...aku amik jalan pintas untuk jauh dari si dia..aku tak nak berdepan dengan si dia dalam keadaan hati aku yang berdegup tak menentu...maha dahsyat degupan yang aku alami semalam...tak pernah sebelum ini aku rasakan perasaan ini..perasaan ini hanya wujud biler mana aku melihat akan si dia...hanya si dia yang mampu menghantar getaran itu ke dalam hati ku ini....cukup kuat kuasa si dia...

Aku tak tahu apakah perasaan itu...tetapi aku bermohon kepada Allah...seandainyer benarlah si dia yang diciptakan untuk aku...aku bermohon kepada Allah agar pelihara hubungan kami hingga ke akhir hayat...sabarkan hati ini untuk suatu masa yang telah di tetapkan..semuanyer telah ditentukan oleh Dia...hanya Dia yang mengetahui biler masa yang sesuai untuk aku mengecapi bahagia itu...aku tahu kebahagiaan aku ada bersama dengan si dia...kerana hanya si dia kini yang berada dalam hati aku....ikhlas aku katakan yang bukan si dia sahaja yang aku minat dan suka...ramai yang aku minat dan suka tapi hanya si dia yang mampu menghantar getaran itu...hanya si dia yang mampu mengocakkan tasik dalam hati ini...dan hanya si dia saja yang mata aku mampu pandang...

Ya Allah...sakit rupanya menanggung rindu yang tak kesampaian ini...setiap kali aku rindukan si dia aku hanya mampu menatap gambarnya sahaja...itu saja yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan rasa rindu yang sarat dalam hati ini...aku tak pernah rindukan orang lain sebagaimana aku merindukan si dia...setiap kali habis solat aku selalu berdoa kepada Tuhan agar kurangkan rasa rindu yang aku tanggung ini kerana aku dah tak sanggup untuk menanggungya lagi...semakin lama aku menanggungnya semakin perit untuk aku menerimanya...terlalu payah untuk aku melupakannya walau pun sesaat...sebab itulah aku bermohon kepada Tuhan agar kurangkan rasa rindu dalam hati ini...semalam Tuhan dah kurangkan rasa rindu itu dalam hati aku...semalam jugak aku rasakan yang seolah-olah ada sebeban batu yang di angkat dalam hati aku ini sehinggakan aku dapar bernafas dengan teratur...rindu itu semakin berkurang biler mana aku terlihat akan si dia semalam...Ya Allah...terima kasih kepadaMu kerana menghadirkan si dia semalam depan ku....si dia amat bermakna buat aku...even aku tidak bermakna untuk si dia...cukuplah hanya aku sahaja yang menganggapnya bermakna untuk aku...

Perkara pertama aku buat semalam biler aku ternampak si dia...aku sentuh dada aku...ternyata dada aku berdegup dengan kencang sekali...aku dapat rasakan debaran itu menghentak-hentak tangan aku...kuat giler hentakan itu...dan kuat gila jugak auranyer di dalam hati aku sehinggakan hati aku mampu mengenali si dia...thanks to you my dear coz you appeared in front of me yesterday...really appreciate it..thanks a lot...hope we can meet once again after this and hope that day our meet will be end with a lot of happiness...with a lot of memories for me...

Saturday, December 1, 2012

Tak ada perkataan yang aku boleh described kan kat sini kecuali satu perkataan KECEWA....iya....itulah perkataan yang tak dapat aku nak described kan....hati aku kini di landa kecewa yang teramat sangat...kecewa dengan sikap manusia yang suka sangat menyalah tafsirkan kebaikan dan kata-kata yang diungkapkan...ada setengah orang kata berdiam diri lebih baik dari bersuara dan ada jugak orang kata bersuara lebih baik dari berdiam diri...yang mana satu betul pun aku tak tahu....tapi sekarang ini aku telah melakukan kesilapan yang amat besar sekali biler mana aku telah memilih untuk bersuara...dan biler aku pilih untuk bersuara akhirnya apa yang aku ungkapkan itu di salah tafsirkan oleh mereka...kalau la aku tahu mereka akan menyalah tafsirkan kata-kata aku itu, aku tak akan sesekali bersuara...biarlah aku terus berdiam diri....

Semakin hari aku dapat rasakan yang jurang antara kita semakin dalam dan dinding konkrit yang tiba-tiba terbina semakin tinggi dah kuat....semuanyer sudah menjadi benteng yang amat tinggi untuk kita...aku cuba untuk menimbuskan kembali jurang yang dalam itu dengan kesabaran aku biar ianyer menjadi cetek dan aku juga sudah cuba menghalang dinding konkrit itu semakin meninggi dengan membuang keegoan aku tapi ternyata semuanyer tidak berguna....aku rasa mungkin sudah tiba masanyer aku melepaskan semua itu...aku dah tak mampu dan dah tak larat untuk terus bertahan dengan semua itu...sekiranya ini yang kau pinta...aku akan tunaikan...dalamkanlah jurang itu lagi dan tinggikanlah dinding konkrit itu lagi...biler masa semuanyer dah cukup lengkap aku harap yang kita tak mungkin akan berjumpa lagi...jangan sesekali kau muncul di depan aku dan aku jugak berjanji dengan diri aku ini yang aku tak mungkin akan muncul di depan kau untuk selama-lamanya....bukan kerana aku berdendam dengan kau tapi aku kecewa dengan kau...ternyata hubungan persahabatan yang kita bina sebelum ini atas kepercayaan akhirnya berakhir dengan keadaan yang sebegini...

Salahkah aku kalau aku ingin menegakkan kebenaran di pihak aku...aku bukan untuk menolak apa yang kau tawarkan tapi ketidakselesaan akan bermaharaja lela dalam hati aku sekirannya aku menerima tawaran yang tawarkan untuk aku....sebagaimana aku faham akan keadaan kau aku jugak berharap yang kau jugak faham akan keadaan aku....kita dua berbeza sekarang ini...sekarang ni kau dah ada husband yang tinggal sekali dengan kau tapi aku still lagi berseorangan di bumi asing ini...kau ada husband untuk melindungi diri kau tapi aku terpaksa melindungi diri aku sendiri di sini...aku tak ada sesiapa di sini...kenapa begini jadinyer hubungan kita ini...adakah kerana kata-kata aku itu kau anggap ianyer satu penghinaan buat kau?? kalau benarlah apa yang aku ucapkan itu merupakan satu penghinaan buat kau...aku mintak maaf banyak-banyak...aku tak tahu yang kata-kata itu bileh dijadikan salah satu ayat penghinaan buat kau....sebab itulah aku rela untuk memilih berdiam diri dari bersuara...kalau aku bersuara beginilah jadinya....

Sekarang ini aku nampak kau makin nak memborantak...semua benda kau dah beli yang baru kan...kenapa perlu kau beli barang baru sedangkan barang yang ada pun tak terguna...kenapa perlu kau tambahkan lagi semua benda itu...adakah kerana kata-kata yang aku ucapkan itu jugak menyebabkan kau rela beli semua benda itu....masyaAllah...kalau benar semuanyer itu berpunca dari kata-kata yang aku ucapkan itu aku mintak maaf sangat-sangat...aku tak berniat untuk membuat hati kau berasa begitu...kalau kau berasa sedih, kecewa dan hina biler aku kata sedemikian rupa...begitu jugaklah dengan aku sekarang ini....aku rasa kecewa yang teramat sekarang...hanya kerana kata-kata itu kau telah melakukan benda-benda yang betul-betul membuatkan aku menyesal mengenali kau dalam hidup aku....aku sesal sangat mengenali orang seperti kau dan aku menyesal yang teramat biler mana aku menganggap kau sebagai sahabat aku...kerana persahabatan ini aku masih lagi mampu bertahan tapi nampaknyer semua telah hancur...kau telah hancurkan tali persahabatan yang kita bina selama ini...selama ini aku tak kisah apa yang kau nak lakukan tapi kini aku dah mula kisah biler mana benda yang buat itu makin membuatkan hati aku bertambah kecewa...

"Aku rasa macam menumpang plak kalau tak bayar...sama-sama guna sama-sama bayar...tak kisah kau guna untuk dua orang dan aku sorang...bayar tetap bayar sebab aku dah guna"

MasyaAllah...hanya sepotong ayat di atas aku kini kehilangan seorang sahabat...patutkah aku gelarkan dia sahabat kalau hanya sepotong ayat tersebut telah membuatkan dia memberontak...kalaulah aku tahu ayat itu yang mampu membuatkan aku kehilangan dia mati hidup semula pun aku tak akan buat macam tu...tapi salahkah aku kalau aku ingin menegakkan kebenaran bagi pihak aku....aku tak nampak sebarang kesalahan pun yang aku ungkapkan disitu yang boleh membuatkan dia memberontak...tapi tu la kan...kadangkala ayat yang keluar dari mulut or tulisan kita ini kadangkala nampak biasa pada kita tapi pada orang lain ayat tersebut boleh dijadikan satu ayat penghinaan....

Kejamnyer anggapan kau terhadap aku kan kawan...sampai sekarang aku still lagi anggap kau kawan aku tapi nampak gayanyer mulai saat ini aku terpaksa anggap kau sebagai teman serumah aku...tak akan ada lagi persahabatan yang terjalin antara kita lagi...cukuplah kalau kita menjadi teman serumah yang tidak mengenali diri masing-masing...kau hidup dengan cara kau dan aku hidup dengan cara aku...kau bahagia dengan cara kau dan aku bahagia dengan cara aku...masa yang panjang belum tentu jadi penentu buat kita mengenali seseorang dalam hidup kita...tapi kau jangan risau kawan...even kita dah tak macam dulu lagi aku still akan bayar sewa umah ini...aku tak akan pindah dari sini melainkan kalau kau inginkan aku keluar dari umah ini...time tu aku akan pergi dengan semua barang-barang aku ini...satu jer yang aku ingin pesan...biler mana kaki aku melangkah keluar dari umah ini aku dengan kau totally putus untuk selama-lamanya...tiada lagi persahabatan or teman serumah antara kita akan berlaku...tiada lagi phone number dan facebook yang menghubungkan kita...tapi aku tak dapat larikan diri kalau aku terpaksa bekerja dengan kau...tapi aku tahu itu semua mustahil sebab kau dengan aku berada dalam department yang berbeza even kita bekerja di bawah syarikat yang sama....

Kalau tak silap aku dulu aku pernah ceritakan dekat kau tentang member kita kenal yang suka bawak lelaki masuk dalam umah...aku rasa dulu kau jugak nasihatkan aku untuk bersabar...kau jugak dulu yang berang dengan perangai perempuan itu...macam-macam kata yang kuar dari mulut kau biler aku bercerita tentang itu...tapi kini...kau pulak yang melakukan perkara tersebut ke atas aku...mana kata-kata yang kau ucapkan dulu....Mungkin ini yang dinamakan takdir untuk aku...takdir di mana Tuhan ingin menguji kesabaran aku sebagai seseorang insan yang memegang gelaran kawan kepada kalian berdua...mungkin Tuhan ingin melihat sejauh mana tahap kesabaran aku dalam menghadapi kerenah kalian berdua....Tak apa...aku tahu...ada sebabnya kenapa Tuhan berikan aku ujian ini...mungkin Tuhan ingin aku rasakan perasaan kecewa ini terlebih dahulu sebelum Dia anugerahkan aku dengan perasaan yang lebih indah suatu hari nanti....kalaulah keindahan yang aku terima suatu masa nanti aku sanggup untuk menghadapi kekecewaan ini...dan mungkin jugak Tuhan ingin mengingatkan aku supaya berhati-hati biler memilih kawan...tak semua yang rapat dengan kita adalah kawan kita yang baik...kadangkala ada niat yang jahat di sebalik persahabatan yang di hulurkan...aku terima semua ini dengan hati yang terbuka tapi aku hanyalah manusia biasa...perasaan kecewa itu tetap ada dalam hati aku...aku tak dapat untuk mengelaknya...

Kalau inilah yang kau mahu dari aku....aku terima dengan seikhlas hati aku...kita sama-sama merasakan ketidakselesaan ini tapi kerana ego masing-masing yang tak nak mengalah kita makan hati sendirian....kau dah mula kan dari awal dan aku akan akhirkannya....buat masa sekarang ini aku just ikut step yang kau tarikan...kalau balada yang kau mainkan balada jugaklah rentak tarian aku...kalau rap yang kau mainkan rap jugaklah tarian aku...aku akan ikut apa saja rentak yang mainkan buat masa sekarang ini...pesan aku satu jer...jangan terlalu lama bermain dengan rentak tarian yang sama untuk suatu masa yang panjang kerana ia nya cepat membosankan....jangan nanti tarian yang aku persembahkan berubah rentak dengan apa yang kau mainkan...aku tak nak nanti kau mainkan balada tapi rock yang aku persembahkan...harap kau faham apa yang aku maksudkan...jangan cuba untuk mencabar tahap kesabaran seseorang kerana setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang cukup berbeza....kalau tahap kesabaran kau tinggi itu tidak bermakna tahap kesabaran orang lain pun tinggi jugak..setiap orang diciptakan dengan tahap yang berbeza-beza even rambut kita sama hitam...

Kau tahu tak yang aku kecewa yang teramat kini...air mata rasa nak menitis jer biler aku tengok apa yang kau dah buat tapi tu la kan..buat apa aku bazirkan air mata aku ini kepada orang yang tak pernah nak menghargainya....lebih baik aku bazirkan air mata ini dengan menadah tangan bermohon kepada Dia yang Maha Mengerti....bermohon kepada Dia supaya diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini...hanya Dia yang maha mengetahui akan semua kejadian yang terjadi ini...Ya Tuhan...andainyer ini yang Kau takdirkan untuk aku...aku pasrah Ya Allah....terima kasih kerana memilih aku untuk mengharungi ujian ini kerana aku tahu yang Kau menyayangi diri ini...terima kasih Ya Allah...

Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....karangkraf buat jualan gudang penghabisan stok...semua novel dan majalah terbitan karangkraf dapat less...tak kira yang baru ke yang lama semua dapat less...less 20% up to 80%...giler la...aku kalau bab2 novel ni memang giler sikit...biler dah tengok semua murah-murah rasa nak jer borong semua tapi tu la...duit tak mengizikan untuk aku borong semua tu...lagipun kebanyakkan buku kat sana aku dah baca...ada la sebijik dua yang tak baca lagi...so yg tak baca tu la aku sambar...ntah kan best ntah kan tidak aku pun tak tahu...aku main sambar jer janji aku dapat murah....best ke tak lain kira...aku bajet RM 100 jer tuk beli novel tu...dalam 7 biji novel yg sempat aku sambar tak sampai pun RM 100....wahhhhhh....giler arrrrrr....kalau la aku kaya nak jer borong semua2 yg aku tak baca lagi tu...

Ha...tu dia buku2 yang sempat aku sambar...actually dalam banyak2 buku tu ada yang aku dah baca pun tapi saja jer amik untuk buat koleksi aku sendiri....yg xleh blahnyer biler aku sempat sambar buku masakan tu...ntah kan biler aku nak buat semua tu...buku masakan ni pun dikira murah la jugak nyer tapi aku amik 1 jer....kalau amik banyak kan nanti tak guna jugak so baik aku amik 1 jer...tu pun amik yg paling simple nak masak...ingat aku ni rajin ke nak masak2 yang rumit semua bagai tu...sorry la...

Ni aku list kan harga novel yang kat atas tu...ada yang less 20% dan ada yang less 30% dan ada jugak yang aku tak tahu less berapa %...hahaha..:p

Tajuk                                    Harga Asal       Selepas less
Asam Pedas Untuk Dia           RM 21.00         RM 16.80
Sayang Awak, Sayang            RM 26.00         RM 20.80
Tertulis Buat Kita                   RM 22.00         RM 15.40
Tiada Lagi Mimpi                   RM 19.90         RM 13.90
Kasihku Arina                        RM 25.90         RM 10.00
Jangan Ada Dusta                  RM 19.90         RM 3.00
Cinta 3 Suku                          RM 19.90         RM 13.90
Hidangan Kerabu                   RM 7.00           RM 4.20

Murah kan buku tu semua...total tu semua dalam RM 98.00 jer....kena la dengan apa yang aku bajet...nasib baik tak over the bajet kalau tak memang naya ar...ada jugak yang makan buku tuk bulan nie...hahahhahaha

Thanks to my friend sebab bawak aku pergi sana...kenal jugaklah aku dengan karangkraf tu...mana la tahu suatu hari nanti aku akan datang ke sana plak ker...lain kali leh la drive sendiri sebab dah tahu jalan...insyaAllah akan ingat jalan tu....