Thursday, March 29, 2012

Almost 3 weeks aku tak nampak si dia...kau orang tahu tak apa perasaan aku tika nie...aku rasa teramat rindu akan si dia...sudah lama aku tak menatap wajah si dia..tak mendengar suara si dia...dan tak menghidu haruman dari wangian yang si dia pakai....aku rindu akan semua itu...terutama sekali aku rindu nak menatap wajah si dia...even mulut aku mengatakan yang aku benci si dia tetapi hati aku tak...hati aku terlalu merindui si dia...semakin lama tak menatap wajahnyer perasaan rindu itu semakin menggebu dalam diri ini...

Aku dah tak tahu macam mana nak cari si dia lagi...tak tahu kemana si dia menghilangkan diri dan biler di siasat dengan orang yang rapat dengan si dia baru la aku tahu yang si dia dah join project baru tapi still lagi dengan company yang sama dengan aku cuma sekarang nie si dia dah berada berlainan ofis dengan aku...semakin susah la aku nak jumpa si dia nanti...so macam mana aku nak hilangkan rindu yang menggebu dalam hati nie...dahsyatnyer perasaan biler dilamun cinta nie...even cinta aku tu hanyalah cinta sebelah tangan jer tapi aku dapat rasakan perasaan rindu tu macam mana...

Aku pernah cakap dengan member aku yang aku nak lupakan si dia tapi ternyata aku tak mampu untuk melupakan si dia...nama si dia tak pernah hilang dalam ingatan aku nie...setiap saat aku sentiasa mengingatinyer sampaikan kalau kerinduan tu aku dah sanggup lagi nak menanggungnyer aku lihat botol air dan tempat yang si dia pernah duduk dulu...hanya itu jer cara yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan rindu di hati...hari ini perasaan rindu itu semakin kuat melanda hati ini coz aku seakan-akan terhidu haruman wangian yang pernah si dia pakai pada sorang lelaki nie..haruman nyer seakan sama jer...aku rindukan haruman itu...aku pun tak tahu kenapa sebegini skali perasaan aku terhadap si dia..kenapa perlu aku merindukan orang yang tak pernah nak merindukan aku...kenapa perlu aku jatuh hati pada orang yang tak pernah nak pandang aku...aku cuba untuk melupakan si dia tetapi aku tak boleh...semakin aku cuba untuk melupakan si dia semakin kerap nama si dia datang mengganggu minda aku ini...

Mungkin disebabkan aku terlalui merindui dan memikirkannya hingga aku bermimpikan akan si dia.....setiap malam si dia datang dalam mimpi aku...aku bersyukur sebab si dia yang muncul dalam mimpi aku..sekurang-kurangnya aku dapat menatap wajah si dia even bukan dalam dunia yang sebenar...aku dah cukup berpuas hati dapat menatap wajah si dia dalam mimpi aku tu...at least kerinduan aku terhadap si dia berkurangan dengan menatap wajahnya dalam mimpi aku..walaupun dalam mimpi tu aku dengan si dia tak banyak bercakap tetapi sudah memadai bagi aku sekiranya aku dapat melihat dan menatap wajah nya...kadang-kadang aku terfikir yang aku ni dah angau atau dengan kata yang lain gila bayang...gila bayang pada orang yang terlalu sukar untuk digapai....kalau la benda ni berlarutan tuk jangka masa yang panjang aku dapat rasakan yang aku mungkin akan menjadi gila...dan tanpa segan silu sekarang ni yang aku mengaku yang aku teramat merindui si dia....sakitnya menanggung perasaan ini....I'm really miss u my handsome boy...:(

Saturday, March 10, 2012

Si dia : "Ira..Ira..."
Aku : "Yup..."
Si dia : "Ira kena balik awal ke hari nie..?"
Aku : "Tak ada la awal sangat...kenapa?"
Si dia : "Saya nak pergi jumpa Maryam yang pasal IP Transit tu.."
Aku : "So..??"
Si dia : "Kalau boleh saya nak Ira join la.."
Aku : "Errrmmmm...pukul berapa erk?"
Si dia : "Sekarang...pukul 5..."
Aku : "Ok...menara kan?"
Si dia : "Yup...level 44"

Kejadian ini berlaku 2 minggu lepas...aku tak sempat nak update kat blog aku..actually bukan tak sempat tapi malas nak update kat sini dan malas nak bukak laptop biler dah balik umah...aku tak sangka yang hari tu si dia datang bercakap dengan aku sebenarnyer...dari pagi sampai la ke tengah hari dan sampai la ke petang kita orang tak bercakap langsung...memang dah lama we all tak bercakap..tak tahu nak bercakap pasal apa sebenarnyer and the best solution kau buat hal kau aku buat hal aku...yang tu lebih senang untuk aku....

Petang tu dalam kul 4.50pm something si dia datang jumpa dengan aku...dari pagi aku tengok si dia memang busy tapi apa yang dibusykan oleh si dia tak der plak aku nak amik tahu...tapi aku selalu tengok si dia pergi jumpa Kavitha...aku malas la nak layan semua tu dan malas nak fikir kenapa si dia selalu jer jumpa Kavitha...tak ada kepentingan bagi aku untuk tahu semua tu...tapi sekarang nie kan..aku perasan yang si dia selalu jer lalu depan meja yang aku duduk tu..sedangkan dulu tak ada pun lalu sekerap sekarang nie...tak tahu la aku saper yang si dia ushar...

Dalam pukul 5pm tu...aku pun tengok si dia bergerak ke tempat si dia dengan membawa laptop..packing laptop nyer dalam beg dan after that datang kat tempat aku...si dia jugak bawak payung coz takut hujan..cuaca kat luar time tu memang mendung jer kalau tengok dan tak mustahil hujan akan turun...we all pun bergerak sekali dan tak ku sangka jugak yang Kavitha akan join sekali...syukur sesangat yang Kavitha join..kalau ikut hati aku dah tak nak pergi tapi memandangkan Kavitha memaksa jugak aku untuk pergi so terpaksa la aku ikut dia orang....depan lif Kavitha bercakap-cakap dengan si dia tetapi aku hanya diamkan diri saja...aku hanya tersenyum biler si dia buat lawak dengan Kavitha...aku tak tahu kenapa aku boleh jadi speechless biler berhadapan dengan si dia...lama jugak aku tunggu lif tu..dalam hati aku biarlah lif tu cepat sampai coz aku dah tak tahu nak cakap apa lagi...aku tak selesa nak bercakap dengan Kavitha kalau si dia ada...aku bukannyer apa..aku takut si dia akan gelakkan aku coz aku punyer speaking tak der la sehebat si dia...si dia ok la coz belajar luar negara pun dah berapa tahun pastu kerja plak dengan company global yang memerluka english speaking tu lancar...

Dalam 10 minit jugak aku tunggu lif baru lah lif tu terbuka..masuk jer dalam lif tu orang dah ada...aku ingatkan aku dah selamat biler ada dalam lif tu..aku hanya diam jer memanjang...tiba-tiba si dia bersuara bertanyakan tentang KPI aku...time tu muka aku dah berubah kut coz tak pernah ada orang luar tanya sal KPI aku..

Si dia : "Macam mana dengan KPI u..???"
Aku : "KPI..??" time ni muka aku dah cuak..dalam hati tertanya-tanya cam ner dia leh tahu pasal KPI ni
Si dia : "Bukan ker semalam u all ada buat evaluation pasal KPI ker..."
Aku : "Owhhhh...ada la.."
Si dia : "So cam ner...??"
Aku : "Entah...tengok jer la nanti apa yang bos akan evaluate I" aku malas nak memanjangkan komen pasal nie
Kavitha : "What's going on??" tiba-tiba Kavitha masuk dalam perbualan kami
Si dia : "No..yesterday she have an evaluation for KPI...that's why I asked her about that.."
Kavitha : Owhhhh...KPI ah...so how?"
Aku : "Don't know...i just left to my bos to evaluate me"
Si dia : "If u want support...u can call me or Kavitha to tell ur bos...if you want la and if u dont want is ok.."
Kavitha : "Puan Hanizan should be know rite...?"
Aku : "It's not Puan Hanizan evaluate my KPI for this year..my bos is Puan Zainab and may big bos Mr Chua"
Kavitha : "Owhhh...like that ah.." time tu pintu lif dah terbuka..cepat-cepat we all keluar dari lif tu

Keluar jer dari pintu ofis tu si dia terus jer berjalan dengan lajunya sampai kami tak terkejar oleh kami...kerana malas nak kejar si dia berjalan kami pun berjalan dengan perlahan...jalan yang selayaknyer seorang perempuan berjalan...kalau nak ikut cara jalan si dia rasanya naik semput aku dengan Kavitha nanti...aku tak tahu la apa yang si dia nak kejarkan sangat...maybe si dia dah tak sabar nak jumpa dengan "best friend" si dia kut...tu yang Kavitha cakap la...sepanjang perjalanan kami ke menara banyak yang aku bualkan dengan Kavitha...nasib baik la si dia tak join berjalan bersama kami kalau tak mati kutu la aku di buatnya...

Hampir pukul 6pm baru la discussion kita orang habis...time tu aku dah tak sabar dah nak balik tu yang aku cepat-cepat jalan tu...time ni aku dah tak ikut dia orang...aku just bawak haluan aku sendiri coz aku malas nak join dengan dia orang...aku ingatkan biler aku amik jalan yang jauh aku akan terlepas dari dia orang tapi nasib aku tak baik coz biler jer aku keluar dari parking kereta kat bawah tu mereka semua baru jer sampai kat parking kereta depan menara....nak tak nak terpaksa la jugak aku follow dari dia orang dan nasib baik dia orang tak perasan kan aku...sampai jer depan pintu ofis tu tiba-tiba Kavitha berpaling dan tertengok aku...dia tanya aku pergi mana coz biler dia berpaling ke belakang aku dah tak ada...aku cakap aku pergi bank jap...sekejap jer tunggu lif dah pun terbuka...skali lagi kami naik satu lif...aku hanya diamkan diri dan berpura-pura menaip msg di phone aku untuk mengelakkan dari diri ni di soal siasat...

Si dia : "Thanks to Ira for coming"...time tu si dia pandang pada aku dan nak tak nak terpaksa la aku maniskan jugak muka aku untuk menerima ucapan si dia tu
Aku : "Ok.." hanya tu jer yang mampu aku jawab...bukan aku sombong ke apa tapi aku tak tahu apa lagi yang perlu aku jawab...

Sampai jer ting 22 aku terus keluar dari lif tu dengan keadaan yang laju coz aku nak balik awal...aku tak nak solat asar kat ofis dan aku assume aku sempat sampai umah sebelum maghrib...siap jer packing semua barang aku, aku terus blah dari situ....aku masih lagi tak percaya yang hari tersebut si dia dan aku bercakap setelah sekian lama kami semua menyepikan diri...apa yang aku pasti..hari tu aku sangat-sangat gembira sekali coz setelah sekian lama tak bercakap akhirnyer aku bercakap jugak dengan si dia...semuanyer bagai mimpi buat aku...

Wednesday, March 7, 2012

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba malam ni aku rasa hati aku walang jer..aku rasa cam tak tenang dan aku rasa cam hati aku time ni dalam kesedihan...aku sendiri pun tak tahu apa yang dah jadi dengan aku sekarang nie...setiap kali aku layan walang hati ini setiap kali itu jugaklah air mata aku mengalir...Ya Allah...apakah petunjuk untuk semua ini Ya Allah...apakah petanda yang ingin Kau berikan kepada aku Ya Allah...setiap kali lepas solat aku tak pernah lepas dari berdoa semoga kewalangan hati aku untuk malam ni akan hilang...

Aku tak tahu apa sebab dan puncanyer yang menyebabkan hati aku menjadi walang dan sensitif sangat malam nie...apa yang aku tahu tika ini aku rasa macam aku nak menangis jer...aku perlukan bahu seseorang untuk aku melepaskan tangisan ini tapi tak ada saper pun yang boleh pinjamkan bahunyer untuk aku...aku tak ada kawan yang boleh pinjamkan bahunya untuk aku malam nie...seriusly aku cakap yang malam ni aku benar-benar perlukan seseorang...aku ingin luahkan segala kesakitan yang aku tanggung sekarang nie...malam ni aku akan luahkan segaka-galanya di sini...aku dah tak sanggup lagi nak menyimpannya....

Aku kini dalam kesakitan....ya sakit yang teramat sekali...aku sakit kerana aku jatuh cinta dengan orang yang tak pernah mencintai aku...orang yang tak pernah nak pandang aku walau sebesar zarah sekalipun...aku tak tahu kenapa aku perlu mencintai dia sedangkan aku tahu yang dia tak mencintai aku....aku cuba untuk menghapuskan perasaan itu tetapi aku tak berdaya...setiap kali aku cuba untuk melupakan si dia setiap kali itu jugaklah hati aku menangis kesakitan....aku tak mampu untuk menanggung kesakitan ini lagi...aku dah tak sanggup nak mempertaruhkan cinta aku kepada orang yang tak pernah nak menghargai cinta aku ini...sehabis daya aku lakukan untuk melupakan si dia tetapi ternyata aku tak mampu untuk melupakannya...kenapa begitu sukar sekali untuk aku melupakan si dia....

Ya Allah Ya Tuhanku....kenapa begitu walangnya hati aku malam ni Ya Allah...aku sentiasa ingin mengalirkan air mata aku pada malam ini Ya Allah....kesedihan sentiasa menemani aku malam ini Ya Allah..bukan niat aku untuk melayaninya Ya Allah tetapi aku tak tahu kenapa malam ni aku sentiasa ingin mengalirkan air mata...maybe aku dah terlalu penat Ya Allah...penat dalam melayan hati aku ini yang suka dan cintakan akan lelaki yang tak sepatutnya...Ya Allah...aku teramat mencintainya Ya Allah sehinggakan aku dapat merasakan kesakitan tika ini Ya Allah....aku tak mampu untuk menghalang hati aku ini dari terus mencintai dia Ya Allah....Ya Allah...kenapa kau perlu wujudkan dia depan aku Ya Allah...kenapa kau harus temukan aku dengan dia Ya Allah...sebelum ni aku tak seperti ini Ya Allah tetapi sejak hadirnya dia semuanyer berubah....

Bodohnyer diri aku ini kerana mencintai orang yang mencintai kita...tak salahkan kalau aku nak mencintai dia kerana perasaan itu bukan aku yang menciptanya...Tuhan yang menciptakan perasaan itu dan memberinya kepada aku untuk aku berikan kepada orang yang aku cinta...kenapa la kau tak pandang aku walau sebelah mata sekalipun...cukup hina ke diri aku ni sehinggakan sebelah mata pun kau tak nak pandang aku...teruk sekali ker rupa aku sehinggakan kau mengalihkan pandangan mata mu dari aku...kenapa la perlu kau muncul dalam hidup aku...kenapa hanya kau jer yang mampu membuatkan hati aku berdegup kencang...kenapa hanya kau jer yang mampu aku ingatkan sampai kini...segala kata-kata dan tingkah laku kau sentiasa bermain dalam minda aku ni...kenapa perlu kau...kenapa tidak orang lain yang mengisi setiap relung hati aku ini...dalam banyak-banyak manusia atas muka bumi ni kenapa hanya kau jer yang aku pandang dan hanya kau jugak yang aku sayang...sayang yang teramat sehinggakan aku tak mampu untuk menyayangi orang lain sebagaimana aku menyayangi diri mu...

Sunday, March 4, 2012

I didn't think it was love, I told myself it wasn't love
I deceived myself, but my heart kept calling your name
I take one step towards you, push you one step away
Each time, you grow in my heart

I must be loving you this much, must be waiting for you this much
Even though it hurts so much, my heart can't seem to let you go
I think there must be just only one love, I don't think my heart will change
The love that I've kept only for you, I can now finally tell you
Your warm eyes, your warm love
Flying away farther, but you are still growing up in my heart

I must be loving you this much, must be waiting for you this much
Even though it hurts so much, my heart can't seem to let you go
I think there must be just one love, I don't think my heart will change
The love that I've kept only for you, I can now finally tell you
I LOVE YOU

Sometimes love, at times tears
Even though it's hard, I LOVE YOU, I LOVE YOU
I only need you by my side
I must still be loving you, I must still be waiting for you
My brain might be fooled, but my heart can't be fooled
I think there must be just one love, I don't think my heart will change
The love that I've kept only for you, I can now finally tell you
I LOVE YOU my love....

Waaaaaahhhhh...xtahu nak cakap apa la...nak kata aku memburukkan dia kepada semua orang tak der la plak...nak kata aku ingkar kata dia tak der la plak...xtahu la apa yang tak kena pada dia hari ni...berbuih-buih mulut aku tegur tapi hanya sepatah perkataan jer yang keluar dari mulut dia...aku ada buat silap ker? Rasanya last week ok jer we all tapi hari ini mood dia berubah...aku tegur pun dah tak nak layan sangat...errmmm...nak buat cam ner kan...angin orang ni kita tak boleh nak jangkakan...betul tak? tak per la kalau cam tu gak...dia nak main ngan angin dia kan tak nak tegur aku...aku pun buleh buat jugak la coz aku pun ada angin...aku sebenarnya malas nak buat benda ni semua tapi memandangkan dia yang nak memulakan dulu so aku just follow jer dia punyer step...aku akan follow gerak tari dia sampai la dia penat untuk bermain dengan angin dia...

Rasanya benda ni akan kembali berulang seperti sebelum-sebelum nie..aku rasakan lebih baik aku duk berjauhan dari dia dari duk berdekatan dengan dia coz kalau aku duk berdekatan dengan dia hubungan kami tak kan jadi cam nie...seingat aku dah lama dah benda ni tak berlaku...last dulu sebelum dia cuti pregnant then lepas tu we all ok...tu pun sebab we all tak duk sekali tapi time tu aku syukur sesangat coz aku masih ada lagi member yang boleh aku share segala-galanya...dia amat memahami diri aku time tu..dia la tempat aku meluahkan perasaan ketika aku dalam kesedihan di lakukan oleh bf aku nie...maybe dah tersurat kut yang kita orang tak boleh duk sekali...dulu aku dengan dia duk berlainan meja dan skype jer yang jadi penghubung kami time tu...semuanyer ok...kita orang boleh lagi bergelak sakan bercerita itu dan ini...hubungan kami lagi baik biler aku dipindahkan naik ke atas..selama 5 bulan aku duk kat atas hubungan kami makin baik...apa yang dia tak puas hati dia citer kat aku dan apa yang aku tak puas hati aku citer kat dia...semuanyer ok...tapi sekarang aku rasa semacam jer...aku rasa hubungan ni nak kembali seperti dulu balik...jadi seperti mana aku pernah duk sebelah dia time testing dulu...

Fuhhhhhhh....penatnyer nak tanggung semua ni wei...dah tak tahu nak buat cam ner lagi....aku sentiasa jaga hati dan perasaan orang lain tapi orang tak pernah nak jaga hati dan perasaan aku...kenapa la susah sangat orang ni tuk faham apa yang kita rasa...kenapa asyik kita jer yang perlu nak jaga hati dan perasaan orang sedangkan orang tak pernah nak jaga hati dan perasaan kita...aku dah terlalu penat dan lelah dalam menjaga hati orang...sebaiknya aku tak nak semua orang yang berada di sebelah aku terluka hatinya tetapi kenapa orang yang di sekeliling aku jugaklah yang banyak membuatkan hati aku terluka...tak pernah hati aku tak terluka disebabkan orang sekeliling aku..aku sentiasa terluka sampaikan aku dah tak tahu macam mana rasanya sakit akibat luka itu...dah terlalu banyak kesan luka yang ditinggalkan di dalam hati aku nie...aku rasakan kalau la ditoreh dengan pisau mungkin hati aku dah tak berdarah kut...dah tak ada rasa sakit walau sebesar kuman sekalipun kerana hati aku dah kalis dengan semua itu...

Tak apa la...mungkin dah nasib aku dilahirkan untuk dilukakan dan terluka...mungkin sebab itulah aku dilahirkan di atas muka bumi ini...tapi aku bersyukur sebab family aku sentiasa berada di samping aku tak kira waktu dan ketika...sokongan dan kasih sayang dari mereka mampu membuatkan kelukaan yang aku alami terubat...kasih sayang seorang sahabat tak sehebat kasih sayang sebuah family...kerana adanya family aku tu lah wujudnyer aku atas muka bumi ni dan wujudnyer aku untuk berkawan dengan semua kawan-kawan aku yang ada tika nie...tak kisah la dia orang nak buat aku cam tu pun...aku dah tak kisah dah..aku dah malas nak menangis...kalau aku menangis air mata darah sekalipun ada dia orang nak amik tahu...semuanyer dengan dunia masing-masing dah tak pernah nak hiraukan keadaan aku...cukuplah dulu aku mengalir air mata kerana seorang sahabat dan kini aku dah tak nak lagi mengalirkan air mata aku kerana seorang sahabat jugak...sahabat yang tak pernah nak amik peduli akan perasaan aku...cukuplah...aku dah penat dengan semua ini...

Dear my frenz,
Thanks to you coz being my friend for a long time...no one can replace ur place in my heart even comes many people with the same name with u but they're still cannot replace ur place in my heart...u always in my heart even my heart always u break it...u always give the pain for my heart but u i still wanna to keep u there...thanks to God coz i have u as my best friend...u will be always my friend forever and ever....ALWAYS my friend coz i really love u...

Aku tidak sepatutnya lakukan semua ni
Aku seharusnya berpura-pura tidak tahu
Seperti aku tidak nampak, seperti aku tidak pernah melihatnya
Aku tidak sepatutnya melihat kau pada tika itu
Aku perlu melarikan diri aku
Aku perlu berpura-pura untuk tidak mendengarnya
Seperti aku tidak mendengarnya, seperti aku tidak dapat mendengarnya

Tanpa kata-kata, kau membuat aku tahu apa itu cinta
Tanpa kata-kata, kau memberikan aku cinta mu
Membuatkan aku mengisi kehidupan aku dengan setiap hembusan nafas kau
Kemudian kau melarikan diri
Tanpa kata-kata, cinta meninggalkan aku
Tanpa kata-kata, cinta mengabaikan aku
Tidak tahu apa yang perlu aku katakan lagi
Bibir aku kelu
Tanpa kata-kata
Kenapa ianya sangat menyakitkan?
Kenapa ianya perlu berpanjangan?
Kecuali hakikatnya aku tidak lagi dapat melihat kau dan kau tidak lagi berada di sini di sisi aku
sebaliknya ia akan menjadi sama seperti sebelum ini

Tanpa kata-kata, kau membuat aku tahu apa itu cinta
Tanpa kata-kata, kau memberikan aku cinta mu
Membuatkan aku mengisi kehidupan aku dengan setiap hembusan nafas kau
Tanpa kata-kata, cinta meninggalkan aku
Tanpa kata-kata, cinta mengabaikan aku
Tidak tahu apa yang perlu aku katakan lagi
Bibir aku kelu tanpa sebarang kata

Tanpa kata-kata, air mata aku mula mengalir
Tanpa kata-kata, hati aku hancur berderai
Tanpa kata-kata, aku menunggu cintamu itu
Tanpa kata-kata, cinta itu menyakitkan aku

*Terlalu sukar untuk mencapai cinta dari orang yang tidak pernah mencintai kita seperti mana kita mencintainya...terlalu sakit menyayangi orang yang tak pernah menyayangi diri kita sepertimana kita menyayangi akan diri nya*

Friday, March 2, 2012

Sesungguhnyer aku dah tak tahan lagi untuk menanggung semua ini Ya Allah...betapa lemahnya hambaMu ini Ya Allah...dengan dugaan sekecil ini pun aku dah tak mampu untuk menanggungnya apatah lagi sekiranya Engkau memberikan aku dugaan yang cukup besar nanti....aku tak memintak untuk Kau turunkan dugaan yang besar kepada aku tetapi aku jugak tidak menolak sekiranya Engkau menurunkan dugaan yang cukup besar lagi kepada aku kerana aku tahu...Engkau turunkan dugaan kepada umatMu yang hanya mampu sahaja untuk menanggungnya dan aku bersyukur sekiranya aku yang menjadi pilihanMu...tetapi seboleh-bolehnya aku tak mahu dugaan itu datang dalam hidup aku...

Hari ni aku tak tahu kenapa aku perlu beremosi sekejap...aku rasa ada satu perasaan halus yang bertandang dalam hati aku ini...perasaan yang mampu membuatkan aku mengalir air mata sekiranyer aku melayaninya...aku sendiri pun tak tahu kenapa aku perlu rasa sedih tika ini...bukan sedih kerana aku kehilangan sesuatu tetapi aku sedih kerana aku terlalu merindui si dia...ya...aku benar-benar merindui si dia tika dan saat ini...aku tak tahu kenapa perasaan ini perlu hadir dalam diri aku pada tika ini...aku tiba-tiba teringatkan akan si dia dan semerta itu jugaklah perasaan rindu ini datang bertandang dalam hati aku...aku tak mampu untuk menghalangnyer dari terus mendiami hati aku ini...aku benar-benar merindui diri si dia Ya Allah...

Ya Allah betapa sakitnya hati aku ini kerana merindui si dia...merindui orang yang tak pernah nak merindui akan diri ini...Ya Allah pedihnya hati aku ini kerana mencintai orang yang tak pernah nak mencintai diri ini Ya Allah...sakitnya akan semua perasaan ini Ya Allah...sakit sampai aku tak mampu untuk menanggungnya Ya Allah...kenapa kau hadirkan perasaan sebegini dalam diri aku Ya Allah...aku benci akan perasaan ini Ya Allah...benci kerana setiap kali aku memikirkannya hati aku akan menjadi sakit dan air mata aku mengalir tanpa henti...aku tak mampu untuk berhenti dari memikirkannya Ya Allah...kerana perasaan ini jugaklah hari-hari aku bermain dengan air mata...aku benci dengan semua ini Ya Allah...aku tak sanggup lagi nak menghadapinya Ya Allah...sesungguhnya ia benar-benar menyakitkan hati dan perasaan aku Ya Allah...

Kenapa aku perlu berperasaan seperti ini...kenapa hanya dengan si dia aku hanya berperasaan seperti ini..kenapa tidak dengan lelaki yang lain yang rapat dengan aku yang lebih menggenali diri aku yang aku kenal sejak berzaman-zaman dulu...kenapa tidak dengan mereka semua tetapi kenapa harus dengan si dia baru perasaan itu datang...aku ingin membuang semua perasaan ini kerana aku dah tak sanggup untuk menempuhinya...Ya Allah...aku benar-benar ingin melupakan si dia Ya Allah tetapi setiap kali aku ingin melupakan si dia setiap kali itulah hati aku menjadi sakit...biler mulut aku mengatakan yang aku ingin membuang si dia dalam hidup aku time tu jugaklah hati aku menangis sampai aku mengeluarkan air mata tanpa aku sedari...Ya Allah..sampai bila benda ni nak habis...aku dah tak sanggup lagi Ya Allah...

Setiap hari aku berdepan dengan diri si dia kat ofis...setiap kali aku cuba untuk melupakannya setiap kali itu jugaklah semakin kerap aku terserempak dengan si dia...apakah semua ini Ya Allah...adakah ini tandanya bahawa Engkau tak mahu aku untuk melupakan si dia Ya Allah...Ya Allah...sekarang aku masih lagi dapat menatap dan melihat wajah si dia kerana si dia still lagi bekerja satu ofis dengan aku tetapi andai nya suatu hari nanti si dia pergi meninggalkan ofis sekarang nie...dimana harus aku mencari si dia sekiranya rindu ini bertandang menyentak hati aku...di mana aku ingin mencarinya Ya Allah...kerana inilah Ya Allah aku ingin melupakan si dia...aku ingin menyakinkan diri aku yang aku mampu untuk melepaskan si dia pergi Ya Allah...maybe time ni aku terasa teramat sakit sangat tetapi at least aku sudah bersedia untuk menerima kehilangan si dia dalam hidup aku...aku tak mahu kehilangan si dia ketika hati ini masih lagi mengharapkan cinta dari si dia...terlalu sakit rupanya sekiranya sayang dan rindu dan cinta kita tak berbalas...kita hanya mampu mencintai, menyayangi dan merindui si dia dalam bayangan sahaja...

*air mata mengalir dengan laju ketika menulis kali ini..tak tahu kenapa air mata ini mengalir tetapi apa yang aku tulis kali ini cukup-cukup mengusik hati aku...:-(*

Thursday, March 1, 2012

Ya Allah....adakah semua ini petunjuk yang kau ingin tunjukkan kepada aku Ya Allah...petunjuk dimana si dia lah yang Kau ciptakan untuk aku...petunjuk di mana si dia lah yang bakal menjadi pemimpin di dalam kehidupan aku kelak...petunjuk di mana si dia lah yang bakal menjadi ayah kepada anak-anak aku nanti...petunjuk di mana si dia lah yang akan menjadi satu-satunya menantu lelaki kepada orang tua aku nanti....adakah itu semua petunjuk kepada aku yang si dia jodoh untuk aku....Ya Allah...seandainya semua itu benar Ya Allah...aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana si dia lah yang Kau ciptakan untuk aku...kerana hanya si dia lah yang mampu membuatkan hati aku berdebar-debar setiap kali berhadapan dengannya...aku tak pernah alami perasaan sebegini sebelum ni Ya Allah tetapi sejak hadirnyer si dia dalam hidup aku...perasaan aku sentiasa berbolak balik...sentiasa tak tenang...ada jer perasaan yang datang menjengah hati ini...gembira, kecewa, cemburu, sedih dan bermacam-macam lagi yang datang...hanya Kau saja yang tahu apa yang terbaik untukku...

Sekarang ni aku makin kerap bermimpikan akan si dia...setiap kali biler aku tido jer mesti si dia yang muncul dalam mimpi aku..tak kira la apa situasi sekalipun si dia tetap jugak muncul dalam mimpi aku tu...aku pun tak tahu kenapa dan kekadang aku takut untuk tido...aku takut aku bermimpikan akan si dia...kata orang seandainyer selepas kita buat solat isthikarah dan solat hajat 3 malam berturut-turut Allah akan makbulkan apa yang kita hajati itu...adakah disebabkan itu si dia muncul dalam mimpi aku...dan adakah itu jugak menunjukkan yang doa aku telah di makbulkan oleh Allah...

Yaaaaaaa...aku akui yang sejak kebelakangan ni aku selalu jer buat solat isthikarah dan solat hajat coz kata orang untuk mendapat jodoh jangan lupa buat 2 solat tu...maybe Tuhan akan tolong kita...tapi kan dalam solat dan doa aku itu aku tak pernah pun sebut nama si dia...apa yang aku doakan dariNya hanya lah supaya Tuhan mempercepatkan jodoh aku dan memberikan aku gambaran siapa yang bakal mengisi ruang hati aku ini...adalah di sebabkan doa yang aku minta itukah Tuhan menghadirkan si dia dalam mimpi aku...Tuhan menggambarkan si dia lah yang bakal mengisi ruang hati aku nanti...aku tak tahu sama ada aku harus mempercayai semua itu atau tidak...aku bukan hendak menolak kekuasaanNya tetapi aku takut...takut untuk meletak sebarang harapan pada semua ini...aku takut suatu hari nanti apa yang aku hajati tak tercapai dan jugak takut untuk memikirkan bukan si dia yang di ciptakan untuk aku sedangkan hanya si dia lah yang aku inginkan untuk melengkapi hidup aku nanti...

Apa yang mampu lakukan sekarang ini ialah berserah...ya berserah...itu saja yang mampu aku lakukan sekarang ini...aku yang berserah kepadaNya..biarlah Dia yang menentukan siapa jodoh yang Dia ciptakan untuk aku...aku dah penat untuk mencari...sekuat mana pun kita merancang hanya Tuhan saja yang menentukannya...so sekarang ni let's God decide for me coz hanya Dia jer yang tahu apa yang terbaik untuk aku...