Saturday, April 28, 2012

Kalau tengok tajuk pun mesti korang rasa pelik kan...apa plak kaitan biskut ngan citer aku kali ni kan...sebenarnyer kerana biskut tu la aku dapat jumpa dengan si dia sebenarnya...setelah hampir 3 bulan aku tak nampak wajahnya akhirnya hari tu aku dapat jumpa dengan si dia..thanks akak yang jual biskut tu...thanks jugak kat diri aku sendiri sebab tiba-tiba terlintas nak beli biskut tu tuk di berikan kepada si dia...

Tahniah tuk aku jugak sebab perasaan malu aku pada hari tu hilang..apa yang ada dalam mind aku time tu hanyalah untuk berjumpa dengan si dia..tuk tengok muka dan dengar suara si dia..aku rindu kut semua tu...dan kerana kerinduan aku tu la sanggup aku buat kerja gila nie...sanggup aku ketepikan perasaan malu aku tu semata-mata nak jumpa dengan si dia...aduh Ira...apa kena la dengan kau kali nie...begitu sekali kau observe ke atas diri si dia...

Aku pun tak tahu kenapa hari tu mind aku leh terfikirkan akan si dia...hari tu aku bajet nak beli biskut tapi memandangkan 3 tin hanya RM50 dan 1 tin RM 18 so aku decide nak amik 3 tin...kebetulan abang aku ada kat cnie so aku decide nak bagi kat dia 1...2 tin lagi untuk aku la..1 aku nak letak kat ofis dan satu lagi aku nak bawak balik tapi memandangkan aku still lagi dalam diet so aku xleh la nak makan banyak sangat biskut tu...fikr punya fikir alih-alih terlintas nama si dia dalam mind aku...serta merta aku nak amik 3 sebab nak bagi kat si dia 1...giler kan aku...boleh plak nak buat baik dengan si dia...aku harap si dia tak fikir benda lain biler aku bagi biskut tu...aku bagi kat si dia pun bukannya apa...saja nak share rezeki yang aku dapat time tu...tak salahkan nak share rezeki lebih yang kita dapat dengan orang lain..mana la tahu kalau ada lagi rezeki pada masa akan datang...tapi kenapa si dia??? yang tu aku sendiri tak ada jawapan nak bagi..so abaikan soalan tu erk...kalau korang tahu jawapannya bagi tahu aku erkk..hehehhehe

Balik jer opis terus aku skype si dia...tgk skype si dia cam tak online tapi aku mencuba nasib la jugak..kadang-kadang si dia online tapi si dia invi kan si dia punyer status...hari tu kira aku bernasib baik sebab si dia online..aku dah bajet kalau si dia tak online aku nak bagi jer kat abang aku semua...tiba-tiba nama si dia naik menandakan si dia online...aduh time tu biler dah tgk nama si dia naik tu dah rasa cam berdebar la plak...gatai kan..nak bagi tapi hati rasa berdebar....

Terus jer aku tanya si dia sama ada si dia nak tak biskut...si dia cakap la si dia nak tapi nak suh aku hantar kat si dia punyer ofis...oh sorry la erkkk...aku tak kan naik ofis si dia sebab time tu aku dah nak balik..so malas la nak naik sampai ofis si dia kat menara tu...direct jer aku cakap kalau nak sila turun amik kat bawah..aku akan tunggu kat bawah coz aku dah malas nak naik...si dia pun ok jer...xkan la si dia nak tolak kan sebab dapat makanan free confirm si dia tak akan tolak punyer...actually si dia ni lebih kurang kedekut la...tak tahu la nak letak ckit ke banyak lepas perkataan kedekut tu..tapi kalau dapat makanan free laju jer...

Dalam kul 7 aku baru kuar dari opis aku dan terus ke menara...dah alang-alang ada kat menara so aku plan nak separatekan ckit duit yang masuk dalam acct cimb aku tu ke bank islam...at least xder la nampak cam kaya sangatkan..aku ni jenis xleh tgk duit banyak dalam acct tu sebab aku rasa sayang nak draw kalau dah tgk banyak sgt...hahahahha...giler la aku nie..sejak dari dulu lagi cam tu...biler semua duit dah aku transfer aku pun call si dia..nak call awal2 kan takut si dia kena tunggu lama plak...lepas semua settle aku pun call la si dia...call punyer call si dia tak angkat..time tu aku dah naik hangin dah...dah la time tu dah nak maghrib..aku plan biarla sempat aku solat kat umah...banyak kali jugaklah aku call si dia sampai aku rasa naik fed up..sempat jugak aku menyumpah dalam hati..hahahahhaa..

Lepas dalam 5 atau 6 kali aku call si dia still lagi tak angkat..aku pun terus msg si dia...kalau si dia nak turun amik kat bawah skrg dan kalau si dia tak nak aku nak balik....lepas hantar mesej jer si dia diam tak reply..dalam hati memang panas giler kut..dah la call tak dapat..mesej pun tak reply...dalam 5 minit aku tunggu...mencuba nasib untuk kali terakhir...akalu tak dapat jugak aku rela balik dari tunggu kat situ...dalam 3 kali deringan si dia pun pickup phone tu...nak jer aku sembur time tu tapi memandangkan saper la aku nak marah-marahkan si dia..so aku diam jer la..aku suh si dia turun sekarang jugak sebab aku dah ada kat bawah...time tu kan aku rasa hati aku dah berdebar-debar dah...tak tahu nak cakap per nanti kalau jumpa ngan si dia...aduhhhhhhhh...time ni la plak perasaan malu tu datang bertandang..kenapa la sebelum aku buat keputusan tu aku tak fikir perasaan malu nie....time tu rasa cam nak jer sorok muka aku tpi nak buat cam ner kan...semuanyer dah terlambat...time tu aku dah ada kat menara...si dia pun aku dah call dan si dia pun dah on the way turun ke bawah....

Dalam 5 minit aku tunggu akhirnya aku nampak si dia berjalan kemari...dari jauh nampak si dia lain tapi biler di perhatikan cara si dia berjalan baru aku yakin yang itu memang si dia....hati aku time tu hanya Tuhan jer yang tahu betapa kuatnya debaran tu...aduhhhhhhh...time tu jugaklah aku mintak ngan Tuhan supaya ghaibkan aku dari pandangan si dia...malu siottttttt....tak pernah dibuat dek orang pun sebelum nie..gilr bagi something kat boy...aduhhhhhhhh..malu yang teramat kut...

Wednesday, April 25, 2012

Terlalu banyak sebenarnya kenangan manis yang terjadi antara aku dengan si dia sampai aku dah tak tahu nak post kan dah yang mana satu...apa yang aku leh concludekan kat cnie yang semua benda terjadi antara aku dengan si dia semuanyer kenangan manis...kalau ada yang pahit sekalipun ianyer tidak mampu menandingi yang manis...

Semua kenangan yang terjadi antara aku dengan si dia akan aku simpan kemas dalam kepala aku....even aku dengan si dia tak ditakdirkan untuk bersama sekalipun semua kenangan itu aku tak akan sesekali menghapuskannya...biarlah ianyer menjadi kenangan untuk aku dengan si dia...sekurang-kurangnya aku tahu yang dulu aku pernah suka kan seorang lelaki even cinta aku tak berbalas...

Aku tak tahu apa yang dah terjadi dengan aku nie...apa perasaan aku terhadap si dia pun aku dah tak pasti sekarang ni dan apa yang aku pasti la...aku nak hanya si dia jer yang menjadi teman aku..tu jer yang aku pasti yang aku nak dari si dia...tak ada yang lain aku mintak selain dari tu...kalau orang kata ku nie gila..ya memang aku gila...aku gila kan si dia yang berada jauh dari jangkauan aku...aku pun tak pasti sama ada aku mampu untuk menggapainya ke tak...selagi aku bernafas atas muka bumi ini...selagi aku ada peluang untuk menggapai si dia...aku akan berusaha sehabis mungkin untuk menggapai si dia supaya si dia menjadi milik aku...tak kira betapa banyak onak dan duri yang perlu aku tempuh, betapa dalam sekalipun laut dan betapa tinggi sekali pun gunung tersebut....aku sanggup lakukan semua tu janji si dia akan jadi milik aku....YA memang aku gila sekarang nie...gila kerana cuba untuk memiliki lelaki yang aku sendiri tak tahu apa perasaannya terhadap aku...mungkin aku hanyalah kawan sahaja di mata si dia...

Kata orang kalau kita jumpa dengan orang yang telah ditetapkan menjadi jodoh kita...kita akan rasa berdebar-debar...adakah betul si dia dijodohkan untuk aku sebab setiap kali nama si dia keluar tak kira la di mana-mana sekali pun perasaan itu datang...even nama si dia keluar dari online skype pun aku dah rasa berdebar di tambah plak kalau si dia berskype dengan aku...lagi la debaran tu aku rasa..itu pun baru melalui skype...tak kira lagi kalau aku berjumpa or terjumpa dengan si dia...maybe time tu jantung aku dah meloncat keluar dari tubuh aku kut...hehehhehehe...betapa kuatnyer penangan perasaan aku terhadap si dia sehinggakan jantung aku pun leh terloncat keluar kut...

Dulu aku pernah sukakan seorang lelaki..tu pun cinta sebelah pihak jugak....kalau nak dibandingkan debaran yang aku rasa terhadap lelaki tu pada masa itu dan debaran yang aku rasa terhadap si dia pada masa kini....si dia lah yang menjuarai nya....kerana debaran aku terhadap si dia memang tak ada tolak bandingannya...kerana debaran yang tak kuat itulah akhirnya aku dengan lelaki tersebut putus hubungan..sampai sekarang we all tak jumpa dan tak bersembang macam dulu-dulu lagi....dulu dia pernah menyatakan hasrat untuk couple dengan aku tapi disebabkan time tu aku still lagi belajar dan fikiran aku still lagi tak matang...aku anggap semua itu hanyalah gurauan dari dia...kalau la dulu semua itu aku tidak menganggap ianya gurauan pasti time ni aku dah menjadi milik dia kan...alangkah bodohnya aku time tu kan...tapi tu la..saper la kita nak tentukan semua itu...kerana Tuhan telah menetapkan semuanya untuk kita...maybe ada hikmah disebalik semua ini...maybe Tuhan nak kenalkan aku dengan si dia sebab itulah Dia tak buka kan pintu hati aku untuk menerima lelaki tersebut pada time tu...dan maybe jugak aku tak akan kenal dengan si dia...cantik betul peraturan yang Tuhan tetap kan untuk aku...kerana menolak hasrat lelaki tersebut suatu masa dulu kini aku kenal dengan si dia...sekarang ini hanya si dia saja yang mengisi ruang hati aku...

Aku tak pernah menangis disebabkan lelaki kecuali family aku jer...almaklumlah dalam 6 orang adik beradik aku tu hanya aku sorang jer yang perempuan..semuanyer lelaki..so per lagi..jadi mangsa buli la aku tapi nasib baik aku anak ke-2 so aku dikira kakak kepada mereka semua...even aku mempunyai ramai kawan lelaki tetapi tak ada sorang pun yang berjaya membuatkan air mata aku mengalir tetapi si dia...si dia lah orang pertama yang berjaya membuatkan air mata aku mengalir...terima kasih kepada si dia aku ucapkan kerana telah berjaya membuatkan air mata aku mengalir...aku pun tak tahu kenapa aku boleh menangis kerana si dia...hanya kerana sikap si dia saja sudah membuatkan aku mengalirkan air mata..tak ditambah lagi dengan kata-kata yang si dia ucapkan...hanya si dia yang mampu membuatkan air mata aku begitu murah sekali untuk mengalir...cukup hebat penangan cinta aku terhadap si dia kerana setiap kelakuan yang dia lakukan yang menyakitkan mata dah hati aku...aku mengalirkan air mata...aku benci dengan situasi tersebut...


Sebolehnya aku tak mahu untuk mengalirkan air mata sedikit pun kepada si dia..aku tak nak si dia menganggap aku lemah biler si dia tengok air mata yang mengalir di pipi aku...

Ni kenangan manis tuk kali ke-3 antara aku dengan si dia...tapi xder la semanis madu...hanya semanis gula...aku tak sure la plak kalau bagi korang semua yang benda ni tak ada la sangat yang boleh buat ianyer menjadi kenangan manis...ehhhhh...itu bagi korang ok tapi bagi aku semua benda yang terjadi antara aku dengan si dia semua aku anggap kenangan yang paling manis yang terjadi dalam hidup aku...semuanyer sekali...tak kira la time suka or duka...semuanya manis bagi aku...hahhahaha

Aku anggap ia nyer kenangan manis sebab setiap petang pukul 5.30 pasti si dia akan datang dan duduk kat sebelah aku...biler saja kawan aku tu balik terus si dia datang dan duduk sebelah aku..aku pun tak tahu apa point si dia datang dan duduk sebelah aku pada time dan tika tu...kadang-kadang aku suka dengan situasi tu dan kadang-kadang situasi tu jugak boleh membuatkan aku hangin...bayangkan kalau kita dah nak pack semua barang kita nak balik tiba-tiba ada orang datang dan tanya kita pasal kerja...time tu memang la hangin tetapi memandangkan si dia yang datang bertanya dan duduk sebelah perasaan hangin tu reda la sikit...dalam marah pun perasaan sayang terhadap si dia tetap jugak ada...so nak tak nak kena la jugak layan kan..kerana perasaan sayang tu yang buruk pun boleh jadi baik...semua tu dah tak pandang dah biler si dia duduk di sebelah...time tu perasaan suka plak yang datang menggantikan perasaan hangin tu...semuanyer jadi indah buat aku...

Boleh di katakan setiap hari si dia akan datang duduk sebelah aku selepas ofis hours...tak kira la hari tu ada UAT ke tak...yang pasti si dia akan datang jugak duduk sebelah aku...biler mana jer kawan aku tu angkat punggung nak balik terus si dia datang duduk menggantikan kawan aku tu....yang aku hairan even tak ada benda sangat yang ingin di tanya si dia still lagi duduk sebelah aku...dan yang menghairankan aku lagi biler si dia tiba-tiba datang dan duduk jer sebelah aku...time tu terbantut semua kerja yang aku nak buat...tak kan la aku nak blah awal lagi kan sedangkan si dia dah datang duduk kat sebelah aku tu...aku bukan apa...kalau ikut hati nak jer balik tetapi memandangkan ada benda yang si dia nak tanya so aku terpaksa la stay lagi kat situ...biler dah agak lama aku tengok si dia duduk sebelah aku tanpa ingin membuka mulut bertanya kan semua benda tu lantas aku tanya si dia balik...ada apa-apa yang nak aku tolong ker...si dia cakap bagi masa ckit kat diri nyer coz ada kerja yang si dia nak settlekan dulu...nak tak nak aku bagi jer si dia buat kerja dulu tapi biler dah makan masa setengah jam asyik buat kerja dia jer...aku per lagi terus packing semua barang aku tuk balik la...tak nak la aku duk berlama-lama kat ofis lagi...time tu baru si dia mula bertanyakan soalan kepada aku...time-time aku nak balik baru nak tanya...kerana sayang punya pasal layan jer la...tapi dalam hati marah tu tetap ada cuma tak tunjuk jer...

Semakin lama aku dah semakin lali dengan cara kerja si dia....dari awal-awal si dia tak akan datang bertanya...biler dah sampai waktu balik baru si dia akan datang bertanya...biler jer aku tengok si dia bangun dari tempat si dia aku dah dapat agak yang si dia akan datang ke tempat aku...mesti ada benda yang si dia inginkan dari aku...dan time tu la aku dapat rasakan yang aku akan balik lambat lagi la kali nie...tapi kerana perasaan sayang aku terhadap si dia aku tetap terima kedatangan si dia ke tempat aku....sanggup balik lewat janji aku dapat duduk bersebelahan dengan si dia...even tak ada kerja sekalipun aku sanggup jugak stay...

Betul la kata orang yang kuasa cinta ni memang hebatnya...kerana kuasa cinta jugaklah boleh membuatkan orang pandai menjadi bodoh...aku rasa aku lah orang yang bodoh itu...kerana sayang kepada si dia aku sanggup stay kat ofis sedangkan aku tahu yang sayang dan cinta aku itu terhadap si dia hanya cinta sebelah side sahaja...tapi tak mengapa lah...even sebelah side sahaja aku tetap gembira sebab akhirnya kerana si dia aku kenal erti sayang dan kerana si dia jugaklah aku tahu macam mana rasa berdebar nya hati biler orang yang kita sayang datang duduk sebelah kita atau datang menyapa kita...kerana si dia lah aku dapat merasakan semua itu...itu pun dah cukup membahagiakan aku...terima kasih aku ucapkan kepada Tuhan kerana menghadirkan si dia dalam hidup aku...terima kasih jugak kerana menemukan aku dengan si dia..even kami bukan ditakdirkan untuk bersama tetapi aku sudah cukup bahagia mengenali si dia dalam hidup aku....terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada Tuhan kerana menurunkan si dia untuk aku mengenalinya...Terima kasih Ya Allah....

Monday, April 23, 2012

Sekarang ni aku nak continue yang citer kenangan manis aku tu...first kenangan manis dah aku citerkan dengan panjang lebar...dan yang nie plak kenangan manis tuk kedua kali antara aku dengan si dia....kenangan ini berlaku pada hari pertama UAT itu berlangsung...malas sebelum tu dah la si dia sanggup temankan aku buat kerja sampai siap pastu leh plak si dia hantar aku balik umah...so malam keesokannya tu plak si dia still lagi tunggu aku buat kerja kat ofis...

Alahaiiiii...terharu rasanya kerana si dia sanggup stay semata-mata nak temankan aku sedangkan malam tu si dia terpaksa pergi ke hospital sebab nak tengok kakak si dia yang ditahan kat wad...aku dah banyak kali suh si dia balik dulu sebab aku leh jer buat benda ni sorang-sorang...lagipun kalau si dia ada sekalipun bukannya si dia leh bantu aku pun...just sekadar duduk sebelah dan temankan aku buat kerja baik tak payah la kan...aku dah banyak kali suh si dia balik coz aku tahu yang malam tu si dia ada hal tapi si dia cakap tak per la...dalam kul 11 lebih baru la si dia gerak dulu sebab memang time tu si dia betul-betul kena pergi hospital...aku dah cakap ngan si dia awal-awal lagi kut...kalau betul-betul urgent pergi la kan...pastu si dia tanya aku plak...kalau aku stay sampai lewat malam cam ni aku nak balik cam ner...aku cakap la...xper la aku boleh call cousin aku yang duk sungai besi tu...si dia pun cakap ok la kalau cam tu gak then lepas tu si dia pun terus balik...sebelum si dia balik tu sempat lagi si dia ingatkan aku suh call si dia if anything happen...kalau cousin aku tak datang pun si dia suh call...aku iyer kan saja coz aku sure yang cousin aku tu akan datang..setelah 15 minit si dia balik aku terus call cousin aku...dah tak tahan kut duk kat ofis sorang-sorang dalam keadaan yang sejuk...

Dalam perjalanan balik umah tu si dia ada mesej aku bertanya kan status kerja tu ok ke tak...aku tak perasan pun mesej dari si dia...sedar-sedar ada mesej pun biler aku dah sampai kat umah...sampai jer kat umah aku terus bukak laptop nak check balik kerja yang aku buat tadi tu dah done ke belum...biler on jer laptop tu terus dapat skype dari si dia bertanyakan kerja aku tu ok ke tak...then terus jer aku jawab tak ok...time tu memang aku dah give up giler kut..rasa dah malas nak buat kerja time tu..bayangkanlah dalam kul 12 tghmlm tu still lagi buat kerja kut...time tu mata aku dah penat giler dan aku rasa nak tidur jer tapi memandangkan keesokannya aku ada UAT aku terpaksa gagahkan jugak diri aku tuk settle kan semua tu..penat tu memang la penat dan hanya Tuhan jer yang tahu time tu betapa penatnya aku...tapi disebabkan benda ni esoknya aku yang kena present...nak tak nak terpaksa buat jugak...

Aku cakap ngan si dia yang aku dah give up dan malas nak buat semua ni..penat sesangat...pastu si dia pun cakap...tak per la i akan teman u dari sini..i ada kat mc donalds ni tengah tunggu kakak i...alahaiiiii...time tu terharu giler kut...sanggup dia nak teman aku even dari jauh...nak tak nak terpaksa jugak aku settlekan benda tu sorang diri..dalam kul 2 pg baru benda tu siap sepenuhnya tapi untuk meverifykan semua tu aku dah tak larat...sekarang aku main redha jer apa yang akan jadi dengan UAT esoknya...siusly aku cakap memang aku dah tak larat time tu...alih2nya aku tertidur dengan laptop yang masih lagi terpasang...pagi esoknya baru aku tutup aku punya laptop...even tidur lambat tapi aku still lagi masuk kerja awal..so kena bangun awal jugak la...penat dan mengantuk tak payah cakap la time tu...

Itulah dia kenangan manis yang ke-2 yang terjadi antara aku dengan si dia...even sekejap saja benda tu terjadi tetapi bagi aku ianyer cukup manis sekali...si dia sanggup teman aku even si dia ada hal yang lain..terharu sesangat...huhuhuhu...baiknya hati si dia kan sampai sanggup tunggu aku...kalaulah time tu aku ngan dia couple aku rasakan memang time tu merupakan time yang cukup sweet sekali dalam hubungan kami nanti...sanggup stay semata-mata tak nak aku bersendirian buat kerja even si dia tak ada kerja yang nak kena buat....tapi sayang semua tu hanya dalam angan aku jer...tak tercapai di dunia nyata...

Wednesday, April 11, 2012

Tiba-tiba jer datang mood rajin ari nie nak post something kat cnie...kalau nak dikira la kan..aku ni bukanlah orang yang rajin nak taip menaip sebenarnya tetapi disebabkan tak nak bagi blog ni bersawang so terpaksa la aku merajinkan diri aku untuk menaip semua benda yang terjadi dalam hidup aku..tak kira la happy ke sedih ke...janji ada cerita yang boleh aku ceritakan kat sini..xder la blog ni bersawang nanti...dulu nama blog ni Pahit Maung Kehidupan (kalau tak silap) tapi sekarang ni blog ni dah bertukar nama menjadi Saat Hati Berbicara Tentang Cinta...sebab apa nama blog ni cam nie..sebab dalam blog ni banyak cerita-cerita cinta yang aku post kan kat sini..cerita cinta antara aku dengan si dia..even cinta bertepuk sebelah tangan sekalipun aku tak kisah janji aku leh kongsikan kat sini...

Banyak kenangan manis yang terjadi antara aku dengan si dia pada tahun lepas..semua kenangan-kenangan tu tak mampu aku lupakan walau sebesar kuman sekalipun...even benda ni dah berlalu lebih kurang 7 bulan yang lalu tetapi semuanyer still lagi segar dalam minda ku ini...rasanya benda ni macam baru jer berlaku kepada aku...

Aku tak ingat bulan berapa aku start kenal si dia...apa yang aku ingat, first time aku jumpa dia biler aku diberi kerja oleh Kavitha untuk test satu defect...time tu order yang aku buat tu tak boleh nak submit dan aku terpaksa menghantar email kepada seorang apps team dari ACN untuk solve kan benda ni...dan apps team tersebut ialah si dia...dari situ la aku kenal si dia...tapi that time aku dengan si dia tak rapat sangat..hanya biler ada issue baru aku akan cari si dia...kalau tak kami ibarat orang asing yang tak kenal antara satu sama lain...makin lama aku bekerja dengan si dia makin rapat hubungan kami dan aku tahu bagi si dia hubungan ini hanyalah berlandaskan kerja sahaja...kerana aku merupakan client bagi si dia...dan dari situ la bermula nyer gosip cinta antara aku dengan si dia yang mula di hebohkan oleh kawan-kawanku yang lain...aku bernasib baik sebab gosip ini tak sampai ke telinga si dia...gosip ini hanyalah antara kami-kami semua jer....mulut aku jer menafikan semua itu tetapi hati aku mengiyakannya...aku cukup gembira sekali biler semua kawan-kawanku menggosipkan aku dengan si dia..dari situ la perasaan sayang aku terhadap si dia mula bercambah...aku pun tak sedar sebenarnya tetapi lama kelamaan biler si dia datang saja menghampiri aku, aku rasakan debaran yang cukup kuat melanda hati aku..

Aku sangkakan hubungan aku dengan si dia akan tamat begitu saja kerana aku terpaksa berpindah ke level yang lain setelah company aku membuat rombakan besar-besaran kepada structure company...setelah rombakan berlaku aku di assignkan untuk join team yang lain iaitu team billing...disebabkan my new bos ada di tingkat bawah so aku terpaksa berpindah ke tingkat bawah...time tu hanya Tuhan jer yang tahu bagaimana perasaan aku biler aku terpaksa berpindah ke bawah...aku rasa sangat-sangat sedih sebab aku tak akan dapat lagi melihat si dia...tetapi aku dikira bertuah lagi sebab telah terpilih untuk join last project dari nova...project yang dinamakan R3L3 atau SOLO...last project for NOVA...dan yang lebih menggembirakan hati aku biler aku dilantik menjadi leader untuk B2C bersama-sama dengan sorang lagi member aku...pada mula nya aku menentang sekeras-kerasnyer perlantikan kerana aku rasa yang aku memang tak layak untuk menjadi leader tambahan plak aku dikehendaki bekerja denga Kavitha yang of course nya aku terpaksa speaking dengan dia kerana dia foreigner...almaklumlah that time my english memang broken sesangat...setelah dipujuk oleh bos aku akhirnya aku pun setuju untuk menggalas tanggungjawab itu tetapi aku bersyukur sebab member aku yang sorang lagi tu banyak membantu aku dalam melaksanakan tanggungjawab ini...love u friend..

Setelah hampir 2 atau 3 bulan berada di tingkat bawah akhirnya aku dipanggil balik untuk naik ke tingkat atas...tingkat lama ku dulu..bermakna time tu aku dengan si dia akan berada di tingkat yang sama semula...disebabkan SIT untuk SOLO nak start dah tak lama lagi..bos lama aku mengesyorkan kami semua naik ke atas kembali kerana bagi dia senang untuk kami bekerja atau communicate dengan semua ACN yang join project nie..semua ACN testing berada di tingkat atas dan kami juga terpaksa naik semula ke atas...time tu rasa dah jadi cam bola...biler tak nak ditendang dan biler nak dikutip balik...sepanjang aku berada kat bawah tidak pernah sekalipun aku melupakan si dia...si dia sentiasa bermain dalam minda aku...even aku berada di bawah aku still lagi leh tengok si dia..si dia kadang2 turun untuk jumpa apps team yang lain...kadang-kadang si dia ada jugak turun mencari aku kerana time tu sorang lagi member aku tu cuti kahwin...aku masih lagi ingat first time dia datang cari aku tika itu aku berada di tempat Y...time tu Y cuti bersalin..disebabkan tak nak duk sorang-sorang dikepulauan lain aku duk sebelah A...time tu aku terpaksa tolong A tuk test something sementara Y naik semula..itu pun tak lama...dan time tu aku tak terfikir langsung yang si dia akan datang mencari aku...lupa la plak apa yang si dia tanya aku time tu...bermula dari situ acap kali jugak la si dia datang mencari aku...

Dalam bulan 8 kalau tak silap aku SIT bermula...time tu aku ngan 2 orang lagi member aku ni cukup-cukup busy untuk test semua scenario yang telah di assignkan untuk we all semua...time tu kami still lagi kat bawah...kita orang selalu dikejar oleh Cik K untuk mengcompletekan task yang kita orang dapat sebab nak mencapai peratus supaya our percentage for B2C tak menjadi merah...kerana tu la we all selalu di pushkan oleh mereka semua...dalam SIT ongoing Cik K tiba-tiba mengambil cuti untuk pulang ke kampungnya..kalau tak silap dalam 2 minggu jugaklah Cik K bercuti...dan sepanjang Cik K bercuti si dia lah yang amik alih kerja Cik K..selalunyer Cik K yang turun ke bawah tetapi kini si dia yang turun ke bawah...dulu disebabkan lama tak nampak si dia perasaan aku dah kembali tenang dan aku sedikit sebanyak dapat melupakan si dia tetapi sejak si dia mengambil alih kerja Cik K...perasaan aku terhadap si dia kembali bertamu di hati aku ini...aduhhhh...time tu la aku rasa cam nak jer meraung ngan perasaan ini...kenapa la perlu si dia yang amik job ni dari Cik K...semakin kerap si dia turun kebawah semakin dalam perasaan ini kepada si dia...setiap kali si dia datang menjengah kami di bawah untuk bertanyakan status tiap kali itu jugaklah hati aku berdebar tak menentu...terasa macam ianya ingin meloncat keluar dari tubuh aku ini...even si dia tak officially datang tempat aku tetapi aku tetap jugak dapat rasakan debaran itu...debaran makin terasa apabila setiap kali si dia duduk di antara aku dengan member aku itu...kerana tak tahan menahan debaran yang melanda hati ini aku mengambil keputusan untuk berada jauh dari si dia...aku membawa diri aku ke tanda untuk menenangkan debaran di dada ini...aku tak mahu si dia nampak apa yang aku rasa time tu...

Sepanjang bermula nya SIT tu....aku acap kali jugak terpaksa balik lewat malam...kadang2 sampai pukul 9 malam baru aku balik ke rumah...kerana ingin menyiapkan kerja semata-mata...setelah SIT dah nak menghampiri dateline dia...kami diarahkan untuk pindah ke atas...biler kami berada di atas makin banyak la kerja yang kami kena buat coz sekarang ni kami berada di depan mata mereka semua...dan berada di atas jugak memberi peluang untuk aku dan si dia berjumpa dengan kerap...kekerapan itulah membuatkan hati aku kembali berbunga riang dengan bunga-bunga cinta untuk si dia...

Sekarang tibalah masa untuk UAT...hari last SIT aku terpaksa menyiapkan semua test data untuk di presentkan kepada user keesokannya...sebelum UAT sebenar berlangsung we all semua ada rehearsal presentation untuk semua itu...disebabkan si dia tak pernah join mana-mana UAT sebelum ini..si dia mengadakan satu rehearsal untuk semua itu...nak tak nak aku terpaksa mendemokan part kerja yang aku pegang iaitu journaling and reporting...aku tak tahu kenapa aku ditugaskan untuk memegang journal dan report tu...aku pernah tanya ngan semua orang kenapa mesti aku yang pegang benda tu lagi...dan jawapan yang aku dapat ialah kerana aku merupakan master dalam bidang tersebut...actually aku bukanlah master dalam journal ngan report tetapi disebabkan selama 3 release aku pegang untuk journal ngan report itu so aku ditugaskan untuk memegangnya sekali lagi untuk last project ini...nak tak nak aku terpaksa mengambilnya tetapi aku telah meletakkan syarat kepada semua...syarat yang aku letakkan ialah...setiap orang perlu test dari awal sampai akhir...maksudnya dari order creation sampai la reporting...sebab we all dah agihkan saper yang kena test tuk product yang ni dan saper yang kena test tuk product yang tu..so dia orang semua kena bertanggungjawab untuk buat semua itu...aku tak kisah kalau kena run semua job itu tetapi untuk mendemokannya aku tak mahu...itulah syarat yang aku letakkan dan semua orang bersetuju...

Sehari sebelum UAT berlangsung...aku perlu menyiapkan semua test data starting from order creation until reporting...hanya aku yang perlu lakukan semua itu...nasib baik la just untuk new install jer tetapi disebabkan user nak tengok end to end so aku terpaksa test dari awal sampai akhir...sangat-sangat memenatkan kerana untuk membuat order creation ianya memakan masa dalam 2@3 jam untuk completekan satu order...dan hari tu jugaklah aku kena run tuk journal semua bagai..untuk run journal saja dah memakan masa selama 3 jam tak termasuk lagi dengan report...bayangkan kalau aku terpaksa run 3 journal dan 4 report..berapa total masa yang aku perlukan untuk siapkan semua itu...sampai ke malam aku run semua itu berseorangan..nasib baiklah si dia still lagi ada memenami aku...time tu aku dengan si dia berada dalam bilik meeting setelah rehearsal yang kita orang buat tamat...dalam sedar tak sedar masa berlalu dengan cepat sekali...hari sudah semakin larut..kerja aku still lagi tak siap...sorang demi sorang meninggalkan aku...semuanyer balik awal...dan time tu hanya aku dengan si dia jer yang tinggal...si dia sentiasa lagi menemani aku even si dia tak pernah lekat kat dalam bilik tetapi sekali sekala si dia masuk jugak...aku tau si dia tak selesa duduk berdua-duaan dengan aku dalam bilik itu...aku tak menghalang kalau si dia ingin keluar dari bilik tu...

Perkara yang paling menyakitkan hati aku biler journal yang aku run tu ada error...dah la time tu dah tengah malam..confirm la tak ada orang nak tolong tengokkan...sebelum ni aku liase ngan N tapi time tu confirm dia dah balik...aku tanya si dia boleh tak benda ni buat esok..si dia cakap tak boleh sebab takut tak sempat...nak tak nak aku emailkan jugak error tu kepada N...dalam bilik meeting tu kedudukkan kami agak dekat la..sebab setiap kali si dia bangun dari kerusi..kerusi si dia mampu menolak kerusi aku...dan yang paling mendekatkan lagi kedudukan kami biler setiap kali ada issue yang aku nak tanya si dia..si dia datang lagi dekat sehinggakan jarak pemisah antara kami tak sampai pun 2cm...kadang-kadang sampai bahu aku terlanggar bahu si dia dan kaki aku tersentuh kaki si dia...time tu debaran di dada tak payah cakap la..nak tak nak aku terpaksa menjarakkan sedikit tubuh aku dari si dia...tak nak la nanti kalau ada orang tengok menjadi fitnah la plak...dalam pukul 12 malam baru semua kerja aku settle..tu pun dengan bantuan N la..nasib baik la N sudi membantu aku malam tu...N tu baik sebenarnya...dia sudi nak hantar aku balik ke rumah time tu sebab aku takut si dia tak nak hantar aku balik..si dia memang la ada pelawa untuk aku tumpangnya...mula-mula aku tolak sebab aku tak nak susahkan si dia tetapi si dia cakap tak per sebab umah aku on the way nak balik ke umah dia sebenarnya...nak tak nak aku sanggup la tapi dalam tu aku mencuba nasib ngan orang lain jugak...aku bukan per...tak selesa la nak balik ngan si dia tengah-tengah malam cam tu...memang la aku percayakan si dia tetapi aku tak percayakan diri aku nie...orang yang kita suka tiba-tiba pelawa kita balik bersama saper yang tak happy kan...of course la aku happy tetapi memandangkan si dia orang yang aku suka membuatkan aku berasa tak selesa untuk berdua-duaan dengan si dia dalam kereta tersebut...so nak tak nak aku mencuba nasib dengan N dan N sudi nak menghantar aku balik...biler semua kerja dah settle sekali lagi si dia mengajak aku untuk pulang sekali dengannya...nak tak nak aku terima la jugak sebab kalau nak tunggu N lambat lagi dia nak balik...lagi satu dia tak kenal jalan nak kerumah aku...aku boleh jer guide dia tapi kesian plak dia kalau nak balik nanti..tak pasal-pasal dia plak sesat...so disebabkan tak nak menyusahkan N aku balik jugak dengan menumpang si dia..dalam hati Tuhan saja yang tau apa perasaan aku time dan tika itu...

Biler aku dah siap pack semua barang aku dalam beg aku tunggu si dia depan lift sambil-sambil tunggu lift terbukak...tiba-tiba lift berbunyi dan pintu lift pun terbuka dan time tu jugaklah aku dengar si dia panggil nama aku...aku assume yang si dia bimbang kalau aku balik tak tumpang dia...dalam lift tak banyak benda aku bualkan dengan si dia sampai la ke tempat parking kereta..time tu si dia park keta kat D6...fuhhhh jauh giler tu...tingkat bawah sekali tu..dah la si dia jalan cepat sampai tak terkejar aku...sunyi giler kut kat parking tu...terasa seram la jugak..tak dapat bayangkan kalau aku balik time tu dan sorang-sorang plak kat sini...uissshhh..naik meremang bulu roma ku biler fikirkan benda tu...akhirnya sampai jugak aku kat keta si dia...fuhhh...si dia pakai keta Honda kut...cantik siot...dalam hati aku bangga jap sebab akhirnya aku dapat naik jugak keta idaman aku...even keta orang lain tapi aku tak kisah janji aku dapat naik keta idaman aku...keta dia kaler itam...time tu lupa plak nak tgk no plat keta dia...yg sempat aku tgk ialha WSU dan yang lain tak sempat nk tgk...rasa nyesal jugak tak tgk no keta dia...mana la tahu lain kali leh ushar ker....biler masuk dalam keta tu lagi la aku kagum ngan keta si dia tu...bukan stakat luaran jer yang cantik malah dalam pun cantik jugak kut...aku dapat bayangkan yang si dia ni memang pembersih orangnya...keta dia memang bersih giler kut..kalah keta aku...lama jugaklah aku dengan si dia berada kat parking bawah tu...si dia nak panaskan enjin keta dulu...time tu aku dah rasa tak sedap hati dah sebab lama giler kut we all duk berdua-duaan kat bawah..takut benda lain plak yang jadi...almaklumlah tempat yang sunyi dan tak ada orang semua benda leh jadi kan...dalam hati aku tak sabar rasanya nak suh si dia gerak...

Dalam pada tu sempat jugak si dia bergurau yang si dia hanya mampu pakai Honda jer bukan Ferrari..dalam hati aku Honda ada class per..mahal kut nak bayar Honda ni...aku sendiri pun tak mampu lagi nak pakai Honda nie..tapi nak kisah apa kan...gaji si dia mahal kalau nak dibandingkan dengan gaji aku nie...dalam 15 minit jugaklah we all duk berdua-duaan dalam keta tu dan akhirnya kami pun bergerak meninggalkan parking lot tersebut...dalam hati kembali lega sebab akhirnya aku kuar jugak dari parking tu...ikut hati nak jer duk lama-lamakan kat situ tapi biler difikirkan akan musibah yang akan terjadi baik tak payah nak ikutkan sangat kata hati...sebolehnya elok la di elakkan sebelum ianya terjadi....time sampai kat palang untuk kuar dari parking tu aku rasa cam nak nyorot jer ke bawah..tak nak bagi penjaga palang tu nampak aku...mana la tahu kut-kut dia cam ke aku...satu jer yang aku tak suka dengan si dia...si dia suka merokok..dalam keta pun si dia merokok..memanglah si dia bukak cermin tapi aku tak suka orang yang merokok dalam keta nie...aku rasa cam tak boleh nak bernafas kalau ada orang merokok dalam keta...nak tunggu si dia habiskan rokok tu bukan main lama lagi kut...nak tegurkan terasa tak sampai ati sebab aku ni penumpang jer kut...kan tak pasal-pasal kena tinggal kat tepi jalan kan...haru aku nak cari transport nak balik time tu...kalau tinggal kat jalan yang ada taxi stand ok gak tapi  bayangkan kalau tinggal aku kat jalan yang tak ada keta yang lalu...kalau ada pun sebuah dua jer...fuhhhhhh seram beb...

Aku ingatkan si dia akan menggunakan jalan yang sama yang aku guna ketika aku balik kerja biler aku drive...upa-upanya si dia guna jalan yang lain..si dia ambil jalan ikut hospital pantai...si dia cakap malas nak lalu jalan setapak takut jem...setahu aku la jalan tu kalau dah tengah-tengah malam cam nie mana jem lagi kut...rasanya dalam kul 9 pun dah clear kut...aku diam jer tak membantah biler si dia guna jalan yang lain tapi ok jugak kut sebab aku leh kenal jalan lain lagi tuk balik umah selain dari jalan yang selalu aku guna tu...tapi aku rasa la kan...jalan yang si dia gunakan tu mengambil masa yang agak lama kut nak sampai...sepanjang perjalanan aku nampak hanya umah-umah yang besar jer sepanjang laluan tu...aku sendiri pun tak leh nak ingat jalan mana yang si dia gunakan coz banyak sangat selekoh yang si dia masuk tapi yang pasti umah kat sana semuanya besar-besar belaka...tak banyak yang kami bualkan dalam keta time tu sebab aku tak tahu nak bualkan apa dengan si dia...time tu yang mampu aku buat pandang jer ke luar tingkap dan tengok umah yang besar-besar...dalam hati terselit sempat lagi menyimpan angan-angan...alangkah indahnya kalau suatu hari nanti umah sebesar dan secantik tu menjadi milik aku..dengan ada nya plak si dia di sisi aku ini sebagai ketua keluarga aku nanti...jauh giler kut angan-angan time tu...aku terkejut dari anganku biler si dia mula bersuara bertanyakan tentang kerja yang aku buat sekarang nie...nak tak nak jawab la jugak tapi time tu aku tak pandang pun pada si dia...aku tak mampu la nak pandang si dia sebab aku takut kalau aku pandang si dia nanti benda lain yang jadi plak...ia la kan..kalau kita bercakap dengan orang kita mesti pandang muka dan mata dia kan baru la leh bercakap tapi aku tak sanggup la nak pandang muka dan mata si dia tu..especially tang mata tu la kerana dari mata akan turun ke hati..tu yang aku tak berani nak pandang mata si dia time aku cakap dengannya...

Sepanjang perjalanan banyak jugak yang kami bualkan..dari pasal kerja sampai la pasal life...life tu tak banyak la...tapi yang pasti banyak si dia yang bercakap dari aku...aku tadah jer telinga aku biler dengar si dia membebel dah meluahkan perasaan tak puas hati si dia dengan bosnya itu...kadang-kadang aku ada la jugak menyampuk tapi tak banyak la...aku bagi peluang tuk si dia meluahkan apa yang si dia rasa time tu...aku rasakan perjalanan aku pada malam tu agak memakan masa jugak la sebab setahu aku la kan...kalau aku ikut jalan yang selalu aku guna tu tak sampai setengah jam pun aku dah leh sampai umah kut sebab jalan tuk dah tak jem kut tengah-tengah malam cam nie...tapi jalan yang si dia gunakan ni rasanya dekat ngan sejam jugaklah baru aku sampai umah...aku tak tahu si dia guna jalan yang mana tapi bagi aku teramat lama sekali aku duk dengan si dia dalam keta tu sampai dah tak tahu nak bercakap apa lagi dah...ada kala kami diam dan ada kala kami berbual...itu jer yang kami lakukan sepanjang perjalanan kami...dekat pukul 1 baru aku sampai ke umah....fuhhhh...time tu biler dah masuk selekoh ke umah terasa macam dapat bernafas la ckit...tapi kan time tu jugak rasa cam tak puas jer duk berdua-duaan dengan si dia dalam keta tadi...rasa cam sayu la plak nak kuar dari keta si dia time tu sebab aku tahu lepas ni dah tak ada peluang lagi untuk aku naik atau tumpang keta si dia lagi...ni lah peluang keemasan untuk aku untuk menaiki keta si dia dan berdua-duaan dengan si dia...itulah kali pertama dan kali terakhir aku naik keta dengan si dia dan itulah jugaklah menjadi kenangan yang paling indah yang pernah terjadi dalam hidup aku ini...naik keta dengan lelaki yang kita suka...aduhhhhhhhh...romantiknyer time tu hanya aku saja yang tau....

*to be continue......*

Monday, April 9, 2012

Wahhhhhh...mood aku hari nie berubah kut...dari mood sakit ati dan malas terus bertukar jadi mood happy jer...sanggup stay kat ofis lama ckit kut dari biasa disebabkan mood happy ni...tak tahu kenapa tiba-tiba jer mood aku bertukar dengan drastik nyer...maybe di sebabkan message skype dari si dia kut yang membuatkan mood aku terus bertukar dari sakit ati dan malas menjadi happy sehappy nyer....wah...pengaruh besar kut si dia kepada mood aku..even dapat sembang melalui skype pun aku dah rasa happy kut janji aku still lagi leh contact ngan si dia...walaupun melalui skype tapi aku imagine kan yang si dia berada depan aku..wahhhhh..ira dah giler bayang kut..lebih teruk lagi dah jadi angau dengan si dia...ni dah parah nie sampai cam tu skali kut...confirm tak ada ubat yang leh ubatkan aku tika ni...yang hanya leh sembuhkan penyakit aku ni satu jer cara dia...bawak si dia depan aku..alahaiiiiiiiiii...cutenyerrrrrrr....

[6:40:46 PM] ACN Ikmal Baharudin: ira
[6:40:51 PM] ACN Ikmal Baharudin: bila join camelot?
[6:40:52 PM] ACN Ikmal Baharudin: jadi ke tak?
[6:41:59 PM] (",) Iera: hehehe..
[6:42:04 PM] (",) Iera: u dah masuk camelot ker?
[6:42:09 PM] ACN Ikmal Baharudin: dah la
[6:42:13 PM] (",) Iera: hahaha
[6:42:16 PM] (",) Iera: awal kut masuk
[6:42:21 PM] ACN Ikmal Baharudin: yerp
[6:42:22 PM] (",) Iera: xper u masuk dulu
[6:42:27 PM] ACN Ikmal Baharudin: hahaha
[6:42:31 PM] (",) Iera: nanti semua dah settle i masuk plak
[6:42:37 PM] ACN Ikmal Baharudin: i think u join bila SIT starts
[6:42:39 PM] (",) Iera: tak tahu la biler leh join camelot
[6:42:46 PM] ACN Ikmal Baharudin: oh..
[6:42:52 PM] ACN Ikmal Baharudin: i tau kak ezan akan join
[6:42:57 PM] ACN Ikmal Baharudin: but tak sure bile
[6:43:10 PM] ACN Ikmal Baharudin: amcam kat nova?
[6:43:14 PM] ACN Ikmal Baharudin: semua berjalan lancar?
[6:43:33 PM] (",) Iera: hahahaha..
[6:43:38 PM] (",) Iera: nampak gaya cam ok
[6:43:51 PM] (",) Iera: kemungkinan besar we all pun akan join
[6:44:00 PM] (",) Iera: tapi kena tgk saper yg akan di assignkan
[6:44:06 PM] ACN Ikmal Baharudin: i know.. but i pun tak sure bile
[6:44:08 PM] (",) Iera: sebab kita orang dah masuk testing balik
[6:44:18 PM] ACN Ikmal Baharudin: eh.. kenapa ade testing kat nova?
[6:44:29 PM] ACN Ikmal Baharudin: derang buat testing team for production?
[6:44:34 PM] ACN Ikmal Baharudin: biar benar..
[6:44:41 PM] ACN Ikmal Baharudin: hmm..
[6:44:42 PM] ACN Ikmal Baharudin: weird
[6:44:48 PM] ACN Ikmal Baharudin: :^)
[6:45:18 PM] (",) Iera: memang ada balik la..
[6:45:24 PM] (",) Iera: so i dah tak join billing lagi
[6:45:39 PM] (",) Iera: alhamdulillah dah bebas dari cengkaman billing yang menakutkan nie
[6:45:40 PM] (",) Iera: hahahaha
[6:45:46 PM] ACN Ikmal Baharudin: eh ira..
[6:45:48 PM] ACN Ikmal Baharudin: tolong skit
[6:45:53 PM] ACN Ikmal Baharudin: O2B lagi teruk..
[6:46:03 PM] ACN Ikmal Baharudin: pasal bukan kite yg control
[6:46:11 PM] ACN Ikmal Baharudin: atleast b2c kite control
[6:46:32 PM] ACN Ikmal Baharudin: asal TM postpone go-live nova?
[6:46:34 PM] ACN Ikmal Baharudin: u tau kenapa..
[6:46:38 PM] ACN Ikmal Baharudin: i tatau pun..
[6:46:57 PM] ACN Ikmal Baharudin: i went to training, then someone told me r3solo kene postpone
[6:47:07 PM] ACN Ikmal Baharudin: i tau b2c dah selamat, tak sure la o2b cane..
[6:47:10 PM] ACN Ikmal Baharudin: haha
[6:47:27 PM] ACN Ikmal Baharudin: thanks to you, remi, ali and the rest..
[6:47:29 PM] ACN Ikmal Baharudin: hahahaha
[6:47:41 PM] ACN Ikmal Baharudin: o2b tengah tunggang terbalik..
[6:49:08 PM] (",) Iera: o2b tak settle lagi ker?
[6:49:28 PM] (",) Iera: i dengar daripada kavitha la sebab migration tak settle so dia orang postpone solo tu
[6:49:33 PM] (",) Iera: tak pasti sgt la..
[6:49:35 PM] (",) Iera: betul ke tak
[6:49:36 PM] ACN Ikmal Baharudin: i tatau.. mesti ade sebab kenapa solo jene postpone
[6:49:37 PM] ACN Ikmal Baharudin: oohh yeke..
[6:49:41 PM] ACN Ikmal Baharudin: tak ar..
[6:49:45 PM] (",) Iera: i ingatkan u dah berhenti kerja kut
[6:49:46 PM] (",) Iera: hahahaha
[6:52:03 PM] ACN Ikmal Baharudin: i pergi training for 2 weeks
[6:53:08 PM] (",) Iera: owh pi training...
[6:53:17 PM] (",) Iera: sebab dah lama tak nampak u kat cnie
[6:53:22 PM] (",) Iera: tu yang ingat u dah berhenti
[6:53:29 PM] (",) Iera: mana la thu kan tension kerja kat cnie
[6:53:33 PM] (",) Iera: so berhenti jer la..
[6:53:37 PM] (",) Iera: so cam ner camelot
[6:53:39 PM] (",) Iera: ok ker?
[6:55:25 PM] ACN Ikmal Baharudin: hmm ok kot
[6:55:28 PM] ACN Ikmal Baharudin: early phase
[6:55:33 PM] ACN Ikmal Baharudin: but dah macam tahi
[6:58:38 PM] (",) Iera: y?
[6:59:29 PM] (",) Iera: enjoy tak duk menara?
[6:59:33 PM] (",) Iera: mesti best kan
[7:06:55 PM] ACN Ikmal Baharudin: est?
[7:07:00 PM] ACN Ikmal Baharudin: best?
[7:07:01 PM] ACN Ikmal Baharudin: asal ar?
[7:07:11 PM] ACN Ikmal Baharudin: cam biase je
[7:07:16 PM] ACN Ikmal Baharudin: tade pun beza
[7:10:37 PM] (",) Iera: ntah..
[7:10:46 PM] (",) Iera: rasa cam duk menara lagi best then duk cnie
[7:10:51 PM] (",) Iera: duk cnie tak best
[7:10:59 PM] (",) Iera: i dah tak sabar nak blah dari cnie la
[7:11:09 PM] ACN Ikmal Baharudin: haha..
[7:11:13 PM] ACN Ikmal Baharudin: okok
[7:11:19 PM] ACN Ikmal Baharudin: pepahal pun menara same je ngan annex
[7:11:40 PM] ACN Ikmal Baharudin: aircond kat menara dari bawah
[7:11:42 PM] ACN Ikmal Baharudin: tuh je beze
[7:11:49 PM] ACN Ikmal Baharudin: angin tiup masuk kain
[7:13:18 PM] (",) Iera: hahahaha
[7:13:27 PM] (",) Iera: bahaya ni pakai kain
[7:13:34 PM] (",) Iera: so kena pakai sluar la nie
[7:13:36 PM] (",) Iera: cehhhhh...
[7:13:38 PM] ACN Ikmal Baharudin: sejuk wehh
[7:13:42 PM] ACN Ikmal Baharudin: masuk dlm seluar
[7:13:52 PM] ACN Ikmal Baharudin: kadang2 terkejut
[7:13:59 PM] ACN Ikmal Baharudin: rase cam ade org tipu..
[7:14:06 PM] ACN Ikmal Baharudin: tiup
[7:14:06 PM] ACN Ikmal Baharudin: hahah
[7:14:29 PM] (",) Iera: hahaha..
[7:15:17 PM | (",) Iera: yang u pi duk kat lubang air cond tu saper suruh
[7:15:32 PM] (",) Iera: cari la tmpt yang tak der lubang aircond tu
[7:15:37 PM] (",) Iera: ni kat ofis lagi ker?
[7:15:45 PM] ACN Ikmal Baharudin: yerp
[7:16:35 PM] (",) Iera: wahhh...
[7:16:37 PM] (",) Iera: rajin betul
[7:16:42 PM] (",) Iera: ada aircond lagi ker?
[7:16:52 PM] (",) Iera: bukan ker dia tutup biler lps kul 5.30
[7:16:58 PM] (",) Iera: menara kedekut ckit..
[7:17:04 PM] (",) Iera: bukan menara tapi TM..
[7:17:53 PM] ACN Ikmal Baharudin: hha
[7:17:56 PM] ACN Ikmal Baharudin: tak ar..
[7:18:04 PM] ACN Ikmal Baharudin: kol 9
[7:18:27 PM] ACN Ikmal Baharudin: pasal nanti bende2 dlm seluar berpeluh..
[7:18:28 PM] ACN Ikmal Baharudin: hahah
[7:18:55 PM] (",) Iera: giler ar..
[7:19:05 PM] (",) Iera: hahahaha...
[7:19:14 PM] (",) Iera: sejak duk menara ni dah lain kut perangai...
[7:19:43 PM] (",) Iera: tak sayang mulut betul...

Dalam benci kadang-kadang terselit jugak kut rasa rindu tu kepada si dia..nak jer luahkan tadi tapi tak sampai ati plak nak rosakkan hari yang baik nie..tak nak la nanti si dia terus stop berskype ngan aku biler aku cakap aku rindu kan si dia...tangan ni tadi dah gatal jer nak taip "sebab dah lama tak tengok u rasa rindu la plak.."..nak jer aku taip cam tu tapi aku tahan jugak tangan ni dari menulis benda cam tu..aku takut nanti si dia dah tak sudi nak ber skype ngan aku lagi...even tak dapat luahkan perasaan rindu tu tapi aku dah cukup berpuas hati coz si dia sudi berskype dengan aku...lebih sebulan si dia menyepikan diri dan hari nie si dia muncul dalam skype..dalam kul 6.40 pm dapat skype dari si dia buat hati aku berdebar-debar kut...dalam debaran yang aku rasa tu terselit jugak rasa gembira yang teramat sekali...gembira kerana si dia akhirnya skype ngan aku jugak..alahaiiii..cam mimpi jer biler dapat skype dari si dia tu..rasa cam bulan dah jatuh ke riba kut...dan2 jer time tu rasa malas balik..nak jer terus berskype ngan si dia...

Alahaiiiii...rindu nyer nak tatap wajah si dia kut..dah hampir sebulan tak tengok muka si dia membuatkan aku rasa cam tak lengkap hidup aku sejak akhir-akhir nie..tapi hari ni biler dapat berskype ngan si dia rasa hidup aku kembali bersemangat..even tak banyak yang dibualkan tapi semua apa yang kami bualkan tadi mampu membuatkan aku tersenyum di sepanjang perjalanan aku balik ke rumah...senyum jer memanjang..even tengah baca novel pun aku still lagi tersenyum mengingatkan apa yang kita orang bualkan tadi....aduhhhhhhhhh...dah parah dah aku nie...kemaruk yang teramat sangat..rasanyer dah cukup-cukup layak untuk kawen kut...siapa la nak masuk pinang aku nie...dah rasa cam tak sabar nak kawen dah nie...biler la si dia ni nak open hati si dia untuk aku nie...at least pelawa la aku jadi awek si dia ker...ni tak cam tunggul kayu jer...tak kan la si dia tak nampak kut dengan apa yang aku cuba sampaikan selama nie...ke si dia ni tak ada hati ngan perasaan..kaku nyer...tapi dalam kaku-kaku si dia...si dia mampu jugak membuatkan hati aku ni berdebar-debar..hahhahahahaa...oh Tuhan..sesungguhnya aku happy ari nie..teramat happy....