Sunday, February 26, 2012

Apakah maksud di sebalik semua ini? Kenapakah sejak akhir-akhir ini aku selalu bermimpikan akan si dia? Semalam sekali lagi si dia hadir dalam mimpi aku ini...aku pun tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni biler aku tidur jer mesti aku akan bermimpikan akan si dia....nak kata aku terlampau memikirkan akan si dia tak ada la plak...sekarang ni aku tak sempat nak fikirkan akan si dia coz banyak lagi benda lain yang nak aku fikirkan...kalau nak kata kat ofis aku bercakap atau berhubung dengan si dia lagi la tidak...we all tak pernah bercakap sepatah pun sekarang nie....minggu lepas tak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut aku atau mulut si dia..even kita orang selalu jer terserempak tetapi kita orang tak pernah bertegur sapa...kita orang di ibaratkan macam orang luar...tapi aku tak tahu kenapa si dia muncul jugak dalam mimpi aku ini....


Ya Allah Ya Tuhanku...apakah makna semua ini Ya Allah...apakah maksud yang ingin Engkau sampaikan kepada aku Ya Allah melalui mimpi ku itu Ya Allah...adakah Engkau mahu menyampaikan kepada ku bahawa sememangnyer si dia lah yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...adakah itu yang Engkau maksudkan melalui mimpi itu...seandainya semua itu benar..aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana akhirnya Engkau telah memakbulkan doa aku Ya Allah...Kau telah memakbulkan doa aku dengan menjelmakannya di dalam mimpi aku ini...aku benar-benar bersyukur dan berterima kasih kepadaMu Ya Allah...sesungguhnyer Engkau Maha Mendengar dan Engkau jugaklah Maha Pemakbul segala doa-doa umatMu di atas muka bumi ini...

Thursday, February 23, 2012

MIMPI....
Apakah makna sebenar untuk perkataan MIMPI tu? Aku sendiri pun tak tahu apa yang di maksudkan dengan mimpi itu...apa yang aku tahu setiap malam biler aku tidur aku akan bermimpi sama ada mimpi yang menggembirakan hati aku atau mimpi yang menyedihkan dan tak terlepas juga dari mimpi yang menakutkan....kata orang-orang zaman dulu, mimpi itu hanya mainan tidur dan aku tak tahu sama ada nak klasifikasikan aku punyer mimpi ni mainan tidur jugak ker atau itu petanda kepada sesuatu yang akan berlaku dalam kehidupan aku....orang kata time kita mimpi tu roh kita tak bersama dengan jasad kita...roh kita akan keluar dari jasad kita dan sebab itulah kita dapat mimpi itu...perasan tak kalau kita bermimpi kita dikejar oleh something atau kita bermimpi yang kita tengah berlari...biler kita terjaga tu confirm kita berpeluh kan...itu menandanyer roh kita time tu tengah berlari dan biler kita terjaga roh tu akan masuk balik dalam badan kita...tu yang menyebabkan kita rasa diri kita berpeluh...aku tak pasti sama ada betul tak kenyataan itu...

Sejak 3 malam ni aku sentiasa mengalami mimpi...aku pun tak tahu sama ada ianyer mainan tidur atau ianyer petunjuk untuk aku...kalau ianyer hanya sekadar mainan tidur maybe akan aku rasa sedikit kecewa la tapi kalau ianyer petunjuk untuk aku Alhamdulillah la....akhirnyer apa yang aku mintak dalam solat harian aku dan dalam solat hajat serta istikarah aku tu termakbul...setiap malam aku berdoa semoga jodoh aku dengan si dia akan berpanjangan seandainyer si dia yang di ciptakan untuk aku...itu yang selalu aku doa kan dalam solat-solat aku...setiap kali habis solat aku tak pernah lupa untuk mendoakan itu semua...aku jugak berdoa semoga Dia munculkan jodoh aku dalam mimpi aku agar aku dapat lihat dan kenal siapa yang telah Dia tetapkan untuk aku...tak ku sangka dan tak ku duga yang si dia muncul dalam mimpi ku untuk 2 malam nie...memang sebelum ni si dia yang aku harapkan untuk keluar dalam mimpi aku dan ternyata si dia benar-benar keluar...aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku dalam mimpi tu...apa yang aku tahu dalam mimpi tu aku happy sesangat...aku rasakan yang aku dengan si dia dekat sangat...apa-apa yang we all buat semuanyer we all buat together....

Mimpi pertama...
Aku tak berapa nak ingat sangat pasal mimpi yang pertama ni...apa yang aku ingat dalam mimpi ni ialah kalau tak silap aku time tu aku tengah berbual-bual dengan member aku sorang nie...aku tak sure saper member aku tu coz aku tak nampak sangat wajahnyer tapi aku rasa dia orang yang aku cukup-cukup kenal...dalam kami leka berbual tu si dia datang menyampuk apa yang kami bualkan...biler si dia datang jer menyampuk semua benda yang kita orang cakapkan tadi semuanyer hilang...aku ngan kawan aku jadi kelu sekejap dan semua membatukan diri...lepas tu aku dah tak ingat apa yang terjadi...

Mimpi ke-2
Seingat aku mimpi ni terjadi di ofis....tu yang aku ingat la...apa yang terjadi dalam mimpi ini ialah aku dengan si dia tengah makan-makan bersama dengan 3 orang lagi kawan aku yang lain...time tu meja si dia betul-betul di hadapan aku..kiranyer aku duduk mengadap dia ler...apa yang aku ingat time tu lunch hours dan member aku sorang ni pergi beli lunch tuk kita orang...aku ngan si dia tak turun coz malas nak turun and just pesan jer kat member aku yang sorang nie...tunggu punyer tunggu akhirnya member aku ni pun masuk ofis balik dengan bawak makanan yang dipesan oleh kita orang tadi...apa yang kelakar pasal lunch kita orang nie...si dia order nasi goreng dan aku plak order nasi putih berkuahkan kicap dan berlaukkan telur goreng...dan yang paling kelakar lagi kan member aku siap kata lagi yang mak cik kat kedai tu terpaksa amik telur kat kedai orang lain then goreng tuk aku...biler difikirkan balik macam tak logik kan...then after that biler semua dah siap makan we all pun continue buat kerja masing-masing dan time tu aku tengok si dia berjalan menghala ke arah tempat aku duduk..si dia dengan slumber jer tarik kerusi dan duduk sebelah aku...si dia tanya aku sama ada aku ada asam ke tak coz si dia berasa tak sedap mulut biler makan makanan lunch tadi....aku cakap yang aku tak ada asam tapi benda ringan-ringan untuk dikunyah ada la...dia pun cakap ok la...janji ada benda yang boleh menghilang rasa tak sedap tu...

Mimpi aku habis kat situ jer coz time tu aku tiba-tiba terjaga...aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjaga time tu...secara automatik aku bukak mata dan berfikir apakah maksud di sebalik semua ini...aku cuba lelapkan mata balik tapi nampak gayanyer susah untuk aku kembali sambung tidur aku itu...nak tak nak aku terpaksa jugak paksa mata aku untuk tidur coz time tu baru jer pukul 4.30 am dan aku set alarm aku pada pukul 6 am...paksa punyer paksa aku pun tak tahu pukul berapa aku boleh terlelap balik dan kembali sedar biler alarm aku berbunyi...

Mimpi ke-3
Pada malam keesokannyer sekali lagi aku bermimpi pasal si dia...environment mimpi kali ni pun sekitar ofis jugak...memang dah tersurat yang perkenalan kami hanya berlaku di ofis jer sampaikan dalam mimpi pun persekitaran ofis tu ada...this time plak aku mimpi yang si dia duduk sebelah aku...aku tak tahu apa motifnyer si dia duduk di sebelah aku...nak cakap pasal kerja rasanyer time tu kerja aku dengan si dia dah habis kut...akhirnyer nak tak nak aku layan la jugak si dia memandangkan si dia dah duduk sebelah aku kan...aku pun dah lupa apa yang terjadi selepas itu...

Pagi tu biler aku bangun jer dari tidur aku mula berfikir maksud di semua mimpi yang aku alami itu....aku tak tahu kenapa 3 malam berturut-turut aku boleh bermimpikan akan si dia....kalaulah mimpi itu seperti apa yang orang kata iaitu mimpi sekadar mainan tidur...maybe akulah orang yang paling kecewa sekali coz apa yang aku mimpikan itu hanyalah imaginasi aku jer...aku tak boleh nak merialisasikannyer di atas muka bumi ini...dan seandainyer mimpi itu merupakan petanda atau petunjuk untuk aku...aku rasakan akulah orang yang paling bahagia sekali kerana akhirnyer doa aku dimakbulkan oleh Nya....aku benar-benar berharap apa yang aku mimpikan itu satu petunjuk untuk aku bukan satu mainan tidur untuk aku...

Saturday, February 18, 2012

Oh Tuhan,
Seandainyer telah Kau catatkan
Si dia milikku, tercipta untuk diri aku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkan kebahagiaan

Ya Allah,
Ku mohon apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap si dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara dari dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku 
Pasangan beriman
Bisa menemani aku
Supaya aku dan si dia
Dapat melayari bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkanlah yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segalanya

Thursday, February 16, 2012

Hari ini aku berjalan ke ofis dengan hati yang cukup riang coz dalam kepala aku dah set yang hari ni aku tak akan terserempak dengan si dia dan tak akan bercakap dengan si dia...tak ada apa-apa yang penting untuk si dia bercakap dengan aku...jujur aku cakap yang aku senang kalau si dia datang tegur aku tiap-tiap hari coz kalau si dia tegur aku at least aku boleh dengar suara si dia...ku tak mampu dapat dengar suara si dia kalau si dia bercakap dari tempat si dia coz tempat si dia dengan aku agak jauh jugaklah...so aku tak mampu nak dengar suara si dia (dah masuk tahap angau yang teramat sangat)...giler kan aku...aku takut seandainyer benda ni berterusan, aku takut yang aku tak mampu nak menerima orang lain untuk mengisi ruang hati aku ini...kerana aku terlalu taksub terhadap si dia...aku tak mahu semua itu terjadi...aku amat berharap yang aku mampu melupakan si dia sekiranyer si dia bukan untuk aku sekalipun...biarlah Tuhan membuka pintu hati aku untuk menerima lelaki lain dalam hidup aku nanti...hanya itu yang aku harapkan sekarang nie...

Dalam pukul 9.45 something like that aku nampak si dia masuk ofis...tu pun secara tak sengaja aku terpandangkan muka si dia time si dia masuk tu...after tahu si dia masuk aku dah tak pandang lagi si dia tapi aku nampak ada someone yang berjalan menuju ke kepulauan aku nie...aku tak assume yang datang tu si dia tetapi biler si dia dah melepasi meja aku barulah aku tahu yang tadi tu si dia...hari ni aku nampak si dia busy sesangat dan aku tak tahu apa yang di busykan oleh si dia...dan hari ni jugaklah aku dah terpandangkan si dia banyak kali coz si dia sering kali keluar masuk keluar masuk dari bilik training tu...

Hari ni dia sekali lagi si dia datang menemui aku...aku tak assume yang si dia akan datang cari aku...si dia datang mintak pertolongan dari aku...pertolongan yang bagi aku orang lain boleh tolong buatkan untuk si dia tetapi kenapa aku jugak yang si dia cari...time si dia datang tu aku tengah berbual-bual dengan member sebelah aku...time tu aku perasan yang si dia kuar dari bilik training dan berjalan ke arah kepulauan aku ni tapi aku tak berharap yang si dia akan stop kat tempat aku...aku ingatkan si dia ingin mengambil something kat meja si dia...after nampak dia kuar dari bilik training tu aku terus dah tak pandang kemana si dia pergi...time tu aku still lagi berbual-bual dengan member sebelah nie...time elok-elok aku berbual dengan member sebelah aku ni aku tengok member aku ni mendongak ckit ke atas menandakan dia tengah memandang seseorang...that time jugaklah aku rasa yang meja aku terhenyak sedikit...aku terus pusing kan kerusi aku untuk tengok saper yang datang...terkejut jugak coz si dia yang berdiri di sebelah aku...

Si dia : "ira...mintak tolong cari nama farziyana"
Aku : "farziyana zakaria"...sambil tangan aku menaip mencari nama tersebut..

Time tu si dia tunduk dan membuatkan kedudukan si dia dengan aku terlalu dekat...dekat sesangat sehinggakan aku dapat rasakan hembusan nafas si dia mengenai wajah aku...time tu hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa...perasan berdebar-debar yang cukup untuk mengeluarkan jantung aku dari tempat nyer...lepas si dia amik no phone nama tersebut si dia pun terus berlalu pergi..

Si dia : "thanks.."
Aku : "no problem"

Lepas tu terus kami buat hal masing-masing dan hari ini aku akui yang aku banyak melihat akan si dia...setiap kali aku pandang ke depan aku akan nampak si dia...semuanyer nampak si dia..always nampak si dia hari ni...dalam hati berbunga riang jugaklah coz dapat tengok si dia memanjang...hahhahaha

Wednesday, February 15, 2012

Biler jer pikir nak kena pi ofis kadang-kadang datang jugak perasaan malas nie nak masuk ofis....bukan malas nak buat kerja tapi malas nak mengadap muka si dia..semakin lama aku mengadap muka si dia aku rasakan semakin menggebu perasaan ini kepada si dia...tu yang membuatkan aku malas nak masuk ofis...hari ni aku masuk ofis dengan harapan yang aku tak kan bertegur sapa dengan si dia atau terserempak dengan si dia kat mana-mana pun...aku boleh nak elakkan dari terserempak dengan si dia tetapi aku tak boleh nak elakkan dari melihat si dia..melihat lebih elok dari terserempak...at least aku tengok dia dari jauh....

Hari ni aku tak perasan si dia masuk ofis pukul berapa...sedar-sedar aku tengok skype si dia online nak secara automatiknyer kepala aku berpaling menoleh ke tempat duduk si dia...yaaaa...si dia dah datang...aku dah setkan dalam fikiran aku yang hari ni aku maybe tak kan terserempak or bercakap dengan si dia coz antara kami dah tak ada topik yang nak dibincangkan....semuanyer sudah habis...hati aku menjadi tenang biler terfikirkan benda itu semua...

Kami tak terserempak sampai la ke tengah hari....tapi once we all nak pergi lunch aku terserempak dengan si dia depan lif...aku dah nampak yang si dia dah keluar dengan kawan-kawannya...that's why la kita orang keluar lambat ckit....aku nak biarkan si dia turun dahulu...tapi aku tersilap perhitungan...biler sampai jer kat depan lif aku tengok si dia still lagi ada kat sana....seriusly aku tak jangka yang si dia still lagi berdiri kat situ...nak berpatah balik dah tak sempat coz kawan-kawan aku dah datang join aku depan lif..nak tak nak terpaksa la jugak aku stay kat situ dan nasib baik la kawan aku ada...kalau tak haru biru jugak aku depan lif tu...aku tekan butang lif naik keatas coz aku berharap yang aku dapat lari dari si dia tetapi time tu jugaklah lif naik keatas tak nak open jugak...tak semena-menanyer si dia menegur aku...

Si dia : "eh ira...." itulah ayat yang sentiasa dia guna kan biler henda bercakap dengan aku..
Si Dia : "u tak nak belikan apa-apa ker tuk baby Remi nanti"..sambung nyer lagi
Aku : "u nak beli apa???" time tu tangan aku dah bergerak menekan butang lif tuk naik ke atas..

Biler jer aku berpaling ke belakang aku tengok si dia tengah bercakap dengan salah seorang user kami time R3 SOLO dahulu...biler jer aku tengok si dia berlalu pergi dari situ hati aku dah lega...aku dah tak sabar nak naik or turun asalkan aku tak jumpa dengan si dia lagi...alih-alih lif tuk turun ke bawah berbunyi dan pintu lif pun terbuka...aku ingatkan si dia tak akan turun sekali tetapi kawan-kawannya memanggil si dia untuk turun sekali...si dia masuk dan terus berdiri di hadapan aku...jarak si dia dengan aku agak dekat sehinggakan aku dapat rasakan sekiranya si dia menggerakkan tangan si dia yang dalam kocek time tu...maybe siku si dia boleh tersentuh breast aku...cepat-cepat aku mengcoverkannyer dengan tangan aku sebelum benda tu terjadi...

Lepas tu kita orang dah tak jumpa dah sampai la dalam kul 4pm something si dia datang menemui aku...time tu aku tengah khusyuk mengcreate order dan tengah layan lagu hindustan....aku perasan yang si dia bangun dari tempat duduknya dan aku tak assume yang si dia datang nak jumpa dengan aku...aku ingatkan si dia berjalan kearah sini sebab nak pergi amik air tetapi tekaan aku silap...aku dapat rasakan yang ada orang tengah berdiri di belakang aku...dan aku dengan si dia memanggil nama aku...dalam hati aku time tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa berdebarnyer biler si dia datang menghampiri aku..apatah lagi berdiri berdekatan dengan aku..tetapi aku harus mengcoverkannya agar tak nampak jelas di mata si dia yang time tu aku tengah gabra...

Si dia : "ira...nak tanya ckit"
Aku : "yup.."sambil mata aku lama memandang wajahnyer...menuggu ayat seterusnyer dari mulut si dia
Si dia : "let's say la...bill run pada 1st Jan 2012 dan kita backdate dia punyer date tu ke 15 Dec 2011...yang ni sepatutnyer UBE kan"....sambil tangan nyer lincah menari di atas kosong tu...
Aku : "this one backdate or create order?"..tanya aku kembali
Si dia : "ye la...kita create order kat sini la...tapi kita orang panggil backdate..'
Aku : "owhhh...ok...yup dia akan jadi UBE coz semua tu akan jadi prorated charge.."
Si dia : "kalau macam tu untuk Billed Journal Report tu dia amik yang mana..?"
Aku : "apa yang ada dalam bill akan ada dalam Billed Journal Report.."
Si dia : "habis yang mana satu amik 2 bulan tu erk???"
Aku : "u nak tahu Billed Journal Report ke atau BER_Data_Rc nie..yang run 2 hari bulan atau run tuk 29 hari bulan nie"
Si dia : "yang mana run 2 hari bulan dan yang mana run 29 hari bulan"
Aku : "billed run 2 hari bulan dan BER run 29 hari bulan.."
Si dia : "owhhh...BER sebenarnyer..."
Aku : "BER la yang amik 2 bulan tu..tapi dia hanya amik recurring charge jer la.."
Si dia : "owhhhh...ok..i dah lupa la.."
Aku : "haiii...baru sekejap dah lupa"

Time tu si dia dah bergerak nak ke tempatnya balik...time tu jugak aku berfikir sekiranya aku memberi info yang salah kepada si dia...time tu aku dapatkan confirmation balik dari kawan aku yang sorang lagi tu...nasib baik la si dia berjalan dengan agak perlahan jugak so sempat la aku panggil si dia balik untuk confirmkan balik dengan si dia which report yang si dia maksudkan...dalam si dia berjalan menuju ke arah aku sempat lagi tu aku berdiscussion dengan member aku tu...

Aku : "u nak tahu pasal BER ke BE...BER kan?"
Si dia : "yup...BER.."
Aku : "owhhh..ok la..BER la yang akan amik 2 bulan tu..tapi dia tak kan amik OTC la.."
Si dia : "yeahhh..OTC tak masuk.."
Aku : "yang hanya ada OTC ialah UBE nagn Billed jer.."
Si dia : "UBE ada erkkk..."
Aku : "of course la ada...dia kan prorated charge.."
Si dia : "owhhhh yeahhhhh...i see i see"...time tu si dia dah nak bergerak balik ke tempat asalnya..
Si dia : "so tadi u panggil i tuk apa erk.."
Aku : "apa??"..this time aku terkejut coz ayat tu yang kuar dari mulut dia...kalau orang lain confirm la dah tahu kan kenapa aku panggil balik...confirm la nak bercakap pasal yang sebelum nie kan
Si dia : "tadi u panggil i tuk apa erk??"
Aku : "owhhh...nak cakap yang tu la"
Si dia : "owwhhh...ok.."..dia pun bergerak untuk kembali ke tempatnya...

Dalam masa tak sampai 10 minit si dia datang lagi....aku dah nampak ada bayangan orang yang berjalan menuju ke arah tempat aku duduk tapi time tu aku tak assume yang si dia datang...aku assume another person yang berjalan untuk pergi amik air...tapi aku silap coz si dia datang menyapa aku sekali lagi..

Si dia : "ehhh...sorry ganggu...kalau billed dia akan amik apa erk.."
Aku : "billed akan amik semua charge la..apa yang ada dalam invoice akan ada dalam billed"
Si dia : "owhhh...ok..."...terus blah dari tempat aku lepas semua info yang dia dapat..

Sampai la aku nak balik si dia dah tak datang cari aku...kadang-kadang rasa bagus jugak kalau si dia tak datang mencari aku dan kadang-kadang tak best jugak kalau si dia tak datang mencari aku...kalau si dia tak datang cari aku confirm aku tak kan dapat dengar suara si dia...lebih baik datang mencari at least aku leh dengar suara si dia dan hati aku gembira...

Tuesday, February 14, 2012

Hari ni pagi lagi si dia tegur aku...tu pun sebab nak bertanyakan keadaan member aku yang sorang tu...dalam kul 10.00 am something like that aku tengok si dia baru sampai...selalunyer si dia akan masuk ikut pintu depan tetapi hari ni si dia masuk ikut pintu belakang...time tu dengan cara tak sengaja jer aku terpandangkan si dia coz time tu aku dah mula nak bangun nak pi ke toilet then biler tengok macam ada orang masuk ikut pintu tu lantas aku terpandangkan wajah si dia...dan aku assume yang si dia maybe mahu mencari seseorang kut kalau tak si dia tak kan masuk ikut pintu belakang tu coz pintu tu jauh sedikit dari tempat duduk si dia...dan tekaan aku itu tepat biler si dia datang jumpa salah seorang billers kat tempat kami...biler aku tengok jer si dia aku terus bergerak pergi ke toilet coz kalau boleh aku tak nak dia bertegur sapa dengan aku...

Lepas jer kembali dari toilet tu aku dah tak nampak si dia kat tempat kami...time tu hati aku menjadi lega...at least aku tak terserempak dengan si dia...tetapi biler aku terpandangkan someone kat water dispenser tu aku terkejut la coz si dia berada kat sana dan sedang ambil air...that time aku tengok si dia dah mula bergerak berjalan menuju ke arah aku...kenapa la banyak-banyak jalan yang ada kat sana jalan tu jugak la dia pilih...aku memang la tak boleh nak pilih jalan lain coz tempat aku memang kat situ..nak tak nak aku terpaksa jugak melewati si dia yang time tu tengah berjalan menuju kearah aku berdiri...time tu aku jalan dah tak pandang depan...aku saja-saja buat lipat lengan baju aku coz aku tak nak pandang si dia...dengan slumber jer aku jalan sambil melipat lengan baju aku...biler sampai jer kat tempat si dia dengan segera si dia memanggil aku...aku cuba tak nak berpaling tetapi sekali lagi si dia memanggil aku..siap dengan menggunakan tangan lagi si dia panggil aku....nak tak nak aku terpaksa jugak berhenti depan si dia...aku tengok si dia untuk sekejapan...hati aku berbunga riang coz ari ni sekali lagi aku leh tengok muka si dia...

Si dia : "Ehhh..Remi kol u ker?"
Aku : "xder la..husband dia yang message i semalam kata yang Remi dah selamat deliver petang tu coz pagi tu I skype ngan dia dan malam tu dapat msg kata dia dah selamat bersalin"
Si dia : "dia bersalin kat SP kan bukan kat KL kan"
Aku : "yup..bersalin kat SP"
Si dia : "nasib baik sempat kan dia balik.."
Aku : "dia balik ari jumaat lagi lepas training tu.."

Conversation kita orang habis kat ctu jer...si dia ingin menyambung lagi perbualan kami tetapi aku yang tak nak...dalam tengah berbual-bual dengan si dia kaki aku melangkah perlahan-lahan menuju ke tempat duduk ku itu...aku ingin menamatkan perbualan itu...aku tak nak si dia tanya banyak lagi benda...after that kita orang buat haluan masing-masing tetapi aku perasan yang si dia banyak kali berulang alik dari tempat si dia duduk ke wings yang satu lagi tu...sekali tak duk diam la aku tengok si dia...maybe busy la kut dan setiap kali si dia bergerak ke wings yang satu lagi tu...serta merta mata aku terpandang akan si dia dan mata aku menyoroti setiap gerak langkah si dia sampai la si dia hilang dari pandangan aku (giler kan...hehehehe)

Aku ditugaskan oleh Kavi untuk meng createkan satu order tuk retest...create punyer create alih-alih aku dapat error dan aku stop sekejap kat ctu...cuba cari Kavi tetapi nampak gayanyer dia tak masuk ofis pagi tu dan aku skype si dia untuk bertanyakan kedudukan Kavi di mana...sama ada Kavi masuk ke tak ofis hari ini...dah send email kat siebel team tetapi dia orang menggambil masa yang agak lama...after one hour i tried it again and it's working fine...biler semua dah berajaln dengan lancar ada satu part aku tak paham dan membuatkan aku confius...bukan aku tak boleh buat...aku boleh jer buat cuma aku takut benda tu salah dan aku perlu create another order...aku tak nak create order yang baru...aku cuba tanya member-member aku yang lain tapi mereka juga tak sure akan benda tu...aku tak tahu saper lagi yang perlu aku tanya dan tiba-tiba benda tu datang dalam mind aku biler aku terpandangkan si dia yang tengah ambil air kat water dispenser...aku per lagi...dengan tak malu nyer aku menggamit si dia untuk datang ke tempat aku coz aku ada benda nak tanya..

Aku : "Ikmal...meh jap..nak tanya benda nie"..sambil menganggkat tangan menggamit si dia tuk datang ke tempat aku
Si dia : "yup..."..si dia datang menghampiri tempat aku...

that time aku rasa aku dengan si dia berada dalam jarak yang terlalu dekat...sehinggakan aku dapat rasakan kaki aku yang aku silangkan atas kerusi terlanggar kaki si dia..betapa dekatnyer jarak kami time tu..dan aku terpaksa menjarakkannyer coz di antara kami ada 2 orang lagi member aku yang lain yang tengah pasang telinga..

Aku : "tuk site kan..kalau kita buat foreign punyer address kita kena amik service exchange apa erkkk..macam sekarang ni I buat tuk Japan punyer.."
Si dia : "tak payah amik service exchange.."
Aku : "maknanyer tak payah letak la nie tapi kan benda tu ada astrik dan kita perlu masukkan.."
Si dia : "kalau u nak masukkan jugak u kena create site tu kat granite la...sebab Japan rasanyer tak der lagi site dalam granite tu.."
Aku : "maknanyer benda ni kita kena buat sendiri la erk.."
Si dia : "yup..."
Aku : "susah tak nak buat benda tu...malas la nak buat..."
Si dia : "tak la susah sangat...login masuk granite dan add site dan bla bla bla...alah kacang jer la"
Aku : "alahaiiii...I mana la tahu nak buat semua tu...xper la nanti I suh Kavi la yang proceed"
Si dia : "kenapa perlu Japan??"
Aku : "entah coz Kavi cakap u can enter any foreign address...tu yang I buat Japan tu"
Si dia : "tak perlu la amik Japan...yang lain kan banyak lagi"
Aku : "habis tu nak amik ape??" dengan suara yang agak tinggi la ckit
Si dia : "amik la Hong Kong ke..amerika ker..."
Aku : "mana la I tahu coz Kavi cakap leh jer apa saja..."
Si dia : "so kalau nak jugak guna yang tu kena create kat granite la coz nanti u nak check resource benda tu.."
Aku : "habis tu saper nak buat benda nie"
Si dia : "cakap ngan Kavi suh mintak tolong ngan Adrian tuk create dalam granite"
Aku : "sebelum ni saper yang buat"

Dengan muka yang berlagak giler si dia menunjukkan jari ke arah diri nyer sendiri menandakan yang sebelum si dia yang buat semua itu...dan dengan angkuhnyer jugak aku berkata berlagak giler kut..

Aku : "habis tu u tolonglah create tuk I"...dengan muka yang seposen
Si dia : "saya banyak giler kut kerja ira...cuba u tengok kat laptop saya banyak mana isu tuk migrate data.."
Aku : "ok la...tak nak amik tahu sal migrate.."
Si dia : "u cuba cakap ngan Kavi..lagipun interconnet resource untuk benda ni tak der limited...u can interconnect biler-biler pun boleh..lagipun kat OSM nanti pun kita skip jugak benda nie.."
Aku : "erk...ok la kalau cam tu..nanti I cakap ngan Kavi.."

After that dia move ke tempat duduk dia dan aku continue kerja aku...dan tanpa di sangka-sangka my friend tanya aku..

My Friend : "u all selalu erk gaduh cam nie.."
Aku : "kita orang memang cam nie.."
My Friend : "nampak sweet la tengok u all gaduh tadi"
Aku : "erk...sweet ker..nampak cam gaduh ke tadi.."
My Friend : "nampak jugak la coz suara u tiba-tiba berubah..."
Aku : "hahahahaha...dah memang cam ni kerja kita orang...always fighting"

Dan dalam masa 15 minit kemudian tiba-tiba si dia muncul di belakang aku...kedatangan si dia cukup-cukup memeranjatkan aku coz suara si dia seakan-akan berbisik di telinga aku...aku rasakan kalau time tu aku berpaling mengadap si dia maybe aku boleh tercium wajah si dia...nasib baik la aku tak berpaling mengadap si dia time tu...kalau tak hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku time tu...

Si dia : "Ira...boleh tolong carikan nama hafiz syazni tak...sori la kena jadi secretary sekejap.."
Tangan aku laju jer taip nama yang di sebut oleh si dia tadi...
Aku : "cantik ar nama dia...macam nama perempuan.."
Tangan si dia laju jer menekan mouse aku pada nama tersebut dan membuka personal detail orang tersebut...
Si dia : "poyo ar letak no phone kat cnie.."..sambil tangan nyer menekan pada column telefon number..
Aku : "kenapa plak poyo..biasa la tu.."
Si dia : "hantar kat i email dia...nama cam perempuan kan...alih-alih pondan.."
Aku : "ok..sesuka hati jer kata orang pondan kan.."..si dia hanya tersenyum biler mendengarkan aku berkata sebegitu...

After that si dia pun berlalu dari tempat aku dan menuju ke pintu belakang...aku dah dapat agak kemana si dia nak pergi time tu..kemana lagi hala tuju si dia kalau bukan ke tempat lepak si dia dengan geng-geng si dia yang lain...tempat mereka lepak sambil menghisap rokok..si dia memang penghisap rokok yang tegar....peace for today...

Monday, February 13, 2012

Terkejut? Memang aku terkejut sesangat hari nie...Happy? Memang aku happy hari ini...nak tahu kenapa...coz hari ni aku tak sangka yang aku akan jumpa dengan si dia...aku tak sangka yang si dia pun berada di wing yang sama dengan aku sekarang ni..aku sangkakan si dia akan berada di wing yang satu lagi tetapi ternyata telahan aku silap...first aku sampai aku dah ternampak botol air dia (giler kan sampai botol air dia pun aku leh kenal)...dan apa yang aku teka semuanyer betul coz dalam pukul 9.30 am aku ternampak akan si dia...aku ingatkan si dia saja jer datang ke wings aku tetapi ternyata aku silap biler aku tengok si dia duduk kat sana kat tempat dimana ada nya botol air si dia yang berwarna hijau...barulah aku perasan yang semua migration team duk kat sana and no wonder la si dia leh ada kat sana jugak...mungkin dah nasib aku coz tak boleh nak lari walau seinci pun dari si dia...kenapa la harus si dia berada di wings sebelah sini...kenapa tidak semua ACN move ke wings yang satu lagi tu...at least xder la aku tengok wajah si dia...aku pun perasan yang si dia menoleh ke arah aku tetapi aku cuba untuk tidak melihatnyer...

After that aku tengok si dia berjalan jumpa ngan salah sorang billing team...time tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku rindu nak dengar suara si dia dan tengok wajah si dia..tetapi time tu aku tak buat semua itu...aku tak pandang pun wajah si dia kerana aku takut tertangkap dengan yang lain-lain...apa yang mampu aku lakukan time tu hanyalah mendengar suaranyer sahaja...cukuplah untuk aku menghapuskan rindu aku ini terhadap si dia setelah 2 minggu aku tidak menjengah ofis....after that si dia balik semula ke tempat si dia...tak berapa lama kemudian aku terperasankan kelibat si dia berjalan menuju ke arah kawasan kami...time tu dia mencari seorang lagi billing team...aku assume yang si dia bertanya sal report kerana hanya dia saja yang tahu sal report tersebut...sepanjang discussion berlaku antara si dia dengan billing team tu, aku hanya pandang si dia dari belakang jer dan biler aku ternampak yang si dia ingin berpaling semula...dengan pantas aku tunduk mengadap laptop aku...berpura-pura membuat kerja sedangkan time tu tak ada kerja pun tuk aku buat...

Aku sangkakan si dia akan berjalan terus ke tempat nyer tetapi si dia sempat lagi stop kat depan aku...first tu aku dah dengar si dia memanggil nama aku tetapi aku buat donno jer..biler si dia tengok aku tak bereaksi sekali lagi si dia memanggil nama aku dan time tu la aku pandang si dia...ayat simple yang selalu keluar dari mulut si dia biler ingin bertanya kan sesuatu dari aku...bertanyakan sesuatu yang dah si dia tahu jawapannya...

Si dia : "Ehhhh ira...Remi mana?"
Aku : "Dah start cuti tuk bersalin..last week lepas training dia bercuti"
Si dia : "Dia dah balik kg ker?"
Aku : "Yup...ari Jumaat hari tu"
Si dia : "Dia due 18 kan..."
Aku : "Eh...tak la...sepatutnyer dia due 25 tapi i rasa awal kut dia deliver"
Si dia : "Ooooo...i see i see"

Aku ingatkan habis kat ctu jer perbualan kami rupa-rupanya tidak..ada lagi benda yang ingin si dia tanyakan kepada aku...

Si dia : "Eh...time SIT SOLO dulu kenapa kita tak tunjuk sangat erk pasal Aging Report"
Aku : "Kan dulu kita pernah tunjuk tetapi ada banyak isu then biler Puan Fadh datang dia cakap yang Aging Report still lagi ada isu kat production..that's why la kita tak tunjuk sangat time SOLO ari tu.."
Si dia : "Pastu dalam production dia orang buat cam ner erk??"
Aku : "Kau orang ada test tak dalam production tuk Aging Report"...that time aku tanya Yanie yang duk sebelah aku
Yanie : "tak pernah la plak coz production still lagi ada isu...'
Si dia : "habis tu u all tak tunjuk la kat production?"
Yanie : "Tak...melainkan kalau user mintak la"
Aku : "Kenapa erk? migration nak guna aging ker?"
Si dia : "Sepatutnyer nak tengok la coz yang ni kan migrate data"
Aku : "User ada request la ni nak tengok"
Si dia : "tak der la tapi takut kalau kuta sebut mesti user nak tengokkan"
Aku : "then jangan la sebut"
Si dia : "kalau tak sebut confirm dia orang tak kan mintak kan"
Aku : "of course la dia orang tak kan mintak kalau u sendiri tak sebut...so kalau nak selamat tak payah la sebut"
Si dia : "ooohhhhh...ok..i see isee"

After that dia pun bergerak kermbali ke tempatnyer...dalam hati aku berbunga riang kut coz dapat berbual dengan si dia..even berbual pasal kerja tetapi aku cukup gembira sekali coz sejak habisnyer UAT tuk SOLO hubungan kita orang dah tak serapat dulu lagi...macam ada jarak pemisah antara kami berdua...aku tak nak semua ini terjadi kepada aku...aku tak nak kehilangan si dia...giler kan aku ni sampai jadi cam tu sekali...biler di fikirkan balik macam aku ni perempuan jalanan...mengharapkan cinta dari jejaka yang tak pasti akan cintanyer lagi untuk aku atau untuk orang lain...aku hanya bertepuk sebelah tangan dan hanya mampu memandang bayangannya sahaja...

Saturday, February 11, 2012

Tinggal hanya beberapa hari jer lagi umur aku akan mencecah 25 tahun...sepanjang umur ku 24 tahun aku tak pernah rasa bagaimana perasaan biler diri ini dicintai oleh seseorang yang bergelar kekasih hati dan bagaimana rasanyer biler diri ini mencintai seseorang yang bergelar kekasih hati...aku ingin rasakan semua itu tapi tak tercapai...aku tak tahu di mana silap dan salah aku sehinggakan sepanjang aku hidup aku tak pernah alami semua itu...jauh di sudut hati aku, aku ingin semua itu terjadi dalam hidup aku...

Kini aku dapat rasakan yang perasaan itu mula bertandang dalam hati aku ini...perasaan sayang dan cinta aku kepada seseorang lelaki yang aku gelarkan kekasih hati aku...tapi sayang nyer...cinta dan sayang aku terhadapnyer hanya sebelah pihak sahaja...aku hanya bertepuk sebelah tangan...even aku bertepuk sebelah tangan tapi aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat jugak merasakan bagaimana perasaan biler diri ini mencintai orang lain...aku dapat rasakan perasaan sayang dan cinta itu dan aku jugak dapat rasakan perasaan cemburu dan sakit hati...semuanyer aku dapat rasakan kini walaupun cinta aku hanya sebelah tangan...itu pun sudah cukup memadai buat aku...

Aku bukan tidak berusaha untuk mencari pasangan hidup aku...aku dah berusaha mencarinyer tetapi tak pernah aku temuinyer...maybe mungkin masanyer lagi untuk aku mempunyai pasangan hidup...aku pernah berkenalan dengan seseorang mamat melalui telefon itupun sebelum aku bertemu dengan si dia...kami selalu jer bersms tetapi tak pernah jumpa...agak lama jugak kita orang menjalinkan persahabatan tetapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak mengdeclarekan dia sebagai pasangan kekasih hati aku...tetapi kenapa si dia yang baru aku kenal hanya beberapa bulan aku dah mampu mengdeclarekan dia sebagai kekasih hati aku...aku cuba untuk terima lelaki tersebut tetapi aku tak boleh...hati aku hanya untuk si dia...even cinta aku hanya lah sebelah tangan tetapi hati aku still lagi kepada si dia...aku pun tak tahu kenapa benda ini boleh terjadi....aku risau seandainyer apa yang aku harapkan tidak menjadi dan aku akan kekal hidup berseorangan sampai ke hari tua tanpa di temani oleh seorang lelaki yang bergelar suami...

Aku tak boleh nak bukakkan hati aku untuk menerima lelaki lain selain dari si dia...aku dah cuba untuk melakukannya tetapi still lagi tak boleh...tak ada yang boleh mengisi hati aku selain dari si dia...betapa dalamnyer nama si dia aku tanamkan dalam hati aku sehinggakan ianyer sukar untuk di singkirkan walaupun dah bermacam-macam cara aku cuba singkirkannya...terlalu dalam dan terlalu sukar...seandainyer ia berterusan sebegini rupa..aku pasti yang aku tak akan dapat memiliki seorang lelaki dalam hidup aku sebagai suami kerana aku tak mampu untuk melupakan si dia...aku tahu dan aku yakin yang si dia bukan di ciptakan untuk aku tetapi hati aku degil jugak jatuh cinta kepada nya...

Aku hanya berdoa kepada Tuhan sekarang ini...seandainyer si dia lah yang Tuhan ciptakan untuk aku...sejauh mana aku berlari atau selama mana masa yang di ambil, kami tetap akan bersatu jugak kerana itulah yang telah ditetapkan oleh Allah untuk aku...dan seandainyer bukan si dia yang Tuhan ciptakan untuk aku....sejauh mana aku berlari dan selama mana masa yang di ambil, kami tetap jugak akan berpisah kerana semuanyer telah tertulis dalam diari kehidupan aku sejak dia azali lagi...apa yang mampu aku lakukan sekarang ini ialah hanya dengan berdoa...berdoa semoga akan sampai masanyer jodoh untuk aku even bukan dengan si dia sekali pun...mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua kejadian ini...Tuhan akan mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak elok dahulu sebelum Dia menemukan kita dengan sesuatu yang elok kerana Dia mahu kita berfikir dan menghargai apa yang telah terjadi dalam kehidupan kita sebelum ini...perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik...itulah yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umatnyer...bukanlah aku mengatakan yang diri aku ini baik tetapi aku berharap yang suatu hari nanti aku akan dapat seorang lelaki yang mampu membimbing aku ke jalan Allah dengan betul...itulah harapan dan impian aku kepada lelaki yang bakal bergelar suami kepada diri aku nanti...

Apa yang aku harapkan kini, biler umurku dah menjangkau 25 tahun nanti aku akan menemui seseorang yang bakal aku jadikan teman serta suami serta ayah kepada anak-anak ku nanti...dan angka 25 akan menjadi angka yang paling bermakna dalam hidup aku...

Wednesday, February 8, 2012

Aku nak haploadkan sedikit sebanyak gambar yang di ambil ketika hari terakhir Remi kat ofis sebelum dia cuti maternity....kalau di tengok kan kembali tak der la penting sangat tapi pada aku ianyer cukup bermakna sekali...inilah dia kenangan yang tak mampu aku lupakan sampai ke hari ini...semuanyer masih segar dalam minda aku dan aku mampu mengingati semua kejadian tersebut...setiap patah perkataan yang keluar dari mulut si dia pun sampai sekarang aku masih lagi ingat...giler kan aku nie..sampai macam tu sekali aku dapat mengingatinyer...tapi aku bersyukur sesangat yang hari tu datang jugak akhirnyer...hari di mana aku dapat bergambar dengan si dia...terima kasih aku ucapkan kepada hari tersebut kerana ia lah impian aku termakbul...

Jom layan gambar kami semua..

Gambar last sebelum Remi cuti bersalin...love all this picture so much...so many sweet memories happen that time....





Sunday, February 5, 2012

I have a sweet memory....kenangan manis yang tak mampu aku lupakan sampai biler-biler...sehingga kini aku still lagi ingat akan kejadian pada hari tersebut...kenangan yang menjadi sejarah buat aku..sebelum ini aku banyak bercerita pasal si dia dan hari ini aku akan share kan kat sini gambar si dia dengan aku...gambar ini di ambil pada hari Jumaat 2 minggu lepas iaitu pada hari terakhir Remi bekerja sebelum dia cuti tu maternity...actually benda ni terjadi tanpa di duga sebenarnyer...aku just cakap ngan Remi jer sebelum dia cuti better dia send out the email la to all the members to say good bye for maternity and Remi do that...after that dalam masa 5 minit si dia dah ada kat belakang aku....biler jer aku toleh ke belakang aku tengok si dia dah ada kat situ..biler si dia datang pun aku tak sure la...aku plan nak amik gambar ngan Remi jer before she leave....tak tahu plak yang si dia tiba-tiba datang kat tempat kami coz time tu kita orang baru jer berbalas email sebenarnyer...aku tak assume yang si dia akan datang mencari Remi...then si dia berada di tempat kita orang sangat-sangat la lama...bagi aku, kalau just nak say good bye rasanyer sekejap jer kan tapi si dia tak..si dia stay jugak kat sana and boleh plak nak bergurau senda dengan kita orang...

Yang aku tak boleh lupakan ialah biler aku terlanggar si dia sebanyak 2 kali kut...perlanggaran yang tak disengajakan kerana si dia sentiasa berdiri di belakang aku...first aku terlanggar dengan si dia ialah di tempat Ali..time tu aku pergi kat tempat Ali coz aku nak tengok apa yang Ali tulis dalam email tu coz that time aku dah tutup aku punyer laptop...biler jer aku nak tengok laptop Ali, dia tak bagi aku tengok so berlaku la adegan tarik menarik dan tolak menolak berlaku antara aku dan Ali dan aku tak assume yang time berlakunyer adegan tersebut si dia berdiri di belakang aku...biler aku undur jer kebelakang aku terlanggar si dia dan time tu aku sendiri terkejut...biler si dia berada di belakang kami...sempat la jugak aku say sorry coz terlanggar si dia...after that aku terus tinggalkan si dia dengan Ali kat situ dan aku kembali semula ke tempat aku coz nak amik gambar lagi...aku bersandar kat dinding sebelah aku tu coz time tu aku suh Ben amik gambar aku...biler dah siap amik gambar aku berjalan ke arah Ben coz nak tengok gambar yang dia amik...time tu aku perasan yang si dia jugak ada dalam gambar tu..si dia duk kat belakang aku dan time tu jugaklah si dia tengah pandang kamera tu...biler jer aku nak undur ke belakang balik sekali lagi aku terlanggar dengan si dia..aku tak tahu biler si dia bergerak ke depan...dan sekali lagi aku say sorry kat si dia...bukan sengaja nak langgar kut...disebabkan banyak berlaku perlanggaran antara kami...alih2 aku tarik si dia untuk bergambar dengan aku...time tu perasaan malu dan segan tu dah hilang dalam diri aku...janji time tu aku dapat bergambar dengan si dia...aku dah tak kisah apa yang si dia nak pikirkan pasal aku time tu...janji apa yang aku nak tercapai...

Ni la dia gambar kami berdua...nampak sesuai tak??? biler di amati balik gambar nie..rasa diri ku jauh sekali tidak sesuai untuk bergandingan dengan si dia...kalau nak bergandingan jugak dengan si dia dalam mimpi boleh la...dan inilah merupakan gambar kenangan antara aku dengan si dia..akan aku simpan gambar ini sampai biler-biler...biarlah ia menjadi sejarah untuk aku yang pernah jatuh cinta kepada si dia tetapi cinta aku hanya sebelah pihak sahaja...


Wednesday, February 1, 2012

Aku assume yang 2 minggu nie aku tak akan jumpa dengan si dia kerana 2 minggu ini aku kena pergi training tapi ternyataan aku silap perhitungan sekali lagi..minggu nie sekali lagi aku jumpa dengan si dia..itu pun tanpa dirancang...

Aku jumpa ngan si dia hari ni pun sebab aku terpaksa pergi ofis tuk pack and move semua barang aku tuk pindah ke level 22...back again to level 22 after 6 month stay at level 21...time aku tengah kemas semua barang aku dalam drawer...aku terlihat kelibat si dia..aku tak assume yang si dia akan datang tapi aku jangka yang si dia akan datang coz aku tengok ramai acn yang masuk ofis ari nie...aku just nampak kelibat dia jer tapi aku ignore kan sekejap coz aku tak percaya yang si dia datang...tapi biler member aku cakap yang si dia ada datang jugak time tu baru aku percaya dengan apa yang aku nampak tadi..memang itu kelibat si dia...dan time tu jugaklah aku nampak si dia berdiri di depan bilik training room dengan member-member si dia yang lain...sekali pandang aku tak nampak tu adalah si dia dan biler aku amati dengan lama baru la aku percaya yang si dia sedang berdiri di depan sana dan time tu jugaklah aku perasan yang si dia pandang ke arah aku...time tu jugaklah aku buat-buat sibuk dengan menggemas meja aku sambil berbual-bual dengan member aku sorang lagi...after that aku nampak si dia berjalan menuju ke arah tempat kami semua tapi nasib menyebelahi aku kerana ada member si dia panggil dan si dia perlu berpatah balik ke belakang...time tu aku dah rasa nak tercabut jantung biler si dia datang menghampiri...nasib baik semuanyer tak jadi...after that si dia pun berlalu pergi ke site sebelah lagi...fuhhhhhhhh...lega dalam hati...

Aku terpaksa berulang alik dari site sebelah sini ke site sebelah sana coz barang aku kat site sebelah sana still lagi ada...so terpaksa la aku masuk ke site acn sekejap...tapi time tu aku dah tak pandang orang....aku jalan jer dan aku pun tak tahu time tu si dia duk kat mana...biler semua barang aku dah habis angkut ke site sebelah sini hati aku rasa lega coz aku dah tak perlu pergi ke site sebelah sana lagi...that time jugaklah aku teringat yang fail UAT tuk R3 SOLO ada dengan aku dan aku terpaksa masukkan fail tu dalam laci yang berada kat site sebelah sana..nak tak nak aku terpaksa jugak bawak pergi sana tapi kali nie aku ditemani oleh member aku yang sorang lagi tu...we all pergi berdua...biler semua fail tu dah siap simpan dalam laci aku ngan member aku nak kembali ke site kami...time tu aku nampak si dia berjalan menuju ke arah laluan yang bakal aku lalu...aku mempercepatkan lagi hayunan kaki aku coz aku tak nak terserempak or terlanggar or tercakap dengan si dia..makin laju aku jalan aku rasakan makin perlahan aku bergerak..time tu si dia dah semakin dekat dengan aku dan aku dengar si dia memanggil nama aku...kenapa la time-time cam tu si dia nak panggil nama aku...nak tak nak aku terpaksa memperlahankan hayunan kaki aku coz nak saing jalan ngan si dia..si dia tegur aku..

Si Dia : "Bos...." itulah gelaran yang selalu si dia panggil kepada kami

Aku : diam sambil menunggu apa yang ingin di katakan oleh si dia..hanya ikut gerak langkah kaki si dia dan berjalan beriringan dengan si dia...time tu aku sempat lagi lihat wajah si dia tuk tatapan minggu nie..cukuplah untuk minggu ni..

Si Dia : "ehhh...untuk Billed Earned Report Data RC..biler dia orang fix kan erk tuk UAT dulu...time SIT ke atau time UAT...time UAT kan dia orang fix" itulah soalan yang si dia ajukan untuk aku dan itulah jugak jawapan yang si dia berikan kepada aku..si dia tanya then si dia jugak yang menjawabnyer sendiri

Aku : still lagi berdiam diri sambil berjalan dibelakang si dia.."yup....time UAT dia orang fix kan benda tu"...hanya tu jer yang mampu keluar dari mulut aku setelah sekian lama berfikir...

Hanya itu jer perbualan yang terjadi antara kami pada hari ini...after that si dia berjalan menuju ke arah member aku sorang lagi dan berkenalan dengan husband member aku tu...time tu dia ada lagi benda nak tanya aku tetapi di sebab kan time tu member aku dah potong line..so si dia terpaksa melayan member aku tu...time tu jugaklah aku dengan lajunyer membuka langkah menuju ke tempat aku duduk...aku membusykan diri aku dengan menggemas meja aku..time tu aku perasan yang mata si dia still lagi terarah kepada aku tetapi aku ignore kan jer...aku buat-buat tak nampak..after that aku tengok si dia pun berlalu pergi...dan aku dengan cepat-cepat amik semua barang aku untuk balik...aku tak nak lagi terserempak dengan si dia..cukuplah untuk hari ini...

Walaupun perjumpaan dan perbualan itu amat singkat untuk aku dengan si dia tetapi aku tetap happy jugak coz ari ni aku dapat lihat wajah si dia dan aku dapat dengar suara si dia...maybe kalau aku tak pergi ofis ari ni confirm 2 minggu akan datang baru aku dapat tengok wajah si dia dan dengar suara si dia...perjumpaan yang tak pernah di rancang antara kami akhirnyer terjadi jua...ternyata Tuhan makbulkan kata hati aku...