Thursday, July 28, 2011

Dah lama rasanyer tak update blog ni dengan citer2 aku kan...hari ni aku nak update tentang citer yang manis yang boleh dijadikan kenangan untuk aku ingat sampai biler-biler...

Hari nie sekali lagi aku berjumpa dengan dia...bukan setakat hari nie jer, semalam pun aku jumpa  jugak ngan dia tapi tu secara tak sengaja tapi ari nie secara sengaja plak..semalam coz aku teman member aku pi makan kat cafe kat bawah so terjumpa la dia kat sana tapi kita orang tak bertegur sapa antara satu sama lain pun...kita orang buat donno jer time tu..xkan la aku yang nak tegur dia kan sedangkan time tu dah terang2 tengok dia tak nak tegur aku...tak nak la aku malukan muka aku...tapi kejadian ari nie memang sengaja aku cari dia..bukan nak cari sangat tapi terpaksa coz kerja yang aku buat tak jalan..nak tak nak terpaksa la jugak jumpa dia...aku bukan tak nak email benda tu tetapi memandangkan terlalu lama nak tunggu dia orang reply email...dah malas aku nak shoot email so better aku naik cari dia jer senang...

First nak naik tu rasa berdebar jugak la coz dah lama tak bercakap ngan dia kan tapi terpaksa mengcoverkan diri supaya tak nampak sangat gugup depan dia...tapi ok la...still boleh control...tapi apa yang best ari nie kan...aku leh duk dekat2 lagi ngan dia tau dan dia dah pun mula pandai nak bergurau tapi dia ari nie nampak cam busy jer...aku bukan apa..malas nak ganggu orang yang tengah busy..tapi dia layan gak la aku...aku amik seat meja sebelah dan dia duk seat meja yang satu lagi...kira ada gap la antara meja kita orang tu..tapi dia datang ngan kusi dia pastu terus duk dekat ngan aku coz nak check kerja aku...rasa cam terlalu dekat la plak sampai aku tak berani nak mengadap dia balik coz takut tersentuh apa yang tak sepatutnyer la...mana la tahu kan..nanti tak pasal2 jadi issue plak kat ofis...dalam dia duk tengah check kerja aku tu..buleh plak tangan dia tu tersentuh tangan aku...tak tahu la secara sengaja ke tak dan tak tahu jugaklah sama ada dia perasan ke tak time tu...aku rasa cam dia tak perasan kut yang tangan dia leh sentuh tangan aku coz kalau dia perasan mesti dia dah said sorry...ayat tu yang dia selalu guna kalau dia tersentuh tangan aku tanpa sengaja..tapi aku rasakan tadi memang dia tak sengaja dan maybe dia tak perasan...(alangkah baik kalau time tu dia perasan pastu buat-buat tak tahu..akulah orang yang paling happy time tu)..biler jer tangan dia tersentuh tangan aku, aku pun jauhkan ckit tangan aku dari tangan dia...time tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa sejuknya tangan aku dan betapa menggigilnyer tangan aku time tu...even benda ni berlaku secara tak sengaja tetapi ianyer cukup-cukup membuatkan hati aku berdebar tak menentu..rasa cam ais menyiram di kepala biler tangan kami bersentuhan...

Tapi kali kedua aku jumpa dia tuk ari nie...it's look like dia dah tak nak layan aku sangat...dia buat cam donno jer dengan kehadiran aku time tu padahal aku cari dia pun coz tuk tanya kerja bukan tuk menggatai ke apa ker...coz sebelum tu aku dah tanya dia leh ganggu ke tak tapi dia cakap leh jer nak ganggu..so aku pi la jumpa dia coz nak settlekan kerja aku tu...tapi dia tak nak layan sangat aku dan time tu hati aku rasa cam aku ni terhegeh-hegeh plak kat dia..rasa segan tiba-tiba datang menyerang dan ngan serta merta jer aku balik semula ke tempat aku...aku rasa better aku duk kat tempat aku dari aku pi jumpa dia...rasanyer dia pun dah leh agak yang aku nie nak menggedik ngan dia...excuse me..bukan nak menggedik tapi nak settlekan kerja coz aku leh bezakan lagi time tu menggedik ngan time tuk buat kerja...aku rasa lepas ni aku dah tak nak lagi jumpa dia melainkan keadaan yang memaksa aku tuk jumpa dia...

Rupa-rupanyer teruk jugak erk biler dilanda perasaan angau nie..dan kini baru aku rasa macam mana orang lain rasa biler mereka kata kan yang mereka hanya bertepuk sebelah tangan...kini aku merasainyer coz aku pun hanya bertepuk sebelah tangan...cukup-cukup menyedihkan dan mengecewakan tetapi terpaksa bersikap slumber coz kena kerja bawah satu bumbung...cam ner aku nak lari dari dia coz aku tak pernah nak berjaya lari dia dia...even aku tak jumpa dia dalam masa satu hari tetapi kepala aku sentiasa memikirkan kehadiran dia jer...every seconds aku menunggu kedatangannyer...Ya Allah...bantulah aku tuk lupa kan dia kerana aku tahu dia bukan tercipta untuk aku...

Tuesday, July 12, 2011

Gembira...!!!
Boleh la nak dikatakan gembira coz apa yang aku tunggu selama ini menjadi kenyataan..aku gembira ari nie coz peluang yang aku nantikan selama ini akhirnya menjadi nyata..setelah sekian lama aku tidak bersua muka dan bercakap dengan dia akhirnya ari ni dalam sejarah aku bersua muka dan bercakap dengan dia..alangkah gembira nya aku time tu coz dapat jumpa dia balik...bayangkan time nak panggil dia tu...hati aku ni berdegup tak menentu..kencangnya bukan main lagi macam orang baru lepas buat marathon kut...apa yang menggembirakan lagi hati ini biler dia stand by my side...begitu dekat sekali jarak kami berdua dan membuatkan hati aku bertambah kencang lagi...dapat dengar suara dia pun dah cukup membahagiakan aku...segala keterangan yang dia berikan langsung aku tak amik peduli...aku seakan-akan berada dalam dunia aku sendiri di mana aku cuba untuk merakam kembali segala butir bicaranya...Ya Allah..betapa rindunya aku nak dengar suara dia selama ni...rindu sangat-sangat..kalau boleh aku nak jer dengar suara dia hari-hari untuk menghilankan rindu yang mula bertamu di hati aku ni..even aku tak dapat lihat wajah dia janji aku dapat dengar suara dia tu pun dah memadai...begitu hebatnya rindu yang aku tanggung...aku benar-benar rindu kan dia...

Sedih....!!!
Dalam kegembiraan aku dapat bertemu dengan dia ada jugak benda yang membuatkan aku menjadi sedih..rasa hati ni sakit sangat bagai disiat-siat dengan pisau lagi...rasa macam nak keluar jer air mata nie melihatkan keadaan yang tak terduga berlaku didepan mata ku sendiri...aku sedih coz si dia dengan orang lain berkongsi makan benda yang sama...aku tak kisah seandainya orang yang berkongsi makanan ngan si dia lelaki tetapi ini pompuan..seorang pompuan share makanan ngan sorang lelaki...memang tak salah tetapi tolonglah jangan buat benda tu depan aku...sakit tau hati ini biler tengok situasi tersebut...tau la orang yang berkongsi makanan ngan dia tu cantik...xsama macam aku nie..kalau nak dicomparekan aku ngan girls tu rasanye macam langit dan bumi jer...tolong la..kalau yer pun nak berkongsi makanan tu tolonglah buat jauh dari pandangan mata aku..aku tak boeh terima itu semua...aku rasa sangat tercabar kut...sedih pun ada, sakit hati pun ada, kecewa pun ada...semuanyer la yang berkaitan ngan hati dan perasaan nie...janganlah buat lagi benda macam tu depan aku coz aku tak sanggup nak tengok orang yang aku suka berkongsi makanan ngan girls yang lain...aku sedar saper aku disisi dia..aku ni tak ubah cam dia punyer kuli jer..langsung tak dipandang walau sebelah mata sekalipun...hati aku jadi sakit dan kecewa setelah melihat situasi itu yang benar-benar berlaku didepan mata aku sendiri..tak ku sangka dan tak ku duga...lepas jer tengok kejadian seperti tadi..hati aku dah menjadi tawar untuk memiliki dia...aku dah naik give up tuk terima semua ini...dah cukup2 menggive upkan...cukuplah sekadar aku sajer yang mengetahui segala isi hati aku...

Friday, July 8, 2011

Semalam seharian aku tak jumpa ngan dia...bukan tak pernah aku tak jumpa dengan dia tetapi semalam entah kenapa aku rasa lain macam jer tak dapat jumpa dia...maybe dah lama kut aku tak tengok dia tu yang semalam berharap dapat jumpa ngan dia...tahu tak...biler kavitha suruh run journal ngan report aku rasa suka sangat coz maybe dengan buat kerja yang ni aku leh cari dan jumpa dia seandainyer benda tu ada error...sebelum run semalam aku berdoa biarlah ada error tetapi ternyata doa aku tidak dimakbulkan...aku terima...nampaknya aku tak akan dapat bertemu dengan dia lagi...sekarang nie dia dah ada skandal baru la...cedih sangat tapi biler difikirkan balik..skandal baru aku tu dah ada husband so nak sedih buat apa kan...lagipun skandal aku tu lebih tua dari dia kut dan dia bahasakan diri dia ngan skandal aku tu kak kut...so nak sedih buat apa..orang dah ada husband kut...nampaknya peluang tuk aku tackle dia ada lagi la ni erk..

Member aku ada cakap..kalau aku suka kat dia try la tackle dia...cam ner aku nak tackle dia coz aku tak pandai nak menackle orang nie....aku sedar saper aku untuk dia pandang..dia orang yang cukup-cukup terpelajar kut...banyangkan 7 tahun dia hidup bi bumi orang putih..aku...aku apa yang ada..hanya degree di salah sebuah kolej kat dalam negara jer...aku memang tak layak la untuk dia...berat hati aku mengatakan yang dia bukan jodoh aku walau sepayah mana sekalipun aku beruasaha...seandainyer bukan dia yang Tuhan ciptakan untuk aku...hasilnya tak akan berjaya jugak...aku harus sedar diri aku ni saper...kita orang ibarat enggang ngan pipit dimana pipit tak boleh berterbangan bersama dengan enggang...begitulah ibaratnya aku dengan dia..terlalu jauh perbezaan kita orang dan lagi satu aku bukannlah taste dia...tu aku dapat pastikan...walaupun perit untuk aku terima kenyataan ini tetapi aku redha dan pasrah...aku akan cuba untuk menerimanya dan akku pasti aku mampu untuk melupakannya..aku hanya mampu berdoa kepadaNya untuk memberikan aku petunjuk yang sebenarnya...

"Ya Allah...Ya Tuhanku
  Seandainya telah Kau ciptakan
  Dia milikku, tercipta untukku
  Titipkanlah kebahagiaan kepada kami..

  Ya Allah...ku mohon kepadaMu
  Apa yang telah Kau takdirkan
  Ku harap dialah yang terbaik untukku
  Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
  Pelihara daku dari kemurkaanMu

  Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah
  Beri aku kekuatan jua harapan
  Membina diri lesu yang tak bermaya
  Semaikan setulus kasih di jiwa

  Ku pasrah kepadaMu
  Kurniakanlah kepada aku
  Pasangan yang beriman
  Bisa menemani aku
  Supaya aku dan dia
  Dapat melayari bahtera
  Ke muara cinta yang Engkau redhai

  Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
   Engkau sahaja pemeliharaku
  Dengarkan rintihan hambaMu ini
  Jangan Engkau biarkan aku sendiri

  Agarku bisa bahagia
  Walau tanpa bersamanya
  Gantikanlah yang hilang
  Tumbuhkan yang telah patah
  Ku inginkan bahagia
  Di Dunia dan Akhirat
  Pada Mu Tuhan ku mohon segala.."

Sunday, July 3, 2011

Ya....dia bukan diciptakan untukku...aku sedar itu semua tetapi kenapa hati ini nak jugak mengatakan yang dia benar-benar diciptakan untukku..nak jugak menyangkal takdir yang telah ditentukan oleh DIA...astagfirullah..sesungguhnya aku tidak berniat untuk menyangkal kekuasaanMU Ya Allah..sesungguhnya aku benar-benar insan yang kerdil di atas muka bumi ini...aku khilaf sekejap dalam mengejar duniawi mencari cinta....

Ya Allah..Ya Tuhanku...hanya dia yang aku inginkan dalam hidup aku ini tetapi aku tahu dia tak mungkin menjadi milikku...dia terlalu jauh dari gapaian ku Ya Allah...aku tak mampu untuk mengapainyer...terlalu sukar untuk aku mengejar dan meraih cintanya...aku still lagi berharap yang dia akan menjadi milikku suatu masa nanti walaupun mengambil masa yang agak lama..aku akan tetap menantinya..susah untuk aku mengalihkan pandangan mata ku kepada yang lain kerana hanya dia yang memenuhi ruang fikiran dan pandangan mata ku..bukan aku tak pernah untuk mengalihkan pandangan ku dari dirinya tetapi ternyata aku tak mampu untuk melakukannya..setiap pandangan aku hanya dia yang aku lihat..

Aku pernah berdoa....seandainyer bukan dia yang diciptakan untuk aku...aku berdoa yang aku akan terserempak dengan dia bergandingan dengan perempuan yang dia suka mahupun bakal isterinya suatu masa nanti...walaupun hati ini sakit untuk menerima kenyataan tersebut tetapi aku benar-benar berharap yang aku akan melihat mereka bersama...dengan keadaan itulah yang membuktikan dia benar-benar bukan diciptakan untuk aku tetapi untuk perempuan lain..selagi aku tak bertemu dengan mereka selagi itulah aku akan berharap yang dia milik aku..bukan aku tamak tetapi itu yang aku inginkan dalam hidup aku sekarang nie....tak salahkan seandainya aku ingin memiliki dia selagi dia masih belum lagi berpunya..kenapa mesti taste-taste dia hanya berpandukan perempuan yang cantik sahaja?? tak layakkah untuk orang seperti aku ini bergandingan dengannya...teruk sangatkah orang seperti aku ini sehinggakan tak sesuai untuk bergandingan dengannya...aku akui yang aku bukan secantik yang dia inginkan tetapi aku jugak punya hati dan perasaan...tak sedarkah dia tentang semua itu..?? kenapa pentingkan kecantikkan dalam memilih pasangan hidup?? selama mana kecantikkan itu akan berkekalan...suatu masa nanti ianya hilang jua kerana ianyer hanya pinjaman semata-mata..tolonglh jangan pentingkan kecantikkan..pandanglah pada hati bukan pada paras rupa...

Kata orang..kita telah diciptakan berpasangan cuma masa yang menentukan itu semua untuk kita berjumpa dengan pasangan kita masing-masing..sama ada lambat atau cepat..hanya DIA yang mengetahui....kata orang jugak...jodoh itu akan datang dengan sendirinya tanpa kita cari..betul ker semua tu?? apa yang aku tahu..jodoh itu memeang akan datang dengan sendirinya tetapi kita perlu jugak mencarinya kerana kita hanya merancang tetapi hanya DIA yang menentukannya...hanya DIA yang mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk untuk kita kerana semua itu telah tersurat sejak azali lagi...

Aku telah berusaha mencarinya dan hanya dia yang  aku ketemui yang mampu membuatkan hati aku berdegup kencang setiap kali namanya meniti di bibir ini...bertambah kencang biler bersemuka dengannya...adakah itu semua hanya mainan perasaan?? apakah itu semua hanya gurauan hati?? apa yang perlu aku lakukan sekiranya hari ini berdegup kencang apabila setiap kali aku bertemu dengannya...aku tak mampu untuk mengawal debaran di hati ini...aku benar-benar takut seandainya apa yang aku rasakan itu hanya mainan perasaan semata-mata...

Harapan....aku tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk memilikinya coz aku takut dengan kemungkinan yang akan terjadi suatu masa nanti..aku takut seandainya suatu hari nanti aku akan bertemu dengannya bergandingan dengan perempuan lain...aku takut aku akan kecewa sampai memakan diri aku dalam diam...aku tak sanggup menanggung kekecewaan yang cukup menyakitkan itu...aku tak mahu semua itu terjadi dalam hidup aku kerana hati aku cukup rapuh untuk menerima semua itu...walaupun aku tak pernah tahu apa itu kekecewaan tetapi aku tahu perasaan itu cukup-cukup menyakitkan kerana aku banyak belajar dari keadaan...

"Ya Allah Ya Tuhanku...aku bermohon kepada Mu Ya Allah....seandainyer dia yang kau ciptakan untuk ku...kau satukanlah hati kami Ya Allah...ikatkanlah hati kami dengan ikatan yang cukup sempurna Ya Allah...dan seandainya dia pasangan yang Kau ciptakan untuk aku...kau temukanlah kami Ya Allah...kau berikanlah aku peluang untuk merasai bagaimana perasaan bila diri ini disayangi dan dicintai oleh lelaki yang kita cintai...dan seandainya bukan dia yang Kau ciptakan untuk aku...Kau jauhkanlah kami agar kami tidak akan bertemu antara satu sama lain dan janganlah Engaku terbitkan perasaan sayang itu untuk dia seandainya suatu masa nanti aku akan kehilangan dia kerana aku tak sanggup untuk menanggung kekecawaan yang cukup menyakitkan itu kerana aku memiliki sekeping hati yang cukup-cukup rapuh untuk disakiti....hanya kepada Mu sahaja aku berserah Ya Allah...tiada lain yang aku sembah melainkan diri Mu Ya Allah...kerana hanya Engkau Yang Maha Mengetahui...dengarlah rintihan hamba Mu yang kerdil lagi hina ini..."