Tuesday, January 22, 2013

"Ya Allah"...itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila mana aku dengar yang si dia bakal melangsungkan perkahwinannya...dan yang pasti bukan aku pengantin perempuannya...kalau aku pengantin perempuannya mesti ungkapan "Alhamdulillah" yang akan kuar dari mulut aku tapi kini aku hanya mampu mengungkapkan "Ya Allah"..betapa hati aku menangis hiba bila dengar perkhabaran ini...tak ku sangka dan tak ku duga...rupa-rupanya benarlah si dia bukan insan yang Tuhan ciptakan untuk aku melengkapi tulang rusuknya...mungkin ada insan lain untuk aku lengkapi tulang rusuknya...aku pasrah dengan ketentuanMu Tuhan...

Setelah setahun lebih aku menyulam rasa indah dalam hati ini untuk si dia akhirnya aku kecewa jua...even hanya bertepuk sebelah tangan tapi aku bahagia tapi kini kebahagiaan itu telah diragut pergi hanya dengan sepotong ayat yang "si dia bakal berkahwin"...itulah padahnya yang terpaksa aku terima kerana berani menyimpan perasaan kasih sayang dan cinta terhadap si dia dalam diam....padah menyintai seseorang dalam diam tanpa izin dari tuan badan sendiri...aku redha dengan semua ini...mungkin bukan jodoh antara aku dengan si dia...tiap-tiap malam air mata aku mengalir membasahi pipi bila aku tahu akan kebenarannya...terlalu sakit dan perit sehinggakan aku tak mampu untuk menanggungnya...alangkah baiknya kalau aku ada keberanian untuk meluahkan apa yang aku rasa kepada si dia...sekarang semuanya telah terlambat...kini si dia bakal bergelar suami kepada seorang wanita yang si dia cintai...wanita yang mungkin aku tak kenali langsung....

Seandainya suatu masa nanti kad perkahwinan mereka sampai ke tangan aku...sanggupkah aku untuk melihat kad tersebut...kad di mana tersulamnya nama si dia dengan bakal pengantinnya yang di hiasai dengan kata-kata yang romantis dan yang berlatarbelakangkan love? sanggupkah aku untuk menghadiri majlis mereka nanti...seandainya aku pergi maybe aku akan menjadi orang yang paling kejam...kejam kepada hati aku sendiri...sanggupkah aku untuk melihat si dia duduk tersenyum riang di atas pelamin bersama dengan wanita lain...wanita yang telah sah menjadi isteri si dia...Ya Allah..seandainya tiba hari tersebut, Kau kuatkanlah hati aku untuk menghadapi itu semua Ya Allah...Kau pinjamkanlah aku kekuatan untuk aku melihatnya untuk kali yang terakhir...janganlah Kau menitiskan air mata aku pada hari kebahagiaannya nanti Ya Allah...jauhkanlah aku dari sebarang kekecewaan pada hari tersebut nanti...

Tiada lain yang aku mintak selain dari kekuatan dan ketabahan dariMu Ya Allah...pasrahkanlah aku dengan takdirMu Ya Allah...mungkin benar bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku...mungkin benar akan ada orang lain yang akan mengisi kekosongan hati aku ini...begitu indah percaturan hidup dariMu Ya Allah...aku pasrah dan aku redha...yang Kau yang menjadi kekuatan untuk aku kini...berikan aku kesabaran yang tinggi untuk aku menghadapi semua ini...terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah bukakan mata hati aku untuk mencari yang lain...Engkau telah menyedarkan aku untuk berpijak di bumi yang nyata...selama ini aku khilaf dalam mencari erti cinta...sekarang aku hanya mampu berdoa kepadaMu agar mengurniakan aku seorang insan yang betul-betul mencintai aku...yang betul-betul boleh menerima diri aku ini seadanya...hanya kepadaMu sahaja aku bermohon dan berserah...

Wednesday, January 16, 2013

Akhirnya...setelah berminggu-minggu aku menantikan jawapan kepada persoalan yang dah berminggu-minggu jugak bermain dalam fikiran aku ini akhirnya dapat jua....tetapi yang paling menyakitkan hati aku yang jawapan itu tidak berpihak kepada aku...ternyata apa yang aku angankan selama ini hanya angan-angan belaka...satu pun tak pernah nak berpihak kepada aku...dan aku redha dengan semua ini...

Sampai hati erk kau buat aku macam ini...kenapa dulu aku nak keluar kau suruh aku stay sebab kau yang nak kuar dari umah tu tapi kenapa kini kau cakap yang kau tak kuar...kenapa baru sekarang cakap dan kenapa tidak pada awal bulan dulu...macam orang bodoh aku tunggu tuk kau keluar tapi kau tetap juga tak keluar malah aku yang terpaksa keluar...menanti terus menanti tapi akhirnya aku yang kena...kelakar kan...rasa cam memperbodohkan diri sendiri plak...lepas aku dapat mesej dari kau ahad lepas dan sampai sekarang aku cuba untuk fahamkan apa masalah akak tu sekarang ini...apa kaitan akak tu dalam perpindahan ini...adakah disebabkan dia yang mencari umah tu maknanya dia tak nak bagi aku stay kat sana...HELLO akak...akak yang tolong carikan jer bukan akak yang tolong bayar sewa untuk aku...sepanjang tak sampai 5 bulan duk kat sana dan every month aku bayar sewa umah tu dengan hasil titik peluh aku bekerja dengan TM...satu sen pun aku tak harapkan duit dari akak untuk bayar sewa umah tu tapi kenapa perlu akak buat macam tu...serius aku cakap yang aku tak paham apa yang akak tu pikir...kenapa perlu dia berfikiran cam tu...dia tak pikir ker yang member aku ni dah kawen dan supposedly dia kena paham la kan...orang kawen mesti la kena cari umah baru dan aku akan cari penganti untuk bilik tu...every month sewa tetap aku bayar...singkat sangat rupanya pemikiran akak tu...tak padan dengan umur yang dah beranak pinak tapi pemikiran still lagi ditahap keanak-anakan...kalau la boleh aku tanya akak tu...nak jer aku cakap apa perasaan orang dia kalau benda ni terjadi kat anak dia...tu jer aku nak tanya...tolonglah akak...akak dah dewasa kan dah menjadi mak budak tapi tak kan itu jer tahap pemikiran akak...terlalu singkat gaya pemikiran akak rupanya...

Dan kau...tak kan la akak tu sorang jer kau ofis yang jadi kawan kau...tak kan seluas-luas kat tempat kerja tu hanya ada kau ngan akak tu jer...kalau yer pun kau nak bagi alasan tak kuar bagi la yang logik sikit...jangan bagi benda yang orang boleh fikir out of the box...iyeeee...memang aku akui yang dulu kau rapat dengan akak tu sebab akak tu sanggup amik dan hantar kau balik kerja tapi sekarang ni lepas suami kau ada aku rasa akak tu dah tak datang kan...sebab apa..sebab kau dah ada suami dan suami kau leh jer hantar dan amik kau dari kerja...tak kisah sampai pukul berapa kau kena stay suami kau tetap ada untuk pergi amik kau....jangan la dijadikan akak tu sebagai alasan untuk kau tak nak kuar dari umah tu...dah kalau betul-betul kau tak nak kuar cakap jer tak payah nak gunakan nama orang lain...dulu kau cakap dengan aku umah yang kau cari tu mahal dan kosong...aku rasakan kalau kau boleh berfikiran panjang kan mesti kau dah mintak nak peti tu dan semua perkakas memasak dalam umah tu tuk bawak pergi sana....aku tak kisah kalau kau nak semua benda tu tapi kau kena la bayar balik kat aku semua benda yang kita share dulu....hanya disebabkan sebuah rumah yang kau tengok kosong dan mahal terus kau kata tak ada rumah nak duduk...kenapa cepat sangat kau berputus asa...betul kata orang tua-tua..nak seribu daya tak nak seribu dalih...dan aku klasifikasikan kau dalam kategori tak nak sebab seribu dalih kau bagi kat aku semata-mata tak nak kuar dari umah tu...dengan aku kau cakap umah tu mahal tapi dengan mak cik sebelah umah tu kau cakap owner tu tarik last minute...yang mana satu aku nak pakai kira nie...kenapa perlu ada 2 percanggahan permbohongan kau kat sini...kalau betul kau nak menipu tolong la mencipta satu fakta yang sama...yang bolak balikkan cerita....hebat betul pembohongan yang kau ciptakan sampai akhirnya kau terkantoi dengan aku...sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...

Kau nak tau satu benda tak...aku benci biler kau message kat aku yang kau kesiankan aku biler kau buat aku macam tu...kau kesiankan aku tapi kau still gak buat aku aku macam nie...kalau kesian kau tu hanya sekadar di mulut jer tapi tak sampai kat hati busuk kau tu baik tak payah ungkap la..kau simpan jer perasaan tu sampai reput dalam hati kau...aku pernah cakap dulu ngan kau yang umah tu kau cari cari dan orang yang selayaknya keluar dari umah tu adalah aku tapi kau cakap kau ada suami dan senang nak cari umah tapi sekarang apa jadi...kenapa kau tak ajak jer suami kau tu tuk cari umah...kalau kau bertapa jer dalam bilik 24 jam dan keluar merewang-rewang tak tentu hala of course la umah yang kau nak tu tak akan ada...umah tu tak akan datang dengan sendiri kalau kau tak cari...masalahnya sekarang ni kau tak cari langsung umah tu dan of course la kau tak jumpa...perasaan belas tu kau simpankanlah untuk diri sendiri...bukan aku yang selayaknyer dapat perasaan itu tapi diri kau sendiri...dalam kesian kan aku kau tetap lakukan jugak...syabas tuk kau aku ucapkan...perasaan kesian kau ucapkan itu aku amik tapi bukan untuk diletakkan di hati aku tetapi aku letakkan ia di tapak kaki aku...kalau kau kata aku kejam kau lebih lagi kejam dari aku...aku keseorang hidup kat sini tapi kau ada suami...sakit pening kau suami ada nak tolong tenggokkan...susah senang kau suami ada tuk bantu tapi aku...aku hanya sendirian...tak ada saper pun nak amik tahu pasal sakit pening aku...pasal susah senang aku...semuanyer aku perlu lakukan dengan sendiri...tak ada tempat untuk bergantung harap...

Kau tak bagi aku pindah...kau nak suh aku stay kat sana...kau dah hilang akal ke apa...kau tau tak apa hubungan aku dengan suami kau tu...adakah aku ni adik dia or adik ipar dia...dia bukan muhrim aku dan aku dengan dia dibolehkan untuk berkahwin seandainya perkara buruk berlaku terhadap aku dan dia...kau kena paham satu benda...dosa yang aku lakukan still lagi aku tanggung tapi dosa yang kau buat suami kau yang tanggung....aku tak kisah kau nak bebankan banyak mana dosa kau kepada suami kau tapi aku tak sanggup nak membebankan hidup ayah aku dengan dosa aku....kau memang cakap kau tak kisah tapi ada kau pikir akan privacy kau dan keselesaan aku ni...kau nak terperap jer dalam bilik tu 24 jam sedangkan umah yang kita duk tu ada living room...buat apa kita sewa satu rumah kalau dah semua nak terperap dalam bilik jer kan...baik sewa bilik jer tak payah sewa umah...memang kau tak kisah tapi aku kisah...aku dah tak sanggup nak hidup macam tu lagi....setiap hari aku kena berhati-hati buat kerja takut terserempak dengan kau...nak kuar bilik pun kena pakai tudung....tak kan time masak pun aku nak kena pakai tudung gak...kau kena la paham sikit semua tu...jangan la kau fikirkan sebelah kau saja...kau memang tak kisah sebab dia suami kau dan apa saja cara pemakaian kau dalam umah tu tak mengharamkan tapi aku tak...apa yang aku pakai perlu tertutup...aku jugak perlukan kebebasan dalam umah tu...aku tak nak jadi macam katak yang hidup bawah tempurung....kalau kau perasan every weekend aku selalu keluar...kau tahu kenapa sebab kalau aku tak keluar aku boleh jadi giler duk dalam bilik tu...

Dalam message kau cakap dengan aku yang apa-apa hal kita tetap kawan...buat masa ni yes kita memang akan jadi kawan tapi tidak selepas aku dah keluar dari umah tu...pernah aku cakap dulu biler mana kaki aku melangkah keluar dari umah tu kau dan aku dan tak akan jadi kawan lagi...cukuplah dengan apa yang aku alami selama ini dan aku dah tak sanggup lagi nak berkawan dengan orang yang membuatkan hidup aku susah...dulu aku pernah hilang sorang kawan disebabkan perkara ini dan kini aku bakal kehilangan sorang lagi kawan tapi aku tak kisah....aku tak kisah kehilangan kau sebab aku ada ramai lagi kawan aku kat ofis yang sudi berkawan dengan aku...tak ralat dalam hati aku untuk kehilangan kau malah aku bersyukur sebab selepas ini tak ada apa-apa hubungan lagi antara kita walau sekadar kawan sekalipun...maaf aku ucapkan sebab kau memang tak layak untuk menjadi kawan aku...aku tahu berdosa besar jika aku memutuskan hubungan silaturrahim ini tetapi kalau dengan memutuskannya aku akan mendapat balik kebahagiaan aku dulu aku sanggup...

Kau tahu tak yang aku betul-betul berkecil hati dengan kau dan suami kau...kau selalu salahkan aku biler mana aku tak bercakap dan layan kau...kau selalu cari kesalahan aku tapi kesalahan diri yang kau buat kau tak tahu kan....kau tau tak yang mak ayah aku berkecil hati dengan keadaan kau...mereka berkunjung kerumah untuk kenal orang yang tinggal dengan aku tapi kau layan family aku acuh tak acuh saja gayanya...kau terperap dalam bilik 24 jam dengan suami kau...aku boleh terima keadaan kau tapi aku tak boleh nak terima keadaan suami kau...kau sanggup layan family aku macam tu...biler mak ayah aku tanya aku tak tahu nak jawab apa...jawapan yang pasti aku diam jer...apa perlu aku cakap dengan dia orang yang kau orang tak keluar berbual-bual dengan dia orang? kau orang malu ker? kenapa time family kau datang aku leh jer layan dia orang cam keluarga aku sendiri...tak pernah dalam sehari aku tak layan family kau tapi kau...sehari jer family aku duk kat sana kau dah tunjukkan perangai kau...nasib baik family aku stay sekejap jer kat sana kalau lah family aku duk lama kat sana rasanyer berulat kau orang dalam bilik tu...sampai kau nak masuk tandas pun kau boleh massage aku...aku dulu keluar kut dari bilik tu nak intai ada orang ke tak dalam toilet...memang kau buatkan aku terasa ati dan tak salahkan kalau aku dah tak anggap kau kawan aku lagi lepas ini...mak aku jugak cakap yang korang ni payah nak diminta tolong...kawan yang tak boleh nak diharapkan...aku hanya diam jer biler mak ayah aku complaint pasal kau...time mak kau datang every night aku keluar dari bilik berborak ngan mak kau sebab aku kesian tengok kat dia keseorangan kat luar tu sedangkan kau dengan suami kau sedap-sedap duk dalam bilik...kau tinggal mak kau kat keluar dan aku terpaksa untuk keluar dari bilik aku berborak-borak dengan mak kau...even aku penat tapi aku still lagi keluar berborak dengan dia orang tapi kau....kau langsung tak buat apa yang aku buat kat family kau...memang aku terasa hati sangat-sangat...seharian kau sanggup lari dari umah tu semata-mata tak nak duk sekali ngan family aku...kejam giler perbuatan kau terhadap family aku tapi aku diam jer...

Kau sanggup berbaik dengan aku setelah sekian lama kita tak bertegur sapa...sebab apa...sebab kau nak tunjuk kat family kau tu yang kita ni bahagia duk dalam umah tu...depan mak kau semua benda kau bual dengan aku time biler sampai time family aku kau diam membisu...untuk bertemu muka lagi la...jauh panggang dari api...aku boleh jaga hati dan perasaan family kau tapi kenapa kau tak boleh nak jaga hati dan perasaan family sampaikan family aku dah tak sanggup nak stay kat umah tu tuk malam ke-2....aku terpaksa bawak family aku bermalam kat umah cousin aku kat bangi sedangkan keesokkannya kita orang nak bertolak ke Penang....bangi nak keluar ke Penang jauh tapi disebabkan onar yang kau buat aku sanggup menempuh perjalanan yang jauh itu dari melayan kerenah kau dan pertanyaan dari family aku...cukuplah setakat itu saja aku jaga hati dan perasaan kau satu family...mungkin di lain hari aku dah tak akan jadi seperti dulu...dan mungkin jugak selepas ini kita dah tak akan berjumpa untuk selama-lamanya...cukuplah dengan apa yang dah kau buat kat aku dan keluarga aku...kalau benda ni berlaku kepada aku sorang saja mungkin aku boleh maafkan kau lagi tapi tidak kalau benda ini berlaku kepada keluarga aku...tidak sesekali aku maafkan kau...