Saturday, September 29, 2012

Terlalu sukar untuk aku memperjelaskan semua ini...aku sendiri tak tahu di mana puncanya, apakah puncanya sehingga menyebabkan kami tak bertegur sapa lagi..kenapa susah sangat lately ni aku nak dengar suara kau untuk menegur aku...aku rasakan yang kini kau cuba jauhkan diri aku aku jer...tiap kali aku ada kat ruang tamu kau ada dalam bilik dan bila mana aku masuk bilik baru kau keluar dari bilik kau...kenapa erk perlu jadi macam tu...apa salah yang telah aku buat untuk kau sehinggakan begitu sekali kau larikan diri aku....

Aku perasan kalau kau perlukan sesuatu baru kau cari aku kan....aku bukan nak mengungkit atau membangkit tapi kadang kala aku rasakan yang diri aku ni bagai dipergunakan...biler masa kau perlukan pertolongan baru kau cari aku dan biler masa kau dah tak perlukan pertolongan kau tinggalkan aku terkontang kanting macam tu jer...apa sebenarnya salah aku nie? sebenarnyer aku tak nak fikir benda ni semua tapi biler tengok akan keadaan kita sekarang nie membuatkan aku asyik terfikir jer...kadang kala menyemakkan fikiran aku jer....

Kalau kau ada masalah dengan aku kau cakap la jangan nak main pendamkan sorang diri pastu mula la salahkan aku sedangkan aku sendiri tak tahu apa salah dan silap aku yang pernah aku buat terhadap kau....maaf la sekiranya aku ada menyakitkan hati kau tanpa aku sedari...kebelakangan ni aku susah nak tengok muka dan dengar suara kau...terlalu payah...yer aku tahu kau kerja sampai lewat malam tapi kadangkala aku terfikir jugak....kau sanggup kerja malam kerana nak elakkan diri aku ker? kalau hari kerja aku boleh terima lagi la sebab kau selalu balik malam tapi kenapa weekend pun sama jugak...kadang-kadang aku rasa tension tau tak...tension dengan keadaan yang entah apa-apa nie...kau menghukum aku tanpa aku tahu apa salah dan silap yang telah aku lakukan kepada kau....

Aku sedar yang tak lama lagi kau dah nak pindah....aku tak halang kau nak pindah tapi tak boleh ker sebelum kau pindah tu kita berbaik jer sesama kita...buat diri kita jadi seperti dulu...kau pun tahu kan macam mana perangai aku biler orang dah keluar dari rumah ni aku dah tak akan berhubung lagi....aku tak nak putuskan hubungan persahabatan ini tapi dari gerak geri kau menggambarkan yang kau ingin akhirkan persahabatan ini tuk selama-lamanya....almaklumlah kini kau dah ada suami dan kau dah tak perlukan lagi sahabat...apa yang sahabat dapat buat kalau nak dibandingkan dengan suami kan...sekarang ni suami adalah segala-galanya....terlalu cepat kau berubah kan...aku tak kisah kalau kau nak akhirkannya...aku jugak boleh tolong kau akhirkannya sebelum kau sendiri kau mengakhirinya...cakap jer biler aku akan tolong kau akhirkannya...kalau suatu masa nanti kita dah tak berhubung jangan kau salahkan aku kelak...bukan aku yang membuat hubungan ini putus....

Inilah lumrah yang di katakan persahabatan...mak aku pernah cakap kalau kita berkawan jangan anggap kawan kita tu kawan rapat sebab suatu masa nanti dia akan tinggalkan kita jugak..kalau nak berkawan hanya kawan biasa saja...jangan sesekali menjadikan dia kawan baik kita sebab kita tak tahu apa akan jadi kelak kepada diri kita...kadang kala kawan baik jugak sanggup menikam kita dari belakang....dulu biler mak aku cakap cam tu aku macam tak percaya dan kini biler aku dah laluinyer barulah aku sedar yang kata-kata mak aku dulu ada benarnyer...kau tahu kan sejaranh aku dengan member umah lama macam mana kan....kerana tersilap tegur aku dan dia kini bermusuh...putus segala hubungan yang kami cipta dulu...siusly aku cakap yang aku tak dapat nak menerima orang begitu sebagai kawan aku....kerana kata-kata dia membuatkan aku terus membenci diri dia sekarang ni...aku pohon pada kau...janganlah kau datangkan perasaan benci tu dalam hati aku kerana kelak aku akan memusuhi dirimu....kelak akan terputus hubungan kita sebagaimana putusnya hubungan aku dengan member umah aku dulu....jangan sesekali mendatangkan kebencian itu dalam hati aku....aku takut nanti aku tak mampu untuk memaafkan diri kau lagi....jangan salahkan aku kalau suatu masa nanti hanya perasaan benci yang ada dalam hati aku untuk kau....

Kau tahu tak kawan apa yang aku rasa lately ni...aku rasa cam nak jer lari dari kau jauh-jauh tapi aku tak ada tempat untuk aku tuju kalau aku lari...nak tak nak aku terpaksa jugak stay kat umah nie...aku rimas dengan keadaan sekarang ni...kerana sikap kau dan sikap aku membuatkan kita makin jauh....kau cara kau aku cara aku....kita dah tak ada persefahaman...tapi tak mengapa kawan..kalau itu yang kau inginkan aku tak halang keinginan kau tu...buat la apa saja yang kau suka kerana kelak aku dah tak nak amik tahu lagi apa yang terjadi pada diri mu....jangan cari aku kelak kalau kau dalam kesusahan kerana aku takut nanti jawapan yang akan aku berikan "aku tak mampu nak tolong" sedangkan time tu aku lebih dari mampu untuk menolong kau...apa-apa pun kawan...terima kasih sebab pernah jadi kawan aku...

Friday, September 28, 2012

Tak aku jangka dan tak aku duga yang hari ini sekali lagi aku bertemu dengan si dia...siusly aku cakap yang hari ini aku tak assume yang si dia akan datang kat level kami...semalam si dia tak datang dan aku assume yang hari ini pun sama tapi aku silap...hari ini si dia datang kat level aku...nasib baik la aku tak pakai baju yang ketat hari ini *tahapbenggong*...kalau tak confirm aku dah malu kut...of course la aku malu sebab nanti akan nampak semua spare tyre kat badan aku nie....tak sanggup aku nak tayang semua spare tyre yang aku ada kat si dia...

Aku tak perasan pun yang si dia ada kat level tu...aku perasan pun biler mana member aku cakap yang si dia ada...biler tengok dalam bilik meeting tu ternyata itu adalah si dia...dah la bilik yang si dia duduk tu betul-betul berhadapan dengan tempat duduk aku...kalau dari jarak aku duk dapat jugaklah aku lihat si dia tapi hanya samar-samar sahaja sebab terlalu tinggi partion depan aku tu...tak nampak dengan jelas tapi akan nampak kelibat bayang-bayang orang yang kuar dari bilik tu...dari jarak jauh aku dapat cam kalau si dia yang kuar...dah angau tahap yang tak hingat dunia dah aku nie...taksub sampai cam tu skali kut..sekali lagi pertemuan berlaku antara kami...dah kalau hari-hari berlaku pertemuan macam mana aku nak lupakan si dia..ibarat kata member-member aku yang lain...kasih kembali bertaut...adakah benar apa yang dia orang cakap itu...kalau benar alangkah indahnyer...biler mana dia orang cakap macam tu dalam hati aku aminkan cepat-cepat...semoga semuanyer akan menjadi kenyataan...

Hari nie aku busy cikit sebab kena siapkan test script yang dimintak oleh accenture...dah la first time buat benda tu so aku terpaksa check satu-satu mana yang patut ada dan mana yang tak patut ada...aku kadangkala terpaksa pergi kat tempat member aku tuk tanya test script yang dia buat tu...just tuk compare ngan dia jer....hari ni banyak jugaklah aku berjalan...kalau dah bosan aku pi sembang-sembang ngan member-member aku yang lain..saja jer nak kacau dia orang buat kerja sementara nak hilangkan boring aku nie...dalam kul 12.30pm barulah aku stop buat kerja..mata pun dah naik penat tengok tulisan dan baris nie...mana nak kena copy mana nak kena delete...semua dah jadi satu dah time tu..so tuk hilangkan ketensionan aku buat semua tu aku pun pergi menyibukkan diri aku bergosip dengan member-member aku...lagipun time tu dah nak kuar lunch dah pun...

Dalam tengah syok kami bersembang tu aku tengok member aku tiba-tiba diam....time tu dia berdiri betul-betul depan aku....naik hairan jugaklah kenapa dia ni senyap jer tiba-tiba...pastu aku tengok mata dia menoleh ke kanannyer...aku pun turut ikut sama pandang ke arah yang dia tengok tu...nak gak tahu apa yang menyebabkan dia leh diam tiba-tiba...rupa-rupanya si dia datang menghampiri group kami...tak nampak plak pak cik tu kuar dari bilik meeting tadi...maybe aku tak perasan pun sebab aku membelakangkan bilik meeting time tu....biler jer nampak muka si dia ni aku dah berdebar dah...makin dekat dia datang makin kuat kut debaran tu...rasa cam nak tumbang sekejap..nak pegang member aku tu sebagai sokongan jauh la plak...tapi kalau aku pegang dia confirm nampak sangat kegelabahan diri aku ni...so nak tak nak terpaksa la aku menyokongkan badan aku kat meja tu supaya tak tumbang...nasib baik la meja tu sudi sokong tubuh aku ini....time tu aku harap yang si dia hanya akan melewati group kami itu tanpa singgah untuk bercakap dengan aku....

Biler mana si dia melewati member-member aku yang lain hati aku dah lega...so aku bajet dia just lalu jer kat situ tapi aku silap...sebab si dia berhenti betul-betul depan aku...time tu hati aku dah cuak dah...debaran tu tak yah cakap la..dah sama kuat dengan tsunami yang melanda dulu kut....time si dia berhenti depan aku tu aku tengok kat member-member aku yang lain...hampeh betul dia orang nie...semuanyer tunduk dan berpura-pura cakap antara mereka semua tanpa menghiraukan aku...kut yer pun nak bagi peluang untuk aku bercakap dengan si dia pun agak2 la...jangan lah bagi depan-depan aku sangat kut...tak pasal-pasal aku berdebar giler time tu...tak sorang pun yang layan aku...aduhhhh...sadis betul kalian semua...

Boleh plak si dia ni pi interprem time-time aku tengah cakap-cakap ngan member aku nie....kut yer pun sabar jer la dulu...ni tak terus lalu dan berhenti depan aku terus tanya aku...tak menyempat betul la...lain kali bagi la salam dulu nak tanya pun...kita akan orang Islam...

Si Dia : "Iera..." first ayat yang kuar dari mulut si dia untuk ari nie
Aku : "Yup..." jawab dalam menahan debar di dada tu...xtahu suara bunyi cam ner

Mamat ni suka sangat la panggil nama aku...dah tak ada nama orang lain ker nak panggil...panggil la nad ker, yanie ker, aina ker, nani ker...nak kata tak kenal tipu la..aku rasa si dia kenal kut yanie ngan aina tapi nama aku jugak yang dia panggil...femes giler nama aku kat pikiran si dia kan sehingga setiap saat kalau jumpa mesti nama aku yang si dia panggil...

Si Dia : "Drawer u guna tak?"
Aku : "Tak...kenapa???" time ni muka aku dah pelik..kenapa tiba-tiba tanya pasal drawer aku plak nie...kalau tanya pasal aku xper la jugak ni tanya sal drawer mana aku tak pelik....
Si Dia : "i nak tinggal projektor dalam drawer u...u kunci tak? u kuar makan tak?" 
Aku : "yup...i kunci..." kelu jap

Pasal nak tinggal projektor upanyer...aku ingatkan apa la tadi pasal drawer aku tu...kenapa la mamat ni tak tinggal jer projektor tu dalam bilik meeting tu jer..bukannyer ada orang nak amik kut...bos aku biasa jer tinggal atas meja dia sedangkan meja dia lagi open kut then bilik meeting tu...bilik tu ada pintu jer kut..just close the door and off the lamp...tak kan ada orang masuk punyer sebab orang dah tahu bilik tu ko yang punyer...naik heran jugak aku ngan mamat ni tapi xper la...ok gak si dia datang tanya aku...terasa jugak kepentingan aku di situ...at least ada jugak masa tuk berbual dengan si dia..

Si Dia : "Kalau projektor i hilang u kena ganti.." senyuman terbit di bibirnyer
Aku : "Erkkk...banyak cantik...xnak la.." alahai pak cik janganlah senyum cam tu...tau tak senyuman kau pak cik membuatkan aku angau...
Si Dia : "tak der la..."

Time tu dia dah menapak kat tempat aku tapi aku still lagi kat tempat group kami tu...time tu baru aku perasan yang semua group aku diam jer...tak sorang pun yang berbual...tinggal aku dengan si dia jer yang berbual...dah rasa janggal la plak kalau diam cam tu...rasa cam semua orang buka telinga nak dengar aku ngan si dia bercakap...pandai betul kalian semua kan....aku dah rasa cuak biler si dia pi tempat aku...bukan per wei...dalam drawer aku tu banyak makanan kut..makanan yang aku sendiri tak makan..nak buang sayang so simpan jer la...aku tak nak la biar si dia nampak yang drawer aku tu penuh ngan makanan...nanti mesti dia fikir cam ner tak gemuk kalau dah makanan dalam drawer banyak cam tu...debaran hati aku bertambah laju biler si dia dah ada depan meja aku tu....aduhhhh...mati la aku kali nie...

Si Dia : "Mak aihhhh...banyaknyer makanan"..ok...ayat membenggangkan aku
Aku : "Ehhh...u jangan tengok makanan tu..." jawab aku dengan perasaan malu + segan = marah
Si Dia : "hahahhaa..." senyum dengan senyuman manis dan muka mengejek..
Aku : "xper...u letak jer kat situ nanti i tolong simpankan.." tuk elakkan perasaan malu ni wei
Si Dia : "ok.." terus gerak pi masuk bilik meeting

Biler tengok si dia dah gerak aku rasa dah hilang dah debaran tu...tunggu punyer tunggu si dia tak datang jugak hantar projektor tu kat tempat aku...lepas jer dia blah dari situ we all kembali berdiscussion...tiba-tiba member aku ni berhenti plak bercakap..naper plak nie...toleh belakang aku dengar orang panggil nama aku...apa lagi la pak cik ni nak...cer sebut nama lain xleh ker...ramai lagi nama yang leh sebut tu kut...nama aku jugak yang nak...aduhhhhhhhh pak cik....mak cik dah angau kan ko ni pak cik..

Si Dia : "makanan ada lagi tu...amik la erk kalau nak makan"
Aku : "owhhh...ok..." tu jer ker...ishhhhh3x

Time tu aku dah la nak kuar lunch tapi si dia still lagi tak hantar projektornyer...aku slalu jer kunci drawer aku tu sebab aku tinggal handbag aku dalam tu...lama sangat aku tunggu aku pun pi toilet dulu...balik jer dari toilet tu aku tengok si dia dah berdiri kat tempat aku...aduhaiiiii...ada lagi mamat ni..ingatkan dah tak jadi nak letak dah...lambat-lambat jer aku jalan dan time tu aku tengok dia lihat kat aku...aduhhhh...ni xleh blah nie..aku lemah giler biler si dia pandang aku cam tu...nak gugur jantung saya cik abang sayang oit...janganlah tengok cam tu..nak jalan pun tak kena jalan nie..nasib baik tak tersadung kaki sendiri jer...

Si Dia : "i tinggal laptop i.." tangan sibuk ngan phone..
Aku : "owhhh...ok" menyampah tau..sikit-sikit phone..naper tak suh awek ko jer yang simpan..tiba2 emo k
Si Dia : "u tak kluar makan ker? u kunci tak drawer nie?"
Aku : "keluar la...u masuk lambat kan.."
Si Dia : "dalam kul 2pm kut sebab i kan ada workshop.."
Aku : "owhhh...i kunci drawer nie..cam ner erk?"
Si Dia : "u tak ada kunci spare ker?"
Aku : "ada tapi tak tahu letak kat mana..kena cari dulu"
Si Dia : "u bagi jer la yang tu dulu"
Aku : "agak2 kul berapa u masuk tu?"
Si Dia : "ermmm...lepas solat dan makan la kut"
Aku : "errmmmm...ok la...amik yang ni jer la nanti i cari yang spare" sambil tangan buang kunci yang aku gantung kat pass card aku tu...

Solat ok...perkataan solat yang kuar dari mulut si dia tu membuatkan aku tenang jap...sebelum ni susah nak dengar dia sebut perkataan solat tu....tapi aku tak sure si dia betul-betul buat atau tak dengan apa yang si dia sebut tadi ke tak tu wallahualam...hanya si dia dan Tuhan saja yang tahu...tapi xper la..janji si dia dah sedar yang hari ni si dia perlu sembahyang jumaat...time nak bagi kunci tu skali lagi tangan kami bersentuhan *tambahdosa* sedangkan time tu aku dah pegang hujung kunci tu kut...rasanyer kunci tu dah agak panjang tuk dia amik tanpa sentuh tangan aku tapi kenapa still gak tersentuh tangan kami...biler aku tengok tangan si dia amik kunci tu baru aku perasan yang si dia sengaja amik dekat dengan tempat yang aku pegang...aduhhhhh pak cik...banyak lagi tempat yang leh pegang kenapa kat situ jugak la ko nak pegang...ko saja kan pak cik nak buatkan hati mak cik ni berdebar-debar lagi kan...ko suka kan tengok mak cik ni gelabah tak menentu...kijamnyer ko pak cik...cam ner aku nak lupakan ko nanti nie pak cik kalau cam ni ko layan aku...huaaaaaaaaaaaaaaaa...tak sanggup mak cik nak tinggalkan ko pak cik kat sini...sob sob sob...:-( 

Lepas amik kunci tu terus si dia kuar dan aku assume yang maybe si dia akan masuk lewat than aku sebab kalau masuk sebelum kul 2pm tu ternyata la si dia tak pi solat...time nak kuar ke lif tu aku terserempak skali lagi ngan si dia tapi nasib baik time tu member aku kol (thanks kak nani sebab kol i)...aku ingatkan si dia tertinggal something kat bilik meeting tu sebab member si dia pun ada jugak time tu...aku malas la nak tanya so aku jalan jer terus ke lif...biler pusing balik ke belakang aku tgk member-member aku yang lain xder lagi...terpaksa la aku masuk balik dan biler sampai kat tempat aku tu aku tengok si dia sedang menyelongkar drawer aku...aduhhhh...si dia tumpangkan sekali laptop ngan projektor member si dia tu kat drawer aku skali...nasib baik la tak runtuh...habis semua barang yang kat drawer bawah tu dia kuarkan...ishhhhh3x....

Si Dia : "tumpang jap.."
Aku : "ok..." nak larang sebab dia dah amik kunci
Si Dia : "xper kan.."
Aku : "u dah amik kunci kan.." sambil tu tangan si dia menunjukkan kunci aku yang si dia amik tadi

Lepas tu aku and the geng terus pi kuar makan...

Aku balik dari lunch dalam kul 1.45pm...sempat lagi la nak berfb time tu...naik jer kat atas aku still lagi tengok barang si dia still lagi kat ctu...tak balik lagi la tu and aku assume yang si dia betul-betul pi solat *wallahualam*...dalam kul 2pm lebih aku tengok ramai dah geng2 lelaki masuk dan aku bajet si dia akan sampai dalam biler2 masa saja lagi...dalam 10 minit lepas tu aku dengar bunyi tapak kasut masuk dan aku pasti yang tu si dia...even aku tak tengok sekalipun aku dah dapat agak yang tu adalah si dia...time tu aku tengah berbual ngan kawan aku sal order yang tengah dia buat tu...so aku tak amik port sangat la saper yang datang...dari pandangan sipi2 aku tengok ada orang laki lalu kat belakang aku dan aku tak assume tu adalah si dia sebab si dia tak panggil pun nama aku...selalunyer mesti si dia akan panggil..aku pun buat tak tahu jer la dan terus berbual ngan member aku nie....time2 berborak sal order tu leh plak member aku ni diam tiba2..cam situasi sebelum nie...aku tgk member aku ni naper dia diam..aku tgk dia toleh ke sebelah aku..biler aku toleh sekali aku nampak si dia dah berdiri kat situ sambil mencabut kunci aku kat pass card dia...aku malas nak layan aku sambung jer kerja yang aku buat tadi ngan member aku tu

Member : "ni kena buat sampai completed ker??"
Aku : "yer la yang oittt...ko buat suspend jer kan...tak buat TOS2 Way ngan terminate kan"
Member : "suspend jer.."
Aku : "ok la tu...aku dulu kena buat suspend, tos2 way ngan terminate..yang tu lagi susah kut"
Si Dia : "iyer ker iera buat suspend ngan tos2 way"  tiba-tiba menyampuk kut
Aku : "Errmmm..." diam dan mata dah jeling kat si dia yang time tu sibuk nak bukak drawer aku...sedangkan drawer aku dah tak kunci
Si Dia : "ok..ok..ok" dia masukkan kunci tu dan menyebabkan drawer aku tu terkunci balik...si dia pun tarik tuk bukak tapi tak dapat..
Si Dia : "cehhhh...tak kunci rupanyer...i ni pi la bukak"...gelak sakan la aku ngan si dia..bukan main kuat lagi kut...
Aku : "tadi kunci tapi i kan masuk awal so i bukak la"
Si Dia : "errkkk....u masuk awal lagi la ni erk...tak makan ker?"
Aku : "makan la..masuk awal so i bukak la drawer tu nak amik barang"...time tu aku dah ttp drawer barang tu
Si Dia : "eh..ada lagi barang tu"
Aku : "erkk..." terus aku undur ke belakang bagi ruang si dia amik semua barang si dia
Si Dia : "thanks iera..."

Lepas jer si dia blah dari amik barang tu member si dia pun datang la plak nak amik barang tu...

Member si dia : "i put my laptop and projector in ur drawer..can i take it back??"
Aku : "owhhh..ur's laptop here..."si dia"already take it out.."
Member si dia : "owhhh...ok...thanks"
Aku : "ur welcome.." senyum

Lepas tu aku tengok si dia datang balik menuju ke arah aku...ingatkan nak amik barang membernya tu tapi rupa-rupanya ada lagi barang si dia yang tertinggal atas meja aku...lepas amik jer charger tu terus dia blah dari situ...aduhhhh pak cik...naper la time ko nak blah tu ko senyum...kan mak cik dah cakap jangan senyum kat mak cik sebab mak cik takut nanti mak cik terlebih angau wahai pak cik.....dah la senyuman pak cik tu manis...pak cik pun tahu kan yang mak cik ni dah tersangat lama la gila kan pak cik....so jangan la seksa hati mak cik dengan memberikan senyuman manis pak cik itu...harus mak cik tak tidur malam ni...sebab nak update blog sal pak cik nie....*tengahmenaiplagisekarangnie*

Habis jer semua angkut semua barang terus si dia masuk bilik meeting tu...lepas tu kami dah tak berbual lagi..even bertembuang kat pintu toilet pun kami tak berbual pun..just hanya senyum jer...dah tak ada modal nak berbual...

Pak cik....cam ner la mak cik nak buat ni wahai pak cik kesayangan ku...macam mana mak cik nak hilangkan rasa angau mak cik ni kat pak cik...macam mana mak cik nak cakap kat pak cik yang mak cik ni sebenarnya dah falling in love ngan pak cik...dah tak tahan kut pak cik simpan benda ni..dah rasa membengkak dalam hati dah ni wahai pak cik ku...kenapa la pak cik tak nampak semua tu pak cik...tapi pak cik kalau pak cik pun suka akan mak cik ni cakap la pak cik...luahkan jer pak cik..kalau pak cik yang mulakan dulu confirm mak cik sambut ngan rela hati pak cik sebab mak cik memang dan angau sangat2 ni ngan pak cik....luahkan lah pak cik..jangan la seksa hati dan perasaan mak cik cam ner...luahkan lah sebelum mak cik balik ke ofis lama wahai pak cik...luahkan jugak pak cik even pak cik dah ada awek or wife....nnt tak lah mak cik berharap menantikan diri pak cik....please pak cik........tolong luahkan pak cik agar mak cik sedar yang mak cik bukan bertepuk sebelah tangan seandainya pak cik belum dimiliki lagi...PLEASEEEEEEE..!!!!!!!!!!!!!




Kenapa perlu ada perpindahan lain lagi setelah aku dapat bertemu dan melihat si dia dari jarak dekat....minggu depan aku akan pindah balik ke ofis lama...alangkah hancurnya hati aku biler bos aku cakap yang kami semua bakal berpindah kembali ke sana...even temporary pun hati aku tetap sedih...aku sedih bukan nak tinggalkan tempat yang aku duduk sekarang nie tapi aku sedih sebab aku dah tak lagi dapat melihat si dia...kenapa la perlunyer ada pertemuan ini...alangkah indahnyer kalau pertemuan ini tak terjadi...mesti aku akan pindah dengan hati yang senang...tapi biler pertemuan ini terjadi hati aku tak senang untuk pindah ke sana....

Terasa sekejap cuma aku berjumpa dengan si dia..baru jer minggu ni aku dapat bersua muka dengan si dia setelah hampir 6 bulan lebih aku tak bersua muka dan bercakap dengannya...kini aku terpaksa kembali ke tempat asal aku dulu...aduhaiiii...betapa sedihnyer hati ini sebab tak dapat nak tengok si dia lagi...even si dia datang untuk ber workshop hati aku dah cukup puas kut...puas dapat lihat si dia dari jarak dekat dengan mata aku sendiri dan dapat dengar suara si dia dengan telinga aku sendiri...sudah lama aku inginkan benda ni berlaku...tapi bila mana semuanyer ini berlaku aku pulak terpaksa pergi....dulu si dia yang tinggalkan aku tapi kini aku plak yang terpaksa meninggalkan si dia...alangkah tak relanya hati aku untuk berpindah...kalau dah setiap masa aku di sana bila masa aku dapat jumpa si dia lagi....sudah tentu lepas ini dah tak ada lagi pertemuan antara kami....seminggu ini aku dapat rasakan hari-hari yang aku lalui sangat indah tapi minggu depan hari-hari yang bakal aku lalui akan suram...aku ingin melihat si dia depan mata aku...

Perlukan adanyer perpindahan ini...kenapa bos aku suka sangat ikut kata mereka..mereka siapa untuk kita ikut sedangkan big bos tak izinkan kita orang pergi...tapi kenapa bos aku berkeras jugak nak pergi ke sana...dah la lama aku kena duk sana...dah la si dia ada workshop sampai bulan depan jer...lepas ni confirm aku dah tak jumpa dengan si dia melainkan kalau nama aku dicalonkan untuk join sama dalam projek yang si dia involved sekarang nie...tapi aku yakin yang nama aku tak akan tersenarai dalam projek itu sebab aku sudah terikat dengan projek yang lain...alangkah sedihnyer hati aku lepas ni..suramlah hidup aku sesuram bandar KL yang dilanda jerebu...BOS...janganlah kau pisahkan aku dengan si dia wahai bos...ketahuilah rasa hati anak buah mu ini wahai bos..dah banyak hint yang anak buah mu ini bagi untuk tidak pergi sana tapi kenapa kau tak pernah nak faham wahai bos...aku bukan nak melawan cakap kau sebab aku tahu yang aku hanyalah kuli tapi bos fahamlah naluri hati anak buah mu ini...anak buah mu ini tak sanggup untuk berjauhan lagi dengan kekasih hatinya...

Kalau boleh aku tak nak fikirkan benda ini tapi kadangkala terlintas jugak di fikiran aku...kenapa sekejap cuma Tuhan anugerahkan kebahagiaan itu kepada aku? kenapa tidak untuk selama-lamanya? kenapa perlu adanya pertemuan ini sekiranya pengakhiran yang aku dapat hanyalah perpisahan? kenapa perlu Dia hadirkan kasih ini kembali ke dalam hati aku sekiranya suatu hari nanti kesakitan yang aku alami? kenapa hanya kepada si dia aku sayangi even bukan si dia jodoh untuk aku? kenapa munculkan si dia depan aku dulu? kenapa kau pahatkan nama si dia dalam hati aku ini sehinggakan aku tak mampu untuk menghilangkannya? kenapa sukar untuk aku lupakan si dia? dan kenapa perlu adanyer pertemuan ini kalau pengakhirannya perpisahan? Terlalu banyak "KENAPA" yang aku sendiri tiada jawapan untuk perkataan "KENAPA" itu...yang tahu hanyalah DIA di atas sana kerana DIA telah menentukan corak perjalanan hidup aku...betapa complicated nyer perjalanan hidup aku di atas muka bumi ini....aku tak tahu apakah percaturan hidup aku ini akan membawa kebahagiaan atau kesedihan kepada aku kelak...hanya DIA saja Yang Maha Mengetahui....

Kadangkala aku terfikir jugak untuk bertanya dengan si dia adakah diri si dia sudah berpunya atau sudah berkahwin kerana aku tak berapa pasti dengan status dirinya kini...aku tak mengenali si dia secara dekat tapi aku terlalu menyayangi diri si dia dengan dalamnya....seminggu ini aku tengok si dia dah berubah...adakah si dia sudah berpunya? aku selalu tengok si dia busy dengan phonenya itu...yang aku tahu kalau orang tak dapat berenggang dengan phone itu menandakan yang diri dia sudah berpunya...mungkin girlfriend or wife dia yang text mesej or call dia...kalau benar itulah tandanya bermakna diri si dia kini sudah dimiliki oleh insan lain...aduhaiiiiii...sakitnya hati ini mengenangkan si dia kini sudah dimiliki...kenapa bukan hati si dia milik aku? kenapa perlunya si dia serahkan hatinya untuk insan lain? kenapa tak berikan sahaja kepada aku?

Kalau benar jugaklah yang si dia sudah berpunya tiada apa yang mampu aku pertaruhkan lagi...mungkin aku patut berpatah arang dari awal lagi sebelum ianyer bertukar menjadi teruk kelak...mungkin benar jodoh aku bukan dengan si dia...mungkin benar yang kami bukan diciptakan untuk bersama...kata orang kita akan mencintai orang yang salah dahulu sebelum kita menemui orang yang betul-betul diciptakan untuk kita...mungkin si dia orang yang TERsalah aku sayangi sebelum adanya insan lain yang benar-benar diciptakan untuk aku...tapi yang insan yang TERsalah aku sayangi itulah insan yang tak mampu untuk aku lupakan buat selama-lamanya...maybe si dia cinta pertama aku even hanya love one side...even aku bertepuk sebelah tangan tapi aku tak pernah menyesal mengenali dan menyayangi diri si dia..melalui si dia aku dapat rasakan bagaimana berdebarnya hati ini biler berjumpa dengan orang yang kita suka...melalui si dia jugaklah aku dapat rasakan betapa sakitnya hati biler tengok si dia berdampingan dengan wanita lain..berpelukan dengan wanita lain dan dari si dia jugaklah aku mula mengenali perkataan CINTA...even aku mampu mencintai si dia dalam diam tapi aku tetap bersyukur sebab dia mengajar aku erti cinta...kerana si dia lah aku lalui semua itu...

Kadangkala aku terfikir jugak, kenapalah bodohnya aku kerana terus menyayangi diri si dia sehinggakan aku tak mampu untuk membukakan pintu hati aku kepada orang lain...aku tak tahu kenapa begitu sekali aku taksub kepada si dia sedangkan di dalam hati si dia tiada sekelumit pun perasaan kasih dan sayang terhadap diri aku...apatah lagi cinta...sebesar zarah pun tak ada...perasaan yang hanya ada dalam hati si dia terhadap aku adalah persahabatan atau teman sekerja sahaja...hanya itu yang si dia pahatkan dalam hatinya terhadap aku...tidak lebih dari itu tetapi aku...kenapa perlu aku pahatkan si dia sebagai insan yang aku sayang dalam hati aku...kejamkah aku terhadap hati aku ini sehingga sanggup memahatkan nama si dia terus dalam hati aku ini sedangkan hati aku sedang menangis hiba menanggung kesakitan akibat kelukaan itu...kelukaan yang teramat dalam sekali sehinggakan mampu mengalirkan darah yang amat pekat yang entah biler akan berhenti....kejamkah aku melayan hati aku seperti ini...bukan niat aku untuk melayannya seperti itu tetapi kerana kasih dan sayang dan cinta kepada si dia membuatkan aku menjadi seorang insan yang kejam kepada hati aku sendiri....maafkan aku wahai hati kerana aku tak mampu untuk menghilangkan nama si dia pada mu...aku ingin menyimpan nama si dia pada mu sebagai memori yang aku pernah kenal si dia, aku pernah berkawan dengan si dia, aku pernah bekerja sekali dengan si dia, aku pernah kasih akan diri si dia, aku pernah sayang akan diri si dia dan yang paling penting aku pernah cintakan si dia...maafkan aku wahai hati...aku terpaksa melakukannya...aku tahu kelukaan itu akan mengambil masa yang lama untuk sembuh tapi izinkan aku untuk terus memahatkan namanya pada mu..tiada tempat lain yang lebih istimewa untuk aku pahatkan nama si dia selain dari dirimu...hanya kaulah satu-satunya tempat yang amat sesuai untuk aku menyimpan nama si dia sebagai kenangan...maafkan aku...

Mungkin suatu masa nanti akan ada insan lain yang akan bertapak di hati aku sekiranya bukan si dia jodoh aku...aku pasti yang Tuhan telah tetapkan jodoh untuk aku cuma aku masih lagi belum menemuinya...Tuhan masih lagi merahsiakan tarikh bahagia aku itu...aku percaya dengan kekuasaan Tuhan...hanya DIA saja yang mengetahui semua ini...hanya DIA saja yang dapat menetapkan jodoh untuk hamba-hambanya....aku percaya akan kekuasaanNya....mungkin DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku...kalau kita rasakan apa yang kita buat ini sudah cukup baik tapi ketahuilah yang DIA lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita....semuanya telah di rancang oleh DIA...tiada siapa yang mampu menyangkal akan kekuasaanNya...kerana kuasaNya yang tak terhingga itulah aku menyerahkan diri aku kepadaNya...biarkan lah DIA menentukan siapa jodoh untuk aku...aku terima dengan hati yang terbuka kelak....

Aku bukan saja ingin mencari suami yang menjadi teman tidur semata-mata tetapi aku jugak mencari seorang suami yang mampu mengimamkan solat aku nanti, yang mampu mendengar masalah aku, yang mampu berkongsi segala suka dan duka dengan aku, yang sanggup berkongsi susah dan senang, yang mampu menjadi ayah kepada anak-anak aku kelak, yang mampu menjadi ketua keluarga yang adil dan yang paling penting yang mampu menghormati ibu dan ayah aku serta keluargaku yang lain....bukan kekayaan atau kekacakan yang aku inginkan tetapi keimanan yang aku inginkan dari pasangan aku itu....aku ingin mencari lelaki yang sempurna untuk aku nanti kerana aku sedar yang diri aku masih belum cukup sempurna lagi....kerana itulah aku memerlukan suami yang mampu menyempurnakan aku kelak...hanya itu yang aku inginkan...

"Ya Allah...setiap hari aku bermohon kepadaMu Ya Allah...Kau permudahkanlah urusan jodoh aku ini Ya Allah...Kau berikanlah kesempatan kepada aku untuk mengecapi kebahagiaan hidup berpasangan diatas muka bumi ini sebelum aku menutup mata pergi menghadapMu Ya Allah...aku ingin merasa saat-saat indah biler aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku sayang...aku ingin merasa saat-saat indah biler mana ada insan yang bernyawa menumpang hidup dalam rahim aku ini...zuriat dari insan yang aku sayangi...aku ingin merasa bangga membawa perut yang mengandungi zuriat insan yang aku sayang...aku ingin merasa kesakitan melahir seorang insan yang bergelar anak ke alam dunia...aku ingin merasa saat-saat indah biler mana orang yang aku sayang mengucapakan kata terima kasih kerana melahirkan zuriat untuk dia...aku ingin memberikan kebahagiaan kepada suamiku dan kedua-dua orang tua ku...aku ingin merasa semua itu Ya Allah...besar sangatkah permintaan ku ini Ya Allah...hanya kepadaMu saja aku bermohon Ya Allah...tiada yang layak mendengar semua ini melainkan diriMu Ya Allah..kerana Kau pencipta kami...dari Engkau kami datang dan kepada Engkau jugaklah kami kembali...tolonglah hamba Mu ini Ya Allah...permudahkanlah urusan jodoh ku di atas muka bumi ini Ya Allah...aku benar-benar bermohon kepadaMu...janganlah Engkau ambil nyawaku sebelum aku mengecapi kebahagiaan Ya Allah...izinkan aku merasakan kebahagiaan ini walaupun hanya sekejap cuma....aku tahu Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Mu Tuhan...dan kerana itulah hanya kepadaMu saja aku bermohon...ikhlas dari hati kecil hambaMu ini...bantulah hambaMu ini mengecapi kebahagiaan...Amin Ya Rabbalallamin..."

Wednesday, September 26, 2012

Si dia muncul kembali di hadapan aku...setelah sekian lama aku tak bersua muka dengan si dia kini aku bersua muka kembali dengannya...bukan aku yang cari si dia dan bukan jugak si dia mencari aku...kemunculannyer di hadapan aku kini hanyalah kerana kerja...kerana kerja kami bertemu kembali...setelah hampir 6 bulan lebih si dia menyepikan diri kali ini kami kembali bertemu....dengan adanya pertemuan ini menyebabkan kasih aku terhadap si dia kembali mekar...semekar bunga glory morning yang kembang di pagi hari...perlukan ada pertemuan ini di kala aku sudah hampir berjaya untuk melupakan si dia...kerana masa yang terlalu lama menyebabkan aku sudah mampu untuk melupakan si dia tapi kerana pertemuan ini kembali ada menyebabkan ingatan aku terhadap si dia kembali segar...setiap saat aku asyik teringatkan akan si dia...

Semalam si dia datang ke tingkat 40...si dia datang untuk workshop di level aku duduk sekarang ini....aku tak perasan pun akan kehadirannya di situ...aku perasan pun biler mana si dia dah melewati meja aku...dari cara si dia berjalan, dari cara si dia pikul beg, dari cara pemakaian si dia, dari warna kulit si dia dan dari kepala botak si dia aku yakin yang itu adalah si dia..keyakinan aku bertambah kuat mengatakan itu adalah si dia ialah debaran di hati aku ini...hanya si dia seorang sahaja yang mampu membuatkan hati aku bergetar hebat...jika disusunkan 10 orang lelaki yang handsome di depan aku, aku yakin yang debaran itu tak akan wujud di dalam hati ini melainkan di antara 10 orang tersebut terselit si dia di tengah-tengahnya....pasti debaran itu akan hadir..debaran ini melanda hanya biler mana aku terlihat akan si dia...even dari jarak jauh pun hati aku sudah berdebar apatah lagi biler berada berdekatan...

Tekaan aku tepat sekali biler member aku datang dan mengatakan yang dia jumpa "that guy"...hanya aku dan dia saja yang tahu siapa yang di maksudkan dengan "that guy" itu...biler mana mata aku sendiri terpandang akan si dia aku terpaksa menerima hakikat bahawa bakal ada pertemuan sekali lagi antara kami...kasih aku terhadap si dia yang semakin menghilang kini kembali bertapak di hati aku...sudah puas aku hindarkan perasaan ini dari bertapak dalam hati aku tapi ternyata aku gagal...aku gagal untuk menghalang perasaan ini dari menghuni hati aku biler mana aku berjumpa kembali dengan si dia...kenapa perlu si dia datang kembali dalam hidup aku...kenapa perlu si dia berikan aku harapan untuk terus mengasihi dirinya sedangkan kelak aku yang akan merasakan kesakitan bila si dia pergi meninggalkan aku...si dia datang hanya sesaat cuma tapi pemergian si dia mengambil masa yang agak lama...dari jauh aku dapat lihat si dia berbual dengan member aku dan aku tak assume yang si dia akan datang ke tempat aku...tapi biler mana aku dapat lihat akan kelibatnya berjalan menghala ke tempat aku time tu hati aku hanya Tuhan saja yang tahu...betapa kuatnyer debaran yang melanda hati aku tika itu....dalam hati hanya satu saja yang aku mohon...aku mohon agar si dia tidak datang ke tempat aku tetapi ternyata telahan aku silap...si dia memang datang ke tempat aku...masyaAllah...time tu aku rasakan yang dada aku hampir pecah menahan debaran yang melanda...duduk tak kena berdiri tak kena...aku tak tahu macam mana rupa aku time tu...kerana debaran yang terlalu kuat membuatkan aku tak betah untuk duduk diam di tempat duduk ku....

Nasib aku baik time tu sebab member aku sorang lagi tu ada menemani aku time tu...kalau tak aku tak tahu macam mana nak bereaksi dengan si dia...aku tak banyak bercakap biler si dia berada di tempat aku..hanya member aku tu saja yang bercakap dengannya...aku hanya mampu menjadi pendengar yang setia jer...kadangkala saja aku menyampuk percakapan mereka....untuk menutup debar di dada aku pelawa si dia gula-gula...si dia tak nak tapi biler mana mata si dia terpandangkan kacang butir atas meja aku terus si dia amik tanpa permission aku dulu...tapi aku tak kisah pun kalau si dia nak makan....aku ikhlas bagi kat si dia...lepas satu-satu masuk mulut si dia...time tu aku rasa cam nak gelak jer...happy sesangat kut sebab si dia makan makanan aku...siusly aku memang dah angau dengan si dia nie....maaaaaaaaaaaaaaa....kawenlah anak ma nie...dah gatai nak kawen nie....banyak kali jugaklah si dia duk ulang alik kat tempat aku amik kacang butir tu....lagi acap kali si dia datang tempat aku lagi la aku suka..sebab biler si dia datang tempat aku, aku rasa cam dekat jer dengan si dia...rasa kasih sayang tu kembali bertaut la..kalau boleh nak jer aku pegang si dia tuk terus duduk kat situ jer tapi tu la..si dia datang untuk bekerja bukan untuk berdating....kalau nak berdating pun mungkin bukan dengan aku *mukasedihhatirawan*...first time aku tengok si dia dalam kepala sudah mula berkata "dia nampak makin gemuk"...memang betul si dia makin gemuk...aku dapat lihat dari segi fizikal si dia...kadangkala gusar jugak hati ini biler tengok si dia makin gemuk...aku bukan apa...orang kata kalau lelaki tiba-tiba jadi gemuk itu menandakan si dia sedang happy sekarang...happy sama ada sudah berkahwin atau happy sebab sudah berpunya...kalau itulah yang menyebabkan si dia gemuk alangkah hancurnya hati aku ini...tapi untuk menyedapkan hati aku ini aku beranggapan yang si dia gemuk sebab makan lepas raya...almaklumlah banyak rumah terbuka kan...ayat untuk menyedapkan hati sendiri...tapi hakikat hati still lagi gusar...tak banyak yang kami bualkan semalam sebab semua nyer sibuk...dia sibuk ngan workshop aku plak sibuk ngan skeleton aku tu...

Hari ini sekali lagi aku terjumpa dengan si dia....aku ingatkan si dia hanya muncul semalam jer tapi rupa-rupanya hari ini si dia ada lagi...masyaAllah...semakin lama si dia ada depan mata aku semakin susah untuk aku melupakannya...aku sedar yang si dia ada kat situ pun biler aku dengan tak sengaja tertengok ke arah bilik meeting yang si dia diami semalam...dari situlah aku tahu yang hari ini si dia pun ada kat sini jugak...aku berharap yang esok aku dah tak akan berjumpa dengan si dia...

Hari ni jugaklah ofis aku buat bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah kawan aku yang meniggal dunia Sabtu lepas...ramai jugaklah yang datang menyedekahkan Yaasin buat arwah...terima kasih kepada semua sebab sudi datang menyedekahkan bacaan Yaasin untuk arwah...semoga bacaan Yaasin kalian semua sampai kepada arwah di alam sana..semoga dapat membantu melancarkan lagi perjalanan di di sana....majlis bermula pukul 12.30pm dan tamat pada pukul 2pm

Aku tengok si dia keluar dari bilik itu...aku ingatkan dia punyer workshop sampai tengah hari tu jer sebab aku tengok dia dah packing-packing semua laptop dan projecktornyer sekali....dalam pukul 1.45pm tika aku tengah kalut-kalut untuk print paper tiba-tiba aku dengar ada orang panggil nama aku dari belakang....biler mana aku terdengarkan suara si dia hati aku dah berdebar tak menentu...aku cuba untuk menidakkan suara itu milik si dia kerana aku assume si dia dah tak akan datang lagi tapi aku silap...biler saja aku menoleh ke belakang aku lihat si dia sedang berdiri di belakang aku...bukan main terperanjat lagi aku time tu tapi nasib baik la time tu aku tengah berdiri untuk pergi amik paper yang aku print tadi...xder la nampak sangat muka terkejut aku itu....kenapa la dalam ramai kawan-kawan aku yang si dia kenal aku jugak yang si dia cari...sedangkan ramai lagi kut yang boleh si dia cari..kenapa harus aku...

Si Dia : "Iera dah makan??"
Aku : "Hahhhh??"
Si Dia : " Iera dah makan ker???"
Aku : "Belum lagi..naper???" 

Time ni aku dah fikir yang bukan-bukan dah...mana la tahu kan tiba-tiba si dia ajak aku makan sekali ker...tu yang aku kelu sekejap tu sebelum jawab

Si Dia : "I nak tumpang barang jap"
Aku : "Owhhhh...letak la"..

Aku bergerak menuju ke printer untuk amik paper yang aku print tadi...time tu aku tengok si dia dah keluarkan si dia punyer laptop dari beg...aku ingatkan si dia nak tumpang barang jer rupa-rupanya si dia nak tumpang duduk sekali...time tu si dia tengah tunggu bilik meeting tu sebab workshor si dia tak habis lagi sebenarnyer...tu yang si dia datang duk menyempit kat aku tu...

Si Dia : "Ada kerusi kosong tak...kesian plak u nak duduk"
Aku : "Owh...u duduk kat sini la..sini kosong"...aku menunjukkan tempat yang kosong sebelah aku tu..
Si Dia : "Tak ada orang duduk ker???"
Aku : "Tak ada..."
Si Dia : "U guna LAN tak??"
Aku : "Tak.." dan perbualan kami pun habis kat situ saja...si dia sibuk ngan kerja nya aku plak sibuk ngan kerja aku

Biler si dia duduk kat sebelah aku dah tak tau nak buat apa dah...apa yang aku baca semuanya tak masuk dalam kepala dah time tu....apa yang nak aku buat pun aku tak tahu sedangkan time tu aku ada kerja nak kena siapkan tapi disebabkan kehadiran si dia di sebelah aku menyebabkan aku jadi kelu..otak aku beku sekejap untuk berfikir..betapa kuatnya aura si dia sehinggakan mampu membekukan otak aku ini dari terus berfikir...dalam aku tengah berkhayal tentang dirinya boleh plak si dia tegur aku..

Si Dia : "Boleh tolong hulurkan..." ayat si dia tergantung kat situ..apa yang si dia nak pun aku tak tahu
Aku : "Hulurkan apa.." dalam pada itu tangan aku sudah mencapai air redbull yang si dia minum itu sebentar tadi..
Si Dia : "Hulurkan projektor"...la..benda ni upanyer yang si dia nak...aku ingatkan nak air tadi tapi xper lah..dah alang2 barang si dia ada atas meja aku so aku pass kan la semua kat si dia...

Time aku hulurkan projektor tu aku dapat rasakan yang tangan aku tersentuh tangannya...aku tak tahu sama ada si dia sengaja atau aku yang sengaja...time aku hulurkan beg tu mata aku pandang ke depan sebab tengok adik-adik arwah tengah menyimpan barang arwah...tapi kalau tak silap aku time aku hulurkan beh projektor tu tangan aku ada kat atas...aku pegang kat tali beg lagi tak kan la leh tersentuh plak kan...biler jer rasa sentuhan tu automatik aku terpandangkan akan si dia...tapi si dia dengan muka selamba jer...macam tak ada apa-apa yang terjadi malah sentuhan tu makin lama aku rasakan...dari sedikit sentuhan yang berlaku lama-lama makin banyak..dah la lama si dia nak amik benda tu dari tangan aku...aku nak lepas takut nanti si dia tak pegang kemas jatuh plak benda tu...nak tak nak terpaksa la tunggu si dia pegang sepenuhnyer baru aku lepaskan...dengan kehadiran si dia kat sebelah aku pun dah membuatkan dada aku berdebar ini kan plak kalau bersentuhan...lagi la aku tak dapat nak menahan debaran tu...rasa cam tak cukup nafas time tu...sekali fikir rasa cam happy plak sebab dapat sentuh si dia tapi sekali fikir akan dosa menyesal plak aku bersentuhan dengan si dia...lepas jer si dia dah pegang benda tu aku terus alihkan tangan aku dari beg tu...cukuplah setakat itu saja sentuhan yang berlaku...

Si Dia : "Thanks..." sambil senyum
Aku : "Welcome.." senyum balik ke arahnyer
Si Dia : "Sebenarnya u all ada function apa erk??"...laaaa...ada lagi pertanyaan si dia..aku ingatkan stop kat situ jer
Aku : "Majlis tahlil untuk arwah hafiz"..sambil mata memerhatikan akan si dia..dalam hati sempat lagi memuji akan kemanisan wajah si dia...aduhhhhhhhh...parah betul nie
Si Dia : "Arwah?? Saper?? I kenal ker??"
Aku : "Hafiz...tak sure la u kenal ke tak dia...jap erk.."..sambil tu tangan aku sibuk mencari balik email yang Group Human hantar pasal kematian Hafiz tu..kat situ ada gambar si dia
Aku : "Ni dia..i tak sure u kenal ke tak dia"
Si Dia: "Rasanyer macam pernah tengok...dia duk annexe kan dulu"
Aku : "Yup.."
Si Dia : "Dia sakit apa erk.."
Aku : "Entahlah...tapi dengar kata dia kena diserang sawan and jatuh..entah la..tak tahu cerita sebenar dia cam ner..."
Si Dia : "Dia memang dah pernah sakit ke sebelum nie??"
Aku : "Sebelum ni memang dia dah ada penyakit ni dah tpi ari Sabtu tu ari tu dia kena serangan sawan tu pastu jatuh...ntah la...maybe dah ajal dia kut"
Si Dia : "Nak buat cam ner kan dah ajal dia..."

Dalam hati aku ni pandai la plak mamat ni cakap sal ajal tapi diri sendiri still lagi tak berubah...still lagi tinggal solat...tak takut ker dia biler kita sebut pasal ajal...kita dengar pun dah rasa seram sejuk sebab ajal ni tak kira masa dan tempat...biler tiba masanyer nanti time tu jugaklah kita tak ada...semua tu dah tak boleh nak elak...lepas tu kami pun banyak diamkan diri...si dia buat kerjanya dan aku plak berjalan-jalan pergi mencari makanan..banyak kali jugaklah aku pelawa untuk si dia makan sekali tapi si dia kata si dia still lagi kenyang sebab baru lepas  makan...aku biler si dia dah cakap cam tu per lagi terus la aku ngap sorang-sorang...lama jugaklah si dia duk sebelah aku..dalam kul 2pm lebih barulah si dia angkat punggung pergi ke bilik meeting tu...

Lepas jer si dia pergi terus aku berfikir...percaturan apakah yang Tuhan caturkan untuk aku pada semalam dan hari ni...kenapa perlu ada nyer pertemuan ini di saat aku sudah mampu untuk melupakan akan si dia...di saat aku sudah dapat menerima hakikat bahawa antara kami tak ada jodoh...Ya Allah...kenapa perlu Kau munculkan si dia kembali di depan aku Ya Allah...ketahuilah Kau Ya Allah bahawasanyer kasih sayang aku terhadap si dia kembali bercambah biler mana aku melihat akan si dia 2 hari ini...kenapa perlu Kau berikan aku harapan untuk terus mengasihi diri si dia sedangkan kelak akulah orang yang akan menanggung kesakitan sekiranya si dia pergi meninggalkan aku...Ya Allah Ya Tuhanku...sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah Ya Allah...aku tak kuat untuk menerima semua ini Ya Allah...

Tapi aku bermohon kepadaMu Ya Allah...seandainyer benar si dia lah yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...aku benar-benar bermohon kepadaMu Ya Allah...Kau bukakkanlah hati si dia untuk menyayangi diri aku ini Ya Allah...bukak lah mata si dia untuk melihat cinta aku ini terhadapnyer si dia Ya Allah...sesungguhnyer aku benar-benar mengasihi akan dirinya Ya Allah..kini aku dah tak sanggup untuk kehilangannya lagi Ya Allah...

Tetapi Ya Allah...seandainyer bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...Kau luputkan si dia dari ingatan aku Ya Allah...hilangkanlah si dia dari pandangan mata aku Ya Allah kerana aku tak kuat untuk berhadapan dengannya Ya Allah....aku tak sanggup untuk melihat kebahagiaannya sedangkan hati aku menanggung rawan yang teramat kerana hanya si dia yang aku sayang...aku sedar Ya Allah...aku hanya layak merancang semuanyer tapi yang menentukannya hanya Kau sorang sahaja...kerana itulah aku bermohon kepadaMu Ya Allah...berikanlah aku calon yang baik yang dapat mengimamkan solat aku dan anak-anak aku nanti...yang mampu menjadi ketua keluarga yang adil dan saksama...menjadi suami dan ayah yang baik kepada anak-anak ku nanti dan jugak menjadi menantu yang baik kepada orang tua ku nanti...hanya kepadaMu saja aku bermohon...bantulah hambaMu ini dalam membuat pilihan dan permudahkanlah urusan jodoh untuk hambaMu ini...tetapkan lah jodoh untuk hambaMu ini....

Sunday, September 23, 2012

Semalam aku telah kehilangan seorang sahabat dan teman yang cukup baik sekali...teman yang cukup sporting dan cukup ringan tulang membantu orang lain...teman yang menceriakan suasana ofis dan juga teman yang suka mengambil gambar...dia lah segala-galanya di ofis tu...kini suasana ofis sudah tidak seperti dulu lagi...perginya dia tanpa kembali lagi...al-fatihah untuk dia...

First time aku dapat mesej dari member aku mengatakan yang Hafiz dah tak ada...aku rasa cam tak percaya..aku cuba call member yang mesej aku tu tapi dia tak angkat....aku call plak orang lain tapi semuanyer tak angkat....last sekali member aku sorang lagi yang call aku...biler aku jawab jer call tu ayat pertama aku tanya dia "Betul ker???"...yer tu la ayat pertama yang aku tanya dia...aku macam tak percaya yang Hafiz dah tak ada...semuanyer tanpa di duga...dalam sekelip mata sahaja dia pergi...Ya Allah...banyaknyer kenangan yang dia tinggalkan sebelum dia pergi menemui penciptaNya...

Last aku jumpa dia masa buat sambutan hari raya kat ofis...seingat aku itulah kali terakhir kami bertemu dengannya kerana minggu lepas aku tak masuk ofis sebab kena buat site visit kat Kota Bharu dan aku pun pasti yang minggu lepas dia pun tak masuk ofis gak...masa jamuan tu dia lah orang yang paling rajin sekali....rajin mengambil gambar...hahahhaha...time tu aku tengok dia happy sangat...ceria jer muka dia aku tengok....biler di imbas balik kenangan pada hari jamuan tu membuatkan hati aku terasa sayu....biler tengok balik video yang kita orang buat time jamuan hari tu lagi la sayu...rupa-rupanyer itulah dia video terakhir dari dia untuk kita orang semua....masya Allah...besar sungguh kekuasaanMu Ya Allah...dalam sekelip mata saja KAU mampu mengambil apa yang Engkau berikan kepada kami....

Sahabat...walaupun sekejap cuma kita berkenalan tapi aku cukup bertuah dapat mengenali mu...kau seorang sahabat yang baik...aku bangga dapat mengenali diri mu sahabat....lepas ni dah tak akan ada lagi email dari kau pasal kutip hutang tu lagi...aku mesti rindukan email dari kau coz biler setiap kali gaji masuk mesti kau akan emailkan kat semua orang suh bayar hutang...lepas ni dah tak ada email tu masuk lagi dalam inbox aku...biler masuk ofis nanti mesti aku terbayang-bayangkan wajah kau nanti sebab meja kau depan aku jer....sunyi nyer ofis nanti setelah kau tiada sahabat....Ya Allah...sekejap cuma aku mengenali dirinya kini Kau ambilnyer dari aku untuk selama-lamanya...kini kami kehilangan seorang sahabat yang sangat baik hati...

Sahabat...doa kami akan mengiringi perjalanan kau di sana nanti...damailah kau di sana wahai sahabat dan aku berdoa semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kini tamatlah sudah perjalanan mu di atas muka bumi ini...teruskanlah perjalanan mu di alam sana plak...di alam yang kekal untuk selama-lamanya...janganlah gusar dan janganlah risau...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kau di sana....setiap yang hidup diatas muka bumi ini pasti akan mati jugak suatu hari nanti....cuma kita tak tahu biler masanyer kita akan kembali menemui penciptaNya....Tuhan lebih menyayangi dirimu wahai sahabat...sudah tertulis di azali setakat ini sahaja perjalanan kau di atas muka bumi ini...gugurnyer daun yang bernama kan nama kita maka datanglah malaikat untuk mencabut nyawa kita....kita tidak tahu biler masa kita akan pergi meninggalkan dunia ini...jika di tanya pada semua akan kesediaannya pasti ramai yang akan menjawab tidak lagi bersedia untuk pergi menemui penciptaNya...sama ada kita bersedia ke tidak biler sampai masanyer kita tetap akan pergi jua kerana itulah perjanjian kita dengan Dia...daripada Mu kami datang dan kepada Mu jualah kami pergi...Ya Allah Ya Tuhanku...Kau permudahkanlah perjalanannya di alam sana...lindungilah dia dari seksa api neraka...tempatkanlah di kalangan orang-orang yang beriman dan tempatkanlah jugak dia di Syurga Mu....

Aku tak mampu nak taip panjang-panjang lagi sebab otak pun dah blur...mata pun dah digenangi dengan air mata..tunggu masa untuk keluar jer nie...sebak sangat-sangat biler mengingati kembali detik-detik kami lalui bersama...

Al - Fatihah aku sedekahkan untuk mu wahai sahabat...damailah kau di sana wahai sahabat....semoga perjalanan kau di sana di permudahkan...aminnnnnn

AL - FATIHAH.....

Wednesday, September 19, 2012

Tak tahu cam ner nak gambarkan perasaan aku semalam...happy yang teramat kut sebab semalam first time aku travel ngan MAS...sebelum ni dah pernah travel ngan flight tapi just Air Asia jer la tapi semalam aku dapat travel dari KL ke KB ngan MAS...sayang la ko TM sebab bagi aku peluang naik MAS...kalau bukan kerana ko confirm aku tak leh naik MAS nie...sedap gak ar naik MAS sebab luas dan selesa....steward and stewardess dia semuanyer baik-baik belaka dan yang paling aku suka dia orang served makanan...tak payah nak beli-beli cam dalam Air Asia....semalam sebab dah tengah malam sangat so dia orang just provide kacang masin ngan air jer...air apa ntah yang dia orang bagi tapi sedap...hilanglah jugak dahaga biler minum air tu..sejuknyer sampai mencucuk ke tulang hitam...

First time sampai sana rasa janggal la jugak...almaklumlah tak pernah datang kut KLIA....nak ke KLIA tu kena amik ERL semua bagai la pastu kena naik escalator nak pi ke tempat berlepas....kat sana aku rasa cam rusa masuk kampung sebab semuanyer nampak pelik jer...dah la ramai giler manusia semalam...semuanye bawak beg besar-besar dan semuanyer nak menuju ke international departures punyer....fuhhhh...bangga la ngan dia orang ni semua sebab leh masuk kat international departures...leh bawak beg besar-besar pastu leh fly jauh-jauh...mesti best kan jadi dia orang....aku gak la masuk kat domestic departures jer...beg plak kecik jer...tapi nak gak masuk luggage...dah namanye free kan so per lagi..luggage la terus...beg pun jadi berat 10kg...fuhhhhh...semangat giler nak balik kampung sampai beg jadi 10kg...nak balik kg jer pun...

First time naik ERL rasa cam jakun jer....tak pernah naik benda tu pastu mahal plak tu...RM 35 per on way....mahal giler kut...duk dalam tu tak sampai pun setengah jam tapi kena bayar RM 35....kalau setengah hari tu xper la jugak kan...rasa la ckit berbaloi nyer naik benda tu kalau dah kena RM 35....tapi xper...benda ni leh claim balik nanti biler aku balik KL nanti...tapi tu la...tak tahu leh masuk biler la claim tu....dah la dalam ERL tu aku duk sebelah mat-mat saleh semua...orang lain semua biler naik ERL tu duk kat belakang...aku jer yang duk kat depan...biler nak gerak ke belakang dah rasa segan la plak so aku duk jer la kat sana...tapi agak membosankan jugak la naik ERL ni walaupun tak sampai setengah jam...rasa mengantuk giler...tambah2 plak naik malam lagi la...xleh nak tgk kat luar keadaan dia cam ner....setelah hampir setengah jam naik benda tu akhirnya sampai la aku kat KLIA tu...boleh tahan besar jugak ar KLIA ni...sebab first time naik ERL pastu first time plak sampai KLIA so aku ikut orang jer...sah-sah la tempat yang dia orang nak pergi tu ngan tempat aku nak pergi tu sama kan sebab dia orang pun bawak beg-beg yang besar gak...sama la cam aku...padahal nak balik ke KB jer kut..mengalahkan orang nak pi oversea...hahahahhaa...oversea ke overriver ke overdrain ker janji aku leh balik ngan MAS...miahahahaha

Kerana tak nak menampakkan diri aku ni kekampungan sangat so aku bawak la haluan aku sendiri...berpandukan pada pengalaman time aku naik Air Asia dulu...kalau nak check sejam sebelum berlepas tu baru leh check in so memandangkan aku sampai kat sana kul 8.15 malam dan flight aku kul 10.35 malam...aku pun pusing-pusing satu KLIA sambil menarik beg aku yang besar tu mencari surau...nasib baik la ada papan tanda yang menunjukkan surau duk sebelah mana..kalau tak harus 7 keliling aku tawaf KLIA tu semata-mata nak mencari surau...dah leh jadi hajah tu....lepas jer solat tu aku terus kuar dari surau tu...nak duk kat sana tak boleh sebab ramai sangat manusia so nak tak nak terpaksa la aku tarik sekali lagi beg aku...nasib baik kat luar surau tu ada kerusi so duduk kat sana la sambil menunggu masa tuk check in...

Dalam kul 9.30 malam aku pun check in...check in ni pun satu hal jugak sebab time Air Asia ari tu lain MAS plak lain...so aku pun dah pening...kalau Air Asia kalau nak luggage beg kena scan dulu tapi MAS ni tak....dalam tak tahu nak buat apa alih-alih aku ternampak sorang akak nie yang pakai baju cam pramugari MAS tu pakai...aku pun per lagi...pi la tanya dia cam ner nak check in semua tu...dia pun tunjuk la kat aku cam ner nak check in semua bagai tu...rupa-rupanya senang jugak la nak check in benda alah nie...rasa bangga jap biler mesin tu print kan aku punyer tiket....excited giler kut time tu...rasa cam aku dah berjaya selsesaikan satu masalah besar...biler tiket dah print aku mula terfikir balik...aku nak luggage beg aku kat mana nie...sebab kat sana banyak sangat tmpt yang nak kena luggage beg...so tanpa buang masa akak tu plak yang jadi mangsa pertanyaan aku....nasib baik la dia sudi membantu...kalau tak harus dah miss flight la aku semalam...tu la sebabnya kan Tuhan ciptakan kita mulut...untuk memudahkan kita bertanya kepada orang lain seandainya ada benda yang kita tidak tahu supaya kita tak akan sesat nanti...betul la kata pepatah...malu bertanya sesat jalan...nasib baik la aku tak malu untuk bertanya semalam so aku tak la sesat jalan....

Tiket dah ada, beg dah pun masuk dalam luggage so aku apa lagi...berjalan-jalan la mengelilingi KLIA tu...tengok-tengok orang yang nak berlepas ke luar negara....tanpa beg senang la aku nak jalan kalau tak gak...asyik tersangkut kat kaki orang jer....kerana terlampau bosan sangat semalam menunggu sorang diri, akhirnya sempat jugak aku sambar novel sebijik...niat hati tak nak beli lagi tapi disebabkan tahap kebosanan tu tinggi sangat so aku beli la jugak...nak masuk dalam lambat lagi kut...ada setengah jam lagi...daripada aku duk terconggok kat kerusi and perhatikan orang baik aku baca novel...hilang gak rasa bosan tu...dalam kul 10 malam tu baru aku masuk balai berlepas sebab 10.35 malam tu flight aku dah nak gerak...first masuk tu kena turun escalator...pastu dari escalator tu ada satu lagi escalator yang mendatar yang disediakan untuk penumpang-penumpang yang malas nak jalan...so kalau saper-saper yang malas nak jalan leh la naik benda alah tu...tak payah la nak jalan-jalan lagi...duk jer kat atas tu terus dia gerak...

B6 merupakan pintu yang perlu aku masuk untuk naik flight tu...punyer la jauh pintu yang aku nak kena masuk tu...so sepanjang perjalanan aku dari B1 ke B6 banyak jugak la escalator yang mendatar tu ada...aku tgk ramai jugak yang naik tapi aku tak naik pun...aku rasa jalan kaki lebih cepat berbanding naik benda tu....benda tu kalau nak keep walking pun boleh jugak tapi bagi aku baik amik ikut jalan biasa jer...tak naik benda tu pun xper la...first naik tu rasa cam janggal la jugak tapi biler dah naik rasa cam sama jer ngan escalator mendatar yang kita naik kat mana-mana shopping complex.....tiba jer depan gate 6 tu dah ada orang sedang menunggu...masuk pastu hulurkan tiket yang di printkan tadi tu...dia amik sebahagiannya untuk simpanan mereka...so memandangkan lambat lagi masa nak berlepas aku sambung la balik baca novel yang baru aku beli tu....rasa cam sekejap jer duk kat dalam tu alih-alih dah ada announcement yang mengatakan flight yang nak ke KB dah bersedia untuk berlepas dan kami dimintak untuk masuk ke kapal terbang sekarang jugak...tapi MAS ni memang bagus ar...dia bagi priority kepada penumpang yang duduk kat seat Business Class....biler semua penumpang high class tu naik barulah kita orang leh naik....tak ramai pun penumpang Business Class kat atas tu tapi yang paling menjeleskan aku ialah dia orang ada kain selimut...aku plak terlupa nak amik shawl aku dalam beg dan beg pun dah selamat di luggage kan...huhuhu..nasib la badan...nasib la semalam tak sejuk sangat atas flight tu....

24C plak seat aku dalam flight tu...masuk jer pintu kapal terbang MAS tu aku dah wahhhhhhhhhhhh....besar gak seat dia erk pastu biler masuk lagi kebelakang seat dah jadi kecik...yang kat depan 2 seat jer tapi kat belakang 3 seat...baru la aku tahu yang tu tuk business class punyer....cehhhhh...hancur angan2 aku nak duk kat seat 2 tu yang ada bantal ngan selimut...aku dah plan cantik dah nak tido....biler tengok seat kat belakang tu hanya 3 seat terus tak jadi nak tidur...aku ingatkan dapat la duk kat tepi tingkap tapi hampeh...seat aku kat tepi laluan pejalan kaki...selalu jer nasib tak baik biler naik flight...tak pernah dapat yang duk kat tingkap...jeles aku ngan orang yang leh duk kat tepi tingkap tu...leh tgk sayap kapal terbang...huhuhuhu....yang paling best naik MAS per tau....dia bagi makan..even bukan makanan berat tapi ok la untuk menghilangkan dahaga dan lapar...

Paling aku excited skali biler time dia nak berlepas tu...rasa cam lain la plak ngan Air Asia...dia punyer momentum nak naik tu lain dari flight lain..yang ni aku rasa dia punyer tu lebih kuat lagi hentakan dia pastu enjin dia tu memang kuat giler...kelajuan dia pun memang laju la...sekejap jer rasa dah ada kat udara...hebat betul la saper yang cipta benda alah nie...dengan semua perkakasan besi pastu besar plak tu...dengan enjin yang besar dan dengan berat penumpang dan beg dia boleh terbang di udara....canggih giler ar...tak tercapai dek akal aku dengan benda alah kejadah nie....kalau suh aku buat belum tentu leh naik benda nie...dah tak jadi kapal terbang kalau suh aku buat...confirm jadi kapal tenggelam..nak buat yang kertas punyer pun tak lepas ni kan plak nak buat yang betul...nasib baik la dia orang lahir dulu sebelum aku kalau tak confirm la negara ni xder kapal terbang...pastu kan masa dia nak mendarat tu...aku rasa cam kecut kepala jer...laju giler dia turun dari langit tu...biler dia dah bukak tayar dia tu rasa hentakan dia tu kuat giler...brek pun bukan main kuat lagi bunyi nyer...laju la MAS ni...macam mana la dia leh handle kapal terbang yang trn dengan kelajuan yang teramat la tinggi tapi boleh menghentikan kannya dalam masa sebentar cuma...kuat giler tali brek dia kan...kalau keta kita kena tekan brek kat kaki tu tapi kalau flight ni kena tekan kat situ jugak ker erk...cam nak jer aku explore cam ner dia orang terbangkan benda berat ni dan cam ner dia orang hentikan benda berat ni....jakun sekejap aku....

Dulu aku fikir mesti pilot yang bawak kapal terbang ni besar kan sebab nak kena handle sebesar-besar benda ni tapi skali turun jer pilot dari kapal terbang tu....cehhhhhhhh...orang kecik jer tapi leh kawal kapal terbang yang besar nie...fuhhhh...bangga aku ngan dia orang nie...so aku salute la kepada saper-saper yang bawak kapal terbang nie...boleh menerbangkan sebuah objek yang seberat beratus-ratus kg kat udara...nanti biler aku dah ada anak nanti aku nak suh dia orang jadi pilot la..leh bawak benda berat ni ke udara....aduhhhhhh...tinggi benar cita-cita aku...so last word from me....Please take care of us CAPTAIN...salute

Friday, September 7, 2012

Teman lelaki....Tunang....Suami....semua ini ialah title or gelaran yang dipegang oleh insan yang bernama lelaki...tak ada mereka tak completelah hidup wanita di atas muka bumi ini...wanita perlukan lelaki untuk di jadikan teman lelaki, tunang dan suami....tanpa kehadiran mereka sunyilah hidup wanita di atas muka bumi ini...kadang kala mereka boleh jugak dijadikan penghibur hati yang sunyi...

Begitu jugak dengan aku....aku jugak perlukan seorang insan yang bergelar lelaki untuk aku jadikan kekasih, tunang dan jugak suami serta ayah kepada anak-anak aku nanti....tak ada seorang pun wanita di atas muka bumi ini sanggup hidup bersendirian tanpa ditemani insan yang kita sayang...begitu jugak dengan aku...aku perlukan teman untuk menemani aku di atas muka bumi ini dan jugak untuk di akhirat nanti...aku tak mahu berseorangan melalui hari-hari tua ku nanti...aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia...aku ingin habiskan sisa-sisa hidup aku dengan ditemani insan-insan yang aku sayang....itulah impian aku yang paling besar....

Pergi sana orang tanya biler aku nak kahwin...pergi sini soalan yang sama jugak ditujukan untuk aku...biler nak kahwin...biler nak kahwin...hello semua....ingat kahwin ni senang ker? nak kahwin ni kena persiapkan diri dulu dari segi mental dan fizikal...kalau mental dan fizikal tak disiapkan dari awal masalah akan timbul kelak dalam rumahtangga dan penceraian lah yang menjadi solution kepada semua masalah yang timbul dalam keluarga....

Aku bila mana member-member aku bercerita akan pakwe masing-masing aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja....aku tak boleh nak mencelah sebab aku masih lagi belum mempunyai teman lelaki...hanya yang mampu aku buat time tu hanyalah senyum....kadang kala nak jugak aku menyampuk dan memberitahu mereka akan kekasih hati aku juga tapiiiiiiiiiiii....aku tak mampu....siapa yang tak nak berkongsi cerita dengan orang lain pasal pakwe kita kan...mesti la kita nak share serba sedikit pasal pakwe kita ngan orang lain...sekadar untuk suka-suka...aku jugak teringin sangat nak buat itu semua tapi aku tak mampu...tak ada sorang pun lelaki yang singgah di dalam hati aku untuk aku bercerita mengenai dirinya kepada member-member aku yang lain...

Pelik sangat ker kalau umur 25 tahun masih lagi tak ada teman lelaki...pelik sangat ker kalau dah umur 25 tahun still lagi solo molo...tak kawen-kawen lagi sedangkan ramai yang dah sebaya dengan aku pun dah ramai yang kawen....manusia kini suka sangat membuat spekulasi sendiri....biler perempuan lambat kawen mesti ada bunyi kat belakang tu..dang2 jer...menyampah aku biler aku dengar semua tu....kalau aku tak kawen or kawen lambat sekali pun aku tak menyusahkan orang kan...bukannyer aku nak pinjam duit dari orang lain kalau aku nak kawen sekalipun...kalau ada pun mesti dari mak dan ayah aku jer...tapi kenapa orang selalu jer sibuk nak tahu biler kita nak kawen...helloooooooooo...mak ngan ayah aku still lagi diam tak kata apa-apa pun yang korang sibuk tanya aku biler nak kawen tu kenapa...bukan aku marah tapi saja nak luahkan apa yang tak puas hati...ok sebelum di bang kan orang lain aku stop kat sni jer...k daaaaaaaa

Thursday, September 6, 2012

Ada kisah menarik tertarik deboommm yang nak aku coretkan kat sini tapi aku tak tahu di mana harus aku mula kan dulu...sama ada di tangga rumah lagi atau di dalam rumah terus...errrmmmm...aku rasa untuk menggambarkan cerita ini paling menarik lagi baik aku mulakan dari awal...

Hari Selasa (28 Oct 2012)...we all dapat jemputan jamuan hari raya bersama accenture kat TMCC pada hari Isnin 3 Sep nanti...hati aku ni berbolak balik sama ada nak terima ke tak jemputan tu....kalau aku tak terima rugi plak...rugi bukan sebab per tau..rugi sebab nanti kalau aku tak ke sana confirm aku tak akan jumpa dengan si dia...last2 skali aku decide untuk accept jer invitation tu...niat di hati bukan untuk menjamu selera sebenarnyer tetapi lebih kepada untuk berjumpa dengan si dia...aku benar-benar yakin yang pada tika itu nanti si dia akan berada di sana...yakin sesangat dengan kata hati aku ini....

Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba...excited giler pagi tu nak bangun pi ofis ni..almaklumlah nanti dapat jumpa dengan si dia...pagi tu bermacam-macam baju aku gayakan depan cermin...almaklumlah nak suruh dia nampak kecantikkan dan kekurusan diri aku ini...setelah di tambah tolak darab bahagi akhirnya aku pilih nak pakai baju raya aku yang warna biru...baju tu ok la sebab baru jer aku suh cousin aku outer balik kasi dia jadi kecik cikit...biler aku pakai dan tengok cermin ternyata aku nampak kurus...hahahhahaha..ok stop mengarut...

Tiba masanyer pukul 11 we all bergerak ke TMCC...pergi awal bukan per...sebab nanti ada registration dan ada door gifts kepada sesiapa yang pergi awal...disebabkan nak kan beg tu we all gerak awal...tiba jer di dewan TMCC kami perlu register dulu nama kami....dalam aku tengah beratur nak register nama aku, aku terpandangkan si dia...hari ni si dia teramat la kacak sekali dengan memakai baju melayu hijau + biru muda dan bersampin warna yang sama dengan baju serta bersongkok di atas kepala...first time aku tengok si dia pakai baju melayu....ternampak jer si dia hati aku dah jadi tak menentu...siusly aku cakap, that time aku rasakan yang dada aku ni bagai nak pecah menahan debaran yang betapa hebatnye itu...

Aku jadi speechless disebabkan terlalu gabra dan nervous tertengok si dia...tu baru tertengok jer....kalau la si dia tegur aku time tu aku tak tahu la muka aku ni bertukar jadi kaler aper ntah....member-member aku sibuk jer cakap "tu dia tuuuuu", "hensem gak dia pakai baju melayu", "sama la kaler baju hang berdua" dan macam-macam lagi la...time dia orang cakap begitu aku tak amik tahu langsung...bukan tak nak pandang tapi tak boleh nak pandang si dia sebab time tu hati aku tak tenang...degupan yang kuat melanda badai hati aku time tu...first aku terpandang si dia, aku dapat rasakan yang si dia jugak terperasan akan kehadiran aku kat situ cuma kami tak bertegur saper jer...aku lalu depan mata dia dan buat-buat tak nampak si dia....aku takut nanti biler aku tegur si dia nanti lain plak yang jadinya...nak tak nak terpaksa la buat-buat tak sedar akan kewujudan si dia...

Biler dah masuk dalam dewan, aku pilih tempat yang paling dekat ngan makanan....sebelum majlis bermula mata aku sekali tak duduk diam...sentiasa jer mencari kelibat si dia...biler dah dapat tengok si dia hati aku jadi senang....biler agak lama tak nampak muka si dia...aku cari balik dan biler dah nampak hati aku bersorak riang...sekali lagi member aku cakap ngan aku yang baju aku dengan baju si dia seakan-akan...waaaahhh...biler dengar jer cam tu aku rasa cam terharu la plak....pagi tu selepas solat subuh aku bermohon kepada Tuhan supaya pertemukan aku dengan si dia dan sama kan baju aku dengan baju si dia...ternyata apa yang aku doakan itu dimakbulkan olehNya...warna baju kami seakan-akan...hati aku berbunga riang...

Dalam sibuk-sibuk aku ingin mencari makanan untuk makan tiba-tiba si dia memanggil nama aku...aku terus toleh ke belakang dan aku lihat si dia berjalan menuju ke arah aku...si dia bertanyakan member aku yang sorang lagi tu kenapa tak datang..time tu aku jawab aku tak sure...memang aku tak sure pun sebab aku dengan member aku tu dah tak duk satu bumbung lagi dah...tak banyak yang kami bualkan sebab aku tak boleh nak bercakap lebih2 dengan si dia...aku bukan per...aku takut nanti biler kami dah terlalu rapat, hubungan kami mungkin akan bercantum kembali...yang tu aku tak inginkan...siusly aku cakap yang aku tak mahu hubungan ini kembali seperti dulu lagi sebab aku tak mampu lagi untuk melepaskan si dia pergi jauh dari diri dan hati ini...

Biler semua dah selesai, we all pun balik la semula ke ofis masing-masing...aku ingatkan biler jumpa ngan si dia aku nak amik gambar...tapi sedihnyer yang si dia tak ada pada masa dan tika itu....terlalu sukar untuk aku menemuinyer lagi selepas ini...kenapa la aku tak ambil jer kesempatan ini untuk bergambar dengan si dia....aku dapat rasakan yang dada aku yang sebelum ni sarat dengan rindu kini sudah menjadi longgar kembali kerana akhirnya dapat jugak aku menemuinya....

Saturday, September 1, 2012

Ya Allah....sakitnya hati ini menanggung rindu kepada si dia...aku terlalu merindui si dia Ya Allah....terlalu merindui akan diri nyer Ya Allah....kenapa perlu hadirnya perasaan ini dalam hati aku terhadap si dia Ya Allah kalau benar bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku....aku tak sanggup nak menanggungya lagi Ya Allah....hati aku sakit yang teramat kerana menanggung rindu yang entah biler akan surut....kenapa perlu aku merinduinya Ya Allah...kenapa tidak Kau hadirkan perasaan rindu aku ni kepada insan lain selain dari si dia...aku tak mampu untuk terus merinduinya Ya Allah....

Ya Allah....apa yang perlu aku lakukan untuk menghilangkan perasaan rindu ini kepada si dia Ya Allah....tolonglah Ya Allah....hilangkanlah perasaan ini dalam hati aku ini kerana setiap kali aku merinduinya aku akan menangis Ya Allah....menangis kerana aku yakin yang aku tak mampu nak menghilangkannya.....kenapa perlu hadirnya si dia dalam hidup aku ketika hati aku kosong dari sebarang perasaan...kenapa sejak hadirnya si dia hati aku tak pernah tenang Ya Allah...apakah petanda yang ingin Kau berikan kepada ku Ya Allah...kenapa mesti si dia yang aku rindu sedangkan ramai lagi yang ada untuk aku rindui...kenapa mesti si dia yang aku pandang sedangkan ramai lagi yang boleh aku pandang...yang jauh lebih bergaya dari si dia...

Ya Allah....aku bermohon kepadaMu Ya Allah...jika benar si dia yang Kau jadikan dan ciptakan untuk aku Ya Allah...Kau satukanlah hati si dia dengan hati ku Ya Allah...Kau hadirkanlah perasaan kasih dan sayang dalam hati kami Ya Allah...Kau restukanlah perhubungan kami Ya Allah...lindungilah hubungan kami dari segala hasad dan dengki yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada hubungan kami...janganlah Kau hadirakan pihak ketiga dalam hubungan kami Ya Allah....

Tetapi Ya Allah....seandainyer benar bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku...Kau jauhkanlah si dia dari hidup aku....kau hilangkanlah si dia dari ingatan ku dan luputkanlah si dia dari pandangan ku...aku tak mampu untuk melihatnyer si dia lagi...paling parah untuk aku sekiranya aku melihat si dia bergandingan dengan perempuan lain...aku tak sanggup untuk menghadapinyer Ya Allah...Ya Allah...Kau bukakanlah hati si dia untuk menerima dan mencintai diri aku ini Ya Allah....aku bermohon kepadaMu Ya Allah....hanya si dia yang aku inginkan Ya Allah...aku tak mampu untuk menyayangi dan mencintai lelaki lain selain dari si dia...tetapi Ya Allah...kalau benar semuanyer yang si dia betul-betul bukan diciptakan untuk aku....kau balikkkan lah hati ku ini untuk terus tidak mencintainyer....Kau hilangkanlah perasaan itu terhadap diri si dia Ya Allah....kosongkanlah hati aku sekali lagi agar aku mampu untuk menerima cinta dan mencintai lelaki lain Ya Allah....selagi nama si dia masih terpahat dalam hati aku...selagi perasaan sayang dan cinta aku terhadap si dia masih lagi kukuh dalam hati aku ini....aku tak mampu menerima cinta dan kasih sayang dari lelaki lain Ya Allah...kerana hanya nama si dia yang memenuhi ruang hati ku ini...hanya si dia...aku tak sanggup untuk menghadapinya lagi...aku insan yang lemah dan kerdil disisimu Ya Allah...janganlah Kau menguji aku dengan ujian yang hebat ini Ya Allah...hati aku tak kuat untuk menerima nya Ya Allah....Ya Allah...aku bermohon dan merayu kepadaMu..dengarkanlah rintihan hamba Mu ini....Aminnnnnnnnnnnnnn

Entah kenapa sejak kebelakangan nie aku selalu terfikir kan akan si dia...apa yang aku buat pasti si dia yang bermain dalam minda ku....mungkin kerana aku terlalu merindui akan si dia....sudah lama aku tak berjumpa dengan si dia...even dah lama aku tak berjumpa dengan si dia tapi nama si dia masih lagi terpahat kukuh dalam hati aku ini...kadang-kadang aku terfikir...betul ker apa yang aku buat sekarang nie...sampai biler aku nak jadi cam nie...

Aku cuba untuk melupakannya tapi aku tak mampu...aku tak mampu untuk menghalang hati ini dari terus merindui akan si dia...aku tak mampu nak menghalang fikiran ini dari terus mengingatinya...aku teramat merindui diri mu wahai kekasih...kenapa tidak kau muncul di depan ku wahai kekasih...tak lama aku mintak..cukuplah hanya sekejap cuma janji kerinduan aku terhadap diri mu hilang....aku terlalu ingin menatap wajah mu wahai kekasih...kenapa sekalipun kau tak pernah muncul di depan ku...adakah dirimu sudah berpunya????

Wahai kekasih hatiku...tidah layakkah diri ku ini untuk berdampingan dengan diri mu...hina sangatkah diri ini sehinggakan kau tak sanggup untuk pandang dan cinta kan akan diri ini....betapa teganya hati kau kerana mempermainkan perasaan hati ku ini...kenapa perlu kau muncul dalam hidup aku seandainyer pengakhiran yang kau berikan kepada aku hanyalah kekecewaan....aku tak pernah mengalirkan air mata sebelum ini kerana seorang lelaki tetapi kau mampu membuatkan air mata aku mengalir wahai kekasih hati aku....

Tak banyak yang aku mintak wahai kekasih hati ku....pandanglah dan teliti lah cinta yang aku berikan kepada diri mu itu wahai kekasih hatiku...sekejap cuma jadi la...peganglah cinta aku itu sehinggakan aku benar-benar merasakan yang diri aku dicintai dan disayangi oleh diri mu....tak banyak yang aku mahukan...secebis kasih sayang dan sekelumit cinta yang aku inginkan....walau sekecil-kecil zarah yang ingin kau berikan aku sanggup menerimanya asalkan cinta dan sayang itu datangnya dari diri mu wahai kekasih hati ku....

Sukarnya untuk aku menerima cinta dan sayang dari mu...terlaly mahalnyer cinta dan sayang mu itu kepada aku...kenapa dengan perempuan lain cinta dan sayang mu itu terlalu murah....adakah disebabkan mereka semua cantik-cantik belaka dan aku tak secantik mereka...aku mengaku yang diri aku ini tidak secantik mereka semua...adakah disebabkan kecantikkan yang menghalang diri mu memberikan cinta dan sayang mu kepada aku....kalaulah kecantikan yang kau carikan...sampai biler-biler pun aku pasti yang aku tak akan dapat merasakan cinta dan sayang mu terhadap diri ini wahai kekasih hati ku....tiada apa yang mampu aku lakukan selain dari berputus asa dari terus mengharapkan diri mu....