Thursday, November 29, 2012

Setelah sekian lama aku tak melihat akan si dia ....hari ini secara tidak sengaja aku terlihat akan si dia....even aku hanya mampu lihat dari jarak yang agak jauh tapi tu sudah memadai buat aku....setiap kali selepas solat aku berdoa mintak dengan Tuhan agar pertemukan aku dengan si dia..even dalam keadaan yang tak bersedia pun aku sanggup janji aku dapat lihat akan si dia...aku terlalu merindui akan si dia sehingga kan aku rasakan yang dada ku ini penuh sesak dengan rindu yang aku simpan untuk si dia...hari ini terlerai sudah rindu aku terhadap si dia...even hanya sedikit rindu itu terlerai tetapi ia nyer cukup buat aku....akhirnya aku mampu bernafas dengan tenang...

Rindu terlerai tapi kesedihan pulak yang datang menjengah....memang aku sangat-sangat berharap yang suatu hari nanti aku akan terserempak dengan si dia...tapi itu tak bermakna yang aku akan terserempak dengan si dia bersama dengan perempuan lain.....aku tak sanggup nak lihat si dia berdampingan dengan perempuan lain even kawan sekalipun kerana aku tidak tahu apa perasaan si dia kepadanyer kawannya itu...kalau perasaan itu hanyalah perasaan seorang sahabat aku tak kisah...yang aku kisahkan biler perasaan sahabat itu bertukar menjadi perasaan cinta....setiap kali aku lihat si dia berdampingan dengan perempuan lain hati aku sakit sangat...perasaan cemburu aku begitu membuak sekali dalam dada ini....macam mana sakit sekalipun aku terpaksa pendam kan jugak dalam hati aku ini....

Hari ini aku TERlihat si dia dengan seseorang...aku tak nampak sangat muka perempuan itu...tapi yang pasti seseorang yang jalan berdampingan dengan si dia adalah perempuan...bertuah perempuan tersebut coz dapat makan dan berjalan sekali dengan si dia...sepanjang aku mengenali si dia tak pernah sekali pun kita orang makan bersama...dan jalan sekali lagi la jauh...macam langit dan bumi...betapa berbezanya si dia dulu dan kini...adakah perubahan pada si dia itu membawa maksud yang akan melukakan hati aku nanti....

Aku tak tahu kenapa aku begitu sukar sekali nak melupakan akan si dia....even dah lama kami tak berjumpa tapi si dia still lagi berada dalam ingatan aku...dalam hati lagi la...hanya nama si dia yang bertapak di hati aku ini...aku dah tak mampu nak letakkan nama orang lain untuk menghuni hati aku ini kecuali si dia sahaja...aku tahu tak berbaloi untuk aku menunggu si dia kerana aku akan tahu kesudahannya bagaimana nanti tapi hati aku masih jugak degil untuk menunggu si dia...sudah banyak kali aku melarang hati ini dari terus untuk menyukai dan menyayangi akan si dia tapi kedegilan hati ini tiada siapa pun yang mampu melunturkannya kecuali Dia si Penciptanya....

Serius aku akui yang aku kini mula merindui akan kehadiran si dia....setiap kali aku rindu kan si dia...aku akan tengok kembali gambar-gambar yang kami amik dulu-dulu...hanya itulah cara yang aku lakukan sekiranya aku merindui si dia...syukur sebab dulu terniat di hati nak amik gambar bersama-sama dengan si dia...rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya...even aku kehilangannya tapi kenangan aku bersama dengan si dia tak akan hilang untuk selama-lamanya....setiap patah perkataan, setiap perbuatan si dia masih lagi segar bermain dalam fikiran aku...aku masih lagi mampu untuk mengingatinyer even sudah hampir setahun benda ini berlalu....sedar tak sedar dah hampir setahun aku kehilangan si dia...betapa cepatnyer masa berlalu...setahun jugaklah aku memendam rindu ini terhadap si dia....

Sampai biler aku harus begini...menyimpan perasaan kepada seorang lelaki yang belum lagi mempunyai perasaan yang sama kepada kita....menyukai seorang lelaki yang tak menyukai kita dan mencintai seorang lelaki yang langsung tak mencintai kita...kadangkala aku terasa nak give up jer tapi biler mana perasaan itu datang si dia muncul kembali....biler munculnya si dia kembali di hadapan aku maknanyer perasaan aku terhadap si dia jugak akan muncul kembali...aku dah tak sanggup nak menghadapinyer...aku bukanlah seorang yang kuat untuk menghadapi semua ini...aku hanyalah manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan....

Setiap kali aku tengok kebahagiaan pasangan lain aku jadi jeles....kenapa dia orang boleh bahagia tapi tidak aku....aku inginkan jugak rasa kebahagiaan yang dia orang rasakan itu....aku jelez biler tengok orang lain keluar hujung minggu bersama pasangan masing-masing tapi aku....biler sampai jer weekend aku seorang diri keluar berjalan-jalan...tak ada teman tak ada pakwe untuk di ajak lepak sekali...terlalu menyedihkan bagi aku...:(..kadangkala terfikira jugak....adakah aku ini tidak layak untuk mengecapi kebahagiaan sebagaimana dia orang kecapi sekarang nie....?

Monday, November 19, 2012

Ya Allah...dari hari ke hari aku rasakan yang jiwa aku makin terseksa...aku dah tak tahu nak mengadu kat saper dah lagi nie...kalau aku mengadu kat kawan-kawan aku mesti dia orang akan cakap "cakap la ngan dia"...tu jer ayat yang selalu kuar dari mulut dia orang....macam yang aku cakap sebelum ni...aku bukan tak nak cakap dengan dia tapi aku tak sampai hati nak cakap...dan aku jugak tak nak nanti akan wujudnyer pergaduhan antara aku dengan dia nanti...kesabaran aku semakin hari semakin menipis...aku pun tak tahu la sampai biler aku mampu bertahan lagi untuk kali ini...sudah hampir sebulan ni berlaku tapi aku masih lagi bertahan tapi aku tak pasti sama ada untuk bulan-bulan akan datang kesabaran aku itu masih ada lagi ke tidak...aku takut suatu masa nanti kita akan bertengkar disebabkan kesabaran dalam diri aku ini hilang...jangan biarkan kesabaran aku hilang...

Sejak husband kau ada kat rumah hidup aku rasa cam tak tenang....aku dah tak bebas nak buat semua benda dalam rumah tu...kalau nak buat benda pun mesti buat secara diam-diam...sampaikan aku nak makan pun aku makan dalam bilik...dulu aku leh la jugak lepak-lepak kat luar tu kat meja makan tapi sekarang dah tak boleh...kalau ikut hati aku nak jer aku buat macam dulu tapi tu la...aku ni ada jugak perasaan malu...aku ngan husband kau tu bukannyer muhrim so xkan la aku senang-senang nak duk lepak kat luar tu dengan pakai baju yang tak berapa elok dan tak pakai tudung....aku still lagi tahu dosa dan pahala...

Sekarang ni kau lagi la nak menjauhkan diri aku kan...biler aku kuar dari bilik kau lari masuk bilik kan dan biler aku dah masuk dan-dan jer kau kuar dari bilikkan...hina sangat ke aku ni sampai nak tengok muka aku pun kau dah tak sanggup...sepatutnyer aku yang memandang hina kat kau tapi ni tidak...macam kau yang memandang hina kat aku...macam aku plak yang buat kerja jahat....aku pun dah tak paham sekarang ni dengan keadaan kita...sampai biler kita nak macam nie...kalau kau berterus terang dengan keadaan kau mungkin aku masih lagi boleh bertahan tapi masalahnyer sekarang ni kau langsung tak berterus terang akan kedudukan kau sekarang ni kat umah tu...sampai biler kau nak stay kat sana? apa plak kau sebenarnyer nie? adakah kau akan stay kat sana or kau akan move keluar? Tolonglah...cakap la ngan aku...sepatah pun tak per...keluar atau tak..tu jer aku nak dengar dari mulut kau...seandainyer benar kau nak kuar dari umah tu aku sanggup stay kat sana lagi...aku mampu bertahan sampai kau kuar dari umah tu tapi seandainyer kau nak stay kat situ....aku sanggup angkat kaki dan punggah semua barang aku ke rumah yang baru...aku boleh pindah cuma sekarang ni aku tunggu kata putus dari kau jer...kalau kau kata tak...aku akan kuar dalam masa terdekat...kalau kau kata keluar aku akan tunggu sampai kau keluar...kadangkala kan aku fikir balik..lebih baik aku duk sorang2 dari aku duk cam nie kan...dulu aku tak fikir pun benda akan jadi macam nie sebab dulu aku fikirkan kau ni kawan aku tapi last2 aku jugak yang jadi mangsa...agak2 kau la kan..kalau bukan aku yang stay dalam umah tu skali ngan kau...kau berani tak nak bawak husband kau tinggal sekali dalam umah tu...buleh plak yang suka amik tahu hal orang lain dan yang mulut celupar...kau kira bernasib baik sebab aku yang tinggal skali ngan kau bukan orang lain...bukan aku nak kata aku ni baik tapi seharusnya kau bersyukur yang aku masih lagi boleh terima benda yang kau buat ni kat aku...

Kau tahu tak yang kau dah banyak buat aku sakit hati...aku perasan biler semua periuk yang aku dah guna yang aku letak atas penyejat pinggan kau tak pernah nak amik simpan even kau dah tahu yang periuk tu dah kering...kau sanggup tambunkan lagi barang2 kau atas penyejat pinggan tu sampai la penuh...alih2 aku jugak yang kena alihkan sendiri sebab dah tak ruang untuk aku letak benda lain...begitu skali tingkah kau kan...jijik sangat ker kau nak alihkan benda tu semua...aku tahu la yang kau dah ada husband duk skali tapi tak boleh ker kau tolong aku alihkan benda tu semua...barang kau boleh plak aku alihkan tanpa perasaan jijik sikit pun tapi kenapa barang aku kau tak boleh nak alihkan...kut yer pun benci ngan aku nie janganlah ngan barang-barang dapur aku jugak yang kau bencikan...tak salah kalau kau alilhkan benda tu semua..tu pun tuk kesenangan kau jugak nanti...dah ada husband ni kau makin besar kepala kan..dah makin berlagak dengan aku...kau nak tunjuk apa sebenarnyer ni kat aku...adakah kau nak tunjukkan yang kau dah ada husband aku tak ada??? tu ker yang kau nak tunjukkan kat aku...kalau itulah yang kau nak tunjukkan kat aku baik tak payah la sebab aku tak terkesan sikit pun dengan semua tu...tak pernah aku nak jeles ngan kau yang dah ada husband nie...

Sekarang ni kau dah ada keta sendiri...mesti kau banggakan sebab kau dah ada keta sendiri..husband pun dah ada depan mata keta pun dah dapat...so nak berlagak dengan aku la kan...yang hidup kau dah cukup completekan...hahahahahaha...nak tergelak aku kalau kau fikir aku akan jeles dengan semua yang kau ada tu...aku langsung tak jeles la wei...aku tak kisah la kau nak ada husband ke nak ada keta ker...aku tak kisah semua tu la...sampai kau beli keta pun kau tak cakap ngan aku kan...kenapa??? kau takut nanti aku mintak tolong dari kau erk...mintak nak tumpang kau biler kau nak balik kg erk...tak payah bimbang la..aku tak kan sesekali tumpang kau balik kg la...terdesak cam ner sekalipun aku tetap tak kan balik ngan kau...aku sanggup drive sendiri la kalau dah betul-betul terdesak..aku tak nak terhutang budi dengan kau....cukuplah dengan apa yang pernah kita buat dulu-dulu...in the future apa yang kita buat dulu-dulu aku dah tak akan buat bersama kau lagi...

Sejak ada keta dah tak lekat kat umah...asyik kuar jer kan sekarang nie..pergi lah kau nak pergi mana pun....kalau tak balik umah lagi aku suka...sepanjang kau kuar umah aku lagi suka la sebab aku leh bergerak bebas dalam umah tu...rasa cam leh bernafas dengan lega...nak buat apa saja pun buleh tapi biler kau balik aku rasa cam patah kaki jer...hidup aku hanya dalam bilik semata-mata...agak2 la kalau aku bebas cam biasa sanggup tak kau kuar dalam bilik tu...aku rasa confirm kau tak kan kuar dari dalam bilik kan...aku pun ada jugak perasaan belas kasihan kat korang...that's why la aku masuk bilik...sebab aku takut nanti korang plak tak kuar bilik...xkan nak kencing berak mandi semua dalam bilik tu kan...lain la kalau bilik kau tu ada bilik air...

Aku berharap sangat-sangat yang kau cepat-cepat pindah dari umah tu...seandainyer kau tak mahu pindah dari umah tu just cakap jer ngan aku...aku boleh cari umah lain...aku tak kisah la tuk cari umah lain and maybe kali ni aku hanya cari umah tuk aku tinggal sorang jer...dah tak nak tinggal dengan orang yang tak kenal or orang yang aku kenal...tambah-tambah lagi kalau orang dah berkahwin dan husband duk jauh...aku dah tak nak benda ni berlaku lagi...cukuplah 2 kali benda ni terjadi kat aku...aku tak nak ianyer terjadi untuk kali ke-3 kerana aku jugak manusia biasa...aku boleh meletup biler sampai tahap nyer...tapi satu jer aku pesan ngan kau..biler mana kaki aku dah melangkah keluar dari umah tu hubungan kita sebagai kawan akan terputus kat situ jugak...aku tak akan bawak hubungan persahabatan itu ke tempat baru kerana aku ingin mencari ketenangan dan kedamaian...aku tak kenangkan lagi hubungan persahabatan yang membawa kedukaan dan kesengaraan kepada aku...tu jer aku ingin pesan kepada kau...maafkan aku sekiranyer time tu tiba aku dan kau dah tak jadi sahabat lagi...seandainyer kita terjumpa dimana-mana just anggap jer kau tak pernah mengenali aku kerana aku jugak akan buat benda yang sma jugak kepada kau...kalu time tu kau nak sedih ker nak marah ker aku dah tak kisah sebab kau dan aku bukan lagi kawan seperti dulu...aku sanggup hilang kawan dari aku hilang maruah kerana maruah aku lebih berharga dari diri kau...maruah aku ni aku akan bawak kemana saja kaki aku melangkah tapi kawan aku leh jer tinggal dimana-mana aku suka...maafkan aku sekali lagi kalau time tu tiba..bukan ini yang aku inginkan tapi kau yang memaksa aku untuk buat semua ini...

Sunday, November 4, 2012

Aku rasakan yang kau kini semakin hari semakin melampau...kalau di ikutkan hati aku ni nak jer aku sembur atas wash brain kau sikit tapi disebabkan kau ni kawan aku so aku tak sanggup nak buat tu semua...aku tahu kau bahagia kini tapi janganlah kau bini kebahagiaan kau itu atas ketidakselesaan orang lain...boleh tak sekali sekala kau fikirkan tentang hati dan perasaan orang lain jugak selain dari memikirkan hati dan perasaan kau saja...kadangkala orang ni kalau diam tak bermakna dia berseteju...ada dua kemungkinan kenapa dia diam..sama ada dia setuju atau dia marah or tak berpuas hati dan dalam kes ni aku pilih yang ke-2...memang aku tak puas hati dengan keadaan sekarang nie...apa sebenarnyer status kedudukan kau kat rumah ni sebenarnyer...aku dah jadi curious...kau nak stay kat sini or kau akan berambus duduk kat kuarters...aku pun tak tau status kau macam mana...

Sekarang ni bukan main susah  lagi nak jumpa kau...biler mana kau dengar aku kat luar confirm kau lari masuk bilik...apa jahat sangat ke aku ni sampai lari cam tu sekali...dah tak nak jumpa aku langsung dah sekarang nie...tahu la kau ada suami tapi jangan la kau lupa pada kawan kau nie...iyer la dulu time suami xder kawan jugak kau cari tapi biler suami dah ada kawan kau buang...apa jenis kawan pun aku tak tahu la ngan kau nie....dulu aku anggap kawan tapi kini aku anggap kau lawan..memandangkan kau pun tak nak bersemuka sangat dengan aku kan...FINEEEEEEEE....aku pun boleh elak jugak diri aku dari bersemuka dengan kau....

Kau tahu tak....aku dah kehabisan idea nak bagi tahu mak cik tu kemana kau pergi biler mana setiap kali dia tanya aku...kau pergi tanpa tinggal sebarang pesan dan apa yang boleh aku jawab dekat mak cik tu yang kau pergi kerja...tu jer jawapan yang sewajarnya aku berikan kepada mak cik tu...kadang-kadang aku malu biler dia tanya pasal kau dengan suami kau tu...tapi apa yang mampu aku buat...selagi aku tak tahu status kedudukan kau kat rumah ni selagi tu la kita akan jadi macam nie....

Hari ni mak cik sebelah rumah buat makan tapi kau sengaja larikan diri kan...kejam giler kau sedangkan kau tahu yang hari ni ramai orang nak duduk rumah kita...kau sengaja bawak suami kau kuar dari rumah dari pagi sampai petang baru kau balik...tak ker kau rasa serba salah...jiran buat makan tapi kau lari....kau biar aku sesorang layan tetamu-tetamu mak cik tu...kalau ikut hati aku ni nak jer aku hodohkan kau depan mak cik tu tapi aku ni tak la sejahat tu...jahat-jahat kau pun pada aku tapi aku still lagi nak jaga maruah kau...aku takut kau jugak yang malu nanti...

Aku tak tahu apa yang kau nak sebenarnya tapi kalau ni la yang kau nak...ok...aku akan ikut dengan rela hati...buat masa sekarang ni aku boleh lagi bersabar tapi andai masa suatu hari nanti kesabaran aku dan lebur jangan salahkan aku kalau kita putus sahabat...aku tak menyesal hilang sahabat seperti kau kerana sahabat boleh dicari lagi...memang sahabat tak akan pernah kekal dalam hidup kita...dia akan datang dan pergi sesuka hati dalam hidup kita...yang hanya kekal di samping kita hanyalah keluarga kita...aku berdoa kepada Tuhan semoga diberikan kesabaran yang panjang kepada aku untuk aku bertahan dengan kerenah kau sehingga kau sedar akan salah dan silap kau pernah buat kepada aku...mungkin bukan secara luaran tapi secara dalaman...aku mintak sangat semoga kau cepat sedar diri sebelum aku sedarkan kau...jangan cukup cross tahap kesabaran aku coz kalau dah cross tahap tu aku tak tahu apa yang aku akan buat kepada kau...

Friday, November 2, 2012

Ya Allah....aku pun tak tahu la apa yang tak kena dengan aku sejak akhir-akhir ini...semakin hari aku rasakan yang aku semakin tak dapat nak lupakan akan si dia...terlalu payah untuk aku melupakan akan diri si dia...fikiran aku akan melayang biler mana aku bersendirian dan yang paling teruk lagi biler mana aku melihat pasangan-pasangan yang bercinta aku terus teringatkan akan si dia...dalam kepala mula la memikirkan benda yang tak logik...

Even sekarang ni aku dah tak jumpa dengan si dia tapi aku still lagi teringatkan akan si dia...aku pun tak tahu kenapa...biler jer dengar orang sebut nama si dia jer dah membuatkan hati aku berdebar tak menentu apatah lagi kalau aku berdepan dengan si dia...confirm time tu hati aku jatuh tergolek ke bawah...alangkah dahsyatnyer penangan dari si dia terhadap jiwa aku ini...nama si dia sentiasa mengusik hati dan jiwa aku...

Hari nie member aku ada forwardkan satu email kepada aku daripada si dia...email yang mengatakan si dia rindu akan kami bertiga...waduhhhhhhhhhh...biler jer baca email tu lagi la hati aku berdegup dengan kencang...baca jer nama si dia yang hantar email tu hati dah berdegup tak menentu...bukan aku sengaja buat dia berdegup tapi dia berdegup dengan sendiri...aku pun tak sedar dia berdegup..sedar-sedar biler aku rasa ada denyutan yang menghentam jantung hati aku ni...Ya Allah...betapa kuatnyer nama si dia terpahat dalam hati aku sehinggakan tengok email dari si dia pun dah membuatkan aku tak tenang...

Ya Allah...apakah mainan takdir yang KAU tetapkan untuk aku Ya Allah...kenapa setiap kali aku dengar nama dia hati aku akan berdegup dengan kencang sekali...nama pun sudah membuatkan hati aku berdegup kencang belum lagi tuannya...kalau tuan punyer nama yang muncul lagi la aku rasa cam nak pengsan...kuatnya mainan takdir yang KAU berikan kepada aku...Ya Allah...kalaulah benar dia lelaki yang KAU ciptakan untuk dia melengkapi hidup aku..aku bermohon kepadaMu Ya Allah...KAU satukanlah hati kami...KAU permudahkanlah urusan jodoh kami ini Ya Allah...hanya kepadaMU sahaja aku bermohon...tetapi Ya Allah...jika benar bukan dia orang yang KAU ciptakan untuk aku Ya Allah...KAU pasrahkanlah hati aku dengan ketentuanMU ini Ya Allah...sesungguhnya hanya ENGKAU saja yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba MU ini...aku redha menerimanya