Monday, January 30, 2012

Ketika rasa cinta hadir dengan tiba-tiba

tak ada yang dapat menghindarinya

jika cinta itu jatuh tepat dihati kita

biarpun perkenalan kita terlalu singkat

tapi bila kita yakin akan hubungan ini

cinta sejati pun tak akan pernah hilang dari harapan kita berdua

yakinlah bahawa cinta yang kita tanam

adalah cinta yang tulus kita berikan

pada orang yang benar-benar mencintai dan menyayangi kita

terima kasih cinta

engkau hadir ketika aku memerlukan seseorang 

yang benar-benar mencintai ku...



Friday, January 27, 2012

Kau telah menceriakan hari aku hari ini...terima kasih aku ucapkan kepada kawan baik aku kerana dia lah aku happy hari ini...hari ini aku dapat bergambar dengan si dia even bukan secara berdua-duaan tetapi si dia still berdiri sebelah aku...tak kisah posing macam mana sekali pun yang kami amik si dia tetap stand beside me...aku berasa tersangat happy...aku tak jangka dan tak duga yang my wish untuk bergambar dengan si dia akhirnya termakbul...terlalu cepat aku rasakan ia nyer termakbul..baru jer 2 minggu lepas aku cakap dengan kawan aku yang aku ingin sangat bergambar dengan si dia secara berdua-duaan tetapi aku segan untuk memberitahu si dia...tup tup hari ini my wih dimakbulkan...tika dan saat ini aku tak tahu macam mana aku nak describe perasaan aku kerana aku tak tahu apa yang bermain dalam hati aku sekarang ni...sama ada aku gembira or sedih or teruja...tak mampu untuk aku mengdescribekannya...

First picture yang aku amik ialah picture aku dengan Remi dimana aku berdiri berdekatan dengan meja Remi...dalam mind aku time tu aku hanya nak suka-suka jer bergambar dengan Remi...time tu jugaklah si dia berdiri di depan kami dan aku tak assume yang si dia akan join sekali untuk bergambar...aku ingatkan hanya aku dan Remi jer tetapi aku salah perhitungan...dengan tak semena-menanyer si dia masuk sekali...si dia berdiri terlalu dekat dengan aku sehinggakan bahu kami berlanggar antara satu sama lain...biler sahaja bahu kami bersentuhan aku dapat rasakan debaran di hati aku ini...debaran yang aku sendiri sukar nak mengerti..time tu jugaklah aku terpaksa menjarakkan sedikit bahu aku dari bahu si dia supaya bahu kami tak berlanggar lagi kerana kalau bahu kami still berlanggar aku rasa time tu jugaklah hati aku akan pecah kerana terlalu kuat debaran yang melanda...aku tak pasti macam mana eksperi muka aku time tu tetapi aku terpaksa mengcoverkannya jugak dengan senyuman plastik aku itu kerana aku takut debaran yang aku rasa tika itu terpancar di wajah aku dan dapat di kesan oleh si dia...aku cuba untuk berlagak slumber tetapi ternyata ia nyer terlalu sukar untuk aku...si dia tak kira masa dan tempat sentiasa stand beside me...tak kira kemana aku bergerak si dia akan ada dibelakang aku...kekadang rimas jugak coz aku takut si dia dapat baca perasaan aku time tu...sekerap yang mungkin aku cuba melarikan diri aku dari si dia tetapi ternyata aku tak berjaya kerana si dia sentiasa mengekori langkah ku...setelah penat nak melarikan diri dari si dia akhirnya aku menggalah jua...aku dah tak kisah sekiranya si dia dapat baca hati dan perasaan yang aku rasai tika itu...

Apa yang pasti hari ini aku cukup gembira sekali...disebabkan si dia selalu sangat mengekori langkah aku akhirnya aku tarik si dia untuk bergambar dengannya...time tu perasaan malu dan segan aku sudah tiada dan apa yang bermain dalam fikiran aku time tu yang aku mesti bergambar dengan dia walau apa cara sekalipun...kerana perasaan itulah aku nekad tarik si dia untuk bergambar dengan aku...nasib baik si dia tidak menolak ajakan aku itu..kalau la ajakan aku itu di tolak confirm aku akan malu...even that time di belakang kami ada kavi ngan kawan aku sorang lagi tu tapi aku tak kisah semua itu..janji ada gambar aku dengan si dia secara berdua-duaan...dalam gambar tu kami nampak kaku sangat...aku tak tahu macam mana lagi nak posing kalau si dia berada di sebelah aku...apa yang mampu aku buat time tu hanyalah berdiri bak tiang bendera...tetapi aku dapat rasakan yang time tu bahu aku dengan bahu si dia berlanggar...aku terpaksa menjarakkan sedikit jarak aku dengan si dia...nasib baik lah tiada siapa yang perasan akan benda nie...maybe dia jugak terkejut kut dengan cara spontan aku itu...tapi dah nak buat cam ner kan..biler perasaan dah menguasai fikiran..segala kemungkinan boleh terjadi dan salah satunyer aku tarik si dia untuk bergambar bersama-sama dengan aku...kelakar sangat time tu...kemana perginyer perasaan segan dan malu aku time tu pun aku tak pasti...after that barulah aku rasa darah menyerbu naik ke muka aku...time tu malu nyer hanya Tuhan saja yang tahu...

Apa yang pasti...hari ini aku cukup gembira sekali...tak pernah aku segembira ini sepanjang aku mengenali si dia dan hari ini merupakan hari yang paling bersejarah bagi aku...akan aku ingati hari ini sepanjang hayat aku...even bukan dia yang menjadi teman hidup aku nanti tetapi aku akan tetap simpan ia kemas dalam hati dan minda ku...thanks to my friends...kerana dia lah aku dapat bergambar dengan si dia..dan kerana dia jugaklah my wish termakbul...

Thursday, January 26, 2012

Kenapa setiap kali aku cuba untuk melupakan si dia, si dia akan datang bertamu depan mata aku...aku ingatkan sepanjang minggu ini aku dah tak akan jumpa dengan si dia lagi tetapi ternyata aku silap perhitungan..si dia sering kali muncul depan mata aku...kalau benda ni berterusan berlaku kepada aku, aku percaya perasaan sayang dan cinta aku kepada si dia akan datang kembali...aku dah cukup penat untuk melayan perasaan ini...

Semalam aku terpandang si dia tanpa sengaja...itu pun tanpa sengaja coz si dia datang kat tempat kavi...aku tak tahu apa motif si dia datang kat Kavitha sedangkan semua benda antara si dia dengan kavi dah lama habis..ianyer berakhir selepas si dia menjejakkan kaki ke migration team...but it's ok la untuk kelmarin coz aku hanya terpandangkan si dia sahaja tanpa bercakap pun..itu pun si dia tak perasan yang aku TERtengokkan akan dirinya...but for today aku tak dapat nak mengelak dari si dia..

Today once again si dia datang kat tempat kavi dan once again aku TERpandangkan si dia but just only a few second jer then after that aku dah tak pandang si dia lagi...aku ingat si dia akan stop kat situ jer tetapi ternyata sekali lagi telahan aku silap...si dia datang kat tempat dimana aku dengan member-member aku yang lain duduk..aku tak tahu apa motif si dia datang ke sini tapi for that time aku dah rasa kan debaran di dalam hati aku..even si dia datang bukan untuk jumpa aku tetapi ternyata kedatangan si dia ke kepulauan kami berjaya membuatkan hati aku berdebar kembali...bertambah lagi debaran di hati ini biler si dia berdiri berdekatan dengan kerusi yang aku duduk..dan membuatkan jantung aku berhenti berdenyut biler si dia dengan slumber nyer duduk kat tempat my friend sebelah aku nie...dan dengan slumber nyer si dia menegur aku...nak ngan tak nak aku terpaksa jawab jugak apa yang si dia tanya coz that time hanya aku dengan si dia jer yang berada kat tempat..my friend ada kat tempat my friend yang sorang lagi dan sibuk buat kerja yang lain...ada jer benda yang si dia nak bualkan dengan aku tetapi aku cuba untuk tidak melayan sangat si dia...aku takut aku tak dapat nak buang perasaan aku terhadap si dia...tapi time tu hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa...semuanyer bermain dalam hati aku...time tu jugak aku tak tahu apa yang aku rasa..takut atau berdebar atau gembira atau sedih atau sakit hati...semuanyer bergabung menjadi satu perasaan yang aku sendiri tak tahu apa rasanyer...

Kenapa la si dia harus muncul lagi depan aku...tolonglah Ya Allah...janganlah kau wujudkan lagi si dia depan aku kerana aku takut aku tak mampu nak menghalang perasaan aku dari terus menyayangi dan mencintai si dia Ya Allah...aku cuba sedaya upaya aku untuk melupakan semua itu untuk tika dan saat ini Ya Allah...janganlah kau datangkan lagi si dia kepada aku Ya Allah...aku tak mahu lagi dibebani perasaan yang aku sendiri tak tahu apa penghujungnya Ya Allah...aku tak mampu nak memikul nyer Ya Allah kerana aku hanyalah seorang insan yang lemah...insan yang mudah tunduk kepada perasaan...Ya Allah...bantulah hambaMu in Ya Allah kerana hanya Kau saja yang mengerti apa yang aku rasa dan alami tika dan saat ini...

Tuesday, January 24, 2012

Ya Allah...
Sesungguhnyer kepada Mu saja aku berserah Ya Allah dan kepada Mu jua lah aku mencurahkan segala keluh kesah ku Ya Allah...aku hanya insan yang lemah Ya Allah..insan yang tak mampu nak menghadapi segala ujian yang Kau turunkan untuk aku Ya Allah...

Ya Allah...
Aku redha dengan segala ketentuan yang Kau tetapkan untuk aku Ya Allah...aku mohon kepada Mu Ya Allah...seandainyer benar lah si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...kau satukanlah hati kami Ya Allah...ikatkan lah hati kami dengan seutuhnyer Ya Allah..janganlah Kau datangkan musibah kepada hubungan kami ini Ya Allah kerana aku tahu yang aku tak mampu nak menghadapinyer...dan seandainya bukan si dia yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...janganlah Kau hadirkan perasaan kasih dan sayang aku kepada si dia kerana aku takut untuk dikecewakan seandainyer si dia berpaling dari aku Ya Allah...tetapi kini Kau telah hadirkan perasaan itu dalam hati aku tanpa aku sedar dan tanpa aku sedari jua aku telah menyayangi dan menyintai si dia dalam diam..kerana perasaan itu jugaklah sekarang ini aku menanggung akibatnyer...kenapa Kau hadirkannyer dalam hati aku Ya Allah....kenapa perlu si dia yang aku sayang Ya Allah...kenapa tidak pada orang lain yang perlu untuk aku labuhkan perasaan ini Ya Allah...kenapa harus si dia Ya Allah...

Ya Allah...
Dengarkanlah luahan hati hamba Mu ini Ya Allah...hamba Mu ini dalam kesakitan Ya Allah kerana menaggung perasaan kasih dan sayang kepada si dia yang belum tentu lagi akan menjadi milik aku Ya Allah...aku benci dengan perasaan ini Ya Allah...aku benci dimana aku perlu menyayangi dan menyintai si dia Ya Allah...aku tak nak semua ini terjadi kepada aku Ya Allah kerana aku tahu aku hamba Mu yang lemah...aku tak mampu untuk menghadapinyer Ya Allah...Ya Allah..sakitnya hati aku tika dan saat ini Ya Allah kerana mengepung perasaan itu dalam hati aku Ya Allah...bukan niat aku untuk menghalangnyer keluar dari hati aku tetapi tak dah tak berdaya Ya Allah...aku dah tak berdaya nak membuangnya dari dalam diri aku ini...ianyer seumpama magnet yang sentiasa melekat dalam diri aku ini Ya Allah...

Ya Allah...
Bantulah hamba Mu ini Ya Allah...bantulah aku untuk menghilang perasaan sakit ini Ya Allah...Kau buangkan lah perasaan yang Kau hadirkan dalam diri aku ini untuk si dia Ya Allah..buat tika dan saat ini aku tak mampu nak menghadapinyer..Kau hadirkanlah ia nya kembali setelah wujudnya seseorang yang benar-benar Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...janganlah Kau hadirkan perasaan ini untuk si dia buat kali ke-2 kerana aku tak pasti yang aku boleh menyayangi dan menyintai si dia atau tak selepas ini lagi tapi aku sedar yang semua tu telah Kau tetapkan untuk aku...macam mana sekalipun aku buat tetapi sekiranya dah tertulis yang si dia adalah untuk aku, aku tak mampu nak menghalangnyer...aku redha dengan ketentuan dari Mu Ya Allah....

This song aku dedicate kan kepada someone special yang bertakhta dalam hati aku..biar pun ianyer bertepuk sebelah tangan tapi aku tetap dedicate kan lagu ini untuk dia..

SESAAT KAU DATANG....

Verse 1
Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2

Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3

(Alif)

Its not that i don't love you

I just don't want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)

I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4

(Alif and Syarif)
Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:

Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia

Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu

Friday, January 20, 2012

Minggu ini merupakan minggu yang cukup menyedihkan bagi aku kerana minggu ini dan untuk minggu-minggu yang akan datang aku tidak lagi dapat menatap wajah si dia melainkan kalau ada pertembungan yang tak sengaja yang terjadi kepada kami...minggu ini aku telah kehilangan si dia kerana si dia akan berpindah masuk ke team yang lain...biler perpindahan itu berlaku maknanya si dia tidak lagi akan bersama dengan kami lagi...si dia akan berpindah tempat dan tak mungkin aku akan dapat melihat si dia lagi...aku benar-benar berasa kehilangan dan kesepian..aku dah tak dapat nak lihat wajah si dia sekerap yang mungkin lagi kecuali ada pertembungan yang tak sengaja di antara kami nanti tetapi aku pasti yang semua itu mustahil sama sekali bakal berlaku...

Minggu ni aku dapat email dari kavitha yang mengatakan si dia akan berpindah masuk ke team yang lain dan kami terpaksa melepaskan si dia pergi...biler aku tengok semua member aku gembira baca email itu atas pemergian si dia aku jugak terpaksa berlakon yang aku jugak gembira di atas pemergiannya...even mulut aku mengatakan yang aku rela melepaskan si dia pergi tetapi lain plak hati aku berkata...hati aku tak benar merelakan si dia pergi dari pandangan aku kerana aku tahu biler si dia jauh dari pandangan aku..aku akan kehilangan si dia untuk selama-lamanya...itulah perkara yang paling aku takut sekali biler berlakunya perpindahan ini...tetapi aku terpaksa jugak menceriakan hari-hari aku tanpa si dia kerana aku tak mahu semua orang tahu apa yang aku alami kini...biarlah hanya aku yang tahu apa yang aku tanggung kini...

Seriusly jugak aku cakap yang kini aku benar-benar jatuh cinta kepada si dia...aku sendiri tak tahu kenapa dalam ramai-ramai kawan lelaki aku yang rapat dengan aku dan yang masih lagi single sorang pun tak mampu nak menghuni hati aku malah si dia yang berjaya mengisinya...aku sedar siapa aku kalau nak di bandingkan dengan perempuan-perempuan yang lain yang sentiasa berdampingan dengan si dia...aku tidak la secantik dan seanggun mereka semua...tetapi tak salahkan kalau aku nak jatuh cinta dengan si dia...dalam hidup tak ada undang-undang mengatakan yang orang seperti aku tak layak untuk jatuh cinta dengan orang sepertinya..

Aku tak tahu kenapa aku perlu berperasaan ini kepada si dia...kenapa harus si dia yang aku sayang dan cinta...kenapa tidak orang lain yang menghuni hati aku ini selain dari si dia...aku sedar yang aku tak layak untuk si dia..aku tak layak nak ada sekelumit pun perasaan sayang dan cinta kepada si dia tetapi aku tak mampu nak menghalang semua ini dari terjadi...bukan aku tak cuba untuk menghalangnya dari berperasaan begini tetapi aku tak mampu...semakin hari semakin mendalam perasaan kasih dan sayang aku ini terhadap si dia...aku bukan tidak pernah berkawan rapat dengan mana-mana lelaki malahan aku ada ramai kawan lelaki yang sangat-sangat rapat dengan aku yang masig lagi single tetapi aku tak tahu kenapa si dia yang berjaya menghuni hati aku ini...hanya nama si dia yang memenuhi ruang hati aku kini...aku sendiri tak mampu nak menghalang semua ini...betapa terseksanya aku ketika cuba untuk mengelak dari berperasaan begini terhadap si dia...dan akhirnya aku terpaksa membiarkan perasaan ini menular dalam diri aku kerana aku dah cukup penat untuk mempertahankannya...

Dah bermacam-macam cara aku lakukan untuk melupakan si dia dan dan bermacam-macam cara aku lupakan untuk menjauhkan diri aku dari si dia agar senang untuk aku melupakannya tetapi semua cara yang aku buat itu semuanya tak berhasil...alih-alih aku sendiri yang penat...penat dalam mencari jalan untuk melupakan dan menjauhkan diri aku dari si dia...aku cuba untuk tidak bercakap dengan si dia tetapi si dia ada jer benda yang nak di cakapkan dengan aku...apa yang aku perasan kalau sehari jer aku tak bercakap dengan si dia ada jer point yang si dia cari untuk bercakap dengan aku...so apa lagi yang perlu aku buat selain dari melayan si dia...aku cuba jugak untuk menjauhkan diri aku dari si dia tetapi setiap kali aku cuba jauhkan diri aku dari si dia aku rasakan yang si dia semakin dekat dengan aku...aku cuba jugak tak nak jumpa atau terserempak dengan si dia tetapi tak berhasil...semua yang aku lakukan semuanya tak berhasil dan aku dah tak tahu lagi apa cara yang perlu aku buat untuk menjauhkan diri aku dari si dia...serius aku cakap yang aku betul-betul penat dalam mengejar cinta si dia...aku dapat rasakan yang aku hanya mampu mencintai si dia dari jauh ataupun aku hanya mampu mencintai bayang-bayangnya sahaja...betapa kerdilnya diri aku kerana aku tak mampu untuk mencintai dan memiliki hati si dia secara fizikal..

Aku cukup penat sebenarnyer dengan semua ini...makin aku cuba hindarkan perasaan ini makin mendalam ia nya datang...sudah berapa kali hati aku terluka kerana wujudnya perasaan ini...aku benar-benar benci akan perasaan yang aku alami kini...aku tak mahu terluka dan aku tak nak dilukai kerana aku tahu betapa sakitnyer biler hati kita terluka...luka di luar senang untuk disembuhkan tetapi kalau luka di dalam cukup susah untuk di ubati dan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh...aku cuba untuk menghalang perasaan ini dari terus berada dalam hati aku tetapi aku tak mampu untuk melakukannya kerana semua ini sudah ketentuan dari Ilahi...mungkin Dia ingin menguji tahap kesabaran aku dalam melalui liku-liku kehidupan yang telah dia coretkan untuk aku...

Seandainya bukan si dia yang kau ciptakan untuk aku...aku bermohon kepada Mu Ya Illahi semoga kau hilangkan perasaan kasih sayang yang wujud dalam hati aku untuk si dia kerana aku tak mampu nak menghadapinya seandainya aku terluka kelak...aku benar-benar bermohon kepada Mu Ya Illahi...dan seandainya si dia yang kau ciptakan untuk aku..yang bakal menemani aku sepanjang hayat...Kau hadirkanlah dalam hati si dia perasaan sayang dan cinta hanya untuk aku seorang sahaja...begitu jugak dengan aku...Kau satukan lah hati kami berdua menjadi satu...hanya itu yang aku mohon dari Mu Ya Illahi...

Hati aku benar-benar terluka tika ini....semenjak aku ternampak gambar dia sedang memeluk pinggang seorang perempuan ini hati aku benar-benar sakit dan terluka...kerana terlampau sakit hati dengan semua itu aku sanggup copy gambar tersebut dan kini ianyer berada dalam koleksi aku...aku tak tahu kenapa sampai macam tu sekali aku buat...biler aku rasa marah dan sakit hati dengan dia gambar tu jugak lah aku tengok...aku tak akan sesekali delete gambar tu...

Kelukaan itu sampai kini aku tanggung...setiap kali aku tengok muka dia setiap kali itu jugaklah aku terbayangkan gambar itu...dia cukup bahagia berada di samping perempuan tu...aku mula sedar kini siapa diri aku untuk dia dan siapa aku untuk di bandingkan dengan perempuan tu...perempuan tu terlalu sempurna kalau nak di bandingkan dengan aku...segala-galanya yang ada pada perempuan tu menepati citarasa dia dan aku tidak memenuhi citarasa yang dia nak...aku kini sedar dan kini aku harus berpijak di bumi yang nyata...bahawa dia bukan milik aku...dia bukan ditakdirkan untuk aku...