Monday, July 8, 2013

Apa yang aku pinta semalam hari ini Tuhan kabulkan...aku minta semoga Tuhan mempertemukan aku dengan si dia dan ternyata hari ini aku dipertemukan dengan si dia...syukur alhamdulillah kerana pertemuan ini tidak menghadirkan sebarang rasa dalam hati aku ini...tiada lagi rasa debaran dan getaran yang aku rasakan suatu masa dulu..ternyata Tuhan tahu siapa yang terbaik untuk aku...dan dia bukanlah insan yang terbaik untuk aku...

Hari ini aku jumpa dengan si dia bersama dengan seorang awek...cantik dan seksi awek tu..sesuai dengan cita rasa si dia...rupa-rupanya gadis macam tu yang si dia inginkan selama ini...orang yang macam aku ni mana la si dia nak pandangkan...dah la rupa tak ada seksi apatah lagi...langsung tak tergolong la...tapi tak apa janji aku tak tambahkan dosa pada bahu ayah aku nanti...syukur alhamdulillah...dan aku pasti awek itu adalah girlfriend si dia...dari cara dia orang bercakap dan berkepit tiada siapa yang dapat menyangkalkannya lagi...memang si dia tengah di lamun cinta...

Aku senang sekarang nie sebab apa yang aku rasakan terhadap si dia dulu serta merta mati begitu saja...Tuhan telah mematikan perasaan aku terhadap si dia dan aku berjanji bermula hari ini perasaan yang pernah aku rasakan dulu tidak akan sesekali hadir lagi dalam hidup aku ini untuk si dia..biarkanlah si dia berbahagia dengan insan yang si dia pilih dan aku bahagia dengan hidup aku sekarang ini...mungkin inilah dia hikmahnyer bila berbulan-bulan aku tidak menemuinya...even dalam hati aku teringin sangat nak berjumpa dengan si dia tapi hari ini perasaan itu telah hilang serta merta...kehadiran si dia dengan perempuan itu telah menyedarkan diri ini dari terus berharap pada yang tak sudi...

Terima kasih Ya Tuhan kerana Kau telah bukakan pintu hati aku untuk tidak terus berharap pada si dia dan terima kasih jugak aku ucapkan kepada Engkau kerana telah mematikan semua rasa kasih dan sayang aku terhadap si dia...hari ini aku sedar siapa aku di sisi si dia...aku tak mahu berharap lagi...hari ini Engkau tunjukkan kepada aku semua itu...mulai saat ini aku berjanji Ya Tuhan...aku tidak akan sesekali mengubah hati aku ini untuk jatuh cinta kepada si dia lagi...cukuplah hanya setakat ini...the moment aku tengok si dia dengan perempuan lain serta merta aku letakkan penghadang di pintu hati aku ini untuk si dia...

Teguran si dia tadi hanya aku sapa dengan aggukan kepala sahaja...aku dah tak ada mood untuk berbual or beramah mesra lagi dengan si dia...cukuplah setakat dekat annexe hari tu kita orang beramah mesra kerana time tu perasaan aku terhadap si dia makin lagi menebal tetapi tidak kini....aku sudah menghapuskan semuanyer dalam hati aku dan kini aku cukup tenang kerana mampu melepaskannya pergi...aku tak jelez ataupun kecewa dengan apa yang aku lihat hari ini malah aku lebih bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan sebab telah menunjukkan kepada aku siapa si dia sebenarnyer...hari ini dengan rasminya aku lepaskan si dia dari hati aku..pergilah kau mencari ketenangan dan kebahagiaan mu sendiri...

May be selepas ini blog ini akan sunyi kerana tiada lagi cerita-cerita si dia yang mampu aku kongsikan
kat sini...insyaAllah..kalau Tuhan mengizinkan aku untuk jatuh cinta sekali lagi dengan insan yang betul-betul mencintai aku...blog ini akan bernafas kembali dengan nafas yang baru dengan cerita yang baru dengan luahan rasa cinta yang luhur...semuanyer akan terlakar di sini suatu masa nanti...insyaAllah...doakan kejayaan aku dalam mencari cinta....amin...

0 Comments:

Post a Comment