Tuesday, January 7, 2014

Tepat pukul 12 tengah malam semua jam di seluruh dunia mula berdetik mengeluarkan bunyi dan langit dilimpahi dengan percikan bunga api menandakan seluruh dunia sedang menyambut ketibaan tahun baru iaitu tahun 2014...terlalu banyak kenangan yang kita lalui di tahun 2013...tak kisah la yang manis mahupun yang pahit....semuanyer telah kita tinggalkan di belakang...tak ada gunanya kita berpaling ke belakang lagi sedangkan yang menanti di depan kita masih belum lagi tahu apa yang bakal kita hadapi....sama ada yang manis ataupun yang pahit mahupun yang menyakitkan yang bakal kita lalui nanti....

Dan secara rasminyer biler mana masuknyer tahun 2014, umur aku jugak meningkat satu angka dan menjadikan aku kini berumur 27 tahun....sudah 27 tahun rupa-rupanya aku mendiami muka bumi Tuhan ini...sudah 27 tahun jugak aku menjadi satu-satunya anak perempuan kepada orang tua ku....menjadi adik kepada abang aku dan menjadi kakak kepada 5 orang adik lelaki...aku bersyukur Ya Allah kerana kau menghadirkan aku dalam keluarga yang cukup bahagia ini...

Even umur aku sudah berganjak ke angka 27 tahun aku masih lagi hidup single...masih lagi tiada teman sehidup semati....aku pun tak tahu sampai biler harus aku menanti...dari tahun ke tahun umur semakin meningkat dan untuk mendapat teman sehidup semati semakin susah....bukan aku tak cuba untuk mencari tapi aku sendiri pun tak tahu di mana salah dan silap aku sehinggakan tiada seorang pun yang tertarik dengan aku untuk menjadikan aku teman sehidup semati mereka...adakah disebabkan fizikal aku yang gemuk ini membuatkan aku masih lagi belum mempunyai teman hidup...andainyer benar itu yang terjadi aku rela dan pasrah tapi aku tetap akan berusaha untuk mencari pasangan hidup aku...mungkin Tuhan telah tetapkan seseorang untuk aku cuma belum tiba masanya lagi untuk aku mendirikan rumah tangga...aku percaya dengan takdir Tuhan...seandainyer dia tiada di atas muka bumi ini mungkin dia sedang menantikan aku di akhirat kelak....

Tipulah aku katakan yang aku tak mahu hidup berumah tangga....sejujurnyer aku cemburu bila mana melihat orang yang lebih gemuk dari aku mempunyai pasangan hidup sedangkan aku masih lagi single and available...setiap kali aku tengok orang datang kerja di hantar dan di ambil oleh suami masing-masing buat aku cemburu dan iri hati...sentiasa bertanya kepada diri sendiri di mana kekurangan aku sehinggakan kini aku masih lagi solo....aku ingin jugak merasakan bagaimana rasanyer bila nak datang kerja ada orang yang menghantar dan bila balik ada yang datang ambil...aku ingin rasakan semua itu...

Aku juga manusia biasa yang mahu di sayangi dan menyayangi...jugak ingin merasa dicintai dan mencintai...jugak ingin merasa menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki yang bergelar suami dan menjadi seorang ibu kepada zuriat ku itu...aku ingin merasakan itu semua...sudah lama impian itu aku simpan tapi sampai sekarang satu pun belum lagi capai...kedua-dua orang tua ku dah sibuk bertanya bila aku ingin berumah tangga...aku bukan tak mahu untuk hidup berdua tapi ketahuilah ma dan abah yang anak kalian berdua ini tak pernah ada teman lelaki pun...macam mana anak kalian ini nak kawin kalau teman istimewa pun masih belum ada...terlalu sukar untuk anak kalian ini mencari pasangan hidup kerana kekurangan dari segi paras rupa serta kelebihan dari segi fizikal...semua kini mencari isteri yang cantik dan sedap mata memandang tapi anak kalian ni tiada siapa pun yang sudi nak memandang...anak kalian berdua kini dah pasrah dan redha jer sekarang ni...kalau ada jodoh maka bermenantulah kalian dan kalau tiada jodoh anak kalian berdua ini di atas muka bumi ini, izinkan anak kalian ini terus berbakti kepada kalian berdua sampai ke akhir hayat....janganlah sesekali kalian berdua melepaskan tangan kalian sebelum ada tangan lain yang sudi menyambut tangan anak kalian berdua ini....janganlah kalian berputus asa untuk mendoakan jodoh buat anak kalian ini...

Ya Allah...dimanakah insan yang Kau ciptakan untuk aku itu...kenapa begitu lama sekali perjalanan yang diambil untuk kami bertemu Ya Allah...seandainyer benar dia yang Kau ciptakan untuk aku diatas muka bumi ini wujud, kau pertemukanlah kami Ya Allah...Kau titipkan kebahagiaan kepada kami dan Kau berikanlah peluang kepada kami untuk menjalani kehidupan berumah tangga seperti pasangan-pasangan yang lain...berikanlah kami peluang itu..kami benar-benar mengharapkan adanya zuriat yang bakal mendoakan kami di akhirat kelak bila mana kami kembali kepadaMu Ya Tuhan...

Hari ini aku akan bercerita tentang lelaki yang pernah aku suka suatu masa dulu...aku pernah sukakan seorang lelaki ini...kami kenal time kami sama-sama belajar diploma dulu...dia selalu menyakat aku di dalam kelas...banyak kali dia berikan aku hint untuk jadikan teman istimewa dia tetapi disebabkan kebodohan dan kelembapan aku time tu aku langsung tak terlintas akan semua itu...nak dikatakan bodoh dan lembap tidak la jugak tapi time tu disebabkan tiada keyakinan diri ditambah lagi dengan kekurangan yang ada pada diri aku ini membuatkan aku hanya memandang ianyer sebagai satu gurauan...sampaikan satu tahap dia cemburu bila mana dia melihat aku membonceng motor dengan lelaki lain....disebabkan kejadian itu dia mula menjauhkan diri dari aku...sejak dari itu jugaklah aku dapat rasakan dia semakin jauh dari jangkauan aku...untuk aku mengejar dia kembali adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk aku lakukan di dalam dunia ini...kerana kebodohan itulah aku kini kehilangan dia kini :(....

Dulu setiap saat dan waktu aku nantikan akan kemunculan dia tapi akhirnya aku yang kecewa....dia tak pernah lagi munculkan diri dia di depan aku lagi...biler aku dan member aku ajak untuk keluar makan bermacam-macam alasan yang dia berikan dan tahulah aku yang dia kini bukan lagi seperti dulu...dia sudah jauh terbang dari aku tanpa sempat aku mengikatnya...time tu aku dah pasrah...satu hari tanpa diduga dia YM aku ketika aku menjalani praktikal di Bangi...first time lepas kejadian hari itu dia menyapa aku dan time tu hanya Tuhan saja yang tahu terujanya aku mendapat YM dari dia....dan jadi macam cerita Biarlah YM Berbicara la plak time tu....time tu jugaklah dia menyatakan dia sukakan aku tapi aku jual mahal...tak sambut salam perkenalan dari dia...dan sekali lagi disebabkan kebodohan dan kelembapan aku itulah aku tak mampu untuk membalas balik kata-kata dia...time itu semua yang dia cakapkan aku anggapnya sebagai gurauan...dan sekali lagi aku kehilangan dia...after that tiada lagi komunikasi antara kami even di FB sekali pun...dia hilang bagai debu yang ditiup angin...bila mana aku fikirkan balik akan semua itu memang aku bodoh kerana tak pernah nak memahami apa yang ingin dia sampaikan dan kini aku telah kehilangan dia...aku tak tahu dimana dia berada sekarang nie...tapi satu jer aku tak lupa pasal dia iaitu besday dia...tarikh hari jadi dia sentiasa terpahat kukuh dalam fikiran aku dan setiap kali tibanya tarikh tersebut aku akan mengungkapkannya even aku taku yang dia tak mungkin akan mendengar ungkapan itu...

Sehingga kini aku masih lagi mengharapkan dia untuk hadir dalam hidup aku tapi dengan status diri yang masih lagi single dan available...aku masih lagi tak dapat melupakan dia walaupun sudah bertahun-tahun benda ini berlaku...semuanyer aku masih lagi ingat...dulu selepas aku kehilangan dia setiap malam aku akan bermimpikan dia...mungkin time tu sudah ada perasaan rindu yang bercambah dalam hati ini sampai 3 malam berturut-turut aku bermimpikan dia...betapa kesalnyer dengan kebodohan aku tika dan saat itu sehinggakan 2 kali aku kehilangan dia...

Awak...seandainya awak masih lagi belum mempunyai teman istimewa saya sedia untuk menjadi teman sehidup semati awak itu pun kalau awak masih lagi sudi memandang rupa saya ni...saya berjanji yang saya akan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada awak dan bakal anak kita nanti...seandainya kita berjodoh saya benar-benar bersyukur kerana awak masih lagi orang yang sama yang saya sayang dulu...tapi andainya awak sudah mempunyai pasangan hidup saya doakan semoga awak berbahagia hingga jannah....jagalah dan sayangilah dia kerana dia pelengkap hidup awak...walaupun kita tak mungkin bersama ketahuilah awak yang saya sentiasa menyayangi awak hingga ke hujung nyawa saya...kerana awaklah insan pertama yang saya kenal yang mengajar erti rindu...terima kasih awak sebab hadir dalam hidup saya walau hanya seketika cuma..itu sudah cukup untuk membahagiakan diri ini...

2 Comments:

  1. Unknown said...
    we share same story..semoga satu hari nnt Allah akan pertemukan kite dgn jdh kite OK..keep dua n pray
    Unknown said...
    Sabar ye akak..semoga Allah menghadirkan seseorng kepada akak..sy akan mengambil iktibar dr kisah akak..thanks for sharing

Post a Comment