Monday, September 26, 2011

Ya Allah...perasaan apakah yang aku alami sekarang ni Ya Allah...setiap kali aku melihat si dia hati aku rasa berdebar jer...setiap kali aku lihat si dia chat ngan member aku hati aku rasa sakit sangat...rasa macam nak marah jer biler lihat si dia bergurau senda dengan member aku...apa perasaan ini semua...kenapa perlu aku rasa berdebar biler berdepan dengan dia dan kenapa perlu aku nak cemburu biler tengok dia chat ngan orang lain...saper aku nak rasa semua itu...apa hubungan aku dengan dia sehinggakan aku rasa sebegini rupa....

Seriusly aku cakap, setiap kali aku tengok dia berchit chat dan bergurau senda dalam ym @ skype aku rasa sakit hati sangat...tiba-tiba jer perasaan marah aku keluar dan tiba-tiba jugak aku tak mahu bercakap dengan member aku tu...aku tahu itu bukan salah dan silap dia tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku harus berperasaan seperti itu...yang ni aku bukan reka cerita tetapi semuanya benar belaka...apa yang aku luahkan di sini itu lah yang aku rasa...kenapa si dia boleh bergurau senda dengan orang lain sedangkan dengan aku tidak..adakah disebabkan ini yang membuatkan aku berasa sangat sakit hati dengan si dia...ikhlas aku cakap biler aku ingin bergurau senda dengan si dia melalui ym @ skype...si dia tak pernah nak layan gurau senda aku itu tetapi si dia boleh layan gurau senda member aku...adakah disebabkan aku tidak pandai nak speaking so si dia malas nak layan aku...sius aku cakap yang aku tak berapa pandai untuk speaking tambah-tambah plak si dia orang melayu..lagi la aku segan nak speaking dengan si dia....maybe disebabkan inilah yang membuatkan si dia tak nak layan aku....aku tak kisah semua itu coz sekarang ni aku rasakan yang perasaan suka aku terhadap si dia dah semakin pudar dari hari ke hari...aku pun tak tahu kenapa...kalau dulu pantang aku nampak si dia hati aku akan rasa berdebar tetapi kini sudah tidak ada lagi perasaan itu...maybe bukan si dia yang Tuhan ciptakan untuk aku...bukan si dia calon yang sesuai untuk aku...aku terima dengan seadanya...kerana itu semua Dia telah tetapkan...hanya Dia yang mengetahui baik buruk semua kejadian ini...mungkin benar orang cakap yang lelaki baik hanya untuk wanita yang baik sahaja...

Aku tak mintak untuk berperasaan seperti ini...perasaan yang hadir tanpa aku sedar..aku sedar biler aku terasa hati aku sangat sakit...sakit kerana dipermainkan...tidak layakkah aku untuk si dia..tidak layakkah untuk aku mendampingi si dia sehingga sanggup si dia buat aku cam nie...aku juga ada hati dan perasaan...aku juga ada keinginan untuk merasakan bagaimana perasaan biler diri disayangi dan menyayangi...aku nak rasa semua itu tetapi aku tahu yang aku mungkin tak akan dapat merasainya...kenapa semua orang yang aku suka..suka sangat mainkan hati dan perasaan aku..suka sangat membuatkan aku rasa sakit hati...kenapa la semua ini aku yang kena tanggung sedangkan aku tak pernah pun masuk ke alam percintaan....aku tak tahu bagaimana rasa biler disayangi..tak pernah rasa biler dicintai...tak pernah rasa bagaimana biler dikecewakan...semua itu tak pernah aku rasa...

Aku benci dengan perasaan aku sekarang ini....aku tak suka biler hati aku sakit biler aku tengok si dia bermesra berchit chat dengan member aku sedangkan si dia tak pernah nak bermesra seperti itu dengan aku...aku sedar siapa diri aku jika nak dibandingkan dengan mereka yang lain...maybe kerana keadaan aku ini yang membuatkan si dia malu untuk bermesra dengan aku...tak apa la kalau cam tu gak..aku terima dengan hati yang ikhlas...aku harap semoga si dia akan menemui seseorang yang benar-benar memenuhi citarasa si dia...maybe aku bukan salah satu tulang rusuk dia dan maybe aku telah diciptakan untuk orang lain bukan untuk si dia...aku sedar...sejauh mana dan sekuat mana pun aku cuba untuk memilikinya...kalau sudah bukan itu yang Tuhan tetapkan untuk aku...aku akan kehilangan si dia jugak..InsyaAllah aku boleh menerima semua ini..aku pasrah dan redha dalam mencari pasangan hidup aku...

Biler aku dengar balik lagu Berdua Bersatu dan cuba menghayati lirik dia...aku rasakan yang lirik tersebut benar-benar sama dengan apa yang aku rasa kan saat ini...cubalah hayati lirik lagu ini...cukup mengusik jiwa dan raga dan cukup jugak membuatkan aku mengalir air mata..

Berdua Bersatu

Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

0 Comments:

Post a Comment