Sunday, September 25, 2011
Aku dah tak tahu nak bercerita dengan siapa lagi benda nie..makin lama aku pendamkan benda ni makin sakit aku rasakan...aku dah tak tahu siapa yang perlu aku berkongsi masalah ini...aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam sakit hati dan cepat terasa kalau ada orang buat benda yang tidak menyenangkan mata aku untuk memandangnya...PMK lah satu-satunya tempat yang aku rasakan sangat sesuai untuk aku meluahkannya....
Sekarang ini aku rasa aku dah tak mampu lagi dah nak mengadap muka dia...kadang-kadang aku rasa macam nak jer lari dari umah nie..nak jer aku pindah keluar dari umah nie...kalau la aku ni jenis orang yang tak ada hati dan perasaan sudah tentu aku akan melakukannya...aku tak kisah walaupun aku terpaksa bersusah payah janji aku dapat hidup dengan tenang dan aman...serius aku cakap dulu aku sangat-sangat menghormati dia kerana dia telah aku anggap seperti kakak aku sendiri tetapi kini...hari berganti hari dan masa berganti masa...aku rasakan yang perasaan hormat aku terhadap dia dahulu semakin berkurangan dan sekarang aku sudah semakin berani melawan cakap dia...bukan aku tak nak hormat dia tetapi aku rasa orang yang macam ini tak perlu nak dihormatkan sangat...apa gunanya aku hormat kepada dia sedangkan dia tidak pernah sekelumit pun nak hormat aku...apa perlu aku menghormatinya??? Aku akan hormat orang itu sekiranya dia jugak hormat akan aku...kalau setakat nak mengharapkan orang hormat kat kita jer baik tak payah la...dan orang seperti ini aku tak akan hormat...lantak kau lah nak kata aku apa pun tapi biler aku dah kata yang aku tak akan hormat kau lagi aku tak akan hormat...tu kata-kata aku....
Biler difikirkan balik benda ini rasa macam tak percaya yang aku selama ini menghormati orang yang salah....menghormati orang yang tidak pernah ingin menghormati kita sebagaimana kita menghormati diri mereka...biler kita bagi peluang sekali untuk dia berbuat sedemikian rupa tak bermakna dia boleh melakukannya berulang kali...cukuplah sekali itu...kini biler aku pandang saja muka dia hati aku rasa macam bergelora...rasa macam darah aku mendidih jer....nak jer aku keluarkan benda yang tak elok tetapi disebabkan rasa hormat itu masih lagi ada dalam hati ini...aku diam jer...tapi....tu tak bermakna diam aku diam membisu...diam aku diam berisi...dah isi itu akan aku keluarkan biler ianya dah cukup masak untuk dikeluarkan...jangan cuba untuk menguji kesabaran aku...selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar dan seandainya tahap kesabaran aku sudah mencapai tahap yang kritikal...jangan salahkan aku nanti...cuba renung dan tanya diri sendiri salah dan silap yang telah kau lakukan sehingga kau mampu menguji kesabaran aku..aku juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan....yang akan rasa sedih biler dikecewakan dan akan rasa marah biler dipermainkan....aku tahu yang manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan tetapi kalau boleh...cuba lah elakkan benda itu dari berlaku kepada kita seandainya kita berusaha...
Serius aku cakap yang aku dah cukup penat sangat-sangat...penat dalam menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan perasaan aku sendiri terabai...kerana ingin menjaga hati dan perasaan orang lain aku sanggup menepikan hati dan perasaan aku...sampai biler aku nak jadi seperti ni....selalu sangat ingin menjaga hati dan perasaan orang lain sampaikan aku tidak sedar yang dalam diam aku telah melukakan hati dan perasaan aku sekali...ingin memberi kegembiraan kepada orang lain sedangkan kesedihan yang kita dapat....aku juga punya hati dan perasaan, aku bukannya komputer yang boleh save dan delete semua data yang berlaku dalam hidup aku...aku manusia biasa...just a HUMAN....