Thursday, September 8, 2011

Hari ini....hati aku sekali lagi dilanda debaran yang cukup kuat coz hari ini sekali lagi aku berjumpa dengan si dia...semalam dah jumpa dan hari ini aku still lagi jumpa dengan si dia...benda yang aku cuba nak elakkan ternyata aku tak mampu untuk mengelakkannyer..hari ini awal pagi lagi si dia dah datang serang tempat aku dengan member aku tu...motif si dia serang kita orang pagi nie coz nak tahu apa update status tuk execution yang kami buat tuk drop 2...maybe disebabkan kavitha tak ada kat ofis so si dia yang terpaksa amik part tuk tanya update status dari kita orang...kedatangan si dia kat tmpt kita orang pagi tadi memang tidak aku jangkakan...

Dengan selumbernyer si dia datang duduk ditengah-tengah antara aku dengan member aku itu...benda yang aku memang tak jangkakan...dengan kehadiran dia kat tengah-tengah antara kami membuatkan kedudukan kami agak rapat sekali....aku terpaksa alihkan sedikit kerusi aku dari si dia agar kedudukan kami tidak serapat yang mungkin...si dia banyak membelakangkan aku coz dia banyak berurusan dengan member aku tu...aku tak ikisah semua tu janji aku dapat tengok si dia dari  jarak dekat dan duduk dekat dengan si dia...dengan macam tu pun sudah memadai buat diri aku...sejak kehadiran si dia di antara kami..aku rasakan degupan jantung aku tak berhenti berdegup malah makin galak memukul dada ini sehingga membuatkan aku berhenti melakukan kerja yang tengah aku buat tika itu...hati aku cukup berdebar..serasa baru lepas membuat pecutan 100 meter...

Aku cuba untuk melakukan kerja tanpa menghiraukan debaran yang aku rasa tika itu tetapi ternyata aku tak mampu...aku tak mampu nak meneruskan kerja aku time tu kerana hati apabila hati aku berdebar sexara automatik tangan aku akan menggigil...aku tak mampu nak tekan mouse dan keyboard dan sebagainyer...aku terpaksa hentikan sekejap kerja yang aku buat itu untuk menghilangkan debaran ini agar tidak nampak sangat di mata si dia...aku tekapkan tangan aku kedada untuk menghilangkan rasa itu..semakin dia hampir dengan aku semakin kuat degupan jantung aku berlagu...cukup menyeksakan sekali aku rasa tika dan saat itu..rasanyer nak jer aku lari jauh dari si dia tetapi kaki aku memakukan diri aku untuk terus stay kat situ dekat dengan si dia...apabila aku rasakan yang debaran itu makin berkurangan..barulah aku mampu untuk menyambung kerja yang tergendala tadi...semakin lama debaran itu semakin hilang...aku mampu mengharunginyer.....

Sekali sekala aku menyampuk jugak dalam perbincangan mereka...kadang2 aku rasakan yang lengan dan bahu kami bersentuhan...betapa rapatnyer kedudukan kami ketika itu sehinggakan bahu kami boleh bersentuhan...aku yakin yang ketika itu si dia tidak sedar akan keadaan itu...alangkah indahnyer kalau si dia menyedari keadaan itu dan hanya membiarkannya sahaja...aku rasakan akulah orang yang paling happy sekali dan alangkah indahnya kalau time tu si dia yang menjadi pakwe aku...mesti bertuah kan aku...apa yang tak dapat aku lupakan tadi biler si dia bercakap dengan aku...disebabkan si dia berada ditengah-tengah antara kami dan kedudukan si dia dengan aku agak rapat...tanpa aku sedari jarak antara wajah kami terlalu dekat apabila si dia dengan slumbernyer menoleh ke arah aku biler aku bersuara..memang benda yang tidak pernah aku jangkakan dan tidak pernah aku bayangkan yang aku dengan si dia boleh berada dalam keadaan yang terlalu dekat sekali...

Disebabkan terlalu dekatlah membuatkan lidah aku menjadi kelu untuk menutur kata sehinggakan aku lupa apa yang ingin aku katakan kepada si dia..biler aku bercakap dengan automatically aku akan terpandang wajah dan mata si dia....dan biler aku bercakap secara automatically si dia akan pandang wajah aku dan pandang mata aku...itu yang membuatkan aku menjadi bertambah segan dan debaran di dada bertambah kencang...nasib baik la aku mampu lagi mengawal suara aku biler bercakap dengan si dia...indahnya saat itu time tu...aku rasakan ingin jer aku hentikan waktu time tu agar aku dapat rasakan lagi kerapatan kami bersama...ingin jer aku hentikan masa agar semua itu tak akan berlalu begitu sahaja ...siapalah aku untuk menghalang itu semua...aku hanya membiarkan debaran di dada berkumandangan dan berlalu begitu sahaja...

Aku ingatkan episode kami hanya habis setakat itu sahaja untuk hari ini tetapi ternyata sekali lagi aku silap dalam penilaian aku...sekali lagi dia turun menemui aku ngan remi dan sekali lagi jugaklah hati aku dipikul debaran yang maha asyik...sekali lagi dan sekali lagi sehinggakan aku rasakan yang dada aku semakin dihimpit dengan debaran yang tak menentu...terasa sesak nafas aku sekejap kerana terlalu kerap aku berjumpa dengan si dia hari ini...alangkah indahnyer aku rasakan hari aku pada hari ini..aku diberi peluang sekali lagi untuk berada berdekatan dengan si dia setelah sekian lama benda ini tidak berlaku....

Kenapa semua ini harus berlaku kembali setelah sekian lama aku cuba untuk melupakan dia dalam fikiran aku...ternyata aku mampu melupakan si dia tika ini tetapi ingatan itu kembali kuat biler hari selasa si dia datang menemui aku...wajah yang aku cuba hindarkan kini bermain-main di ruang mata ini...macam mana aku ingin lupakan dia semula coz sekarang nie aku rasa kan kami akan sentiasa berjumpa lagi..memang tidak di jangkakan...syukur sangat2...

Ya Allah....debaran apakah yang aku rasakan tika itu Ya Allah...adakah debaran itu menandakan si dia sememangnya orang yang kau ciptakan untuk aku...sekiranya benarlah si dia yang kau ciptakan untuk aku...kau kurniakanlah kami perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain...terbitkanlah perasaan kasih di hati kami untuk orang yang kami sayang...dan sekiranya debaran yang aku rasa kan hati hanya mainan perasaan aku dan seandainyer bukan dia yang kau tetapkan untuk aku..Ya Allah aku bermohon kepada aku Ya Allah..Kau temukanlah aku dengan pasangan aku yang telah Kau ciptakan untuk aku....janganlah Engkau biarkan perasaan kasih dan sayang itu tumbuh dalam hati kami kerana aku tidak sanggup untuk dikecewakan...

0 Comments:

Post a Comment