Saturday, September 17, 2011

Aku rasakan makin lama aku pikirkan benda ni makin naik giler aku jadinyer...cukuplah setakat ni jer..aku dah tak mahu lagi pikirkan semua benda nie..aku dah cukup penat untuk memikirkannya...aku ingin melupakan bayangan si dia dalam hidup aku..sejak si dia kembali semula bersama kami, setiap hari aku akan memikirkan tentang si dia...aku akan terfikirkan apa kata-kata dan tindakan yang telah si dia lakukan untuk hari-hari tersebut...setiap kata-kata dan tindakan si dia aku dapat mengingatinya satu-satu..makin lama aku fikirkan benda ni makin membuatkan aku rasa macam nak giler..aku rasakan yang aku gila bayang..gila kepada seseorang yang tak pernah sedar akan kewujudan aku...kenapa la aku boleh jadi seteruk ini....

Aku dah tak nak semua ini berlaku lagi...aku nak cuba lupakan si dia..even si dia selalu datang jumpa kami tapi aku yakin yang aku mampu untuk melupakan si dia...aku dah cukup penat untuk menanggung perasaan ini..perasaan yang tidak tahu akan penghujungnya...terlalu penat untuk aku memikirkan semua ini..aku berserah kepada takdir..seandainya si dia yang telah Dia ciptakan untuk aku..kemana saja aku lari pasti akan ada jodoh kami dan seandainya si dia bukan yang Dia ciptakan untuk aku...sekuat mana aku mencuba untuk memilikinya aku tak akan berjaya..kerana si dia bukan ditakdirkan untuk aku...aku terima semuanya...sekarang aku hanya mampu berserah dan berdoa sahaja...

Benar apa yang dikatakan oleh housemate ku..kalau kita dah berusaha mencari tetapi masih belum lagi temui...sekarang sudah tiba masanya kita berdoa dan berserah kepadaNya kerana hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui semua yang berlaku ini....aku masih lagi muda..kenapa perlu aku tergesa- gesa nak mengejar sesuatu benda yang belum pasti lagi akan menjadi milik aku....semua itu telah ditetapkan oleh Dia..cuma cepat atau lambat saja yang membezakannya...insyaAllah...kalau umur aku panjang dan kalau ditetapkan oleh Dia yang aku akan pergi setelah aku berkahwin dengan orang yang aku sayang...aku akan berkahwin jugak cuma masa yang menentukan segala-galanya kini....aku tak kisah sama ada benda ni awal atau lambat kerana aku tahu Dia telah menetapkan semuanya...aku hanya mampu menunggu dan berdoa...buat apa aku nak terkejar-kejar kalau suatu hari nanti aku tak bahagia...aku tak mahu semua itu berlaku kepada aku..aku rela lambat kahwin asalkan aku bahagia dengan orang yang aku sayang..itu jer yang aku mahukan sekarang ini...

Sekarang ini aku ingin berhenti berharap terhadap si dia...aku dah tak nak fikirkan semua itu lagi...buat masa sekarang ni apa yang aku mahu aku ingin completekan kerja yang telah di assignkan kat aku jer...aku ingin menjalankan kewajipan aku sebagai seorang pekerja....aku akan cuba untuk bersikap professional biler aku berdepan dengan si dia nanti...aku ingin buangkan perasaan aku itu terhadap si dia...cukuplah aku dengan si dia kenal sebagai rakan kerja sahaja...aku tidak inginkan perhubungan yang lebih dari itu dengan si dia kerana aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan...biarlah aku mengundur diri dari terus meminati si dia...aku sudah cukup bersedia..jiwa dan raga aku pun juga sudah cukup bersedia dengan semua ini...aku dah cukup-cukup penat menanti sesuatu yang belum pasti akan menjadi milik aku....aku tak nak berharap sangat coz aku takut suatu hari nanti yang aku akan kecewa...lebih baik undurkan diri dari sekarang sebelum aku dikecewakan....

Cukuplah untuk setakat ini sahaja....aku telah didik hati dan jiwa aku untuk menerima semua ini dengan sabar even dia amat menyakitkan....tipu kalau aku katakan yang sekarang ni aku tak rasa apa-apa....aku rasa sakit sangat hati ini...rasa macam ada belati yang menghiris hati aku ini tapi aku terpaksa...aku terpaksa buat semua ini kerana aku tak mahu di kecewakan di kemudian hari...sakit hati ini hanya Tuhan saja yang tahu..saper yang tak merasa sedih kalau terpaksa untuk melupakan seseorang yang kita sayang..seseorang yang telah berjaya menakluki hati kita...semua akan merasa sedih kerana kita akan kehilangan mereka tetapi apa daya aku nak halang semua ini....aku hanyalah insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan...yang akan berasa sakit biler dikecewakan dan akan berasa sedih biler ditinggalkan...aku tak nak semua itu berlaku kepada aku suatu hari nanti kerana aku tahu yang aku tak mampu untuk menghadapinya...Ya Allah..sakitnya hati aku ini untuk membuat keputusan ini tetapi Ya Allah...aku pasrah dan redha dengan ketentuan yang telah Kau tetapkan untuk aku kerana hanya Kau Yang Maha Mengetahui segala-galanya...mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini...mungkin aku tidak baik untuk si dia kerana lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...

Ya Allah....aku bermohon kepadaMu Ya Allah...seandainya ini lah dugaan yang Kau turunkan untuk aku di atas muka bumi ini...aku terimanya Ya Allah...aku terima dengan hati yang ikhlas....Ya Allah...kau bantulah aku dalam menyelesaikan kemelut yang melanda hati aku kini....aku sudah tidak mampun untuk menyelesaikannya seorang diri..aku bermohon bantuan daripadaMu Ya Allah...Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini...berikanlah aku semangat serta dan tiupkanlah aku dengan sedikit keyakinan untuk aku menghadapi semua ini...hanya kepadaMu sahaja aku bermohon dan merayu....cukuplah dengan mainan perasaan yang aku ciptakan sendiri untuk aku sampai membuatkan aku tidak mampu untuk bernafas lagi...aku berjanji denganMu Ya Allah...aku berjanji yang aku akan cuba untuk melupakan si dia dan untuk tidak menaruh hati kepada si dia lagi...aku juag berjanji yang aku akan cuba untuk mengelak dari bertemu dengan si dia...aku sanggup tidak bertemu dengan si dia dari aku terpaksa menahan sabar melihat si dia...aku benar-benar bermohon kepadaMu Ya Allah....kau jauhilah aku dari si dia seandainya si dia bukan Kau ciptakan untuk aku...aku benar-benar sudah sedia untuk menghadapinya...

0 Comments:

Post a Comment