Friday, September 9, 2011

Semalam sekali lagi aku jumpa dengan si dia...sejak akhir-akhir ni selalu sangat aku jumpa dengan si dia dan setiap kali perjumpaan itu berlangsung hati aku cukup berdebar-debar...sekarang ni tak kira waktu si dia akan turun cari kita orang...even untuk kerja si dia cari kita orang tetapi aku suka coz dengan cara ini jer aku dan si dia dapat bercakap semula..dan dapat jumpa dengan si dia secara dekat..kalau tak ada kerja confirm aku tak akan bercakap dengan si dia dan tak akan jumpa si dia dengan dekat begini...aku suka saat-saat ini..

Pagi semalam awal lagi si dia datang cari kita orang dan tanya sal progress kerja yang kita orang buat...first tu aku tak perasan akan kehadiran si dia kat tempat kita orang tetapi biler dengan jer suara si dia di belakang aku secara automatik aku berpaling ke belakang tengok si dia...Ya Allah...time tu hanya Tuhan jer yang tau betapa berdebarnyer hati aku..even si dia datang bukan untuk menemui diri aku tetapi aku tak tahu kenapa hati aku berdebar tak menentu...ia membuatkan aku tidak senang duduk...aku nekad untuk menjauhkan diri aku dari si dia untuk sekejapan kerana aku tak dapat mengawal debaran itu...seriusly memang hati aku berdebar-debar..rasa macam nak pecah dada ini menanggung debaran itu...apakah semua ini..kenapa setiap kali aku berdepan dengan dia hati aku merasakan debaran yang cukup menggila...adakah ini yang dikatakan aku dilamun cinta...mungkin tidak kut...ianyer hanya mainan perasaan aku jer kut...agak lama jugak aku ke tandas tuk menghilangkan debaran di dada ini...biler debaran di dada ini dah semakin berkurangan aku kembali semula kat tempat aku dan aku tengok si dia duduk kat meja aku...dengan perlahan aku hampiri si dia coz aku tak nak ganggu discussion si dia dengan member aku itu tetapi si dia terperasankan kelibat aku dan terus si dia bangun untuk bagi peluang tuk aku duduk...

Kenapa la ini harus terjadi...si dia datang dengan jarak yang dekat..every time si dia datang mesti dalam jarak yang dekat dengan aku...apa semua ni...permainan apa yang cuba si dia mainkan dengan aku nie...if si dia nak jumpa member aku...meja sebelah member aku itu pun still lagi kosong dan kenapa si dia tak jer duduk di sana..kenapa perlu si dia duduk di tengah-tengah antara aku dengan member aku tu sedangkan discussion tu berlangsung antara si dia ngan member aku tu jer...every time si dia datang mesti si dia akan duduk di tengah-tengah antara kami...dengan kedudukan itu membuatkan kedudukan kami lebih dekat lagi...seriusly aku cakap yang aku suka dengan keadaan itu tetapi setiap kali kami berdekatan....hati aku nie dilanda debaran yang cukup menggila..aku tak nak si dia dengar degupan jantung aku nie...aku cuba tuk melarikan diri dari si dia tetapi ternyata aku tak boleh nak melarikan diri lagi....

Semalam disebabkan hendak melarikan diri aku dari si dia aku naik ke tingkat atas jumpa kawan aku...aku tak nak si dia berada di tengah-tengah antara kami lagi...at least kalau aku tak ada kat bawah si dia akan duduk kat tempat aku dan akan berdiscussion dengan member aku tu...dan aku tak payah la nak menanggung debaran di dada lagi...tetapi apa yang terjadi semalam tidak sama dengan apa yang aku harapkan...si dia still jugak datang mencari aku even kemana saja aku pergi...si dia diibaratkan macam banyang-banyang aku yang sentiasa mengekori kemana saja langkah aku...aku ingatkan si dia tak akan mencari aku lagi tetapi ternyata aku silap...si dia datang bersama kawannya berjumpa dengan aku tentang status kerja sekarang nie..si dia mintak aku buat kerja yang member aku tengah buat coz dia cakap yang member aku confius nak buat semua itu..kenapa plak aku yang menjadi mangsa....member si dia cakap yang aku boleh dapatkan guide dari someone kalau aku tak tahu macam mana nak buat benda tu semua...

Aku ingatkan cukuplah sampai disitu saja perjumpaan kami pada hari itu..tetapi ternyata sekali lagi aku silap...si dia still lagi datang mencari aku untuk status kerja yang dia assignkan kat aku...dan terus terang aku cakap yang aku tak boleh nak buat kerja tu sekiranyer dia orang tak fixkan something yang penting tuk aku completekan kerja tu...rupa-rupanya si dia jugak tak tahu benda tu semua...kalau tak tahu kenapa susah-susah nak test benda tu kan...biler aku explain kan balik benda tu kat si dia baru lah si dia mula faham...tapi aku tak tahu apa action yang si dia nak buat lepas aku explainkan semua tu kat si dia...biler si dia datang mencari aku..sekali lagi kami berada dalam kedudukan yang dekat...kenapa suka sangat si dia duduk dalam jarak yang cukup dekat sekali...tak kira la dengan aku ker atau dengan saper-saper yang bekerja dengan si dia..confirm si dia akan duduk dalam keadaan yang cukup dekat sekali...aku bukan apa...biler berada dalam keadaan begitu...aku tak mampu untuk berkata-kata coz biler aku nak bercakap aku mesti pandang wajah si dia..so kalau dia berada dalam jarak yang dekat...maka makin dekat lagi la wajah aku dengan wajah si dia...aku tak suka biler aku cakap orang pandang muka aku...paling aku tak suka coz aku malu...biler aku malu mula la aku nak palingkan wajah aku ke lain dan perkara itu cukup-cukup tidak sopan..tapi nak buat macam mana..perasaan malu itu menebal dalam hati aku...

Aku tak kisah la kalau orang kata aku ni syok sendiri tapi tu la yang aku rasa...aku rasa makin lama aku kenal si dia makin susah untuk aku melupakan nama dan wajah si dia dalam fikiran aku nie...kadang-kadang biler aku duduk bersantai aku sempat lagi memikirkan tentang si dia...memikirkan benda-benda yang terjadi antara aku dengan si dia pada hari-hari yang lalu...masih lagi terngiang-ngiang lagi kata-kata yang dia tuturkan untuk aku...tak kisah la sama ada pasal kerja atau pasal sembang kosong...masih melekat lagi kata-kata si dia dalam fikiran ini...

Kehadiran si dia dalam hidup aku minggu ini cukup-cukup mengharu birukan perasaan aku...perasaan yang cuba aku lupakan untuk si dia dahulu kembali bertunas dalam hati ini...tak sempat untuk aku membuangnyer dalam hidup aku kini dia kembali semula menjelma...kenapa perlu semua ini berlaku...aku tak nak letakkan sebarang harapan coz aku tak nak dikecewakan..disebabkan itulah aku cuba membuang perasaan aku terhadap si dia dahulu kerana aku tahu kemana hala tuju perasaan aku ini...aku tahu yang suatu hari nanti aku jugak yang akan kecewa...so dari aku dikecewakan di kemudian hari better dari sekarang aku mengundur diri..biarlah aku mengalah kepada perasaan aku ini...seandainyer si dia memang dijodohkan untuk aku...InsyaAllah dengan izin Dia aku akan bersatu jua dengan si dia...kerana ianyer telah ditetapkan sejak azali lagi oleh Yang Maha Esa...jodoh pertemuan dan ajal maut semuanyer ditentukan oleh Dia...hanya Dia yang mengetahui semuanyer tentang kita kerana dia Maha Mengetahui...kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang akan menentukan segala-galanyer...aku terima ketentuan dari Dia...aku sudah bersedia untuk menerima hakikat akan kehidupan ini...hakikat yang aku akan kehilangan si dia...tak kisah la kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan sahaja...coz aku tidak boleh nak control perasaan si dia terhadap aku...aku tak boleh nak paksa si dia untuk menyukai aku....apa yang si dia rasa hanya si dia saja yang mengetahuinyer.....aku pasrah dalam meniti kehidupan seharian aku...kata orang..terimalah orang yang menyayangi diri kita bukan kita yang menyayangi dirinyer...kalau kita sayangkan seseorang kita biarkan dia bahagia dengan kehidupan dia...biler dia bahagia kita pun akan bahagia jugak even hati kita merintih hiba...doakan kebahagiaan orang yang kita sayang...itulah yang aku lakukan sekarang ini...aku doakan kebahagian si dia dengan wanita yang si dia sayang...kebahagiaan si dia kebahagiaan aku jugak...biarlah hanya aku saja yang tahu rahsia hati aku ini...

0 Comments:

Post a Comment