Wednesday, September 14, 2011

Perlu ke benda ini terjadi kepada aku..kenapa ia nyer perlu terjadi kepada aku?? aku belum cukup bersedia lagi untuk menghadapi ini semua..semua kawan-kawan aku cakap aku dah angau...aku pun tak tahu whether ini dinamakan angau ataupun hanya mainan perasaan aku sahaja..kalau tanya aku...aku akan jawab yang ianyer bukan angau tetapi more kepada mainan perasaan aku sahaja coz aku terlalu mengikut perasaan atau terlalu obses dengan someone...tu yang aku leh jawab...kalau angau...jauh sekali dari jangkaun aku...

Aku pun tak tahu kenapa perlu berperasaan seperti ini kepada si dia...kenapa perasaan ini hadir hanya untuk dia sahaja..kenapa tidak hadir untuk orang lain....Ya Allah..mainan apakah yang kau turunkan untuk hambaMu ini Ya Allah...kenapa perlu melibatkan hati dan perasaan Ya Allah...aku tak mampu nak menghadapinya kerana aku hanya insan yang lemah Ya  Allah...

Hari ini aku cuba untuk melarikan diri aku dari bersua muka dengan si dia...aku cuba untuk menghindarkan diri aku jauh dari pandangan si dia kerana aku tak mahu menaruh sebarang harapan lagi terhadap si dia...aku tak mahu untuk dikecewakan...sejauh mana aku mampu untuk lari dari si dia kerana si dia tetap kejar aku...bukan kejar kerana cinta tetapi kejar kerana KERJA....selagi aku bekerja dengan si dia selagi itulah perasaan aku tak akan tenang...entah biler perasaan aku akan menjadi tenang pun aku tak tahu...setiap kali aku terpandangkan wajah si dia hati aku akan berdebar-debar serta merta..susah untuk mengawal debaran yang melanda hati aku tika itu...

Aku pun tak tahu apa yang terjadi dengan aku akhir-akhir ini...aku terlampau obses dengan kehadiran si dia di sisi aku...aku terlampau ingin melihat wajah si dia dan mendengar suara si dia membebel..even bukan dengan aku si dia bercakap tetapi aku cukup puas coz dapat lihat wajah dan dengar suara si dia...semunyer aku rasakan cukup indah sekali...adakah ini yang dinamakan angau...aku tak nak angau dengan si dia coz aku tahu angau aku tak akan membawa apa-apa erti pun kepada aku...aku akan angau sorang diri dan benda itu lagi menyakitkan hati aku ini...sakit kerana setiap saat dan minit aku mengingatinya sampai terbawa-bawa kedalam mimpi aku...itukah yang dinamakan angau??kalau itulah yang dinamakan angau, berilah aku ubat atau something yang boleh buatkan angau aku itu hilang..

0 Comments:

Post a Comment