Wednesday, October 5, 2011

Rasanya dah lama kan aku tak update PMK ni dengan kisah aku dan si dia kan...bukan aku tak update kat cnie tapi sejak 2 menjak nie aku tak ada cerita yang menarik yang berlaku antara aku dengan si dia coz for this last 2 weeks aku jarang sangat jumpa si dia..kalau ada apa2 kerja pun kita orang menggunakan skype untuk berchit chat antara satu sama lain...lagi pun minggu lepas dan minggu ni aku busy sangat..kena pi meeting sana la pi meeting cnie la..tu la sebabnyer aku jarang jumpa dengan si dia...tapi kan dalam hati aku sentiasa berdoa biarlah aku terserempak dengan si dia sekali pun jadi la untuk minggu nie...asalkan aku dapat tengok muka dia yang manis tu...hati aku lega kalau dapat tengok muka si dia...

Kini aku mula sedar...even aku mintak macam mana sekali pun dengan Tuhan untuk temukan aku dengan si dia tetap jugak benda tu tak berlaku...aku tak salahkan Tuhan coz aku tahu segala-galanya telah Dia tetapkan untuk kita..segala skrip telah Dia ciptakan cuma kita yang perlu pandai untuk memainkan wataknya...mungkin jugak si dia bukan calon untuk aku...mungkin ada lelaki lain yang telah Dia ciptakan untuk menjadi suami, ayah dan menantu yang baik kepada orang tua ku nanti...aku pasrah dengan semua ini...kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan semuanya..hari ke hari aku rasakan perasaan aku terhadap si dia semakin hilang dah ingatan aku kepada si dia juhak semakin pudar dari hari ke hari..mungkin biler minggu berganti minggu bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun aku mungkin akan dapat melupakan si dia...InsyaAllah aku akan berusaha untuk cuba melupakan si dia seandainya bukan si dia yang Tuhan ciptakan untuk melengkapi hidup aku di atas muka bumi ini...

Hari ini...si dia semakin menghampiri aku...aku rasakan perasaan itu datang kembali menjelma dalam diri ini...aku dah cuba untuk berlagak biasa tetapi ternyata aku tak mampu...macam mana aku nak lupakan si dia terus...memang mulut aku cakap yang aku ingin dan mampu untuk melupakan si dia tetapi biler si dia muncul depan aku....perasaan sayang tu kembali menjengah hati aku ini....kenapa la perlu perasaan ini yang aku alami sekarang ini...aku tak mampu nak mengikis perasaan sayang aku terhadap si dia...semakin si dia menghampiri aku semakin tebal perasaan itu...hari ini si dia muncul kembali depan mata aku...hati aku berdegup dengan cukup kencang sekali biler terpandangkan wajah si dia...syukur sangat-sangat coz ari ni aku berpeluang untuk menatap wajahnya lagi...wajah yang aku cukup rindu sekali...terlepas beban rindu aku terhadap si dia coz dapat tengok wajah si dia....

Tuhan dah makbulkan doa aku hari ini...doa yang selalu aku panjatkan untuk berjumpa dengan si dia..hari ini ternyata aku bertemu dengannya...hari ini kami ada discussion between him and the woman...first i saw him, my heart beating so fast...it's take a long time to stop that beating....lepas aku rasa tenang baru lah aku jumpa dengan si dia dan that woman...apa yang membuatkan aku lebih gembira lagi...si dia berdiri betul-betul di belakang kerusi yang aku duduk...mula-mula si dia berdiri jauh sedikit dari kerusi aku itu tetapi lama kelamaan aku dapat rasakan yang dia semakin menghampiri kerusi yang aku duduki...aku dapat rasakan hembusan nafas si dia di telinga ku biler setiap kali dia tunduk untuk membaca something kat member aku punyer laptop..semakin lama semakin dekat dan debaran aku semakin lama semakin kencang...tangan dan kaki aku time tu sejuk seperti baru lepas direndam di dalam sebaldi ais...betapa sejuknya aku menahan debaran di dada ini....kalau nak diikutkan hati nak jer aku berpaling dan menatap wajahnya tetapi aku tahan itu semua coz aku dah sematkan dalam hati aku sebelum ini yang aku ingin membuang wajahnya dalam hidup aku...nak menghangatkan lagi keadaan, si dia meletakkan tangannya di atas pemegang kerusi aku dengan member aku itu...lagi la aku rasa debarannya coz ia membuatkan kami berada dalam keadaan yang terlalu dekat sangat-sangat...sehinggakan aku dapat rasakan yang tangan si dia mengenai tubuhku tetapi si dia hanya bermuka selumber jer tanpa meminta maaf dengan aku even dia dah tersentuh tubuh aku...biler jer aku rasa tangannya tersentuh tubuh aku dada aku ini semakin rancak berdendang...semakin kuat degupan yang aku alami tetapi aku hanya berdiam diri sahaja...alangkah baiknya kalau aku dengan si dia di takdirkan untuk jatuh cinta..aku pun tak tahu apa motif si dia sebenarnya coz bagi aku masih ada lagi satu ruang untuk si dia berdiri selain dari berdiri di belakang aku...

After that, we all kena move ke bilik yang lain coz we have a little bit problem...biler dah move masuk bilik..aku dapat rasakan yang si dia sengaja mengekori aku dari belakang...di mana aku duduk di situ la si dia berada...nasib baik la di sebelah aku tadi tak ada kerusi kosong so si dia terpaksa duduk berhadapan dengan aku...kami still lagi duduk bersama-sama cuma yang membezakannya kini si dia berada di hadapan aku...sepanjang discussion aku dengan mereka tak pernah sekali pun aku pandang wajahnya...aku hanya focus pada laptop member aku tu jer...kalau bercakap pun aku hanya bercakap dengan that woman jer...dengan si dia langsung aku tak kuarkan sepatah perkataan pun....tapi aku dapat lihat dengan ekor mata ku yang si dia sentiasa pandang aku...disebabkan si dia duduk di depan aku, kadang2 aku tersepak kaki si dia bawah meja tanpa disengajakan...sungguh-sungguh memalukan time tu...apa yang aku mampu katakan hanyalah SORRY..tu jer yang mampu aku lafazkan time tu....

Sejak kejadian hari jumaat hari tu..hubungan aku dengan si dia nampak sedikit dingin dan kadang-kadang aku membahasakan diri si dia "mamat" atau "jate" biler aku bercakap dengan member aku...aku nekadkan dalam hati aku yang aku ingin berkeras sedikit dengan si dia coz nanti tak der la si dia nak membuli aku....terpikir jugak aku nak merajuk dengan si dia tetapi biler difikirkan balik...adakah si dia akan datang pujuk rajuk aku ini...kerat jari 10 confirm si dia tak akan datang pujuk aku...saper aku nie tuk dia pujuk memujuk rajuk aku...dari aku merajuk tanpa terpujuk baik aku tegas jer...tapi hari ini...biler discussion dah nak habis si dia cuba untuk beramah mesra dengan aku untuk sekian kalinya selepas kejadia minggu lepas...discussion tengah on going tapi boleh plak si dia amik buku aku...aku hairan la jugak kan kenapa si dia tiba-tiba jer amik buku aku sedangkan time tu tangan aku berada di atas buku itu tetapi disebabkan dia tarik buku aku tu so terpaksa la aku alihkan tangan aku dari buku itu...apa motif si dia pun aku tak tahu la...biler si dia dah dapat buku aku tu, dengan muka yang pelik aku pandang si dia...tapi si dia dengan bermuka selumber jer tengok aku punyer buku..apa yang si dia tengok pun aku tak pasti la...tapi risau la jugak kut2 dia tertengok benda yang tak sepatutnya dalam buku tu...tapi nasib baik la si dia hanya tengok cover luar jer tapi dengan muka yang still lagi confius nie aku tengok muka si dia...after that si dia pun bagi balik buku aku tu and then pura-pura tanya pasal buku tu..apa yang si dia tanya pun aku tak pasti la tapi yang jelas aku hanya dengan si dia cakap "Ohhhh...buku 2010 punyer"..tu jer yang aku sempat dengan dari mulut si dia..after that we all diam jer and focus balik on the discussion...tapi dalam tengah-tengah discussion tu sempat lagi si dia bergurau dan sebut nama aku...sejak tu nama aku tak pernah putus dari bermain di bibir si dia...selalu jer ada nama aku meniti di bibir si dia...dalam hati aku dan berbunga riang tapi aku sedar yang itu semua hanyalah untuk si dia menutup kembali kesalahan yang si dia buat kepada aku minggu lepas....si dia cuba nak menjernihkan kembali keadaan di antara kami...

Seriusly aku cakap yang aku kini betul-betul suka kan si dia...nama, wajah dan suara si dia sentiasa bermain-main dalam fikiran aku ini...nama si dia jugak sudah terpahat kemas di dalam hati aku ini...aku sudah tempatkan nama si dia di tempat yang cukup istimewa sekali dalam hati aku ini...seandainya apa yang aku inginkan terjadi antara aku dengan si dia tidak menjadi kenyataan...akulah orang yang paling sakit sekali....sakit kerana cinta si dia bukan untuk aku dan aku terpaksa menerimanya jugak even sakit sangat untuk aku tanggung...buat masa sekarang ini aku hanya mampu berserah dan bermohon kepada Allah supaya tunjukkan kepada aku siapa sebenarnya yang diciptakan untuk menjadi Adam aku nanti.....dan aku benar-benar berharap semoga si dia yang akan menjadi Adam aku kelak....

0 Comments:

Post a Comment