Monday, September 26, 2011
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu
Sunday, September 25, 2011
Aku dah tak tahu nak bercerita dengan siapa lagi benda nie..makin lama aku pendamkan benda ni makin sakit aku rasakan...aku dah tak tahu siapa yang perlu aku berkongsi masalah ini...aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa macam sakit hati dan cepat terasa kalau ada orang buat benda yang tidak menyenangkan mata aku untuk memandangnya...PMK lah satu-satunya tempat yang aku rasakan sangat sesuai untuk aku meluahkannya....
Sekarang ini aku rasa aku dah tak mampu lagi dah nak mengadap muka dia...kadang-kadang aku rasa macam nak jer lari dari umah nie..nak jer aku pindah keluar dari umah nie...kalau la aku ni jenis orang yang tak ada hati dan perasaan sudah tentu aku akan melakukannya...aku tak kisah walaupun aku terpaksa bersusah payah janji aku dapat hidup dengan tenang dan aman...serius aku cakap dulu aku sangat-sangat menghormati dia kerana dia telah aku anggap seperti kakak aku sendiri tetapi kini...hari berganti hari dan masa berganti masa...aku rasakan yang perasaan hormat aku terhadap dia dahulu semakin berkurangan dan sekarang aku sudah semakin berani melawan cakap dia...bukan aku tak nak hormat dia tetapi aku rasa orang yang macam ini tak perlu nak dihormatkan sangat...apa gunanya aku hormat kepada dia sedangkan dia tidak pernah sekelumit pun nak hormat aku...apa perlu aku menghormatinya??? Aku akan hormat orang itu sekiranya dia jugak hormat akan aku...kalau setakat nak mengharapkan orang hormat kat kita jer baik tak payah la...dan orang seperti ini aku tak akan hormat...lantak kau lah nak kata aku apa pun tapi biler aku dah kata yang aku tak akan hormat kau lagi aku tak akan hormat...tu kata-kata aku....
Biler difikirkan balik benda ini rasa macam tak percaya yang aku selama ini menghormati orang yang salah....menghormati orang yang tidak pernah ingin menghormati kita sebagaimana kita menghormati diri mereka...biler kita bagi peluang sekali untuk dia berbuat sedemikian rupa tak bermakna dia boleh melakukannya berulang kali...cukuplah sekali itu...kini biler aku pandang saja muka dia hati aku rasa macam bergelora...rasa macam darah aku mendidih jer....nak jer aku keluarkan benda yang tak elok tetapi disebabkan rasa hormat itu masih lagi ada dalam hati ini...aku diam jer...tapi....tu tak bermakna diam aku diam membisu...diam aku diam berisi...dah isi itu akan aku keluarkan biler ianya dah cukup masak untuk dikeluarkan...jangan cuba untuk menguji kesabaran aku...selagi aku boleh bersabar aku akan bersabar dan seandainya tahap kesabaran aku sudah mencapai tahap yang kritikal...jangan salahkan aku nanti...cuba renung dan tanya diri sendiri salah dan silap yang telah kau lakukan sehingga kau mampu menguji kesabaran aku..aku juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan....yang akan rasa sedih biler dikecewakan dan akan rasa marah biler dipermainkan....aku tahu yang manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan tetapi kalau boleh...cuba lah elakkan benda itu dari berlaku kepada kita seandainya kita berusaha...
Serius aku cakap yang aku dah cukup penat sangat-sangat...penat dalam menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan perasaan aku sendiri terabai...kerana ingin menjaga hati dan perasaan orang lain aku sanggup menepikan hati dan perasaan aku...sampai biler aku nak jadi seperti ni....selalu sangat ingin menjaga hati dan perasaan orang lain sampaikan aku tidak sedar yang dalam diam aku telah melukakan hati dan perasaan aku sekali...ingin memberi kegembiraan kepada orang lain sedangkan kesedihan yang kita dapat....aku juga punya hati dan perasaan, aku bukannya komputer yang boleh save dan delete semua data yang berlaku dalam hidup aku...aku manusia biasa...just a HUMAN....
Saturday, September 17, 2011
Thursday, September 15, 2011
Wednesday, September 14, 2011
Friday, September 9, 2011
Thursday, September 8, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Selamat pagi semua...lately nie aku rasa macam aku ni cukup rajin plak nak update blog nie..xtahu naper tapi rasanyer banyak citer yang aku nak kongsikan kat cnie..citer2 yang berlaku dalam kehidupan seharian aku...semalam aku tak sangka yang aku akan jumpa dia kembali setelah sekian lama aku dengan dia tak berjumpa...buat pertama kalinyer dia datang berjumpa dengan aku..gembira hati hanya Tuhan saja yang tahu...cukup-cukup gembira sekali coz dia datang mencari aku..at least rasa yang pendam selama nie terhurai jugak dengan hadirnya dia semalam menemui aku...
First aku tengok dia hati dah jadi tak menentu...time tu apa yang ada dalam kepala aku ialah bukan aku yang dia cari..mesti dia akan cari someone bukannyer aku...aku orang pertama yang dia tegur dengan ucapan "Hi" dan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"...semua kata-katanya aku reply...nyata yang lebih memeranjatkan aku lagi biler dia dengan senangnyer duduk di kerusi kosong yang terdapat disebelah aku..benda ini cukup-cukup memeranjatkan aku...aku ingatkan bukan aku yang dia cari ternyata aku tersilap tafsir...akulah orang yang dia cari...dia cari aku semata-mata hanya kerja..kerja yang diamanahkan oleh dia untuk aku dan kawan aku sebelum cuti raya hari tu...time tu kelu lidah aku untuk berkata-kata sampai aku tersasul membahasakan diri aku "I" dengan dia...perkara yang tak pernah aku buat sebelum ini ketika berhadapan dengan dia..selalunyer aku membahasakan diri aku "IRA" atau "SAYA"..tu jer tetapi semalam aku membahasakan diri aku "I"...terasa kekok untuk memulakan bicara biler perkataan I tu keluar dari mulut aku...biler tersedar yang aku membahasakan diri aku "I" dengan dia..terus aku stop cakap ngan dia...cuma mencari balik ayat yang aku guna sebelum ni tuk membahasakan diri aku...aku ubah balik perkataan I tu kepada SAYA...
Lama jugaklah kami bersembang...lepas gak ***** kat dia...even bercakap sal kerja pun xper la janji dapat cakap dan jumpa dengan dia secara face to face...dah lama ingin jumpa dia cam tu tapi xtahu reason apa nak buat tuk jumpa ngan dia...tapi kan..semalam dia hensem sangat..i like dengan penampilan dia semalam..cukup mempesonakan la...aku suka tengok dia pakai spec..nampak macam orang cerdik jer..memang dia cerdik pun...kalau tak cerdik xkan la leh belajar sampai luar negara kut...aku suka tengok dia time tu...hensemmmmmmmmm...dia nampak manis jer kalau pakai spec cam tu...apa yang boleh aku cakap..aku suka la tengok dia semalam...dan ari nie aku jumpa dia lagi dengan spec yang sama jugak...tak tahu la kenapa jadi cam nie..dah macam angau jer aku dekat dia nie tapi aku rasa itu semua hanya palsu jer...aku hanya bertepuk sebelah tangan jer..
Kenapa la dia harus muncul ketika aku ingin cuba untuk melupakan dia...kenapa perlu rapatkan lagi hubungan yang dulu saat ini...saat ini aku tak ingin merapatkan lagi hubungan aku dengan dia coz aku takut suatu hari nanti aku akan kecewa seperti mana aku kecewa ketika ini...hati aku sekarang nie dilanda badai kerana telah dikecewakan oleh seseorang yang aku suka dalam diam...cukuplah hanya setakat itu saja hubungan kami..Ya Allah...seandainyer bukan dia yang Kau ciptakan untuk aku..janganlah Engkau terbitkan sebarang perasaan kasih dan sayang antara aku dengan dia...cukuplah hanya perasaan kasih sebagai seorang sahabat...aku mohon kepadaMu...