Friday, March 2, 2012
Sesungguhnyer aku dah tak tahan lagi untuk menanggung semua ini Ya Allah...betapa lemahnya hambaMu ini Ya Allah...dengan dugaan sekecil ini pun aku dah tak mampu untuk menanggungnya apatah lagi sekiranya Engkau memberikan aku dugaan yang cukup besar nanti....aku tak memintak untuk Kau turunkan dugaan yang besar kepada aku tetapi aku jugak tidak menolak sekiranya Engkau menurunkan dugaan yang cukup besar lagi kepada aku kerana aku tahu...Engkau turunkan dugaan kepada umatMu yang hanya mampu sahaja untuk menanggungnya dan aku bersyukur sekiranya aku yang menjadi pilihanMu...tetapi seboleh-bolehnya aku tak mahu dugaan itu datang dalam hidup aku...
Hari ni aku tak tahu kenapa aku perlu beremosi sekejap...aku rasa ada satu perasaan halus yang bertandang dalam hati aku ini...perasaan yang mampu membuatkan aku mengalir air mata sekiranyer aku melayaninya...aku sendiri pun tak tahu kenapa aku perlu rasa sedih tika ini...bukan sedih kerana aku kehilangan sesuatu tetapi aku sedih kerana aku terlalu merindui si dia...ya...aku benar-benar merindui si dia tika dan saat ini...aku tak tahu kenapa perasaan ini perlu hadir dalam diri aku pada tika ini...aku tiba-tiba teringatkan akan si dia dan semerta itu jugaklah perasaan rindu ini datang bertandang dalam hati aku...aku tak mampu untuk menghalangnyer dari terus mendiami hati aku ini...aku benar-benar merindui diri si dia Ya Allah...
Ya Allah betapa sakitnya hati aku ini kerana merindui si dia...merindui orang yang tak pernah nak merindui akan diri ini...Ya Allah pedihnya hati aku ini kerana mencintai orang yang tak pernah nak mencintai diri ini Ya Allah...sakitnya akan semua perasaan ini Ya Allah...sakit sampai aku tak mampu untuk menanggungnya Ya Allah...kenapa kau hadirkan perasaan sebegini dalam diri aku Ya Allah...aku benci akan perasaan ini Ya Allah...benci kerana setiap kali aku memikirkannya hati aku akan menjadi sakit dan air mata aku mengalir tanpa henti...aku tak mampu untuk berhenti dari memikirkannya Ya Allah...kerana perasaan ini jugaklah hari-hari aku bermain dengan air mata...aku benci dengan semua ini Ya Allah...aku tak sanggup lagi nak menghadapinya Ya Allah...sesungguhnya ia benar-benar menyakitkan hati dan perasaan aku Ya Allah...
Kenapa aku perlu berperasaan seperti ini...kenapa hanya dengan si dia aku hanya berperasaan seperti ini..kenapa tidak dengan lelaki yang lain yang rapat dengan aku yang lebih menggenali diri aku yang aku kenal sejak berzaman-zaman dulu...kenapa tidak dengan mereka semua tetapi kenapa harus dengan si dia baru perasaan itu datang...aku ingin membuang semua perasaan ini kerana aku dah tak sanggup untuk menempuhinya...Ya Allah...aku benar-benar ingin melupakan si dia Ya Allah tetapi setiap kali aku ingin melupakan si dia setiap kali itulah hati aku menjadi sakit...biler mulut aku mengatakan yang aku ingin membuang si dia dalam hidup aku time tu jugaklah hati aku menangis sampai aku mengeluarkan air mata tanpa aku sedari...Ya Allah..sampai bila benda ni nak habis...aku dah tak sanggup lagi Ya Allah...
Setiap hari aku berdepan dengan diri si dia kat ofis...setiap kali aku cuba untuk melupakannya setiap kali itu jugaklah semakin kerap aku terserempak dengan si dia...apakah semua ini Ya Allah...adakah ini tandanya bahawa Engkau tak mahu aku untuk melupakan si dia Ya Allah...Ya Allah...sekarang aku masih lagi dapat menatap dan melihat wajah si dia kerana si dia still lagi bekerja satu ofis dengan aku tetapi andai nya suatu hari nanti si dia pergi meninggalkan ofis sekarang nie...dimana harus aku mencari si dia sekiranya rindu ini bertandang menyentak hati aku...di mana aku ingin mencarinya Ya Allah...kerana inilah Ya Allah aku ingin melupakan si dia...aku ingin menyakinkan diri aku yang aku mampu untuk melepaskan si dia pergi Ya Allah...maybe time ni aku terasa teramat sakit sangat tetapi at least aku sudah bersedia untuk menerima kehilangan si dia dalam hidup aku...aku tak mahu kehilangan si dia ketika hati ini masih lagi mengharapkan cinta dari si dia...terlalu sakit rupanya sekiranya sayang dan rindu dan cinta kita tak berbalas...kita hanya mampu mencintai, menyayangi dan merindui si dia dalam bayangan sahaja...
*air mata mengalir dengan laju ketika menulis kali ini..tak tahu kenapa air mata ini mengalir tetapi apa yang aku tulis kali ini cukup-cukup mengusik hati aku...:-(*
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)