Thursday, March 29, 2012
Almost 3 weeks aku tak nampak si dia...kau orang tahu tak apa perasaan aku tika nie...aku rasa teramat rindu akan si dia...sudah lama aku tak menatap wajah si dia..tak mendengar suara si dia...dan tak menghidu haruman dari wangian yang si dia pakai....aku rindu akan semua itu...terutama sekali aku rindu nak menatap wajah si dia...even mulut aku mengatakan yang aku benci si dia tetapi hati aku tak...hati aku terlalu merindui si dia...semakin lama tak menatap wajahnyer perasaan rindu itu semakin menggebu dalam diri ini...
Aku dah tak tahu macam mana nak cari si dia lagi...tak tahu kemana si dia menghilangkan diri dan biler di siasat dengan orang yang rapat dengan si dia baru la aku tahu yang si dia dah join project baru tapi still lagi dengan company yang sama dengan aku cuma sekarang nie si dia dah berada berlainan ofis dengan aku...semakin susah la aku nak jumpa si dia nanti...so macam mana aku nak hilangkan rindu yang menggebu dalam hati nie...dahsyatnyer perasaan biler dilamun cinta nie...even cinta aku tu hanyalah cinta sebelah tangan jer tapi aku dapat rasakan perasaan rindu tu macam mana...
Aku pernah cakap dengan member aku yang aku nak lupakan si dia tapi ternyata aku tak mampu untuk melupakan si dia...nama si dia tak pernah hilang dalam ingatan aku nie...setiap saat aku sentiasa mengingatinyer sampaikan kalau kerinduan tu aku dah sanggup lagi nak menanggungnyer aku lihat botol air dan tempat yang si dia pernah duduk dulu...hanya itu jer cara yang mampu aku lakukan untuk menghilangkan rindu di hati...hari ini perasaan rindu itu semakin kuat melanda hati ini coz aku seakan-akan terhidu haruman wangian yang pernah si dia pakai pada sorang lelaki nie..haruman nyer seakan sama jer...aku rindukan haruman itu...aku pun tak tahu kenapa sebegini skali perasaan aku terhadap si dia..kenapa perlu aku merindukan orang yang tak pernah nak merindukan aku...kenapa perlu aku jatuh hati pada orang yang tak pernah nak pandang aku...aku cuba untuk melupakan si dia tetapi aku tak boleh...semakin aku cuba untuk melupakan si dia semakin kerap nama si dia datang mengganggu minda aku ini...
Mungkin disebabkan aku terlalui merindui dan memikirkannya hingga aku bermimpikan akan si dia.....setiap malam si dia datang dalam mimpi aku...aku bersyukur sebab si dia yang muncul dalam mimpi aku..sekurang-kurangnya aku dapat menatap wajah si dia even bukan dalam dunia yang sebenar...aku dah cukup berpuas hati dapat menatap wajah si dia dalam mimpi aku tu...at least kerinduan aku terhadap si dia berkurangan dengan menatap wajahnya dalam mimpi aku..walaupun dalam mimpi tu aku dengan si dia tak banyak bercakap tetapi sudah memadai bagi aku sekiranya aku dapat melihat dan menatap wajah nya...kadang-kadang aku terfikir yang aku ni dah angau atau dengan kata yang lain gila bayang...gila bayang pada orang yang terlalu sukar untuk digapai....kalau la benda ni berlarutan tuk jangka masa yang panjang aku dapat rasakan yang aku mungkin akan menjadi gila...dan tanpa segan silu sekarang ni yang aku mengaku yang aku teramat merindui si dia....sakitnya menanggung perasaan ini....I'm really miss u my handsome boy...:(
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)