Wednesday, March 7, 2012
Aku tak tahu kenapa tiba-tiba malam ni aku rasa hati aku walang jer..aku rasa cam tak tenang dan aku rasa cam hati aku time ni dalam kesedihan...aku sendiri pun tak tahu apa yang dah jadi dengan aku sekarang nie...setiap kali aku layan walang hati ini setiap kali itu jugaklah air mata aku mengalir...Ya Allah...apakah petunjuk untuk semua ini Ya Allah...apakah petanda yang ingin Kau berikan kepada aku Ya Allah...setiap kali lepas solat aku tak pernah lepas dari berdoa semoga kewalangan hati aku untuk malam ni akan hilang...
Aku tak tahu apa sebab dan puncanyer yang menyebabkan hati aku menjadi walang dan sensitif sangat malam nie...apa yang aku tahu tika ini aku rasa macam aku nak menangis jer...aku perlukan bahu seseorang untuk aku melepaskan tangisan ini tapi tak ada saper pun yang boleh pinjamkan bahunyer untuk aku...aku tak ada kawan yang boleh pinjamkan bahunya untuk aku malam nie...seriusly aku cakap yang malam ni aku benar-benar perlukan seseorang...aku ingin luahkan segala kesakitan yang aku tanggung sekarang nie...malam ni aku akan luahkan segaka-galanya di sini...aku dah tak sanggup lagi nak menyimpannya....
Aku kini dalam kesakitan....ya sakit yang teramat sekali...aku sakit kerana aku jatuh cinta dengan orang yang tak pernah mencintai aku...orang yang tak pernah nak pandang aku walau sebesar zarah sekalipun...aku tak tahu kenapa aku perlu mencintai dia sedangkan aku tahu yang dia tak mencintai aku....aku cuba untuk menghapuskan perasaan itu tetapi aku tak berdaya...setiap kali aku cuba untuk melupakan si dia setiap kali itu jugaklah hati aku menangis kesakitan....aku tak mampu untuk menanggung kesakitan ini lagi...aku dah tak sanggup nak mempertaruhkan cinta aku kepada orang yang tak pernah nak menghargai cinta aku ini...sehabis daya aku lakukan untuk melupakan si dia tetapi ternyata aku tak mampu untuk melupakannya...kenapa begitu sukar sekali untuk aku melupakan si dia....
Ya Allah Ya Tuhanku....kenapa begitu walangnya hati aku malam ni Ya Allah...aku sentiasa ingin mengalirkan air mata aku pada malam ini Ya Allah....kesedihan sentiasa menemani aku malam ini Ya Allah..bukan niat aku untuk melayaninya Ya Allah tetapi aku tak tahu kenapa malam ni aku sentiasa ingin mengalirkan air mata...maybe aku dah terlalu penat Ya Allah...penat dalam melayan hati aku ini yang suka dan cintakan akan lelaki yang tak sepatutnya...Ya Allah...aku teramat mencintainya Ya Allah sehinggakan aku dapat merasakan kesakitan tika ini Ya Allah....aku tak mampu untuk menghalang hati aku ini dari terus mencintai dia Ya Allah....Ya Allah...kenapa kau perlu wujudkan dia depan aku Ya Allah...kenapa kau harus temukan aku dengan dia Ya Allah...sebelum ni aku tak seperti ini Ya Allah tetapi sejak hadirnya dia semuanyer berubah....
Bodohnyer diri aku ini kerana mencintai orang yang mencintai kita...tak salahkan kalau aku nak mencintai dia kerana perasaan itu bukan aku yang menciptanya...Tuhan yang menciptakan perasaan itu dan memberinya kepada aku untuk aku berikan kepada orang yang aku cinta...kenapa la kau tak pandang aku walau sebelah mata sekalipun...cukup hina ke diri aku ni sehinggakan sebelah mata pun kau tak nak pandang aku...teruk sekali ker rupa aku sehinggakan kau mengalihkan pandangan mata mu dari aku...kenapa la perlu kau muncul dalam hidup aku...kenapa hanya kau jer yang mampu membuatkan hati aku berdegup kencang...kenapa hanya kau jer yang mampu aku ingatkan sampai kini...segala kata-kata dan tingkah laku kau sentiasa bermain dalam minda aku ni...kenapa perlu kau...kenapa tidak orang lain yang mengisi setiap relung hati aku ini...dalam banyak-banyak manusia atas muka bumi ni kenapa hanya kau jer yang aku pandang dan hanya kau jugak yang aku sayang...sayang yang teramat sehinggakan aku tak mampu untuk menyayangi orang lain sebagaimana aku menyayangi diri mu...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)