Saturday, March 10, 2012
Si dia : "Ira..Ira..."
Aku : "Yup..."
Si dia : "Ira kena balik awal ke hari nie..?"
Aku : "Tak ada la awal sangat...kenapa?"
Si dia : "Saya nak pergi jumpa Maryam yang pasal IP Transit tu.."
Aku : "So..??"
Si dia : "Kalau boleh saya nak Ira join la.."
Aku : "Errrmmmm...pukul berapa erk?"
Si dia : "Sekarang...pukul 5..."
Aku : "Ok...menara kan?"
Si dia : "Yup...level 44"
Kejadian ini berlaku 2 minggu lepas...aku tak sempat nak update kat blog aku..actually bukan tak sempat tapi malas nak update kat sini dan malas nak bukak laptop biler dah balik umah...aku tak sangka yang hari tu si dia datang bercakap dengan aku sebenarnyer...dari pagi sampai la ke tengah hari dan sampai la ke petang kita orang tak bercakap langsung...memang dah lama we all tak bercakap..tak tahu nak bercakap pasal apa sebenarnyer and the best solution kau buat hal kau aku buat hal aku...yang tu lebih senang untuk aku....
Petang tu dalam kul 4.50pm something si dia datang jumpa dengan aku...dari pagi aku tengok si dia memang busy tapi apa yang dibusykan oleh si dia tak der plak aku nak amik tahu...tapi aku selalu tengok si dia pergi jumpa Kavitha...aku malas la nak layan semua tu dan malas nak fikir kenapa si dia selalu jer jumpa Kavitha...tak ada kepentingan bagi aku untuk tahu semua tu...tapi sekarang nie kan..aku perasan yang si dia selalu jer lalu depan meja yang aku duduk tu..sedangkan dulu tak ada pun lalu sekerap sekarang nie...tak tahu la aku saper yang si dia ushar...
Dalam pukul 5pm tu...aku pun tengok si dia bergerak ke tempat si dia dengan membawa laptop..packing laptop nyer dalam beg dan after that datang kat tempat aku...si dia jugak bawak payung coz takut hujan..cuaca kat luar time tu memang mendung jer kalau tengok dan tak mustahil hujan akan turun...we all pun bergerak sekali dan tak ku sangka jugak yang Kavitha akan join sekali...syukur sesangat yang Kavitha join..kalau ikut hati aku dah tak nak pergi tapi memandangkan Kavitha memaksa jugak aku untuk pergi so terpaksa la aku ikut dia orang....depan lif Kavitha bercakap-cakap dengan si dia tetapi aku hanya diamkan diri saja...aku hanya tersenyum biler si dia buat lawak dengan Kavitha...aku tak tahu kenapa aku boleh jadi speechless biler berhadapan dengan si dia...lama jugak aku tunggu lif tu..dalam hati aku biarlah lif tu cepat sampai coz aku dah tak tahu nak cakap apa lagi...aku tak selesa nak bercakap dengan Kavitha kalau si dia ada...aku bukannyer apa..aku takut si dia akan gelakkan aku coz aku punyer speaking tak der la sehebat si dia...si dia ok la coz belajar luar negara pun dah berapa tahun pastu kerja plak dengan company global yang memerluka english speaking tu lancar...
Dalam 10 minit jugak aku tunggu lif baru lah lif tu terbuka..masuk jer dalam lif tu orang dah ada...aku ingatkan aku dah selamat biler ada dalam lif tu..aku hanya diam jer memanjang...tiba-tiba si dia bersuara bertanyakan tentang KPI aku...time tu muka aku dah berubah kut coz tak pernah ada orang luar tanya sal KPI aku..
Si dia : "Macam mana dengan KPI u..???"
Aku : "KPI..??" time ni muka aku dah cuak..dalam hati tertanya-tanya cam ner dia leh tahu pasal KPI ni
Si dia : "Bukan ker semalam u all ada buat evaluation pasal KPI ker..."
Aku : "Owhhhh...ada la.."
Si dia : "So cam ner...??"
Aku : "Entah...tengok jer la nanti apa yang bos akan evaluate I" aku malas nak memanjangkan komen pasal nie
Kavitha : "What's going on??" tiba-tiba Kavitha masuk dalam perbualan kami
Si dia : "No..yesterday she have an evaluation for KPI...that's why I asked her about that.."
Kavitha : Owhhhh...KPI ah...so how?"
Aku : "Don't know...i just left to my bos to evaluate me"
Si dia : "If u want support...u can call me or Kavitha to tell ur bos...if you want la and if u dont want is ok.."
Kavitha : "Puan Hanizan should be know rite...?"
Aku : "It's not Puan Hanizan evaluate my KPI for this year..my bos is Puan Zainab and may big bos Mr Chua"
Kavitha : "Owhhh...like that ah.." time tu pintu lif dah terbuka..cepat-cepat we all keluar dari lif tu
Keluar jer dari pintu ofis tu si dia terus jer berjalan dengan lajunya sampai kami tak terkejar oleh kami...kerana malas nak kejar si dia berjalan kami pun berjalan dengan perlahan...jalan yang selayaknyer seorang perempuan berjalan...kalau nak ikut cara jalan si dia rasanya naik semput aku dengan Kavitha nanti...aku tak tahu la apa yang si dia nak kejarkan sangat...maybe si dia dah tak sabar nak jumpa dengan "best friend" si dia kut...tu yang Kavitha cakap la...sepanjang perjalanan kami ke menara banyak yang aku bualkan dengan Kavitha...nasib baik la si dia tak join berjalan bersama kami kalau tak mati kutu la aku di buatnya...
Hampir pukul 6pm baru la discussion kita orang habis...time tu aku dah tak sabar dah nak balik tu yang aku cepat-cepat jalan tu...time ni aku dah tak ikut dia orang...aku just bawak haluan aku sendiri coz aku malas nak join dengan dia orang...aku ingatkan biler aku amik jalan yang jauh aku akan terlepas dari dia orang tapi nasib aku tak baik coz biler jer aku keluar dari parking kereta kat bawah tu mereka semua baru jer sampai kat parking kereta depan menara....nak tak nak terpaksa la jugak aku follow dari dia orang dan nasib baik dia orang tak perasan kan aku...sampai jer depan pintu ofis tu tiba-tiba Kavitha berpaling dan tertengok aku...dia tanya aku pergi mana coz biler dia berpaling ke belakang aku dah tak ada...aku cakap aku pergi bank jap...sekejap jer tunggu lif dah pun terbuka...skali lagi kami naik satu lif...aku hanya diamkan diri dan berpura-pura menaip msg di phone aku untuk mengelakkan dari diri ni di soal siasat...
Si dia : "Thanks to Ira for coming"...time tu si dia pandang pada aku dan nak tak nak terpaksa la aku maniskan jugak muka aku untuk menerima ucapan si dia tu
Aku : "Ok.." hanya tu jer yang mampu aku jawab...bukan aku sombong ke apa tapi aku tak tahu apa lagi yang perlu aku jawab...
Sampai jer ting 22 aku terus keluar dari lif tu dengan keadaan yang laju coz aku nak balik awal...aku tak nak solat asar kat ofis dan aku assume aku sempat sampai umah sebelum maghrib...siap jer packing semua barang aku, aku terus blah dari situ....aku masih lagi tak percaya yang hari tersebut si dia dan aku bercakap setelah sekian lama kami semua menyepikan diri...apa yang aku pasti..hari tu aku sangat-sangat gembira sekali coz setelah sekian lama tak bercakap akhirnyer aku bercakap jugak dengan si dia...semuanyer bagai mimpi buat aku...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)