Sunday, March 4, 2012

Waaaaaahhhhh...xtahu nak cakap apa la...nak kata aku memburukkan dia kepada semua orang tak der la plak...nak kata aku ingkar kata dia tak der la plak...xtahu la apa yang tak kena pada dia hari ni...berbuih-buih mulut aku tegur tapi hanya sepatah perkataan jer yang keluar dari mulut dia...aku ada buat silap ker? Rasanya last week ok jer we all tapi hari ini mood dia berubah...aku tegur pun dah tak nak layan sangat...errmmm...nak buat cam ner kan...angin orang ni kita tak boleh nak jangkakan...betul tak? tak per la kalau cam tu gak...dia nak main ngan angin dia kan tak nak tegur aku...aku pun buleh buat jugak la coz aku pun ada angin...aku sebenarnya malas nak buat benda ni semua tapi memandangkan dia yang nak memulakan dulu so aku just follow jer dia punyer step...aku akan follow gerak tari dia sampai la dia penat untuk bermain dengan angin dia...

Rasanya benda ni akan kembali berulang seperti sebelum-sebelum nie..aku rasakan lebih baik aku duk berjauhan dari dia dari duk berdekatan dengan dia coz kalau aku duk berdekatan dengan dia hubungan kami tak kan jadi cam nie...seingat aku dah lama dah benda ni tak berlaku...last dulu sebelum dia cuti pregnant then lepas tu we all ok...tu pun sebab we all tak duk sekali tapi time tu aku syukur sesangat coz aku masih ada lagi member yang boleh aku share segala-galanya...dia amat memahami diri aku time tu..dia la tempat aku meluahkan perasaan ketika aku dalam kesedihan di lakukan oleh bf aku nie...maybe dah tersurat kut yang kita orang tak boleh duk sekali...dulu aku dengan dia duk berlainan meja dan skype jer yang jadi penghubung kami time tu...semuanyer ok...kita orang boleh lagi bergelak sakan bercerita itu dan ini...hubungan kami lagi baik biler aku dipindahkan naik ke atas..selama 5 bulan aku duk kat atas hubungan kami makin baik...apa yang dia tak puas hati dia citer kat aku dan apa yang aku tak puas hati aku citer kat dia...semuanyer ok...tapi sekarang aku rasa semacam jer...aku rasa hubungan ni nak kembali seperti dulu balik...jadi seperti mana aku pernah duk sebelah dia time testing dulu...

Fuhhhhhhh....penatnyer nak tanggung semua ni wei...dah tak tahu nak buat cam ner lagi....aku sentiasa jaga hati dan perasaan orang lain tapi orang tak pernah nak jaga hati dan perasaan aku...kenapa la susah sangat orang ni tuk faham apa yang kita rasa...kenapa asyik kita jer yang perlu nak jaga hati dan perasaan orang sedangkan orang tak pernah nak jaga hati dan perasaan kita...aku dah terlalu penat dan lelah dalam menjaga hati orang...sebaiknya aku tak nak semua orang yang berada di sebelah aku terluka hatinya tetapi kenapa orang yang di sekeliling aku jugaklah yang banyak membuatkan hati aku terluka...tak pernah hati aku tak terluka disebabkan orang sekeliling aku..aku sentiasa terluka sampaikan aku dah tak tahu macam mana rasanya sakit akibat luka itu...dah terlalu banyak kesan luka yang ditinggalkan di dalam hati aku nie...aku rasakan kalau la ditoreh dengan pisau mungkin hati aku dah tak berdarah kut...dah tak ada rasa sakit walau sebesar kuman sekalipun kerana hati aku dah kalis dengan semua itu...

Tak apa la...mungkin dah nasib aku dilahirkan untuk dilukakan dan terluka...mungkin sebab itulah aku dilahirkan di atas muka bumi ini...tapi aku bersyukur sebab family aku sentiasa berada di samping aku tak kira waktu dan ketika...sokongan dan kasih sayang dari mereka mampu membuatkan kelukaan yang aku alami terubat...kasih sayang seorang sahabat tak sehebat kasih sayang sebuah family...kerana adanya family aku tu lah wujudnyer aku atas muka bumi ni dan wujudnyer aku untuk berkawan dengan semua kawan-kawan aku yang ada tika nie...tak kisah la dia orang nak buat aku cam tu pun...aku dah tak kisah dah..aku dah malas nak menangis...kalau aku menangis air mata darah sekalipun ada dia orang nak amik tahu...semuanyer dengan dunia masing-masing dah tak pernah nak hiraukan keadaan aku...cukuplah dulu aku mengalir air mata kerana seorang sahabat dan kini aku dah tak nak lagi mengalirkan air mata aku kerana seorang sahabat jugak...sahabat yang tak pernah nak amik peduli akan perasaan aku...cukuplah...aku dah penat dengan semua ini...

Dear my frenz,
Thanks to you coz being my friend for a long time...no one can replace ur place in my heart even comes many people with the same name with u but they're still cannot replace ur place in my heart...u always in my heart even my heart always u break it...u always give the pain for my heart but u i still wanna to keep u there...thanks to God coz i have u as my best friend...u will be always my friend forever and ever....ALWAYS my friend coz i really love u...

0 Comments:

Post a Comment