Monday, February 13, 2012
Terkejut? Memang aku terkejut sesangat hari nie...Happy? Memang aku happy hari ini...nak tahu kenapa...coz hari ni aku tak sangka yang aku akan jumpa dengan si dia...aku tak sangka yang si dia pun berada di wing yang sama dengan aku sekarang ni..aku sangkakan si dia akan berada di wing yang satu lagi tetapi ternyata telahan aku silap...first aku sampai aku dah ternampak botol air dia (giler kan sampai botol air dia pun aku leh kenal)...dan apa yang aku teka semuanyer betul coz dalam pukul 9.30 am aku ternampak akan si dia...aku ingatkan si dia saja jer datang ke wings aku tetapi ternyata aku silap biler aku tengok si dia duduk kat sana kat tempat dimana ada nya botol air si dia yang berwarna hijau...barulah aku perasan yang semua migration team duk kat sana and no wonder la si dia leh ada kat sana jugak...mungkin dah nasib aku coz tak boleh nak lari walau seinci pun dari si dia...kenapa la harus si dia berada di wings sebelah sini...kenapa tidak semua ACN move ke wings yang satu lagi tu...at least xder la aku tengok wajah si dia...aku pun perasan yang si dia menoleh ke arah aku tetapi aku cuba untuk tidak melihatnyer...
After that aku tengok si dia berjalan jumpa ngan salah sorang billing team...time tu hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku rindu nak dengar suara si dia dan tengok wajah si dia..tetapi time tu aku tak buat semua itu...aku tak pandang pun wajah si dia kerana aku takut tertangkap dengan yang lain-lain...apa yang mampu aku lakukan time tu hanyalah mendengar suaranyer sahaja...cukuplah untuk aku menghapuskan rindu aku ini terhadap si dia setelah 2 minggu aku tidak menjengah ofis....after that si dia balik semula ke tempat si dia...tak berapa lama kemudian aku terperasankan kelibat si dia berjalan menuju ke arah kawasan kami...time tu dia mencari seorang lagi billing team...aku assume yang si dia bertanya sal report kerana hanya dia saja yang tahu sal report tersebut...sepanjang discussion berlaku antara si dia dengan billing team tu, aku hanya pandang si dia dari belakang jer dan biler aku ternampak yang si dia ingin berpaling semula...dengan pantas aku tunduk mengadap laptop aku...berpura-pura membuat kerja sedangkan time tu tak ada kerja pun tuk aku buat...
Aku sangkakan si dia akan berjalan terus ke tempat nyer tetapi si dia sempat lagi stop kat depan aku...first tu aku dah dengar si dia memanggil nama aku tetapi aku buat donno jer..biler si dia tengok aku tak bereaksi sekali lagi si dia memanggil nama aku dan time tu la aku pandang si dia...ayat simple yang selalu keluar dari mulut si dia biler ingin bertanya kan sesuatu dari aku...bertanyakan sesuatu yang dah si dia tahu jawapannya...
Si dia : "Ehhhh ira...Remi mana?"
Aku : "Dah start cuti tuk bersalin..last week lepas training dia bercuti"
Si dia : "Dia dah balik kg ker?"
Aku : "Yup...ari Jumaat hari tu"
Si dia : "Dia due 18 kan..."
Aku : "Eh...tak la...sepatutnyer dia due 25 tapi i rasa awal kut dia deliver"
Si dia : "Ooooo...i see i see"
Aku ingatkan habis kat ctu jer perbualan kami rupa-rupanya tidak..ada lagi benda yang ingin si dia tanyakan kepada aku...
Si dia : "Eh...time SIT SOLO dulu kenapa kita tak tunjuk sangat erk pasal Aging Report"
Aku : "Kan dulu kita pernah tunjuk tetapi ada banyak isu then biler Puan Fadh datang dia cakap yang Aging Report still lagi ada isu kat production..that's why la kita tak tunjuk sangat time SOLO ari tu.."
Si dia : "Pastu dalam production dia orang buat cam ner erk??"
Aku : "Kau orang ada test tak dalam production tuk Aging Report"...that time aku tanya Yanie yang duk sebelah aku
Yanie : "tak pernah la plak coz production still lagi ada isu...'
Si dia : "habis tu u all tak tunjuk la kat production?"
Yanie : "Tak...melainkan kalau user mintak la"
Aku : "Kenapa erk? migration nak guna aging ker?"
Si dia : "Sepatutnyer nak tengok la coz yang ni kan migrate data"
Aku : "User ada request la ni nak tengok"
Si dia : "tak der la tapi takut kalau kuta sebut mesti user nak tengokkan"
Aku : "then jangan la sebut"
Si dia : "kalau tak sebut confirm dia orang tak kan mintak kan"
Aku : "of course la dia orang tak kan mintak kalau u sendiri tak sebut...so kalau nak selamat tak payah la sebut"
Si dia : "ooohhhhh...ok..i see isee"
After that dia pun bergerak kermbali ke tempatnyer...dalam hati aku berbunga riang kut coz dapat berbual dengan si dia..even berbual pasal kerja tetapi aku cukup gembira sekali coz sejak habisnyer UAT tuk SOLO hubungan kita orang dah tak serapat dulu lagi...macam ada jarak pemisah antara kami berdua...aku tak nak semua ini terjadi kepada aku...aku tak nak kehilangan si dia...giler kan aku ni sampai jadi cam tu sekali...biler di fikirkan balik macam aku ni perempuan jalanan...mengharapkan cinta dari jejaka yang tak pasti akan cintanyer lagi untuk aku atau untuk orang lain...aku hanya bertepuk sebelah tangan dan hanya mampu memandang bayangannya sahaja...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)