Saturday, February 11, 2012

Tinggal hanya beberapa hari jer lagi umur aku akan mencecah 25 tahun...sepanjang umur ku 24 tahun aku tak pernah rasa bagaimana perasaan biler diri ini dicintai oleh seseorang yang bergelar kekasih hati dan bagaimana rasanyer biler diri ini mencintai seseorang yang bergelar kekasih hati...aku ingin rasakan semua itu tapi tak tercapai...aku tak tahu di mana silap dan salah aku sehinggakan sepanjang aku hidup aku tak pernah alami semua itu...jauh di sudut hati aku, aku ingin semua itu terjadi dalam hidup aku...

Kini aku dapat rasakan yang perasaan itu mula bertandang dalam hati aku ini...perasaan sayang dan cinta aku kepada seseorang lelaki yang aku gelarkan kekasih hati aku...tapi sayang nyer...cinta dan sayang aku terhadapnyer hanya sebelah pihak sahaja...aku hanya bertepuk sebelah tangan...even aku bertepuk sebelah tangan tapi aku bersyukur kerana akhirnya aku dapat jugak merasakan bagaimana perasaan biler diri ini mencintai orang lain...aku dapat rasakan perasaan sayang dan cinta itu dan aku jugak dapat rasakan perasaan cemburu dan sakit hati...semuanyer aku dapat rasakan kini walaupun cinta aku hanya sebelah tangan...itu pun sudah cukup memadai buat aku...

Aku bukan tidak berusaha untuk mencari pasangan hidup aku...aku dah berusaha mencarinyer tetapi tak pernah aku temuinyer...maybe mungkin masanyer lagi untuk aku mempunyai pasangan hidup...aku pernah berkenalan dengan seseorang mamat melalui telefon itupun sebelum aku bertemu dengan si dia...kami selalu jer bersms tetapi tak pernah jumpa...agak lama jugak kita orang menjalinkan persahabatan tetapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak mengdeclarekan dia sebagai pasangan kekasih hati aku...tetapi kenapa si dia yang baru aku kenal hanya beberapa bulan aku dah mampu mengdeclarekan dia sebagai kekasih hati aku...aku cuba untuk terima lelaki tersebut tetapi aku tak boleh...hati aku hanya untuk si dia...even cinta aku hanya lah sebelah tangan tetapi hati aku still lagi kepada si dia...aku pun tak tahu kenapa benda ini boleh terjadi....aku risau seandainyer apa yang aku harapkan tidak menjadi dan aku akan kekal hidup berseorangan sampai ke hari tua tanpa di temani oleh seorang lelaki yang bergelar suami...

Aku tak boleh nak bukakkan hati aku untuk menerima lelaki lain selain dari si dia...aku dah cuba untuk melakukannya tetapi still lagi tak boleh...tak ada yang boleh mengisi hati aku selain dari si dia...betapa dalamnyer nama si dia aku tanamkan dalam hati aku sehinggakan ianyer sukar untuk di singkirkan walaupun dah bermacam-macam cara aku cuba singkirkannya...terlalu dalam dan terlalu sukar...seandainyer ia berterusan sebegini rupa..aku pasti yang aku tak akan dapat memiliki seorang lelaki dalam hidup aku sebagai suami kerana aku tak mampu untuk melupakan si dia...aku tahu dan aku yakin yang si dia bukan di ciptakan untuk aku tetapi hati aku degil jugak jatuh cinta kepada nya...

Aku hanya berdoa kepada Tuhan sekarang ini...seandainyer si dia lah yang Tuhan ciptakan untuk aku...sejauh mana aku berlari atau selama mana masa yang di ambil, kami tetap akan bersatu jugak kerana itulah yang telah ditetapkan oleh Allah untuk aku...dan seandainyer bukan si dia yang Tuhan ciptakan untuk aku....sejauh mana aku berlari dan selama mana masa yang di ambil, kami tetap jugak akan berpisah kerana semuanyer telah tertulis dalam diari kehidupan aku sejak dia azali lagi...apa yang mampu aku lakukan sekarang ini ialah hanya dengan berdoa...berdoa semoga akan sampai masanyer jodoh untuk aku even bukan dengan si dia sekali pun...mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua kejadian ini...Tuhan akan mempertemukan kita dengan sesuatu yang tidak elok dahulu sebelum Dia menemukan kita dengan sesuatu yang elok kerana Dia mahu kita berfikir dan menghargai apa yang telah terjadi dalam kehidupan kita sebelum ini...perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik...itulah yang telah ditetapkan oleh Allah kepada umatnyer...bukanlah aku mengatakan yang diri aku ini baik tetapi aku berharap yang suatu hari nanti aku akan dapat seorang lelaki yang mampu membimbing aku ke jalan Allah dengan betul...itulah harapan dan impian aku kepada lelaki yang bakal bergelar suami kepada diri aku nanti...

Apa yang aku harapkan kini, biler umurku dah menjangkau 25 tahun nanti aku akan menemui seseorang yang bakal aku jadikan teman serta suami serta ayah kepada anak-anak ku nanti...dan angka 25 akan menjadi angka yang paling bermakna dalam hidup aku...

0 Comments:

Post a Comment