Thursday, February 16, 2012

Hari ini aku berjalan ke ofis dengan hati yang cukup riang coz dalam kepala aku dah set yang hari ni aku tak akan terserempak dengan si dia dan tak akan bercakap dengan si dia...tak ada apa-apa yang penting untuk si dia bercakap dengan aku...jujur aku cakap yang aku senang kalau si dia datang tegur aku tiap-tiap hari coz kalau si dia tegur aku at least aku boleh dengar suara si dia...ku tak mampu dapat dengar suara si dia kalau si dia bercakap dari tempat si dia coz tempat si dia dengan aku agak jauh jugaklah...so aku tak mampu nak dengar suara si dia (dah masuk tahap angau yang teramat sangat)...giler kan aku...aku takut seandainyer benda ni berterusan, aku takut yang aku tak mampu nak menerima orang lain untuk mengisi ruang hati aku ini...kerana aku terlalu taksub terhadap si dia...aku tak mahu semua itu terjadi...aku amat berharap yang aku mampu melupakan si dia sekiranyer si dia bukan untuk aku sekalipun...biarlah Tuhan membuka pintu hati aku untuk menerima lelaki lain dalam hidup aku nanti...hanya itu yang aku harapkan sekarang nie...

Dalam pukul 9.45 something like that aku nampak si dia masuk ofis...tu pun secara tak sengaja aku terpandangkan muka si dia time si dia masuk tu...after tahu si dia masuk aku dah tak pandang lagi si dia tapi aku nampak ada someone yang berjalan menuju ke kepulauan aku nie...aku tak assume yang datang tu si dia tetapi biler si dia dah melepasi meja aku barulah aku tahu yang tadi tu si dia...hari ni aku nampak si dia busy sesangat dan aku tak tahu apa yang di busykan oleh si dia...dan hari ni jugaklah aku dah terpandangkan si dia banyak kali coz si dia sering kali keluar masuk keluar masuk dari bilik training tu...

Hari ni dia sekali lagi si dia datang menemui aku...aku tak assume yang si dia akan datang cari aku...si dia datang mintak pertolongan dari aku...pertolongan yang bagi aku orang lain boleh tolong buatkan untuk si dia tetapi kenapa aku jugak yang si dia cari...time si dia datang tu aku tengah berbual-bual dengan member sebelah aku...time tu aku perasan yang si dia kuar dari bilik training dan berjalan ke arah kepulauan aku ni tapi aku tak berharap yang si dia akan stop kat tempat aku...aku ingatkan si dia ingin mengambil something kat meja si dia...after nampak dia kuar dari bilik training tu aku terus dah tak pandang kemana si dia pergi...time tu aku still lagi berbual-bual dengan member sebelah nie...time elok-elok aku berbual dengan member sebelah aku ni aku tengok member aku ni mendongak ckit ke atas menandakan dia tengah memandang seseorang...that time jugaklah aku rasa yang meja aku terhenyak sedikit...aku terus pusing kan kerusi aku untuk tengok saper yang datang...terkejut jugak coz si dia yang berdiri di sebelah aku...

Si dia : "ira...mintak tolong cari nama farziyana"
Aku : "farziyana zakaria"...sambil tangan aku menaip mencari nama tersebut..

Time tu si dia tunduk dan membuatkan kedudukan si dia dengan aku terlalu dekat...dekat sesangat sehinggakan aku dapat rasakan hembusan nafas si dia mengenai wajah aku...time tu hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa...perasan berdebar-debar yang cukup untuk mengeluarkan jantung aku dari tempat nyer...lepas si dia amik no phone nama tersebut si dia pun terus berlalu pergi..

Si dia : "thanks.."
Aku : "no problem"

Lepas tu terus kami buat hal masing-masing dan hari ini aku akui yang aku banyak melihat akan si dia...setiap kali aku pandang ke depan aku akan nampak si dia...semuanyer nampak si dia..always nampak si dia hari ni...dalam hati berbunga riang jugaklah coz dapat tengok si dia memanjang...hahhahaha

0 Comments:

Post a Comment