Sunday, February 26, 2012
Apakah maksud di sebalik semua ini? Kenapakah sejak akhir-akhir ini aku selalu bermimpikan akan si dia? Semalam sekali lagi si dia hadir dalam mimpi aku ini...aku pun tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni biler aku tidur jer mesti aku akan bermimpikan akan si dia....nak kata aku terlampau memikirkan akan si dia tak ada la plak...sekarang ni aku tak sempat nak fikirkan akan si dia coz banyak lagi benda lain yang nak aku fikirkan...kalau nak kata kat ofis aku bercakap atau berhubung dengan si dia lagi la tidak...we all tak pernah bercakap sepatah pun sekarang nie....minggu lepas tak ada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut aku atau mulut si dia..even kita orang selalu jer terserempak tetapi kita orang tak pernah bertegur sapa...kita orang di ibaratkan macam orang luar...tapi aku tak tahu kenapa si dia muncul jugak dalam mimpi aku ini....
Ya Allah Ya Tuhanku...apakah makna semua ini Ya Allah...apakah maksud yang ingin Engkau sampaikan kepada aku Ya Allah melalui mimpi ku itu Ya Allah...adakah Engkau mahu menyampaikan kepada ku bahawa sememangnyer si dia lah yang Kau ciptakan untuk aku Ya Allah...adakah itu yang Engkau maksudkan melalui mimpi itu...seandainya semua itu benar..aku bersyukur kepada Mu Ya Allah kerana akhirnya Engkau telah memakbulkan doa aku Ya Allah...Kau telah memakbulkan doa aku dengan menjelmakannya di dalam mimpi aku ini...aku benar-benar bersyukur dan berterima kasih kepadaMu Ya Allah...sesungguhnyer Engkau Maha Mendengar dan Engkau jugaklah Maha Pemakbul segala doa-doa umatMu di atas muka bumi ini...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)