Thursday, February 23, 2012

MIMPI....
Apakah makna sebenar untuk perkataan MIMPI tu? Aku sendiri pun tak tahu apa yang di maksudkan dengan mimpi itu...apa yang aku tahu setiap malam biler aku tidur aku akan bermimpi sama ada mimpi yang menggembirakan hati aku atau mimpi yang menyedihkan dan tak terlepas juga dari mimpi yang menakutkan....kata orang-orang zaman dulu, mimpi itu hanya mainan tidur dan aku tak tahu sama ada nak klasifikasikan aku punyer mimpi ni mainan tidur jugak ker atau itu petanda kepada sesuatu yang akan berlaku dalam kehidupan aku....orang kata time kita mimpi tu roh kita tak bersama dengan jasad kita...roh kita akan keluar dari jasad kita dan sebab itulah kita dapat mimpi itu...perasan tak kalau kita bermimpi kita dikejar oleh something atau kita bermimpi yang kita tengah berlari...biler kita terjaga tu confirm kita berpeluh kan...itu menandanyer roh kita time tu tengah berlari dan biler kita terjaga roh tu akan masuk balik dalam badan kita...tu yang menyebabkan kita rasa diri kita berpeluh...aku tak pasti sama ada betul tak kenyataan itu...

Sejak 3 malam ni aku sentiasa mengalami mimpi...aku pun tak tahu sama ada ianyer mainan tidur atau ianyer petunjuk untuk aku...kalau ianyer hanya sekadar mainan tidur maybe akan aku rasa sedikit kecewa la tapi kalau ianyer petunjuk untuk aku Alhamdulillah la....akhirnyer apa yang aku mintak dalam solat harian aku dan dalam solat hajat serta istikarah aku tu termakbul...setiap malam aku berdoa semoga jodoh aku dengan si dia akan berpanjangan seandainyer si dia yang di ciptakan untuk aku...itu yang selalu aku doa kan dalam solat-solat aku...setiap kali habis solat aku tak pernah lupa untuk mendoakan itu semua...aku jugak berdoa semoga Dia munculkan jodoh aku dalam mimpi aku agar aku dapat lihat dan kenal siapa yang telah Dia tetapkan untuk aku...tak ku sangka dan tak ku duga yang si dia muncul dalam mimpi ku untuk 2 malam nie...memang sebelum ni si dia yang aku harapkan untuk keluar dalam mimpi aku dan ternyata si dia benar-benar keluar...aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku dalam mimpi tu...apa yang aku tahu dalam mimpi tu aku happy sesangat...aku rasakan yang aku dengan si dia dekat sangat...apa-apa yang we all buat semuanyer we all buat together....

Mimpi pertama...
Aku tak berapa nak ingat sangat pasal mimpi yang pertama ni...apa yang aku ingat dalam mimpi ni ialah kalau tak silap aku time tu aku tengah berbual-bual dengan member aku sorang nie...aku tak sure saper member aku tu coz aku tak nampak sangat wajahnyer tapi aku rasa dia orang yang aku cukup-cukup kenal...dalam kami leka berbual tu si dia datang menyampuk apa yang kami bualkan...biler si dia datang jer menyampuk semua benda yang kita orang cakapkan tadi semuanyer hilang...aku ngan kawan aku jadi kelu sekejap dan semua membatukan diri...lepas tu aku dah tak ingat apa yang terjadi...

Mimpi ke-2
Seingat aku mimpi ni terjadi di ofis....tu yang aku ingat la...apa yang terjadi dalam mimpi ini ialah aku dengan si dia tengah makan-makan bersama dengan 3 orang lagi kawan aku yang lain...time tu meja si dia betul-betul di hadapan aku..kiranyer aku duduk mengadap dia ler...apa yang aku ingat time tu lunch hours dan member aku sorang ni pergi beli lunch tuk kita orang...aku ngan si dia tak turun coz malas nak turun and just pesan jer kat member aku yang sorang nie...tunggu punyer tunggu akhirnya member aku ni pun masuk ofis balik dengan bawak makanan yang dipesan oleh kita orang tadi...apa yang kelakar pasal lunch kita orang nie...si dia order nasi goreng dan aku plak order nasi putih berkuahkan kicap dan berlaukkan telur goreng...dan yang paling kelakar lagi kan member aku siap kata lagi yang mak cik kat kedai tu terpaksa amik telur kat kedai orang lain then goreng tuk aku...biler difikirkan balik macam tak logik kan...then after that biler semua dah siap makan we all pun continue buat kerja masing-masing dan time tu aku tengok si dia berjalan menghala ke arah tempat aku duduk..si dia dengan slumber jer tarik kerusi dan duduk sebelah aku...si dia tanya aku sama ada aku ada asam ke tak coz si dia berasa tak sedap mulut biler makan makanan lunch tadi....aku cakap yang aku tak ada asam tapi benda ringan-ringan untuk dikunyah ada la...dia pun cakap ok la...janji ada benda yang boleh menghilang rasa tak sedap tu...

Mimpi aku habis kat situ jer coz time tu aku tiba-tiba terjaga...aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjaga time tu...secara automatik aku bukak mata dan berfikir apakah maksud di sebalik semua ini...aku cuba lelapkan mata balik tapi nampak gayanyer susah untuk aku kembali sambung tidur aku itu...nak tak nak aku terpaksa jugak paksa mata aku untuk tidur coz time tu baru jer pukul 4.30 am dan aku set alarm aku pada pukul 6 am...paksa punyer paksa aku pun tak tahu pukul berapa aku boleh terlelap balik dan kembali sedar biler alarm aku berbunyi...

Mimpi ke-3
Pada malam keesokannyer sekali lagi aku bermimpi pasal si dia...environment mimpi kali ni pun sekitar ofis jugak...memang dah tersurat yang perkenalan kami hanya berlaku di ofis jer sampaikan dalam mimpi pun persekitaran ofis tu ada...this time plak aku mimpi yang si dia duduk sebelah aku...aku tak tahu apa motifnyer si dia duduk di sebelah aku...nak cakap pasal kerja rasanyer time tu kerja aku dengan si dia dah habis kut...akhirnyer nak tak nak aku layan la jugak si dia memandangkan si dia dah duduk sebelah aku kan...aku pun dah lupa apa yang terjadi selepas itu...

Pagi tu biler aku bangun jer dari tidur aku mula berfikir maksud di semua mimpi yang aku alami itu....aku tak tahu kenapa 3 malam berturut-turut aku boleh bermimpikan akan si dia....kalaulah mimpi itu seperti apa yang orang kata iaitu mimpi sekadar mainan tidur...maybe akulah orang yang paling kecewa sekali coz apa yang aku mimpikan itu hanyalah imaginasi aku jer...aku tak boleh nak merialisasikannyer di atas muka bumi ini...dan seandainyer mimpi itu merupakan petanda atau petunjuk untuk aku...aku rasakan akulah orang yang paling bahagia sekali kerana akhirnyer doa aku dimakbulkan oleh Nya....aku benar-benar berharap apa yang aku mimpikan itu satu petunjuk untuk aku bukan satu mainan tidur untuk aku...

0 Comments:

Post a Comment