Tuesday, January 18, 2011
Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer fikirkan tentang perasaan orang lain sedangkan orang lain tak pernah nak fikirkan tentang perasaan kita..Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer nak jaga hati orang lain sedangkan orang lain tak pernah nak jaga hati kita..Kenapa erk??..Kenapa kita selalu jer mendahulukan orang lain sedangkan orang lain tak pernah pun terfikir nak mendahulukan kita..Kenapa erk??
Persoalan itulah yang berlegar-legar dalam fikiran aku sekarang nie..betapa banyaknyer persoalan untuk kenapa sampaikan nak mencari jawapannyer pun aku tak mampu...aku cuba untuk mencari jawapan kepada semua persoalan kenapa itu tapi aku still jugak tak dapat jawapan yang sebenar-benarnyer jawapan yang aku inginkan..macam soalan kenapa ini dah diciptakan untuk tak ada jawapan yang specific buatnyer...aku tak tahu sama ada persoalan ini memang diciptakan untuk tidak ada jawapan atau pun aku yang hanya mampu berfikir dalam kotak fikiran aku jer..aku tak mampu nak berfikir luar dari kotak fikiran...kalau itulah puncanyer nampak gaya aku yang mempunyai skop pemikiran yang terlalu sempit..
Tapi kan selfish ker aku atau hypocrite ker aku sekiranyer aku fikirkan orang lain dahulu berbanding diri aku sendiri...jawapan "YA" sekiranyer aku untuk diri aku sendiri dan jawapan "TIDAK" sekiranyer untuk orang lain...dikira selfish lagi ker aku nie kalau semua benda yang nak aku lakukan aku fikirkan tentang mereka dahulu..hypocrite lagi ker aku??..aku sendiri tak tahu dimana aku tergolong sebenarnyer di mata mereka semua...sama ada aku masuk dalam selfish person or hypocrite person..
Dari dulu sampai la sekarang aku sentiasa dahulukan orang lain berbanding dengan diri aku sendiri...itulah diri aku yang sebenarnyer dimana aku akan pentingkan orang lain dahulu sebelum diri aku walaupun aku tahu yang suatu masa nanti aku akan terluka...dan kini aku sedang alaminyer...sekecil-kecil luka yang dulu kini sudah menjadi sebesar-besar luka yang ada sampai tak mampu untuk aku menanggungnyer..tapi aku terpaksa jugak menanggungnyer coz aku yang membuatkannyer bertambah parah..aku akan cuba menanggungnyer selagi aku mampu tetapi seandainyer suatu masa nanti aku tak mampu nak menanggungnyer mungkin aku akan sembuh kan luka tersebut dengan cara aku sendiri dan mungkin time tu aku akan kehilangan semua yang aku ada selama ini...
Dan pada saat itu jugak lah aku akan bangkit semula menjadi seorang manusia yang akan mementingkan diri sendiri sebelum mementingkan orang lain...time tu aku akan mencari balik setiap benda yang aku hilang dulu tetapi mencari dalam versi yang baru...aku akan bangkit menjadi manusia yang berguna nanti...dan tak akan ada lagi aku yang kini pada masa akan datang....terkubur sudah diri aku yang dulu bersama dengan semua kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah aku lalui dulu...