Sunday, February 6, 2011

Sedar tak sedar dan diam tak diam genaplah sebulan aku dengan dia tak jarang bercakap...hubungan kami makin parah selepas aku dilantik sebagai LEAD oleh bos aku dan lebih memarahkan lagi hubungan ini selepas meeting dengan bos secara beramai-ramai...meeting untuk menyusun kembali struktur yang baru....


Di dalam meeting itulah aku telah dihentam mati-matian oleh seseorang...tak ku sangka la plak rupa-rupanyer ada jugak manusia yang bermulut lancang menyampaikan berita ini kepada si dia...disebabkan mulutnyer yang lancang itulah aku telah dihentam tanpa henti di dalam bilik meeting oleh si dia tetapi yang bermulut lancang itu hanya mendiamkan diri jer dengan muka yang tak berperasaan....perlu ker nak selancang itu??? aku tahu la yang kita semua dah bawa haluan masing-masing tapi janganlah nak selancang itu...ingatlah apa yang kita lalui dulu biler kita tak suka kan si dia...semuanyer kita kongsi bersama...dari yang manis semanis madu hinggalah pahit sepahit hempedu..semuanyer kita telan bersama tetapi kini....madu kau ambil hempedu kau tinggalkan...

Habis jer meeting hari tu terus aku dengan dia tak bercakap...bukan aku tak nak bercakap tapi perasaan kecewa aku mengunci mulut aku dari terus berbicara...xder la tak cakap langsung...ada la jugak bercakap tetapi tidak selancar dulu...hari berganti hari bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun aku rasakan yang aku sudah tidak ada perasaan lagi...aku pun tak tahu kenapa...mungkin disebabkan kekecewaan yang masih lagi terpalit di hati aku ini..kerana itulah perasaan aku dalam hubungan ini semakin hari semakin pudar...aku tak pernah salahkan dia dalam hubungan ini...aku salahkan diri aku sendiri...aku pun tak tahu biler akan berpenghujungnyer masalah ini...aku dah penat dalam melaluinyer setiap hari...aku inginkan kedamaian...aku inginkan ketenangan...aku perlukan itu semua...tetapi nampak gayanyer semua tu aku tak akan dapat sampai biler-biler...

Aku terima suratan ini seadanyer...kalau ini yang tercipta untuk aku dalam hubungan ini aku pasrah...aku terima dengan redha...dalam hati ini tidak tercalit sedikit pun perasaan dendam untuk si dia kerana aku tahu walau sejauh mana sekalipun aku berdendam dia tetap sahabat aku...tetap kawan aku untuk selama-lamanyer...itu yang aku pasti...sampai biler-biler pun dia tetap sahabat aku walau diri ini dimamah bumi...hubungan itu tetap akan kekal...kerana itulah aku tak sanggup nak mendendami dirinyer...cukup la aku mendendami diri aku sendiri...

0 Comments:

Post a Comment