Thursday, January 6, 2011
LEADER...oh nooooooooooooooo....aku nak kena jadi lead tuk next release..cam tak cayer jer aku yang nak kena jadi lead tuk B2C...bos aku ni buta ker apa nie...tak pasal2 aku plak yang kena jadi lead tuk next release..aku dah cakap ngan dia yang aku tak nak jadi lead ni coz aku tahu tanggungjawab besar kalau galas jawatan sebagai lead nie..aku tak nak itu semua...aku tak kisah kalau kerja kena ikut arahan orang lain tapi aku tak suka kalau aku yang bagi arahan kat orang lain tuk buat kerja....yang tu aku betul-betul tak suka...
Semalam bos aku ada panggil sorang-sorang tuk cakap pasal release yang baru...dia tanya sorang-sorang sama ada still lagi nak kekal dalam domain yang sama ataupun nak keluar dari domain sekarang nie...dia tak paksa tapi kalau boleh dia nak semua still lagi duk dalam domain yang sama cuma untuk yang next release akan ada penambahan satu lagi group yang dipanggil group CR..saper-saper yang nak masuk dalam group CR ok jer cuma limited la...ada la dalam 5 @ 6 orang yang dia nak tuk group CR ni dan yang selebihnyer duk dalam domain yang sedia ada...
Lepas sorang-sorang dia panggil dan akhirnyer sampai la turn aku plak...aku punyer turn lepas yanie...sebelum tu kak nani dah cakap ngan aku yang untuk next release akan ada lead yang baru tuk B2C...ada 3 pencalonan iaitu aku, kak nani dan remi...remi dan kak nani dah tolak so tinggal aku jer yang belum di panggil lagi...biler jer turn aku sampai aku dah rasa semacam jer nie...rasa seram sejuk jer sekarang nie coz zku takut aku yang akan ambil alih tuk jadi lead nanti....dan tepat seperti apa yang aku jangkakan...aku di ambil menjadi lead tuk control next release nanti...terkejut giler aku time tu hingga tak terkata....aku belum lagi bersuara tapi dia dah cakap yang dia dah plan tuk aku so aku xleh la nak ubahnyer kerana ni la yang dia plan tuk aku...biler dia citer jer satu2 pasal next release masuk la pasal new lead tuk next release...dia cakap yang aku akan jadi lead tuk next release nanti...memang benda tu dia dah plan awal2 lagi tuk aku...aku xboleh nak tolak atau bantah sekalipun dia punyer keputusan coz keputusan dia dah muktamad...
Aku sangat-sangat tak puas hati dengan keputusan nie...orang lain buleh jer senang-senang nak tukar masuk domain lain tapi aku plak tak boleh...orang lain dia orang buleh buat keputusan sendiri tapi aku.....aku tak boleh nak buat keputusan sendiri..segala keputusan tuk aku telah dibuat oleh bos aku sendiri dan aku tak ada pilihan yang lain selain dari menerima tugas yang dia berikan kat aku nanti tuk menggantikan aina sebagai lead tuk next release...apa yang membuatkan aku tak puas hati ialah biler dia kata dia kesian tengok aina macam tension jer handle B2C tuk R3 nie...so dia tak nak la menambahkan lagi ketensionan aina tu terus dia ambik aina tuk buat CR dengan yang lain2...sekarang nie yang terpaksa berdepan dengan ketensionan itu nanti plak ada lah aku...disebabkan tak nak bagi aina tension so dia serahkan kepada aku plak untuk tension...adil ker cam tu...aina baru jer jadi lead tuk 1 release jer kut sedangkan kak yan dah menjadi lead tuk berapa release entah tapi xder plak nampak kak yan setension aina dan tak der plak dia nak tukar orang lain tuk ganti kak yan...satu lagi alasan yang dia bagi kat aku ialah dia tak nak bagi yang kontrak punyer orang jadi lead coz dia takut suatu masa nanti seandainyer dia orang dapat tawaran yang lebih baik dia orang akan tinggalkan sini dan susah untuk dia arrange kan balik saper yang perlu menjadi lead...last reason yang dia bagi tahu kat aku ialah ini merupakan release yang terakhir so lepas nie kita orang dah tak ada projek...so dia nak aku ambik peluang nie tuk rasa macam mana menjadi seorang leader...semua alasan yang dia bagi semuanyer tak munasabah bagi aku...semuanyer tak masuk di akal dan apa yang dia bagi tahu aku semalam langsung aku tak ambil kisah...apa yang aku kisah sekarang nie macam mana workload aku biler aku menjadi lead dan perlu menghandlekan semua member-member aku untuk buat kerja...seriusly aku cakap yang aku tak mampu nak menjadi seorang leader yang sempurna...
Last sekali dia tanya decision aku sama ada aku terima menjadi lead atau tak?Aku cakap kalau aku tak terima sekalipun decision dah dibuatkan...so macam mana lagi aku nak tolak kalau semua keputusan dia dah buat...sebelum tuk terang-terangan dah aku cakap dengan dia yang aku tak mampu nak menjadi seorang leader coz aku tahu aku tak mampu nak menggalas tanggungjawab itu...tanggungjawab yang cukup besar tuk aku...aku bukan tak nak terima apa yang dia suggest cuma aku tak berani nak memikulnyer...tanggungjawab seorang leader cukup besar sekali dan aku rasa aku tak mampu untuk memikulnyer...aku tak se EXPERT aina...even dia tak tahu sangat pasal journal ni tapi dia tahu buat banyak benda...dia tahu buat invoice, payment, deposit, adjustment and usage...semua tu dia tahu buat tapi aku....aku hanya tahu macam mana nak extract journal dan generate report jer....ada lah ckit pengalaman aku dalam run bill time aku buat R2.1 dulu...tu jer yang aku tahu...pengetahuan aku dalam billing tak seluas pengetahuan aina dalam billing...aina tahu semua benda tapi aku...aku tak tahu tu semua so macam mana aku nak tolong backup mereka nanti dalam UAT nanti...aku tak mampu nak menghadapinyer....aku tak kisah kena kerja ikut arahan orang lain tapi aku tak suka memberi arahan kepada orang lain tuk buat kerja...aku tak sanggup even mereka kawan aku sendiri...
So apa lagi yang perlu aku buat...aku tak der pilihan lain dah sekarang nie melainkan aku terima saja decision yang dia buat...segala-galanyer mustahil tuk aku melakukannyer...
LEADER is not for me...it's not suitable for me to be a leader because i know i can't be a perfect leader for them...