Thursday, January 13, 2011

Aku cuba mencari makna disebalik perkataan SAHABAT dan SAHABAT SEJATI...sahabat time kita senang dan gembira sekejap jer nak dapat dan yang paling best sekali kita tak perlu bersusah payah nak cari dia orang malah dia orang akan datang dengan senang hati kat kita....sahabat time kita susah dan sedih susah sangat nak cari malah yang sahabat yang ada time senang dulu sekarang mula perlahan-lahan mengundurkan diri dan menjauhkan diri dari kita...kalau buleh mereka ingin jer lari jauh-jauh agar tak terkena tempias kesusahan dan kesedihan yang kita alami ini...itu ker yang dinamakan sahabat sejati??? Kalau itulah yang dinamakan sahabat sejati maknanyer aku sudah menjumpai nyer dan layaklah mereka aku gelarkan sahabat sejati aku...


Suatu masa dulu ma aku pernah citer kat aku yang dia start dari dia kanak-kanak sampai la sekarang nie dia tak pernah ada sorang pun sahabat sejati dalam hidup dia..dia cuma ada sahabat jer dan tak pernah ada yang sejati...biler jer dengar dia cakap macam tu terpikir jugak la aku apa bezanyer sahabat dengan sahabat sejati...bagi aku semuanyer sama kut...time tu pemikiran aku nie mentah lagi tak tahu maksud sebenar sahabat dengan sahabat sejati...apa yang aku tahu time tu aku ada sahabat yang boleh di ajak bermain masak-masak, main panjat pokok, mandi sungai, main sorok-sorok dan macam-macam lagi la...dia orang la yang aku anggap sahabat sejati aku dulu tapi kini semuanyer telah hilang...untuk tak nak membebankan sangat kepala aku nie, aku pun tanya la ma aku apa bezanyer sahabat dengan sahabat sejati...inilah definisi yang dia bagi tuk kedua-dua tu...

SABAHAT
Mereka yang sanggup berkongsi segala kesenangan mahupun kegembiraan dengan kita bukannyer sanggup berkongsi kesedihan mahupun kesusahan dengan kita...itulah yang dinamakan sahabat...sahabat jugak banyak yang suka tikam sahabat dari belakang...tak semua sahabat yang kita ada baik di mata kita tapi di hati tak ada orang yang tahu...sahabat biler dah makan sahabat mereka tak pernah nak kisah akan perasaan kita lagi janji apa yang mereka nak semuanyer menjadi realiti...itu satu lagi definisi tuk sahabat...ma aku jugak pernah pesan kat aku supaya jangan treat sahabat kita tu macam kita trear family kita coz mereka akan tinggalkan kita suatu hari nanti seandainyer mereka sudah jumpa dengan apa yang mereka mahukan dalam hidup mereka selama ini...mereka akan pergi meninggalkan kita dan akan melupakan kita seandainyer mendapat benda yang baru tapi family...family tidak akan sama sekali akan meninggalkan kita walau sesedih dan sepayah mana sekali pun kehidupan yang kita lalui...family akan sentiasa di sisi kita tuk selama-lamanyer coz kasih sayang keluarga tak ada tolak bandingannyer kalau nak dibandingkan dengan kasih sayang seorang sahabat...seandainyer kita treat mereka as a family, one day nanti kita akan merasa kecewa sangat-sangat...untuk tak nak merasa kecewa nanti kita anggap jer mereka sebagai sahabat dan bukannyer sahabat sejati...itulah yang didefinasikan oleh ma aku untuk perkataan SAHABAT...

SAHABAT SEJATI
Dan ini plak definasi tuk perkataan sahabat sejati...mereka yang sanggup mengharungi semua suka dan duka bersama kita dalam melalui liku-liku kehidupan atas muka bumi...mereka yang sanggup berkongsi apa saja, mereka yang sanggup mendengar rintihan tika kita suka ataupun duka....itulah yang dinamakan sahabat sejati...walau sesenang dan sesusahnyer jalan yang kita lalui mereka akan sentiasa berdiri di belakang kita untuk menyokong kita...mereka tak akan sesekali meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kegelapan...mereka akan datang dengan menyuluhkan cahaya persahabatan kepada kita untuk menerangkan jalan kepada kita agar kita senang untuk melaluinyer sampai ke penghujungnyer...itulah maksud sebenar perkataan sahabat sejati...tapi...susah untuk mendapatkannyer di atas muka bumi ini...tak akan ada saper-saper yang sudi melakukan itu semua...kalau ada yang sudi betapa besarnyer pengorbanan yang terpaksa mereka lalui untuk kita...kalau yang ini ada atas dunia ini pasti perkataan sahabat tu tak akan ada dalam perhubungan ini...

Dan kini aku mengerti apa yang dimaksudkan oleh ma aku dulu....baru aku mula memahami apa yang cuba disampaikan oleh ma aku kepada aku suatu masa dulu...memang susah untuk mencari kawan sejati di atas muka bumi ini...yang ada cuma sahabat sahaja...apa yang ma aku cerita kan dulu kini aku alaminyer...aku alaminyer dalam menjalinkan sebuah perhubungan berdasarkan persahabatan...aku kini mula sedar yang selama ini aku hanya mempunyai sahabat sahaja bukan sahabat sejati...itulah yang aku ada dari dulu sampai sekarang...tak tahu biler la perkataan sahabat tu akan bertukar menjadi sahabat sejati...maybe tak akan bertukar untuk selama-lamanyer...dan disebabkan itulah aku rasakan yang semakin lama aku semakin hilang sahabat...rupa-rupanyer mereka hanya singgah sekejap jer dalam hidup aku...macam pantai yang berubah apabila dihempas ombak...begitulah hubungan aku dengan mereka sekarang nie...

Now...apa yang nak aku lakukan ialah aku akan cuba pertahankan persahabatan ini dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk membawa hubungan sahabat ini kepada sahabat sejati...itu yang akan aku cuba lakukan selagi aku mampu...seandainyer suatu masa nanti aku tak mampu untuk melakukan semua itu maybe aku akan mengaku kalah dan aku akan melepaskan mereka pergi dari hidup aku untuk selama-lamanyer...maybe time tu aku dah cukup bersedia akan semua ini dan aku akan cuba keraskan hati aku dari menangisi pemergian ini...aku akan cuba lakukan sedaya yang mampu...

0 Comments:

Post a Comment