Friday, September 7, 2012
Posted by
ariey
at
Friday, September 07, 2012
Teman lelaki....Tunang....Suami....semua ini ialah title or gelaran yang dipegang oleh insan yang bernama lelaki...tak ada mereka tak completelah hidup wanita di atas muka bumi ini...wanita perlukan lelaki untuk di jadikan teman lelaki, tunang dan suami....tanpa kehadiran mereka sunyilah hidup wanita di atas muka bumi ini...kadang kala mereka boleh jugak dijadikan penghibur hati yang sunyi...
Begitu jugak dengan aku....aku jugak perlukan seorang insan yang bergelar lelaki untuk aku jadikan kekasih, tunang dan jugak suami serta ayah kepada anak-anak aku nanti....tak ada seorang pun wanita di atas muka bumi ini sanggup hidup bersendirian tanpa ditemani insan yang kita sayang...begitu jugak dengan aku...aku perlukan teman untuk menemani aku di atas muka bumi ini dan jugak untuk di akhirat nanti...aku tak mahu berseorangan melalui hari-hari tua ku nanti...aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia...aku ingin habiskan sisa-sisa hidup aku dengan ditemani insan-insan yang aku sayang....itulah impian aku yang paling besar....
Pergi sana orang tanya biler aku nak kahwin...pergi sini soalan yang sama jugak ditujukan untuk aku...biler nak kahwin...biler nak kahwin...hello semua....ingat kahwin ni senang ker? nak kahwin ni kena persiapkan diri dulu dari segi mental dan fizikal...kalau mental dan fizikal tak disiapkan dari awal masalah akan timbul kelak dalam rumahtangga dan penceraian lah yang menjadi solution kepada semua masalah yang timbul dalam keluarga....
Aku bila mana member-member aku bercerita akan pakwe masing-masing aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja....aku tak boleh nak mencelah sebab aku masih lagi belum mempunyai teman lelaki...hanya yang mampu aku buat time tu hanyalah senyum....kadang kala nak jugak aku menyampuk dan memberitahu mereka akan kekasih hati aku juga tapiiiiiiiiiiii....aku tak mampu....siapa yang tak nak berkongsi cerita dengan orang lain pasal pakwe kita kan...mesti la kita nak share serba sedikit pasal pakwe kita ngan orang lain...sekadar untuk suka-suka...aku jugak teringin sangat nak buat itu semua tapi aku tak mampu...tak ada sorang pun lelaki yang singgah di dalam hati aku untuk aku bercerita mengenai dirinya kepada member-member aku yang lain...
Pelik sangat ker kalau umur 25 tahun masih lagi tak ada teman lelaki...pelik sangat ker kalau dah umur 25 tahun still lagi solo molo...tak kawen-kawen lagi sedangkan ramai yang dah sebaya dengan aku pun dah ramai yang kawen....manusia kini suka sangat membuat spekulasi sendiri....biler perempuan lambat kawen mesti ada bunyi kat belakang tu..dang2 jer...menyampah aku biler aku dengar semua tu....kalau aku tak kawen or kawen lambat sekali pun aku tak menyusahkan orang kan...bukannyer aku nak pinjam duit dari orang lain kalau aku nak kawen sekalipun...kalau ada pun mesti dari mak dan ayah aku jer...tapi kenapa orang selalu jer sibuk nak tahu biler kita nak kawen...helloooooooooo...mak ngan ayah aku still lagi diam tak kata apa-apa pun yang korang sibuk tanya aku biler nak kawen tu kenapa...bukan aku marah tapi saja nak luahkan apa yang tak puas hati...ok sebelum di bang kan orang lain aku stop kat sni jer...k daaaaaaaa
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)