Sunday, September 23, 2012
Semalam aku telah kehilangan seorang sahabat dan teman yang cukup baik sekali...teman yang cukup sporting dan cukup ringan tulang membantu orang lain...teman yang menceriakan suasana ofis dan juga teman yang suka mengambil gambar...dia lah segala-galanya di ofis tu...kini suasana ofis sudah tidak seperti dulu lagi...perginya dia tanpa kembali lagi...al-fatihah untuk dia...
First time aku dapat mesej dari member aku mengatakan yang Hafiz dah tak ada...aku rasa cam tak percaya..aku cuba call member yang mesej aku tu tapi dia tak angkat....aku call plak orang lain tapi semuanyer tak angkat....last sekali member aku sorang lagi yang call aku...biler aku jawab jer call tu ayat pertama aku tanya dia "Betul ker???"...yer tu la ayat pertama yang aku tanya dia...aku macam tak percaya yang Hafiz dah tak ada...semuanyer tanpa di duga...dalam sekelip mata sahaja dia pergi...Ya Allah...banyaknyer kenangan yang dia tinggalkan sebelum dia pergi menemui penciptaNya...
Last aku jumpa dia masa buat sambutan hari raya kat ofis...seingat aku itulah kali terakhir kami bertemu dengannya kerana minggu lepas aku tak masuk ofis sebab kena buat site visit kat Kota Bharu dan aku pun pasti yang minggu lepas dia pun tak masuk ofis gak...masa jamuan tu dia lah orang yang paling rajin sekali....rajin mengambil gambar...hahahhaha...time tu aku tengok dia happy sangat...ceria jer muka dia aku tengok....biler di imbas balik kenangan pada hari jamuan tu membuatkan hati aku terasa sayu....biler tengok balik video yang kita orang buat time jamuan hari tu lagi la sayu...rupa-rupanyer itulah dia video terakhir dari dia untuk kita orang semua....masya Allah...besar sungguh kekuasaanMu Ya Allah...dalam sekelip mata saja KAU mampu mengambil apa yang Engkau berikan kepada kami....
Sahabat...walaupun sekejap cuma kita berkenalan tapi aku cukup bertuah dapat mengenali mu...kau seorang sahabat yang baik...aku bangga dapat mengenali diri mu sahabat....lepas ni dah tak akan ada lagi email dari kau pasal kutip hutang tu lagi...aku mesti rindukan email dari kau coz biler setiap kali gaji masuk mesti kau akan emailkan kat semua orang suh bayar hutang...lepas ni dah tak ada email tu masuk lagi dalam inbox aku...biler masuk ofis nanti mesti aku terbayang-bayangkan wajah kau nanti sebab meja kau depan aku jer....sunyi nyer ofis nanti setelah kau tiada sahabat....Ya Allah...sekejap cuma aku mengenali dirinya kini Kau ambilnyer dari aku untuk selama-lamanya...kini kami kehilangan seorang sahabat yang sangat baik hati...
Sahabat...doa kami akan mengiringi perjalanan kau di sana nanti...damailah kau di sana wahai sahabat dan aku berdoa semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kini tamatlah sudah perjalanan mu di atas muka bumi ini...teruskanlah perjalanan mu di alam sana plak...di alam yang kekal untuk selama-lamanya...janganlah gusar dan janganlah risau...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kau di sana....setiap yang hidup diatas muka bumi ini pasti akan mati jugak suatu hari nanti....cuma kita tak tahu biler masanyer kita akan kembali menemui penciptaNya....Tuhan lebih menyayangi dirimu wahai sahabat...sudah tertulis di azali setakat ini sahaja perjalanan kau di atas muka bumi ini...gugurnyer daun yang bernama kan nama kita maka datanglah malaikat untuk mencabut nyawa kita....kita tidak tahu biler masa kita akan pergi meninggalkan dunia ini...jika di tanya pada semua akan kesediaannya pasti ramai yang akan menjawab tidak lagi bersedia untuk pergi menemui penciptaNya...sama ada kita bersedia ke tidak biler sampai masanyer kita tetap akan pergi jua kerana itulah perjanjian kita dengan Dia...daripada Mu kami datang dan kepada Mu jualah kami pergi...Ya Allah Ya Tuhanku...Kau permudahkanlah perjalanannya di alam sana...lindungilah dia dari seksa api neraka...tempatkanlah di kalangan orang-orang yang beriman dan tempatkanlah jugak dia di Syurga Mu....
Aku tak mampu nak taip panjang-panjang lagi sebab otak pun dah blur...mata pun dah digenangi dengan air mata..tunggu masa untuk keluar jer nie...sebak sangat-sangat biler mengingati kembali detik-detik kami lalui bersama...
Al - Fatihah aku sedekahkan untuk mu wahai sahabat...damailah kau di sana wahai sahabat....semoga perjalanan kau di sana di permudahkan...aminnnnnn
AL - FATIHAH.....
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)