Saturday, September 29, 2012

Terlalu sukar untuk aku memperjelaskan semua ini...aku sendiri tak tahu di mana puncanya, apakah puncanya sehingga menyebabkan kami tak bertegur sapa lagi..kenapa susah sangat lately ni aku nak dengar suara kau untuk menegur aku...aku rasakan yang kini kau cuba jauhkan diri aku aku jer...tiap kali aku ada kat ruang tamu kau ada dalam bilik dan bila mana aku masuk bilik baru kau keluar dari bilik kau...kenapa erk perlu jadi macam tu...apa salah yang telah aku buat untuk kau sehinggakan begitu sekali kau larikan diri aku....

Aku perasan kalau kau perlukan sesuatu baru kau cari aku kan....aku bukan nak mengungkit atau membangkit tapi kadang kala aku rasakan yang diri aku ni bagai dipergunakan...biler masa kau perlukan pertolongan baru kau cari aku dan biler masa kau dah tak perlukan pertolongan kau tinggalkan aku terkontang kanting macam tu jer...apa sebenarnya salah aku nie? sebenarnyer aku tak nak fikir benda ni semua tapi biler tengok akan keadaan kita sekarang nie membuatkan aku asyik terfikir jer...kadang kala menyemakkan fikiran aku jer....

Kalau kau ada masalah dengan aku kau cakap la jangan nak main pendamkan sorang diri pastu mula la salahkan aku sedangkan aku sendiri tak tahu apa salah dan silap aku yang pernah aku buat terhadap kau....maaf la sekiranya aku ada menyakitkan hati kau tanpa aku sedari...kebelakangan ni aku susah nak tengok muka dan dengar suara kau...terlalu payah...yer aku tahu kau kerja sampai lewat malam tapi kadangkala aku terfikir jugak....kau sanggup kerja malam kerana nak elakkan diri aku ker? kalau hari kerja aku boleh terima lagi la sebab kau selalu balik malam tapi kenapa weekend pun sama jugak...kadang-kadang aku rasa tension tau tak...tension dengan keadaan yang entah apa-apa nie...kau menghukum aku tanpa aku tahu apa salah dan silap yang telah aku lakukan kepada kau....

Aku sedar yang tak lama lagi kau dah nak pindah....aku tak halang kau nak pindah tapi tak boleh ker sebelum kau pindah tu kita berbaik jer sesama kita...buat diri kita jadi seperti dulu...kau pun tahu kan macam mana perangai aku biler orang dah keluar dari rumah ni aku dah tak akan berhubung lagi....aku tak nak putuskan hubungan persahabatan ini tapi dari gerak geri kau menggambarkan yang kau ingin akhirkan persahabatan ini tuk selama-lamanya....almaklumlah kini kau dah ada suami dan kau dah tak perlukan lagi sahabat...apa yang sahabat dapat buat kalau nak dibandingkan dengan suami kan...sekarang ni suami adalah segala-galanya....terlalu cepat kau berubah kan...aku tak kisah kalau kau nak akhirkannya...aku jugak boleh tolong kau akhirkannya sebelum kau sendiri kau mengakhirinya...cakap jer biler aku akan tolong kau akhirkannya...kalau suatu masa nanti kita dah tak berhubung jangan kau salahkan aku kelak...bukan aku yang membuat hubungan ini putus....

Inilah lumrah yang di katakan persahabatan...mak aku pernah cakap kalau kita berkawan jangan anggap kawan kita tu kawan rapat sebab suatu masa nanti dia akan tinggalkan kita jugak..kalau nak berkawan hanya kawan biasa saja...jangan sesekali menjadikan dia kawan baik kita sebab kita tak tahu apa akan jadi kelak kepada diri kita...kadang kala kawan baik jugak sanggup menikam kita dari belakang....dulu biler mak aku cakap cam tu aku macam tak percaya dan kini biler aku dah laluinyer barulah aku sedar yang kata-kata mak aku dulu ada benarnyer...kau tahu kan sejaranh aku dengan member umah lama macam mana kan....kerana tersilap tegur aku dan dia kini bermusuh...putus segala hubungan yang kami cipta dulu...siusly aku cakap yang aku tak dapat nak menerima orang begitu sebagai kawan aku....kerana kata-kata dia membuatkan aku terus membenci diri dia sekarang ni...aku pohon pada kau...janganlah kau datangkan perasaan benci tu dalam hati aku kerana kelak aku akan memusuhi dirimu....kelak akan terputus hubungan kita sebagaimana putusnya hubungan aku dengan member umah aku dulu....jangan sesekali mendatangkan kebencian itu dalam hati aku....aku takut nanti aku tak mampu untuk memaafkan diri kau lagi....jangan salahkan aku kalau suatu masa nanti hanya perasaan benci yang ada dalam hati aku untuk kau....

Kau tahu tak kawan apa yang aku rasa lately ni...aku rasa cam nak jer lari dari kau jauh-jauh tapi aku tak ada tempat untuk aku tuju kalau aku lari...nak tak nak aku terpaksa jugak stay kat umah nie...aku rimas dengan keadaan sekarang ni...kerana sikap kau dan sikap aku membuatkan kita makin jauh....kau cara kau aku cara aku....kita dah tak ada persefahaman...tapi tak mengapa kawan..kalau itu yang kau inginkan aku tak halang keinginan kau tu...buat la apa saja yang kau suka kerana kelak aku dah tak nak amik tahu lagi apa yang terjadi pada diri mu....jangan cari aku kelak kalau kau dalam kesusahan kerana aku takut nanti jawapan yang akan aku berikan "aku tak mampu nak tolong" sedangkan time tu aku lebih dari mampu untuk menolong kau...apa-apa pun kawan...terima kasih sebab pernah jadi kawan aku...

0 Comments:

Post a Comment