Friday, September 28, 2012
Kenapa perlu ada perpindahan lain lagi setelah aku dapat bertemu dan melihat si dia dari jarak dekat....minggu depan aku akan pindah balik ke ofis lama...alangkah hancurnya hati aku biler bos aku cakap yang kami semua bakal berpindah kembali ke sana...even temporary pun hati aku tetap sedih...aku sedih bukan nak tinggalkan tempat yang aku duduk sekarang nie tapi aku sedih sebab aku dah tak lagi dapat melihat si dia...kenapa la perlunyer ada pertemuan ini...alangkah indahnyer kalau pertemuan ini tak terjadi...mesti aku akan pindah dengan hati yang senang...tapi biler pertemuan ini terjadi hati aku tak senang untuk pindah ke sana....
Terasa sekejap cuma aku berjumpa dengan si dia..baru jer minggu ni aku dapat bersua muka dengan si dia setelah hampir 6 bulan lebih aku tak bersua muka dan bercakap dengannya...kini aku terpaksa kembali ke tempat asal aku dulu...aduhaiiii...betapa sedihnyer hati ini sebab tak dapat nak tengok si dia lagi...even si dia datang untuk ber workshop hati aku dah cukup puas kut...puas dapat lihat si dia dari jarak dekat dengan mata aku sendiri dan dapat dengar suara si dia dengan telinga aku sendiri...sudah lama aku inginkan benda ni berlaku...tapi bila mana semuanyer ini berlaku aku pulak terpaksa pergi....dulu si dia yang tinggalkan aku tapi kini aku plak yang terpaksa meninggalkan si dia...alangkah tak relanya hati aku untuk berpindah...kalau dah setiap masa aku di sana bila masa aku dapat jumpa si dia lagi....sudah tentu lepas ini dah tak ada lagi pertemuan antara kami....seminggu ini aku dapat rasakan hari-hari yang aku lalui sangat indah tapi minggu depan hari-hari yang bakal aku lalui akan suram...aku ingin melihat si dia depan mata aku...
Perlukan adanyer perpindahan ini...kenapa bos aku suka sangat ikut kata mereka..mereka siapa untuk kita ikut sedangkan big bos tak izinkan kita orang pergi...tapi kenapa bos aku berkeras jugak nak pergi ke sana...dah la lama aku kena duk sana...dah la si dia ada workshop sampai bulan depan jer...lepas ni confirm aku dah tak jumpa dengan si dia melainkan kalau nama aku dicalonkan untuk join sama dalam projek yang si dia involved sekarang nie...tapi aku yakin yang nama aku tak akan tersenarai dalam projek itu sebab aku sudah terikat dengan projek yang lain...alangkah sedihnyer hati aku lepas ni..suramlah hidup aku sesuram bandar KL yang dilanda jerebu...BOS...janganlah kau pisahkan aku dengan si dia wahai bos...ketahuilah rasa hati anak buah mu ini wahai bos..dah banyak hint yang anak buah mu ini bagi untuk tidak pergi sana tapi kenapa kau tak pernah nak faham wahai bos...aku bukan nak melawan cakap kau sebab aku tahu yang aku hanyalah kuli tapi bos fahamlah naluri hati anak buah mu ini...anak buah mu ini tak sanggup untuk berjauhan lagi dengan kekasih hatinya...
Kalau boleh aku tak nak fikirkan benda ini tapi kadangkala terlintas jugak di fikiran aku...kenapa sekejap cuma Tuhan anugerahkan kebahagiaan itu kepada aku? kenapa tidak untuk selama-lamanya? kenapa perlu adanya pertemuan ini sekiranya pengakhiran yang aku dapat hanyalah perpisahan? kenapa perlu Dia hadirkan kasih ini kembali ke dalam hati aku sekiranya suatu hari nanti kesakitan yang aku alami? kenapa hanya kepada si dia aku sayangi even bukan si dia jodoh untuk aku? kenapa munculkan si dia depan aku dulu? kenapa kau pahatkan nama si dia dalam hati aku ini sehinggakan aku tak mampu untuk menghilangkannya? kenapa sukar untuk aku lupakan si dia? dan kenapa perlu adanyer pertemuan ini kalau pengakhirannya perpisahan? Terlalu banyak "KENAPA" yang aku sendiri tiada jawapan untuk perkataan "KENAPA" itu...yang tahu hanyalah DIA di atas sana kerana DIA telah menentukan corak perjalanan hidup aku...betapa complicated nyer perjalanan hidup aku di atas muka bumi ini....aku tak tahu apakah percaturan hidup aku ini akan membawa kebahagiaan atau kesedihan kepada aku kelak...hanya DIA saja Yang Maha Mengetahui....
Kadangkala aku terfikir jugak untuk bertanya dengan si dia adakah diri si dia sudah berpunya atau sudah berkahwin kerana aku tak berapa pasti dengan status dirinya kini...aku tak mengenali si dia secara dekat tapi aku terlalu menyayangi diri si dia dengan dalamnya....seminggu ini aku tengok si dia dah berubah...adakah si dia sudah berpunya? aku selalu tengok si dia busy dengan phonenya itu...yang aku tahu kalau orang tak dapat berenggang dengan phone itu menandakan yang diri dia sudah berpunya...mungkin girlfriend or wife dia yang text mesej or call dia...kalau benar itulah tandanya bermakna diri si dia kini sudah dimiliki oleh insan lain...aduhaiiiiii...sakitnya hati ini mengenangkan si dia kini sudah dimiliki...kenapa bukan hati si dia milik aku? kenapa perlunya si dia serahkan hatinya untuk insan lain? kenapa tak berikan sahaja kepada aku?
Kalau benar jugaklah yang si dia sudah berpunya tiada apa yang mampu aku pertaruhkan lagi...mungkin aku patut berpatah arang dari awal lagi sebelum ianyer bertukar menjadi teruk kelak...mungkin benar jodoh aku bukan dengan si dia...mungkin benar yang kami bukan diciptakan untuk bersama...kata orang kita akan mencintai orang yang salah dahulu sebelum kita menemui orang yang betul-betul diciptakan untuk kita...mungkin si dia orang yang TERsalah aku sayangi sebelum adanya insan lain yang benar-benar diciptakan untuk aku...tapi yang insan yang TERsalah aku sayangi itulah insan yang tak mampu untuk aku lupakan buat selama-lamanya...maybe si dia cinta pertama aku even hanya love one side...even aku bertepuk sebelah tangan tapi aku tak pernah menyesal mengenali dan menyayangi diri si dia..melalui si dia aku dapat rasakan bagaimana berdebarnya hati ini biler berjumpa dengan orang yang kita suka...melalui si dia jugaklah aku dapat rasakan betapa sakitnya hati biler tengok si dia berdampingan dengan wanita lain..berpelukan dengan wanita lain dan dari si dia jugaklah aku mula mengenali perkataan CINTA...even aku mampu mencintai si dia dalam diam tapi aku tetap bersyukur sebab dia mengajar aku erti cinta...kerana si dia lah aku lalui semua itu...
Kadangkala aku terfikir jugak, kenapalah bodohnya aku kerana terus menyayangi diri si dia sehinggakan aku tak mampu untuk membukakan pintu hati aku kepada orang lain...aku tak tahu kenapa begitu sekali aku taksub kepada si dia sedangkan di dalam hati si dia tiada sekelumit pun perasaan kasih dan sayang terhadap diri aku...apatah lagi cinta...sebesar zarah pun tak ada...perasaan yang hanya ada dalam hati si dia terhadap aku adalah persahabatan atau teman sekerja sahaja...hanya itu yang si dia pahatkan dalam hatinya terhadap aku...tidak lebih dari itu tetapi aku...kenapa perlu aku pahatkan si dia sebagai insan yang aku sayang dalam hati aku...kejamkah aku terhadap hati aku ini sehingga sanggup memahatkan nama si dia terus dalam hati aku ini sedangkan hati aku sedang menangis hiba menanggung kesakitan akibat kelukaan itu...kelukaan yang teramat dalam sekali sehinggakan mampu mengalirkan darah yang amat pekat yang entah biler akan berhenti....kejamkah aku melayan hati aku seperti ini...bukan niat aku untuk melayannya seperti itu tetapi kerana kasih dan sayang dan cinta kepada si dia membuatkan aku menjadi seorang insan yang kejam kepada hati aku sendiri....maafkan aku wahai hati kerana aku tak mampu untuk menghilangkan nama si dia pada mu...aku ingin menyimpan nama si dia pada mu sebagai memori yang aku pernah kenal si dia, aku pernah berkawan dengan si dia, aku pernah bekerja sekali dengan si dia, aku pernah kasih akan diri si dia, aku pernah sayang akan diri si dia dan yang paling penting aku pernah cintakan si dia...maafkan aku wahai hati...aku terpaksa melakukannya...aku tahu kelukaan itu akan mengambil masa yang lama untuk sembuh tapi izinkan aku untuk terus memahatkan namanya pada mu..tiada tempat lain yang lebih istimewa untuk aku pahatkan nama si dia selain dari dirimu...hanya kaulah satu-satunya tempat yang amat sesuai untuk aku menyimpan nama si dia sebagai kenangan...maafkan aku...
Mungkin suatu masa nanti akan ada insan lain yang akan bertapak di hati aku sekiranya bukan si dia jodoh aku...aku pasti yang Tuhan telah tetapkan jodoh untuk aku cuma aku masih lagi belum menemuinya...Tuhan masih lagi merahsiakan tarikh bahagia aku itu...aku percaya dengan kekuasaan Tuhan...hanya DIA saja yang mengetahui semua ini...hanya DIA saja yang dapat menetapkan jodoh untuk hamba-hambanya....aku percaya akan kekuasaanNya....mungkin DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk aku...kalau kita rasakan apa yang kita buat ini sudah cukup baik tapi ketahuilah yang DIA lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita....semuanya telah di rancang oleh DIA...tiada siapa yang mampu menyangkal akan kekuasaanNya...kerana kuasaNya yang tak terhingga itulah aku menyerahkan diri aku kepadaNya...biarkan lah DIA menentukan siapa jodoh untuk aku...aku terima dengan hati yang terbuka kelak....
Aku bukan saja ingin mencari suami yang menjadi teman tidur semata-mata tetapi aku jugak mencari seorang suami yang mampu mengimamkan solat aku nanti, yang mampu mendengar masalah aku, yang mampu berkongsi segala suka dan duka dengan aku, yang sanggup berkongsi susah dan senang, yang mampu menjadi ayah kepada anak-anak aku kelak, yang mampu menjadi ketua keluarga yang adil dan yang paling penting yang mampu menghormati ibu dan ayah aku serta keluargaku yang lain....bukan kekayaan atau kekacakan yang aku inginkan tetapi keimanan yang aku inginkan dari pasangan aku itu....aku ingin mencari lelaki yang sempurna untuk aku nanti kerana aku sedar yang diri aku masih belum cukup sempurna lagi....kerana itulah aku memerlukan suami yang mampu menyempurnakan aku kelak...hanya itu yang aku inginkan...
"Ya Allah...setiap hari aku bermohon kepadaMu Ya Allah...Kau permudahkanlah urusan jodoh aku ini Ya Allah...Kau berikanlah kesempatan kepada aku untuk mengecapi kebahagiaan hidup berpasangan diatas muka bumi ini sebelum aku menutup mata pergi menghadapMu Ya Allah...aku ingin merasa saat-saat indah biler aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku sayang...aku ingin merasa saat-saat indah biler mana ada insan yang bernyawa menumpang hidup dalam rahim aku ini...zuriat dari insan yang aku sayangi...aku ingin merasa bangga membawa perut yang mengandungi zuriat insan yang aku sayang...aku ingin merasa kesakitan melahir seorang insan yang bergelar anak ke alam dunia...aku ingin merasa saat-saat indah biler mana orang yang aku sayang mengucapakan kata terima kasih kerana melahirkan zuriat untuk dia...aku ingin memberikan kebahagiaan kepada suamiku dan kedua-dua orang tua ku...aku ingin merasa semua itu Ya Allah...besar sangatkah permintaan ku ini Ya Allah...hanya kepadaMu saja aku bermohon Ya Allah...tiada yang layak mendengar semua ini melainkan diriMu Ya Allah..kerana Kau pencipta kami...dari Engkau kami datang dan kepada Engkau jugaklah kami kembali...tolonglah hamba Mu ini Ya Allah...permudahkanlah urusan jodoh ku di atas muka bumi ini Ya Allah...aku benar-benar bermohon kepadaMu...janganlah Engkau ambil nyawaku sebelum aku mengecapi kebahagiaan Ya Allah...izinkan aku merasakan kebahagiaan ini walaupun hanya sekejap cuma....aku tahu Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Mu Tuhan...dan kerana itulah hanya kepadaMu saja aku bermohon...ikhlas dari hati kecil hambaMu ini...bantulah hambaMu ini mengecapi kebahagiaan...Amin Ya Rabbalallamin..."
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)