Friday, May 4, 2012
Si Dia...
Dengarlah luahan hati aku ini....luahan ini datangnya dari lubuk hati aku yang begitu suci dan ikhlas mencintaimu...aku tahu tak sepatutnya aku berperasaan seperti ini terhadap diri mu tetapi aku sendiri tak mampu nak menghalang hati aku dari terus menyayangi dan mencintaimu...aku mintak maaf sekiranya apa yang aku rasa terhadap dirimu ini menganggu rutin harian hidup mu...aku benar-benar minta maaf dari mu...aku tak tahu sejak bila perasaan ini hadir menjengah hati aku untuk menakluki dirimu...sedar-sedar perasaan itu semakin hari semakin bertunas dalam hati aku...
Si Dia...
Bukan niat hati aku untuk menyintai dan menyayangi diri mu...semuanya hadir dalam sekelip mata sahaja...aku pun tak tahu kenapa dalam ramai-ramai lelaki yang aku kenal hanya nama mu sahaja yang betul-betul mengisi ruang hati aku...setegar mana aku cuba menghindarinya tetapi aku still lagi tak mampu...nama kau still lagi terpahat dalam hati aku ini...terlalu payah untuk aku melupakan diri mu...aku cuba untuk melupakan diri mu tetapi apa yang aku dapat hanyalah kesakitan...yaaaaaa...aku menanggung kesakitan yang tak terperi di hati ini biler mana setiap kali aku cuba untuk melupakan diri mu...betapa kejamnya hati aku ini kerana tak mengizinkan aku untuk melupakan diri mu walau untuk sesaat dua...apa lagi yang perlu aku buat untuk melupakan diri mu....aku dah cuba tetapi aku still lagi tak mampu...mesti kau cakap aku ni gila kan kerana menyukai dan mencintai diri mu...yaaaaa...aku akui yang kini aku menjadi gila...gila kerana perasaan aku terhadap kau dari sehari ke sehari semakin kuat...aku tak tahu kenapa tetapi memang cukup-cukup menyeksakan diri aku...
Si Dia...
Kau ingat aku suka ker dengan semua ini...aku pun tak suka sebagaimana tak suka nya kau kepada aku tapi apa daya aku untuk menghalang perasaan ini dari bertandang ke dalam hati aku....aku tak pernah minta ia untuk datang ke dalam hidup aku dan jugak aku tak pernah minta ia untuk meninggalkan aku...mengertilah wahai sayangku yang semua ini berlaku kerana kehendakNya...siapa aku untuk menghalang semua ini dari terus berlaku...aku tak berdaya untuk melupakan semua itu...aku juga tak mempunyai kuasa ajaib untuk menghilangkan semua ini dari terus bertandang dalam hati aku...percayalah sayangku yang semua ini datang dari kehendakNya...aku tak pernah meminta untuk datang dalam hidup aku....seandainya Tuhan memberikan aku kuasa magik untuk menghilangkan semua perasaan ini...aku tak akan teragak-agak untuk menggunakannya bagi menghilangkan perasaan aku ini terhadap diri mu sayang ku...aku tak akan teragaka-agak untuk menggunakannya tetapi itulah dia...siapa aku untuk meminta semua itu...aku tak mampu untuk melakukannya....tiada apa yang mampu aku mohon dari mu buat masa ini...hanya satu sahaja yang aku ingin mohon dari mu iaitu kemaafan...aku mohon kemaafan dari mu kerana aku mencintai dan menyayangi diri mu dalam diam...aku benar-benar minta maaf...maafkan aku kerana aku tahu yang aku tak sempurna...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)