Friday, May 11, 2012

Ya Allah...apa semua ni Ya Allah...kenapa aku tak boleh nak lari dari si dia walau seinci sekalipun...aku cuba untuk menguatkan hati aku untuk melupakan si dia tetapi apabila hati aku dah boleh terima untuk melupakannya, si dia datang lagi...sampai bila-bila pun aku tetap tak mampu untuk melupakannya...macam mana aku nak lupa si dia kalau setiap hari ada jer message skype dari si dia yang muncul di skype aku...tak pernah miss walau sehari pun...ada jer benda yang si dia nak tanya aku...aku bukan tak nak remove si dia dari list friend aku tapi kalau aku remove apa plak cakap si dia kan...aku harus be professional la sikit dalam benda macam nie...xkan la kerana masalah peribadi aku ini aku sanggup remove si dia sedangkan content message skype kami semuanyer berkisar pasal kerja...that's why la aku still kekalkan si dia dalam list friend aku itu...

Sekiranya bukan message skype yang aku terima untuk hari ini...aku pasti akan dapat call melalui phone dari si dia....begitulah keadaan aku time ni...kalau bukan skype yang menghubungkan kami, phone yang menjadi mangsanya plak...aku tahu  si dia call untuk bertanyakan pasal kerja bukan pasal peribadi...kadang-kadang terlintas jugak di fikiran aku ini...kenapa la si dia call aku untuk bertanyakan benda lain selain dari kerja...kenapa mesti kerja jer memanjang yang ada dalam fikiran si dia...kenapa kalau benda yang bersangkut paut ngan kerja mesti si dia akan call aku...aku tak mintak banyak pun dari si dia..cuma sekali jer aku mintak...please la biler call aku tu jangan tanya pasal kerja....aku nak sangat si dia call aku tapi bercakap pasal hal peribadi...aku nak sangat bila si dia call dan ajak aku keluar...aku nak sangat semua itu terjadi tetapi aku sedar...aku sedar siapa diri aku ni tuk si dia mengajak aku keluar or bersembang-sembang tentang hal peribadi...aku tersangatla sedar diri....tapi salahkah kalau itu yang aku mintak tuk sekali..sekali pun dah cukup bagi aku...berilah aku peluang untuk merasakan semua itu....

Dalam beberapa minggu ini aku cuba mengagahkan diri aku untuk melupakan si dia tetapi ternyata aku tak mampu untuk melakukannya...bila mana aku mampu melakukannya pasti si dia akan muncul...tak kira la melalui skype or call ataupun pertembungan yang tak di sengajakan...pasti akan ada salah satu dari nya berlaku kepada aku bila mana setiap kali aku berjaya untuk melupakan si dia...adakah ini yang di namakan jodoh antara aku dengan si dia...adakah semua ini Tuhan yang telah tetapkan untuk aku....kerana Tuhan tidak izinkan aku untuk melupakan si dia so Tuhan akan mengutuskan si dia dalam bentuk yang aku sendiri tak pasti...tapi apa yang aku pasti sekarang ni...bila setiap kali aku melelapkan mata aku...si dia akan datang dalam mimpi aku...dah banyak kali aku bermimpikan akan si dia...dah kalau si dia selalu hadir dalam mimpi aku macam mana lagi aku nak melupakan si dia...

Ya Allah...Ya Tuhan ku...sesungguhnya aku dah penat Ya Allah...penat dalam mengejar cinta yang tak kesampaian sehinggakan aku merasakan diri aku ini karam di lautan yang cukup sepi sekali...karam bersama cinta yang tak berbalas...aku benar-benar penat Ya Allah...penat sehinggakan aku tak mampu untuk menghadapinya lagi Ya Allah...kenapa lah ini yang Kau ujikan kepada aku Ya Allah...kenapa semuanyer perlu melibatkan perasaan Ya Allah...aku benar-benar insan yang lemah Ya Allah....aku tak mampu untuk menghadapi segala ujian yang Kau turunkan kepada aku Ya Allah...dalam kepenatan mengejar cinta tak kesampaian aku jugak merasakan kesakitan yang tak terperi Ya Allah....sakit menanggung rindu kepada insan yang aku sayangi...disebabkan kerana cinta tak berbalas aku terpaksa membiarkan rindu itu bertamu dalam hati aku sehingga membuatkan hati aku cukup-cukup sakit untuk menghadapinya lagi...aku dapat merasakan ruang hati aku sudah penuh dengan rindu yang aku simpan untuk si dia....si dia benar-benar bermakna dalam hidup aku Ya Allah....aku bermohon kepadaMu Ya Allah....peliharalah aku dari segala kesakitan dan kekecewaan nanti Ya Allah kerana aku seorang insan yang lemah dan tak berdaya untuk melaluinya...aku benar-benar bermohon kepadaMu Ya Allah....dengarkanlah doa hambaMu ini...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah....
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
Agar kemesraan itu abadi.....

Ya Allah....
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini 
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkan lah kami

Tetapi Ya Allah....
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukam milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaab

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah yang Tercinta
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah....
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu
Yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupan di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkuran 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat
Membina kesejahteraan hidup
Kejalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah kepada kami keturunan yang soleh dan solehah (amin)

Ya Allah....
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin....Amin...Ya Rabbal'aalamin

0 Comments:

Post a Comment