Wednesday, May 16, 2012

Satu kebetulan yang tak pernah aku bayangkan selama ini...hari ini aku terserempak dengan si dia biler aku keluar lunch kat Menara TM dengan kawan-kawan aku...seriusly memang aku tak jangka yang aku akan terserempak dengan si dia di sana...sepanjang si dia di menara dan sepanjang aku lunch kat sana tak pernah sekali pun dalam tempoh tersebut aku terserempak dengan si dia dan entah kenapa hari ini aku boleh plak terserempak dengan si dia...memang satu kebetulan yang tak aku sangkakan akan terjadi dalam hidup aku hari ini...setelah sekian lama tak melihat wajah si dia, hari ini aku dapat melihat wajah si dia dan bercakap dengan si dia...hatiku rasa berbunga riang....

Actually aku tak perasan dia pada mula nya..biler aku sampai jer kat sana first orang yang aku nampak ialah Omar El Edrissi...this guy yang datang belajar dengan si dia that time tuk belajar journal ngan report...dia orang pertama yang aku nampak..after that mata aku terpandangkan si dia...Ya Tuhan...biler jer aku terpandangkan si dia jantung aku berdegup dah tak menentu...debaran yang aku rasakan dalam hati aku time tu hanya Tuhan saja yang tahu...betapa kuat dan kencangnya debaran time itu mengetuk pintu hati aku...

Untuk mengelakkan dari si dia perasan yang aku jugak berada di sana...aku membelakangkan si dia....aku tak nak si dia nampak aku kat sana even dalam hati aku nak sangat si dia tegur aku...di sebabkan time tu debaran yang melanda hati aku ini terlalu kuat so aku decide lebih baik aku hindarkan diri aku dari si dia...aku berpura-pura untuk tidak melihat si dia bila saja si dia berjalan melepasi aku...nasib baik la time tu aku tengah bercakap dengan talifon so maybe si dia tak perasan sangat akan aku yang berdiri kat situ...setelah agak lama berdiri di situ akhirnya aku decide bergerak untuk mencari tempat duduk...time tu aku dah tak tahu di mana si dia duduk...

Akhirnya aku jumpa jugak tempat yang kosong untuk duduk..dalam aku leka berbual dalam talifon tiba-tiba aku dapat rasakan yang ada seseorang sedang berjalan menuju ke arah aku...walaupun mata aku tak memandang terus kepada objek itu tetapi aku dapat rasakan yang seseorang tersebut sedang berjalan menuju ke arah aku...dari ekor mata aku, aku dapat melihat orang itu cuma aku tak pusatkan lagi mata aku ke arah wajah tersebut...time tu apa yang terlintas di kepala aku ialah maybe someone yang pergi basuh tangan then dia nak balik semula ke tempat duduknya yang maybe kebetulan time tu tempat duduknya di belakang aku...time tu seriusly aku tak tahu yang si dia berjalan kepada aku...mata aku still lagi aku pusatkan kepada tempat lain...biler aku rasa kaki tersebut semakin lama semakin mendekati aku dan akhirnya berhenti di sebelah aku...barulah aku panggungkan kepala aku untuk melihat siapa gerangan lelaki tersebut...

Alangkah terkejutnya aku biler saja aku panggungkan kepala aku ke atas, wajah si dia yang aku nampak...rupa-rupanya someone tadi yang berjalan menghampiri meja aku adalah si dia...Sekali lagi pintu hati aku ditendang dengan kuat olehh debaran...baru jer debaran itu reda kini kembali lagi sekali bila mana si dia berdiri di sebelah kerusi aku...Ya Tuhan ku...kuatnya kuasa debaran yang Kau hadirkan dalam hati aku tika dan saat itu sehinggakan aku dapat merasakan yang muka aku juga turut sama berubah...nak tak nak aku terpaksa jugak menegur si dia memandangkan si dia dah nampak aku dan berdiri plak di sebelah aku...aku terpaksa memaniskan muka aku untuk tidak ingin menampakkan kesombongan aku....tapi time aku bercakap dengan si dia tu aku still lagi on phone ngan member aku sorang lagi tu...we all dah janji nak lunch bersama-sama so we all suruh la dia reserve kan seat tuk kami bertiga...nasib baik la sekejap sahaja kami berbual dan after that si dia pun pergi di tempat duduknya...time si dia berjalan ke tempat duduknya aku still lagi memerhatikannya coz aku nak tahu di mana si dia duduk...rupa-rupanya si dia duduk tidak jauh dari tempat aku dan kawan-kawan aku duduk....

After that my friend cakap yang kat area dia ada meja kosong so we all pun bergerak la menuju ke sana...alhamdulillah...aku jauh jugak dari si dia...kalau la aku tahu aku nak terserempak dengan si dia hari ni kat sana confirm awal-awal lagi aku tak akan pergi ke sana tapi tu la...siapa la aku nak tolak semua ketentuan yang telah ditetapkan oleh Dia...nak tak nak terpaksa jugak aku menerimanya...agak lama jugak kami makan dan berbual kat sana dan time tu aku assume yang si dia maybe dah naik ke ofis balik...dalam leka aku memerhatikan orang ramai yang lalu lalang aku terpandangkan wajah si dia sekali lagi...dalam hati janganlah biarkan si dia nampak aku kat situ tapi tu la....seperti yang aku cakap yang kita tak ada kuasa untuk menolak semua itu...akhirnya si dia nampak jugak aku kat situ tapi kali ni dia tak datang ke arah aku...maybe time tu ramai kut kawan aku yang duduk sekali dengan aku...so si dia tak berani nak datang tegur sebab mostly kawan yang makan sekali dengan aku tu semuanyer dia kenal...aku hanya mampu melemparkan senyuman sahaja kepada si dia bila mana mata aku menangkap kelibat si dia dan mata si dia menangkap kelibat aku...lepas tu si dia terus pergi dari situ....

Itulah yang di katakan pertemuan yang tak di duga....di mana hari ini aku terserempak dengan si dia secara tak sengaja...suatu masa dulu biler saja aku tahu yang si dia dah pindah ke menara, aku rasa nak jer pergi lunch kat menara tu hari-hari...mana la tahu kan yang maybe aku akan terserempak dengan si dia ker...tapi apa yang aku hajat time tu semuanya hancur...aku tak terserempak pun dengan si dia..alangkah kecewa nya tetapi hari ini..bila mana semuanyer aku tak mahu terjadi ianya terjadi dalam hidup aku hari ini...aku tak berharap yang aku akan terserempak dengan si dia hari ini...kuasa Tuhan tiada siapa yang tahu....dia yang merancang dan menentukan segala-galanya...kerana keizinan dari Dia lah yang hari ini aku bertemu dengan si dia....maybe ada hikmah di sebalik pertemuan yang tak di rancang ini...aku sangat-sangat berpuas hati coz akhirnya dapat jugak aku tengok wajah si dia setelah sekian lama tak berjumpa...kebusyan si dia mengalahkan busynya seorang agung yang menjaga berpuluh-puluh negeri...


0 Comments:

Post a Comment