Wednesday, April 25, 2012

Ni kenangan manis tuk kali ke-3 antara aku dengan si dia...tapi xder la semanis madu...hanya semanis gula...aku tak sure la plak kalau bagi korang semua yang benda ni tak ada la sangat yang boleh buat ianyer menjadi kenangan manis...ehhhhh...itu bagi korang ok tapi bagi aku semua benda yang terjadi antara aku dengan si dia semua aku anggap kenangan yang paling manis yang terjadi dalam hidup aku...semuanyer sekali...tak kira la time suka or duka...semuanya manis bagi aku...hahhahaha

Aku anggap ia nyer kenangan manis sebab setiap petang pukul 5.30 pasti si dia akan datang dan duduk kat sebelah aku...biler saja kawan aku tu balik terus si dia datang dan duduk sebelah aku..aku pun tak tahu apa point si dia datang dan duduk sebelah aku pada time dan tika tu...kadang-kadang aku suka dengan situasi tu dan kadang-kadang situasi tu jugak boleh membuatkan aku hangin...bayangkan kalau kita dah nak pack semua barang kita nak balik tiba-tiba ada orang datang dan tanya kita pasal kerja...time tu memang la hangin tetapi memandangkan si dia yang datang bertanya dan duduk sebelah perasaan hangin tu reda la sikit...dalam marah pun perasaan sayang terhadap si dia tetap jugak ada...so nak tak nak kena la jugak layan kan..kerana perasaan sayang tu yang buruk pun boleh jadi baik...semua tu dah tak pandang dah biler si dia duduk di sebelah...time tu perasaan suka plak yang datang menggantikan perasaan hangin tu...semuanyer jadi indah buat aku...

Boleh di katakan setiap hari si dia akan datang duduk sebelah aku selepas ofis hours...tak kira la hari tu ada UAT ke tak...yang pasti si dia akan datang jugak duduk sebelah aku...biler mana jer kawan aku tu angkat punggung nak balik terus si dia datang duduk menggantikan kawan aku tu....yang aku hairan even tak ada benda sangat yang ingin di tanya si dia still lagi duduk sebelah aku...dan yang menghairankan aku lagi biler si dia tiba-tiba datang dan duduk jer sebelah aku...time tu terbantut semua kerja yang aku nak buat...tak kan la aku nak blah awal lagi kan sedangkan si dia dah datang duduk kat sebelah aku tu...aku bukan apa...kalau ikut hati nak jer balik tetapi memandangkan ada benda yang si dia nak tanya so aku terpaksa la stay lagi kat situ...biler dah agak lama aku tengok si dia duduk sebelah aku tanpa ingin membuka mulut bertanya kan semua benda tu lantas aku tanya si dia balik...ada apa-apa yang nak aku tolong ker...si dia cakap bagi masa ckit kat diri nyer coz ada kerja yang si dia nak settlekan dulu...nak tak nak aku bagi jer si dia buat kerja dulu tapi biler dah makan masa setengah jam asyik buat kerja dia jer...aku per lagi terus packing semua barang aku tuk balik la...tak nak la aku duk berlama-lama kat ofis lagi...time tu baru si dia mula bertanyakan soalan kepada aku...time-time aku nak balik baru nak tanya...kerana sayang punya pasal layan jer la...tapi dalam hati marah tu tetap ada cuma tak tunjuk jer...

Semakin lama aku dah semakin lali dengan cara kerja si dia....dari awal-awal si dia tak akan datang bertanya...biler dah sampai waktu balik baru si dia akan datang bertanya...biler jer aku tengok si dia bangun dari tempat si dia aku dah dapat agak yang si dia akan datang ke tempat aku...mesti ada benda yang si dia inginkan dari aku...dan time tu la aku dapat rasakan yang aku akan balik lambat lagi la kali nie...tapi kerana perasaan sayang aku terhadap si dia aku tetap terima kedatangan si dia ke tempat aku....sanggup balik lewat janji aku dapat duduk bersebelahan dengan si dia...even tak ada kerja sekalipun aku sanggup jugak stay...

Betul la kata orang yang kuasa cinta ni memang hebatnya...kerana kuasa cinta jugaklah boleh membuatkan orang pandai menjadi bodoh...aku rasa aku lah orang yang bodoh itu...kerana sayang kepada si dia aku sanggup stay kat ofis sedangkan aku tahu yang sayang dan cinta aku itu terhadap si dia hanya cinta sebelah side sahaja...tapi tak mengapa lah...even sebelah side sahaja aku tetap gembira sebab akhirnya kerana si dia aku kenal erti sayang dan kerana si dia jugaklah aku tahu macam mana rasa berdebar nya hati biler orang yang kita sayang datang duduk sebelah kita atau datang menyapa kita...kerana si dia lah aku dapat merasakan semua itu...itu pun dah cukup membahagiakan aku...terima kasih aku ucapkan kepada Tuhan kerana menghadirkan si dia dalam hidup aku...terima kasih jugak kerana menemukan aku dengan si dia..even kami bukan ditakdirkan untuk bersama tetapi aku sudah cukup bahagia mengenali si dia dalam hidup aku....terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kepada Tuhan kerana menurunkan si dia untuk aku mengenalinya...Terima kasih Ya Allah....

0 Comments:

Post a Comment